Cerai Segalanya Berakhir..

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Cerai Segalanya Berakhir. Perkahwinan sesuatu yang indah dan membahagiakan. Tapi tidak semua orang mampu bertahan untuk ke penghujungnya. Pernah sahabat Suri bertanyakan soalan ini kepada Suri.

JAHIT JUBAH

A Cut, Moden, Princess Cut, Empire Cut & Pelum

KENAPA? orang yang berkahwin itu terkadang jodohnya panjang dan ada pula jodohnya tidak sampai setahun atau sepuluh tahun lebih pun mahligai di bina retak..

Lain orang lain pandangan peribadi terkadang bila berkahwin sesama suka pun turut terjadi penceraian. Ada pula lebih sedih tika usia meniti emas pun masih ada retak menanti belah.

Perkahwinan ibarat satu perjudian dalam fasa kehidupan manusia. Terkadang ia hadir bagaikan kita mengutip pintu rezeki membawa kebahagiaan  hingga ke akhirat hayat  bersama dengan pasangan kita.

ataupun  ia menjelma dalam bentuk nasib yang tidak dapat di elakkan. Sepertinya anda mendapat pasangan yang kurang baik maka perkahwinan anda hanya bertahan beberapa dekad sahaja. Itu semua gubalan dari plot yang  Maha Esa rangkakan. Tiada daya untuk kita lari dariNYA.

Jahit Baju Kurung Moden + Kain Kipas Belakang

Jadi tidak salah untuk seseorang itu bercerai walaupun ia suatu yang dibenci oleh baginda Rasulullah s.a.w. seperti dalam bait yang pernah disabdakan:

“Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah S.W.T  adalah talak”

Sesungguhnya islam itu sungguh sempurna maka hadirnya setiap masalah membawa setiap penyelesaian rumahtangga dengan cara mengharuskan penceraian samada cara Talak, Khulu‘, Fasakh dan Li’an.

TALAK

Pengertian talak segi bahasa adalah melepaskan ikatan.

Istilah syarak melepaskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz talak atau seumpamanya.

Dalil keharusan Talak:

Banyak dalil-dalil yang menunjukkan bahawa talak ini adalah satu keharusan di dalam islam. Antaranya seperti:

a)Al-Quran Allah S.W.T. telah berfirman:

Cerai (talak) itu dua kali. Selepas itu peganglah isteri kamu (rujuk dan kekallah) dengan cara yang baik atau lepaskanlah dengan cara yang baik. (Al-Baqarah: 229)

FirmanNYA lagi:

Wahai Nabi (Katakanlah) apabila kamu menceraikan isteri kamu maka cerailah mereka pada masa sucinya. (At-Talaq: 1)

b) Dalil Hadith:

Hujah daripada sunnah Nabi S.AW. bahawa baginda pernah menceraikan isterinya Hafsah sepertimana yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a;

“Rasulullah S.A.W. telah menceraikan isterinya Hafsah kemudian Baginda merujuknya semula”

c) Dalil Ijmak:

Para ulamak islam telah bersepakat dari dahulu hinggalah ke hari ini bahawa talak harus di dalam islam.

d) Dalil Aqli (logik):

Apabila berlaku keretakan di dalam mahligai yang bina, masing-masing akan benci-membenci antara satu sama lain. Begitu juga kasih sayang antara suami isteri dan tanggungjawab tidak dapat ditunaikan, maka dengan cara logik sudah pasti pasangan itu harus dipisahkan demi mengelakkan masalah yang lebih besar lagi seperti penganiayaan atau pembunuhan.

Pakej Jahit Baju Malayu + Seluar

Insyallah jika ada masa yang panjang nanti akan Suri kongsikan pula jenis lafaz sarih dan kinayah. Moga-moga setitis ilmu yang ada dapatlah kita manfaatkannya bersama-sama.

Wahualam.

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

22 Responses to “Cerai Segalanya Berakhir..”

  1. fyna

    May 09. 2014

    info yang sangat berguna. terima kasih.

    Reply to this comment
  2. Myra Jay

    May 09. 2014

    Mudah2an dijauhkan hal cerai berai dalam urusan rumahtangga kami, aminnn..

