Terima Kasih Mak! Kasihmu Membawa Ke Syurga

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Ucapan hari ibu,  happy mother day banyak di rangkakan dalam ungkapan. Ada pula yang mengambil kesempatan dengan meluangkan masa bersama mereka yang tersayang. Mungkin terdapat juga sebahagian dari kita akan menggembirakan hati kedua orang tua dengan memberikan hadiah ataupun kucupan mahupun pelukan kepada ibu atau bapa, penjaga sebagai tanda terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada insan yang mulia ini.

Hari ibu sering mengingatkan kita akan betapa besarnya penggorbanan mereka bertarung nyawa untuk melahirkan kita sehinggalah membesarkan kita dari kecil hinggalah kita mampu hidup dan lakukan sesuatu perkara dengan sendiri terkadang tanpa ibu bapa atau keluarga di sisi.

Tidak kiralah ibu, mak, mum dan yang seangkatan denganya sama ada mereka masih hidup ataupun tidak hargailah kasih dan belaian yang pernah mereka sadurkan kepada anda suatu ketika dulu..

DIY JAHIT PELBAGAI

Ingtkan kembali ketika anda di landa demam sungguh begitu risau hati si ibu. Tidak tidur malam di buatnya. Maka tidak dapat di sangkal lagi masih tegar hati si ibu sanggup berkata “Ya Tuhanku Maha Kaya Kau pindahkanlah rasa sakit ini kepada aku. Janganlah kau sakitnya dengan sakit yang kau berikan kepadanya kerana dia masih kecil dan tidak mengerti apa-apa.”

Terkadang dalam sendu suram itu air mata si ibu menitis tanpa anda sedari ketika itu anda sedang di ulit dalam pelukkan seorang yang bergelar ibu.

Sesekali kita akan akur dengan apa yang mak masak. Padahal masakan itulah yang membesarkan kita dengan air tangan yang penuh dengan keikhlasan dan kasih sayang. Sesekali kita memberontak. Kita katakan masa kita bawa bekal dari rumah masakan mak kita tak sedap! pada hal sudah selamat kita makan bekalan itu di bawah pokok bersama rakan-rakan. Bila berjauhan barulah kita sedar kerinduan air tangan ibu mampu memercik jiwa kita kecil menjadi kacau. Itulah keberkatan air tangan ibu. Masa dewasa kita cuba sehabis baik untuk menjadi lagak chef seperti ibu. Kononnya kita kata masakan kita akan tetap sama dengan ibu.

Tapi tidak! ternyata air tangan ibu lebih terasa nikmat dan kebahagiaannya. Waktu itu kita mulai sedar bukan mudah nak masak seperti itu. Cuma kita tahu waktu kecil main oder sahaja. Kalau kata masakan itu tidak menyelerekan kita tolak sahaja nasi lauk itu mentah-mentah! Paling nakal kita akan bandingkan lauk dekat luar lagi sedap dari masakan ibu kita..Kalau kata paling jahat kita lempar atau kita makan dalam terpaksa tanpa kita ketahui naluri hati seorang insan lemah itulah ibuku.

Apa sahaja yang kita mahukan dalam kehidupan ini selain dari Allah adalah seorang ibu. Ibu orang dah berak tolonglah cucuikan punggung orang. Ibu mana baju adik. Ibu nak susu. Ibu mana buku adik. Ibu macam mana nak buat kerja sekolah ini. Ibu mana kasut orang. Ibu tolonglah suapkan saya. Ibu adik demam ini. Ibu hari inikan kawan sekolah pukul kepala adik. Ibu masak apa hari ini. Ibu aku nak kawin. Ibu dengar tak orang cakap apa ini..

Itulah antara sebahagian  keluhan yang kita katakan kepada si ibu dari kita kecil sehinggalah kita  menginjak dewasa sekalipun tidak  pernah si ibu diam semahunya dia akan tetap terus menjadi pendengar yang setia akan setiap  masalah anda. Maka tidak hairanlah apa yang kita suka, apa yang kita benci, kita rasa hati si ibu tetap tahu walaupun kita jauh dari pandangan matanya.

