Selamat Hari Guru 2014_Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Selamat Hari Guru 2014 di ucapkan kepada guru yang telah banyak menabur jasanya pada kita semua tanpa jemu. Tema sambutan hari guru pada tahun ini ialah Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.

Esok taska tempat anak Suri belajar akan di adakan sambutan hari guru untuk guru -guru yang pernah mengajar mereka dari usia empat tahun sehingga enam tahun. Wah cikgu siap bagi surat lagi.

“Seperti tahun yang lepas para ibu bapa digalakkan memberikan sedikit sumbangan makanan atau minuman kepada pihak sekolah”

Sabar sahajalah wahai hati..

Sudah dua hari Suri memikirkannya akhirnya Suri menemui jalan keluar apa yang perlu Suri buat untuk hari guru tersebut. Oklah apa yang menarik sangat untuk hari guru ini. Adakah ia hanya sekadar makan-makan atau ucapan selamat hari guru sahaja…

  • Bermulalah sesi memberi kad ucapan kepada guru yang tersayang.
  • Persembahan khas untuk majlis sambutan hari guru di sekolah rendah dan menengah
  • Hadiah nasi lemak telur mata atau pun hadiah sabun mungkin. Untuk zaman moden kemungkinan memberikan topup kepada guru ada tak?
  • Di taska jamuan makan akan bermula dari jam 9.00 hingga 10.00 tengahari. Selesai makan anak-anak akan bermain sehingga jam 12.00 tengahari.

Selamat Hari Guru 2014 ada bermacam cara untuk kita menghargainya. Terkadang bukan sekadar memenuhi task seperti  di atas sahaja tau.

“Apa yang penting kita sebagai pelajar haruslah membuktikan kepada cikgu bahawa dengan berusaha dan belajar bersungguh-sungguh juga kita sebenarnya boleh mencapai sebuah kejayaan.”

Terima kasih cikgu! untuk segala kesabaranmu semoga anak didikmu  akan berjaya melakar kejayaan di alam realitinya nanti.

Selamat Hari Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

26 Responses to “Selamat Hari Guru 2014_Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi”

  1. zara

    May 16. 2014

    menarik sungguh tema pencetus inovasi tu..boleh diguna pakai semasa di bidang pekerjaan nanti..lagi-lagi kalau keje gomen inovasi dikira dalam KPI.

    Reply to this comment
  2. Anim

    May 16. 2014

    Bestnya kalau pihak sek saya boleh kuarkan surat minta sumbangan makan dan minum, hihi..
    Kita niatkan untuk bagi makan sesama gutu dan anak-anak lain, in sha Allah..tak rasa itu satu bebanan.
    Pengalaman saya cahaya, bila nak adakan jamuan kelas akhir tahun, berebut2 murid angkat tangan nak bawa itu, nak bawa ini. Namun akhirnya pada hari tersebut, si anak mengadu, mak tak sempat, mak sibuk. Tapi majlis jamuan kelas tetap diadakan…samada sama2 makan apa yang ada ataupun dengan apa yg cikgu order dan bayar dengan duit kocek cikgu sendiri di kantin, hihi.

    Reply to this comment
    • Suri

      May 16. 2014

      heee..sister masa mula-mula hantar makanan kami amat blur. nak masak apa eh sebab jumlah pelajarnya terlalu ramai. 4. 5. dan 6 tahun tu tak termasuk bawah anak asuhan sekitar umur 3 tahun heee..

      tapi apa mampu kita beri dan meriahkan sahaja heee..yang penting kongsi dan penghargaan anak-anak suka hee..

      Reply to this comment
  3. SueAK

    May 16. 2014

    Tadika ank saya pun celebrate hari guru n buat potluck di Brainy Bunch Bandar Tun Hussein Onn..

    Reply to this comment
  4. akubiomed

    May 16. 2014

    Selamat menyambut Hari Guru. Dengar berita pagi di sinar yang kerajaan mungkin pertimbangkan wujudnya pembantu untuk guru. Boleh kurangkan beban guru dengan memberi tumpuan untuk mendidik murid.

    Reply to this comment
    • Suri

      May 16. 2014

      kalau bab kerja pembantu guru itu dengar macam best jer ada kosong laju ar saya pergi mengisi jawatan kosong nanti 🙂

      Reply to this comment
  5. Denaihati

    May 16. 2014

    terima kasih pada semua cikgu-cikgu dan selamat hari guru. terlalu besar jasa-jasa guru semua dalam mendidik kita dan anak-anak.

