Cara Membuat Apam Ice Cream Cornetto

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Ini bila punya kejadianlah heeee.. Asal boring mulalah tangan ini mencari resepi baru. Sahaja mencabar kemampuan diri katanya. Urm.. godek-godek dalam lemari dan satu kotak bekas plastik a.k.a khazanah membaking terus laju nak buat apam ice cream cornetto kebetulan bahan yang tiada masa tu itu ialah air ice cream soda.

DIY PELBAGAI POLA JUBAH !!

Cara membuat apam ice cream cornetto inilah menyebabkan Suri punya pecut pergi motokar  untuk pergi kedai Pak Zaidi heee..mujurlah ada satu botol tin minuman gua terus sambar, pay dan carry 🙂 cis ayat tak menaha namanya..

Cara Membuat Apam Ice Cream Cornetto

my homemade Apam Ice Cream Cornetto

Ini adalah maklumat tuan punya badan yang asal membuat resepi ini:- Nama Timangan resepi: Apam Ice Cream
By: Ibu mertua Erna
Dikongsikan oleh : Mama Fami  dan untuk penerangan melecun terperinci  ini

Panaskan kukusan terlebih dahulu. Balut tutup kukusan dengan towel supaya air pada tutup kukusan tidak menitis di atas apam kita nanti. Api jangan terlalu besar. Jika besar apam akan mekar setaman pulak!

Sekarang kita sediakan bahan-bahan adunan. Adunan dapat banyak tau! kalau keluarga tak ramai buat 1/2 adunan sahaja.

1) 3cawan tepung gandum ~ diayak
2) 4 biji telur
3) 2 cawan gula kastor
4) 3/4 cawan air ice cream soda
5) 1 sudu teh perasa rose ~ Suri guna perasa yang berlainan untuk setiap warna.
6) Pewarna ~ biru,ungu, merah dan cokelat
7) Kon kertas secukupnya
8) Coklat masakan gelap secukupnya ~ dihiris halus
9) Kekacang/ coklat rice / coklat cip atau manik bewarna

  • Pukul telur dan gula hingga, putih, kembang gebu dan ringan ~ anggaran 5-7 minit* tambahkan 1 sudu teh ovalate jika nakkan adunan apam yang lembut
  • Masukkan tepung yang dah di ayak kan kaup balik hingga rata.
  • Tambahkan air aiskrim soda dan gaul rata.
  • Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dalam mangkuk berasingan
  • Letakkan pewarna dan perasa yang anda suka gaul hingga adunan, pewarna dan perasa bergaul sebati

Susun kon dalam kukusan. Letakkan dalam lubang kukus. Jangan tutup semua lubang tau! pastikan ada lubang untuk wap panas mengalir ke atas.

Untuk yang ni ambil perhatian sikit ye.. Kukus yang kita beli biasanya ada 3 bekas dan satu tutup kan? ok! kita kena guna semuanya sekali. Bekas bawah kita letakkan air dan panaskan atas dapur. Kemudian letakkan bekas kedua dan biarkan kosong. Bekas ketiga baru kita susunkan kon dan isikan adunan dalam kon tu. Adunan tu ita tuang selapis demi selapis mengikut warna berselang seli. Untuk lebih mudah masukkan adunan dalam piping bag, kemudian paipkan selapis-selapis berselang seli.

Kemudian kita tutup kukus. Jika kon terlalu tinggi potong sedikit muncungnya supaya mudah di tutup. Pastikan tutup kukusan di balut dengan kain supaya wap air tidak menitis atas apam.

Kemudian kita kukus lah adunan kita dengan api sederhana selama 15-20 minit atau sehingga apam kita masak.

Bila apam dah masak keluarkan dari kukus dan biarkan ia sejuk
Jangan buka kon tu dahulu ye, sebab kita belum curahkan coklat di atasnya.

Sebelum kita cairkan coklat kita panggang dahulu badam atau kacang hazel yang nak kita taburkan nanti. Sebenarnya boleh gunakan apa-apa sahaja kacang yang kita suka. Nak letak coklat rice atau coklat cip pon boleh. Nak tabur manik warna warni pun boleh. Apa-apa lah kan janji sedap dan menarik perhatian kanak-kanak amnya.

Untuk memangang kacang, masukkan kacang dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 15-20 minit.

Sekarang kita cairkan coklat. Gunakan kaedah double boiler. Coklat pula tak kisah kita nak gunakan Dark coklat atau Milk coklat. Terpulang pada citarasa masing-masing.

 

Bila coklat dah cair dan apam dah sejuk, kita curahkan coklat atas apam yang dalam kon tadi (sebab tu ita kata jangan buka kon dahulu sebab nanti kita nak curah coklat) Kemudian kita taburkan pula kacang yang kita dah panggang tadi. kacang tu kita tumbuk kasar dahulu. Kalau nak letak sebiji-sebiji pon ok! ikut kita.