    Takut!

    Reply to this comment
  3. Fiza Rahman

    May 09. 2014

    Good info. Thanks for sharing suri. Banyak perkara yg perlu difikirkan bila kita nak bercerai ni. Especially bila dah ada anak.

    Reply to this comment
  4. Denaihati

    May 09. 2014

    semoga kita semua dijauhkan dari sampai bercerai berai, insyaAllah banyak masalah boleh diselesaikan dengan cara yang baik.

    Reply to this comment
  5. faizal

    May 09. 2014

    bercerai adalah suatu yang tidak disukai Allah

    Reply to this comment
  6. zara

    May 09. 2014

    perkataan “cerai” ni sebelum berkahwin suami saya pernah cakap..dia tidak mahu dengar keluar dari mulut saya..samapi sekarang nak sebut tentang orang bercerai pun rasa takuttt.. 🙂

    Reply to this comment
  7. Anak Askar Pencen

    May 09. 2014

    Sekarang ni, kalau tengok statistik perceraian. Peratus paling tinggi punca perceraian adalah akibat faktor kewangan. Sekarang ni susah nak maintain perhubungan kalau cinta masing-masing didasari oleh kehendak material semata-mata.

    Reply to this comment
  8. Khadeejah Hasmad

    May 09. 2014

    Moga Allah pelihara keluarga kita dari perkara yang halal ini, tapi paling Allah tak suka..

    Terima kasih untuk perkongsian

    Reply to this comment
  9. puteri kasih

    May 09. 2014

    sejak kebelakangan ni peratus penceraian agak tinggi juga kan suri

    Reply to this comment
  10. puteri kasih

    May 09. 2014

    selamat malam my sahabat…sudah dua hari tidak online blog. Hari ini baru dapat singgah.

    Puteri ketuk 3 yer..vanish. darlie dan whisper..semua untuk kegunaan suri. Tak perlu pergi beli kat kedai…hehehe

    Reply to this comment
  11. Sis Vee

    May 10. 2014

    cerai dibolehkan tapi Allah benci …

    Reply to this comment
  12. MamaBard

    May 10. 2014

    salam suri…lama dah tak singgah sini..

    semoga kita terhindar dari masalah perceraian ni..semua orang nak kan perkahwinan yang kekal selamanya, kan..
    insyaAllah…

    Reply to this comment
  13. amirulfaiz

    May 10. 2014

    Fikirkanlah nasib anak-anak jika mahu bercerai. Jangan pentingkan diri sendiri saja.

    Reply to this comment
  14. n0esuhaimi

    May 10. 2014

    cerai semua orang tak suka…tapi bila keadaan dah memaksa…tiada persefahaman…tiada kegembiraan…daripada menambah dosa…elok la bercerai…walaupun ianya sakit….selagi boleh diselamatkan…cuba la selamatkan…terima kasih atas perkongsian suri…downy, olay & VW tuk suri 🙂

    Reply to this comment
  15. n0esuhaimi

    May 10. 2014

    lupa nak beritahu…noe ada tag suri di sini http://alyadina.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-by-khirkhalid.html…kalau sudi join la..tp tak paksa k

    Reply to this comment
  16. Tehr

    May 11. 2014

    moga2 kita sentiasa tabah menghadapi apa juga ujian
    susah atau senang
    keduanya juga ujian

    Reply to this comment
  17. Hafizul

    May 12. 2014

    Terima kasih kongsikan..artikel yang sangat bermanfaat..

    Reply to this comment
  18. bimbel online

    May 12. 2014

    thank you

    Reply to this comment
  19. faizal

    May 14. 2014

    salah satu tindakan yang menggegarkan arash

    Reply to this comment
  20. Yg Jahil

    May 21. 2014

    susah nak cakap…kalau dah selalu mengalah dan ikut jer apa kehendaknya …lama2 bosan gak….klu dah x der jodah hanya Allah saja yg tahu

    Reply to this comment
  21. hafizmd

    May 22. 2014

    Moga kita semua dijauhkan dr cerai berai ni…wanau’zubillah

    thanks suri berkongsi!

    Reply to this comment

Leave a Reply