    Reply to this comment
    • Suri

      May 16. 2014

      yalah setuju. guru penerang cahaya dalam kegelapan kita dalam menuntut ilmu selain dari ibu bapakan.

      semoga ilmu yang di curahkan terus mengalir pahalanya bersama usia mereka …di sana juga

      Reply to this comment
  6. idamahmud

    May 16. 2014

    Tugas guru sekarang dgn dulu mcm langit dengan bumi..kesian cikgu2..mudah2an Allah jua yg membalas jasa mereka

    Reply to this comment
  7. Raudzah

    May 16. 2014

    Selamat hari guru untuk cikgu-cikgu kita dan semua cikgu-cikgu diseluruh Malaysia…

    Reply to this comment
  8. Raudzah

    May 16. 2014

    2 X Oreo for you dear..

    Reply to this comment
  9. Firdaus Azizi

    May 16. 2014

    Aktif jugak yer taska anak Suri. Tadika Little Caliph dekat tempat saya takde buat sambutan apa-apa. Tapi kami belikan jugak hadiah buat cikgu yang mengajar sebagai tanda terima kasih.

    Bukan senang nak didik budak2 nih. Mostly lebih suka main daripada belajar kan 😉

    Reply to this comment
    • Suri

      May 17. 2014

      sungguh aktif.

      bab maulidur rasul ada buat aktiviti, bab hari raya siap buat jamuan juga heee…tak apalah kalau nk buat kami sedia bagi sokongan.kalau rasa rezeki ada boleh kongsikan kalau tak der kita diam jelah.maybe next time boleh berikan sumbangan 🙂

      haa.anak2 usia 4-6 main sikit susah nak fokus. tak semua kanak-kanak dah bersedia. ada dah biasa ada makan masa.tapi itu normalkan.

      asal anak dah biasa dengan persekitaran oklah tu 🙂 kita sebagai ibu bapa harus bagi galakan dan sokongan

      Reply to this comment
  10. puteri kasih

    May 17. 2014

    selamat hari guru buat semua warga pendidik termasuk suri jugalah…heeee

    Reply to this comment
  11. puteri kasih

    May 17. 2014

    belanja suri makan nestum..suka kan. Olay tu sapu kat wajah yer..lepas tu jangan lupa cuci baju tu letak downy..mesti wangi 🙂

    Reply to this comment
  12. ema

    May 17. 2014

    Selamat Hari Guru untuk semua..Semuanya adalah guru cuma bidang berlainan saja…hehehe..anak k.ema pun tadi menyambut hari guru di Marrybrown.

    Reply to this comment
  13. zik

    May 17. 2014

    Selamat hari guru.didoakan semoga semua sihat sejahtera.. Yang telah pergi, sedekahkanlah alfatihah kepadanya.,

    Reply to this comment
  14. amirulfaiz

    May 17. 2014

    Terima kasih cikgu, atas segala pengorbanan dan ilmu yang dicurahkan.

    Reply to this comment
  15. Ismail N

    May 17. 2014

    Hebat. Taska pun sambutan juga? Anak saya punya tadika tak buat lak. 😀 Apa-apa pun harap the little one tu enjoy dengan sambutan tersebut. Buat guru2 semua “Selamat Hari Guru”

    Reply to this comment
  16. Nutri Bullet

    May 17. 2014

    Selamat hari guru bagi meraka yang menjadi guru, tak lupa juga kepada kawan-kawan yang yang menjadi tenaga pengajar di sekolah kerajaan mahupun swasta

    Reply to this comment
  17. Sobri Mansor

    May 17. 2014

    Terima kasih cikgu kerana mendidik anak bangsa

    Reply to this comment
  18. Strider

    May 17. 2014

    Selamat Hari Guru…sesungguhnya jasa mereka terlalu besar untuk dinilai dengan harta yang kita ada..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    Reply to this comment
  19. Kesumaangsana

    May 20. 2014

    mengenang jasa guru hingga akhir hayat kita kan.. done nuffnang !

    Reply to this comment
  20. Hafizul

    May 20. 2014

    Hehe..selamat hari guru..terima kasih cikgu..ayat-ayat ni lah yang saya letak kat hadiah cikgu kat taska anak sulong saya tu..hehe

    Reply to this comment

Leave a Reply