DiY Reben Hiasan Tudung, Blouse, Skirt Muslimah Atau Beg

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Diy kembali lagi. Kali ini Suri ingin membuat toturial cara membuat reben butang a.k.a Diy reben hiasan tudung, blouse, skirt muslimah atau beg.

“reben butang” di beri nama kerana dua barang ini sahaja yang di gunakan. So simple dan mudah nak lakukannya.

Jom kita menyemak antara barang-barang yang wajib kau orang mesti ader:-

  1. Reben pelbagai warna
  2. Butang bersaiz besar dan kecil
  3. Benang
  4. Jarum
  5. Pin besi
  6. Gunting
DiY Reben Hiasan Tudung, Blouse, Skirt Muslimah Atau Beg

Jom ikut saya !

Baju comel hadiah untuk awek

Langkah-langkahnya:-

  • Potong reben anda mengikut ukuran yang di gemari.
  • Ikat ia membentuk reben dan jahitkan reben anda tadi dengan benang matikan.

  • Ambil butang bersaiz besar dan letakkan di atas reben tadi. Jahit lagi sekali dan kemaskan ia di bahagian belakang dan matikan jahitan itu.

  • Lakukan perkara yang sama seperti di atas tadi. Masukkan butang bersaiz kecil pula letakkan atas butang yang bersaiz besar di jahitkan dengan kemas dan matikan benang anda.

Ini adalah hasil reben Suri nombor dua. Jahitan memasukkan butang untuk di lekapkan bersama dengan reben.

  • Langkah kedua juga masukkan lagi butang bersaiz kecil kemaskan dan matikan benang tersebut.

  • Akhir sekali apabila semua butang besar dan butang kecil selesai di masukkan sediakan pula pin besi.
  • Jahitan ini mestilah berbalas tiga kali bahagian sebelah kiri dan kanan. Kemaskan dan matikan jahitan benang itu.

Inilah hasil yang berjaya Suri siapkan 🙂

Diy reben hiasan tudung, blouse, skirt muslimah atau beg Sebenarnya ada banyak cara untuk kita hias reben. Ia bergantung pada daya kreatif masing-masing. Reben ini telah selamat di gunakan pada baju anak Suri sebagai hiasan atas bahu, topi, skirt muslimah, tudung dan juga Suri sempat pinkan ia di beg sandang bear tu hee..

Jubah Gigi Boya! 

Nota kraf Suri diy reben hiasan tudung, blouse, skirt muslimah atau beg:-

Jarum dan benang: di gunakan untuk mengukuhkan material yang di bangunkan. Walaubagaimanapun ia bergantung pada material apa ingin anda gunakan. Sekalipun anda ingin menggunakan gam tembak ataupun anda ingin menggabungkan keduanya pun boleh 🙂

Suri bab ini lebih selesa sepenuhnya menggunakan jahitan tangan 😉

Butang: Ada pelbagai jenis butang boleh anda gunakan. Jangan terhad pada satu design sahaja. Butang yang comel dan warna yang menarik boleh membuat anda akan nampak lebih cool!

DIY mudah dan menjimatkan 😉 jomlah cuba !

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

33 Responses to “DiY Reben Hiasan Tudung, Blouse, Skirt Muslimah Atau Beg”

  1. faizal

    May 20. 2014

    nampak mudah..tapi hasilnya menawan

    Reply to this comment
  2. Hafizul

    May 20. 2014

    Hahaha..rajin betul cik puan Suri ni yer..terbaiklah..hehe

    Reply to this comment
    • Suri

      May 20. 2014

      cik puan lagi..aha…benda dah lama buat. gambar asyik peram dalam hp.naik rimas buatnya. tulah dah ada entri bergambar pun msih malas nak up..padahal entri mikit fakta lagi pening keh..keh..keh..

      Reply to this comment
  3. akubiomed

    May 20. 2014

    Cantik dipasang riben pada baju anak perempuan.

    Reply to this comment
  4. zara

    May 20. 2014

    Menarik ni voleh cuba nanti..saya baru terjebak dlm dunia craft ni..

    Reply to this comment
  5. LydSunshine

    May 20. 2014

    Menariknya blog ni ada banyak DIY.

    Reply to this comment
  6. Ummi Hanie

    May 20. 2014

    rajin suri…

    sebenarnya suatu terapi buat benda2 kreatif begini

    cantik lah! 🙂

    Reply to this comment
  7. Raudzah

    May 20. 2014

    Comel..hadiah kan satu untuk kita..he..he

    Reply to this comment
  8. Raudzah

    May 20. 2014

    Tak ada hadiahlah petang ni..nanti kita datang lagi ya..

    Reply to this comment
  9. encikarman

    May 20. 2014

    wah.. jimat buat sendiri nih. lekat kat hadiah eh?

    Reply to this comment
  10. ajumohit

    May 20. 2014

    wahh cantik reben butang ni suri, kreatif 😉

    Reply to this comment
  11. Denaihati

    May 20. 2014

    nak cuba tapi tangan keras…habis tercucuk jari nanti…heeee
    selamat mencuba semua.

    Reply to this comment
  12. Hero Borneo

    May 21. 2014

    sangat bagus untuk dicuba dan dikenakan pada baju anak-anak perempuan!

    Reply to this comment
  13. puteri kasih

    May 21. 2014

    memang kreatif suri ni…puteri buat camni, selalu untuk letak atas beg yang nampak kosong…hehe

    Reply to this comment
  14. puteri kasih

    May 21. 2014

    sudah basuh baju belum? Puteri belanja downy..kedai yang lain semua tutup. 🙂

    Reply to this comment
  15. ema

    May 21. 2014

    rajin suri buat reben..akak utk hadiah pun akak beli dah siap..yang siap tarikh terus jadi reben tu…hehehe

    Reply to this comment
  16. KesumaAngsana

    May 21. 2014

    mmg kreatif , rajin dgn tak aje nak buatnyer.. done nuffnang yer

    Reply to this comment
  17. nOesuhaimi

    May 23. 2014

    wah…cantik reben2 tu…pandai suri buat….nk juga jalan2 petang…jumpa la plak lactacyd…2x lak tu…

    Reply to this comment

Leave a Reply