Sembab Mata Sirih Muda Sudahlah

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Semalam Suri tidak dapat lelapkan anak mata. Sekali mata anak patung anak kesayangan Suri tertanggal.. sebelah kanan pulak tuh. Ah..macam mana itu mahu jahitkan kembali ker? Jangan percaya butir kataku di atas tapi percayalah untuk menghilangkan sembab di bawah mata ini ada satu sahaja pehtua yang dikatakan agak mujarab.

Mudah Jahit Jubah Empire Cut & Pelum

Sebahagian sebab-sebab mengapa sembab mata sering berlaku:-

  • Seseorang itu mungkin berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran saat akhir barangkali.
  • Apabila si ibu berjaga malam gara-gara anak demam kuat ataupun menjaga ibu bapa yang sakit.
  • Ada juga sebahagian kita sakit gigi katanya gusinya bengkak. Adoi korang rasa bolehkah kita tidur dalam keadaan aman dan damai. Mahu tidaknya perang letus denyut-denyut terasa di sekitar luar pipi di dalamnya sedia membengkak.
  • Menghadap komputer pun sebenarnya boleh menyebabkan sembab mata anda menjadi seperti mata panda 🙂
  • Mata sembab kerana menagis

“anda baru lepas putus cinta eh”

  • Lagi..

Ini semua gara-gara anda tidur lewat malam kerana menggorbankan sesuatu perkara yang penting atau situasi yang tidak dapat anda elakkan. Jadi untuk menggembalikan mata tidak menjadi sembab,  lebam merangkap letih hii apa kata anda mencuba petua ajaib ini:-

Bahan magicnya adalah:

  1. Daun sirih mudah
  2. Air suam

Jahit Baju Kurung Riau & Pahang + Kain Lipat Batik

Cara-caranya:-

  1. Ambil beberapa helai daun sirih muda yang telah di cuci bersih.
  2. Ramas daun sirih itu bersama dengan air suam sambil selawat tiga kali.
  3. Tapiskan air tersebut kemudian ambil patinya sahaja.
  4. Cuci wajah anda dengan pati air daun sirih tadi.

Tahukah anda kegunaan daun sirih muda  selain mampu mengatasi masalah sembab mata ia juga dikatakan dapat merehatkan mata anda secukupnya.

Sembab mata guna daun sirih sudahlah. Nanti karang bagi banyak petua jenuh pula nak cuba itu ini.

Pernah alami sembab mata? Kenapa? Jika tidak keberatan bolehlah kongsikan 🙂

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

31 Responses to “Sembab Mata Sirih Muda Sudahlah”

  1. Hafizul

    May 07. 2014

    Terima kasih kongsikan..dah lama tak sembat mata ni..hehe

    Reply to this comment
  2. Anak Askar Pencen

    May 07. 2014

    Mata lebam ni kadang-kadang orang panggil mata panda. Saya ni kalau tak cukup tidur, siap la mata jadi belebam. Obvious pulak tu. Hehe

    Reply to this comment
  3. Hero Borneo

    May 07. 2014

    perkara biasa tu..lama-lama akan ok juga!

    Reply to this comment
    • Suri

      May 08. 2014

      payah kalau terbiasa hee.kalau jaga yang tersayang keluarga tak apa dapat pahala lagi tu

      Reply to this comment
  4. akubiomed

    May 07. 2014

    Nak cari daun sireh pun sukar sekarang. Apa pun rawatan alternatif turut memberikan kesan positif kepada permasalahan yang dihadapi.

    Reply to this comment
    • Suri

      May 07. 2014

      haa dekat kedai sukar nak cari kat kampung mudah sahaja.kena rajin bertanya ya 🙂 moga di permudahkan hendaknya

      Reply to this comment
  5. zara

    May 07. 2014

    boleh cuba ni..tapi susah nak cari daun sireh muda ni..kene cari pokok dia dulu..kalau dulu bolehlah kutip belakang rumah kan 🙂

    Reply to this comment
  6. Denaihati

    May 07. 2014

    bagus petua ni, macam nak kena tanam sirih dulu lah.

    Reply to this comment
    • Suri

      May 07. 2014

      kalau nak tunggu tumbuh kene bagi pokoknya besar sikitlah yer heee..cari pasar adeh tu heee 😉

      Reply to this comment
  7. onlajer

    May 07. 2014

    oh bergitu rupanya cara mengatasi mata sembab

    Reply to this comment
  8. Suri

    May 07. 2014

    ya beginilah kaedahnya

    Reply to this comment
  9. Sis Vee

    May 07. 2014

    mata sembab , eyebag … di mata sis ada . blh lah cuba nanti …

    Reply to this comment
  10. Raudzah

    May 07. 2014

    Hmmm..guna sireh ya…susah nak dapat tu…pakai cream ajelah ..senang ..he..he

    Reply to this comment
  11. Raudzah

    May 07. 2014

    Isi dua tabung untuk suri..

    Reply to this comment
  12. ajumohit

    May 07. 2014

    daun sireh ni mmg byk khasiatnya kan suri, dah beberapa kali tanam tapi tak
    menjadi 😉

    Reply to this comment
  13. Ammar

    May 08. 2014

    Heee. Suka baca blog ni. Selalu je ada petua-petua. Kalau tak silap saya dulu petua ketuat kan?

    Reply to this comment
  14. titan

    May 08. 2014

    sedap woo makan sirih nih. haha..

    Reply to this comment
  15. Ismail N

    May 08. 2014

    Tak de daun sirih lah kat rumah kita. Daun cili boleh? 😀

    Reply to this comment
  16. faizal

    May 08. 2014

    petua turun temurun..banyak manfaat sirih ni

    Reply to this comment
  17. ema

    May 09. 2014

    sembab mata sebab tak cukup tidur.

    Reply to this comment
  18. Fiza Rahman

    May 09. 2014

    Owh…baru tau. Selalu pakai timun jer. Thanks suri.

    Reply to this comment
  19. puteri kasih

    May 10. 2014

    kat belakang rumah puteri ada orang tanam sirih..kalau dapat mata panda bolehlah pergi minta nanti…hehehe

    Reply to this comment
  20. puteri kasih

    May 10. 2014

    satu whisper dua vanish..cepat cepat beli…hehehe 🙂

    Reply to this comment

Leave a Reply