HADIAH UNTUK SI DIA

Terima kasih mak! kasihmu membawa ke syurga kerana membahagiakan diri ini dengan saratnya kasih sayangmu.

Tititsanmu memberikan kesedarankan akan keikhlasan..

Kemarahanmu memberikanku peringatan akan keesaanNya..

Kelekaanku memberikanku kewaspadaan dalam kegembiraan..

Kelupaanku memberikan aku hidupan dalam sebuah pengajaran.

Kini betapaku sedar bahawa kehadiranmu satu anugerah yang terindah dalam sebahagian kamus yang indah pernah dicipatakan. Terima kasih mak untuk sebuah perjuangan yang jauh ke hadapan moga-moga mak akan sentiasa dilitupi lembayung kasih sayang dan rahmat dariNYA. Amin.

Suri_2014

Ada pesanan untuk ibu anda..  isteri atau untuk diri sendiri yang merangkap ibu hihihi..silakan 🙂

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

18 Responses to “Terima Kasih Mak! Kasihmu Membawa Ke Syurga”

  1. Saljuhumairah

    May 11. 2014

    betul, setiap hari kena ingatkan diri ini bahawa syurga dibawh tapak kaki ibu… al-fatiahh hadiah paling bermakna…buat ibu tersayang.

    Reply to this comment
  2. Raudzah

    May 11. 2014

    Ibu adalah insan yang sangat berharga. dunia dan akhirat…Jangan lupa panjatkan doa untuk ibu setiap hari. Semga keberkatan adalah milik kita…

    Reply to this comment
  3. Raudzah

    May 11. 2014

    Dua tabung for you dear..

    Reply to this comment
  4. Denaihati

    May 11. 2014

    semoga kita sentiasa berikan yang terbaik buat ibu kita. untuk membalas jasanya memang tak mampu.

    Reply to this comment
  5. Tehr

    May 11. 2014

    kita boleh dapat banyak benda lain
    ibu hanya satu
    sampai bila2

    terima kasih ibu

    Reply to this comment
  6. Akmal Zaidi

    May 12. 2014

    Terbaik,

    selamat hari ibu juga kepada suri

    Reply to this comment
  7. n0esuhaimi

    May 12. 2014

    sungguh besar pengorbanan mereka kepada kita..jgn lupa mereka dikala mereka memerlukan kita….tiba2 sedih la plak…menabung 3x di sini 🙂

    Reply to this comment
  8. Kamal Mustafa

    May 12. 2014

    Layan dan jagalah ibu bapa kita sementara mereka masih hidup,
    Selamat Hari Ibu,

    Reply to this comment
  9. Hafizul

    May 12. 2014

    Terbaik lahhhh…aishhhh kenapa plak boleh lupa hari mom ni…hahaha

    Reply to this comment
  10. muhammad hizwan

    May 12. 2014

    Adoi, sebak pulak baca…

    Reply to this comment
  11. Strider

    May 12. 2014

    Happy Mother’s Day…jasa ibu memang tiada bandinganya…

    Regards,
    -Strider-

    Reply to this comment
  12. puteri kasih

    May 12. 2014

    selamat hari ibu buat semua ibu dan juga buat suri 🙂

    Reply to this comment
  13. ema

    May 13. 2014

    tetiba rindu kat mama di Kelantan.

    Reply to this comment
  14. syaifuddin alias

    May 14. 2014

    selamat hari ibu juga kepada kak suri

    Reply to this comment
  15. faizal

    May 14. 2014

    ibu memang tiada tandingan.

    Reply to this comment
  16. bimbel online

    May 14. 2014

    you are the bast one i love you mum.
    emank bener dia adalah yang paling berjasa di hidup kita

    Reply to this comment
  17. Bahrain

    May 14. 2014

    Cerita pasal ibu memang takkan habis. Yang penting ibu memang terbaik di hati kita.

    Reply to this comment
  18. myliferia

    May 16. 2014

    Mak adalah yang terbaik. Kalau balik kampung tiap2 bulan, nak balik rumah mesti mak bekalkan nasi dan lauk pauk. Best!

    Selamat Hari Ibu setiap hari untuk semua 🙂

    Reply to this comment

Leave a Reply