DIY POLA BAJU KURUNG

Kemudian simpan sebentar dalam peti ais supaya coklat mengeras. Kejap aje tau! hingga coklat keras aje..

Ini sahaja gambar yang sempat Suri ambil yang lain punya apam telah selamat anak makan hiii.. 😉

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

39 Responses to “Cara Membuat Apam Ice Cream Cornetto”

  1. syaifuddin alias

    May 05. 2014

    amboi ..macam dap jer macam dap jer..hehehe

    Reply to this comment
    • Suri

      May 05. 2014

      anak dan suami meyangkan ini adalah ice cream bila mereka ngap eh bukan ais krim dah heee..sekali apam heeee

      Reply to this comment
  2. Raudzah

    May 05. 2014

    Wah sodapnya…terasa nyum..nyum..

    Reply to this comment
  3. Raudzah

    May 05. 2014

    INTI & DIGI for you…

    Reply to this comment
  4. akubiomed

    May 05. 2014

    Memang best dengan warna warni dan rasa tentu sedap.

    Reply to this comment
  5. Ali Muttakin

    May 05. 2014

    Asyik ini buat kegiatan di waktu luang buat apam ice cream

    Reply to this comment
  6. Hero Borneo

    May 05. 2014

    pergh..memang sedap tu..untung keluarga suri..!

    Reply to this comment
  7. Adib Site

    May 05. 2014

    nampak sedap, teringin nak cuba tapi takut x jadi hhehe

    Reply to this comment
  8. KesumaAngsana

    May 05. 2014

    nampka cma senang, leh nak cuba2 ni. nnti.. done nuffnang yer

    Reply to this comment
  9. Bahrain

    May 05. 2014

    Meleleh dibuatnya. First time dengar resepi macam ni.

    Reply to this comment
  10. YobertParai

    May 05. 2014

    benar-benar kreatif nih, saya ijin save, ntar saya mau bikin juga 🙂

    Reply to this comment
  11. Denaihati

    May 05. 2014

    habis connetto tak laku lepas ni…heeee. memang jimat banyak ni, yang bestnya boleh makan hari-hari lah…

    Reply to this comment
  12. puteri kasih

    May 05. 2014

    suri…sila pos ke sini..hehehe 🙂

    Reply to this comment
  13. puteri kasih

    May 05. 2014

    dapat ketuk whisper je malam ni…esok puteri ketuk ketuk lagi. Jangan sedih yer 🙂

    Reply to this comment
  14. Noor

    May 05. 2014

    nampak menyelerakan , kena pula musim panas ni

    Reply to this comment
  15. Tehr

    May 05. 2014

    nampak gaya anak2 tak mahu keluar rumah selagi ada benda ni kat dapur
    haha

    Reply to this comment
  16. zara

    May 06. 2014

    Mula2 tadi xpaham ape fungsi kertas dilipat2 tu ingatkan origami..rupanya con cornetto..sebab tu dinamalan apam coonetto yer..slow sket baru paham hihi

    Reply to this comment
    • Suri

      May 06. 2014

      saya kejar masa itu saya tak done nak taip di bawah gambar itu jeee.jadi kena membaca ye heee,,

      ya untuk buat bentuk kun tu jer fungsinya.nak buat benda ini memang mencabar

      Reply to this comment
  17. Hafizul

    May 06. 2014

    Terliur lah pulak..kalau macam ni, bertambah sayang la si anak pada ibunya..hehe..terbaiklah suri..ada lebih tak???huhu

    Reply to this comment
    • Suri

      May 06. 2014

      dia suka makan.memeh buat saya senyum jer.apa lagi ada isi cokelat hutih dan coeklat baisa dia suka jilat2 ada satu jer lagi 😉

      Reply to this comment
  18. Ismail N

    May 06. 2014

    Wehh. Kalah ice cream Cornetto ori cam ni. Tutup bisness Walls nanti 😀

    Reply to this comment
  19. ema

    May 06. 2014

    Akak tunggu nak rasa dari air tangan Suri jerlah jawabnya…hehehe

    Reply to this comment
  20. Sis Vee

    May 07. 2014

    sis , apam pun x pernah buat . kena tggu time rajin … 2x inti sini tapi bukan inti apam yer . heheheee

    Reply to this comment
  21. Fiza Rahman

    May 09. 2014

    Wah…rajinnya. Pos sini sikit ☺

    Reply to this comment
  22. norulhuda

    Oct 25. 2014

    dah lame xbaking, rindu amattt..tggu abis pantang ni, tengok pun da terliur tambah tgh pantang huhu…

    Reply to this comment
  23. terima kasih banyak buat tipsnya 🙂

    Reply to this comment

Leave a Reply