Cara Menjahit Dan Mengecilkan Saiz Baju Muslimah

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Cara Menjahit Dan Mengecilkan Saiz Baju Muslimah. Hari sabtu yang lepas Suri berpeluang menghadiri satu majlis kenduri kawin di Sabak, Bernam Selangor. Apa yang menyeronokkan Suri setelah selesai dari majlis makan tersebut kami singgah di sebuah padang.

Ini padang ada buat majlis hari belia kalau tak silap Surilah. Apa lagi Suri pun pusinglah sekitar gerai jualan yang ada di situ. Jeng..jeng..jeng..Suri terjumpa dan terus menyambar dua helai baju muslimah saiz XXL yEAY!!

Sehelai Rm20.00 yea.

Suri suka saiz besau sebab mudah angin masuk bila bawa motokar, aurat dan selesa bergerak ke sana sini untuk menguruskan anak dan lincah buat kerja harian 😉

Tapi masalahnya bahagian pergelangan tangan terlalu labuh ada dalam 1 inci. Suri cuba jugalah menyarung baju muslimah ini dan kemudian lipat satu kali di bahagian kedua pergelangan tangan tapi nampak macam tak kemas dengan cara begitu uh..uh..

Caranya mudah kita DIY mengecilkan saiz baju muslimah yang kita kehendakkan 😉

  • Baju baru Suri letakkan di bawah. Baju lama warna pink Suri letakkan di atas baju baru (tindihkan) dia.

  • Lepas itu kita ambil pensel pelakar pola dan ikut saiz baju lama yang kita selesa pakai kita tekapkan dan gariskan dari bahagian pergelangan tangan sampai ke ketiak.
  • Nampakkan jari Suri itu haa..sampai paras itu jer nanti korang harus jahit dan matikan jahitan.

Nota: Kalau kata korang nak juga kecilkan bahagian badan korang ikutlah berapa cm korang nak kecilkan itu yer 🙂 tapi jangan pula matikan jahitan itu  sampai ke bahagian ketiak pula dah. TAPI korang harus teruskan jahitan sehingga  ke bahagian bawah baju/ hujung baju.

Kedaipolabaju.com

  • Ok, dah selesai melakar bolehlah kita angkat baju pink itu pula. Lihat ada  bekas garis yang telah Suri lekukkan dengan  warna biru tadi.

  • Bagus. Task seterusnya mulakan jahitan dari hujung pergelangan tangan tadi.

  • ..hingga berjumpa dengan bahagian hujung ketiak yang telah kita lekukkan tadi. Ingat balas jahitan anda sekali lagi 😉 untuk elakkan ia menetas.

  • Lepas itu lipatkan kain pada bahagain yang kita jahitkan tadi. Ingat kita akan jahit 1 inci sahaja. Makna kita akan jahit sedikit untuk elakkan lubang yang kita buat tadi tidak nampak bila kita pakai baju lebar ini.

  • Nampak jatuhan tapak mesin jahit Suri. Kain ada bentuk seakan “empat segi” Kita jahit di situ dan jahit lurus.

Nota: “Jahit sedikt” BUKAN jahit seluruh pergelangan tangan ok.

  • Lihat kesan jahitan terbenam pada baju baru Suri di bawah itu.Suri ada jahit satu baris sahajakan.
  • Baju warna putih pula adalah kesan jahitannya yang akan kita nampak dari luar. Ya. Ada satu garis lurus jahitan terbenam di situ.

Nota: Sebelum anda memulakan sesi jahitan pastikan warna benang anda sama dengan warna baju. Nanti tidaklah nampak perbezaan sangatkan.

Semoga panduan menjahit dan mengecilkan baju ini mendatangkan manfaat buat kalian semua. Bagi Suri toturial mengecilkan baju ini jimat sebab kita tidak perlu keluarkan wang untuk upah jahit tepi & simple tak perlu memotong lebihan kain yang sedia terlebih tu heee.. 😉

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

20 Responses to “Cara Menjahit Dan Mengecilkan Saiz Baju Muslimah”

  1. Raudzah

    May 04. 2014

    Singgah pagiminggu di sini sambil tengok kawan kita ni menjahit..

    Reply to this comment
  2. Raudzah

    May 04. 2014

    Kilik-klik dua tabung di sini….

    Reply to this comment
  3. Ammar

    May 04. 2014

    Terima kasih atas perkongsian. Nampak macam simple tapi ada jugak yang tak tahu nak kecilkan baju ni

    Reply to this comment
  4. puteri kasih

    May 04. 2014

    rajin sahabat kita ni menjahit di hujung minggu yer..ada beli apa-apa untuk puteri tak dari gerai gerai jualan itu..heeeee…Gurau je suri 🙂

    Reply to this comment
    • Suri

      May 04. 2014

      belia sam sahaja heee…baju dua pasang baju suri saiz besar rasa tak sesuai dengan puteri uh..

      tak apa saya okeY 😉

      Reply to this comment
  5. puteri kasih

    May 04. 2014

    semuanya meriah menari di hujung minggu…ketuk dan ketuk lagi. Inti dan top up digi untuk suri calling calling…hehe

    Reply to this comment
    • Suri

      May 04. 2014

      meriah dnegan entri sahaja ini heee..diy boleh jer tu heee..

      terima kasih my sahabat 😉

      Reply to this comment
  6. Akmal Zaidi

    May 04. 2014

    boleh buka business ni, kalau kena gayanya.

    Reply to this comment
  7. Denaihati

    May 04. 2014

    lepas jahit tak payah potong yer, kalau badan membesar boleh bukak jahitan.

    Reply to this comment
  8. Tehr

    May 04. 2014

    nampak mudah je ni
    hehe

    hahaha
    cakap je yang mudah

    Reply to this comment
  9. Bagitau

    May 05. 2014

    Terima kasih atas panduan ni. Dulu saya ingatkan kena tetas dahulu baru jahit, salah rupanya.

    Reply to this comment
  10. syaifuddin alias

    May 05. 2014

    jahitan jurus ninja..yayayaya..haha…
    rajin ye menjahit

    Reply to this comment
  11. Hafizul

    May 06. 2014

    Nilah hebatnya bila pandai menjahit..haha..

    Reply to this comment
  12. Ismail N

    May 06. 2014

    Hebat menjahit ni. Baju Raya tahun ni kawe tempah di sini aje lah. Boleh?

    Reply to this comment
  13. ema

    May 06. 2014

    Akak bab jahit ni tak berapa suka biarpun Mak Mertua tukang jahit ada mesin sampai dua….. nak jahit tudung anak terkoyak pun akak minta mak mertua yang jahitkan…

    Reply to this comment
  14. k.z maziyyah

    Jan 08. 2015

    terima kasih suri,,,satu perkongsian ilmu yang amat baik,,,lama dah cari cara untuk kecil kan bahagian yang besar pada baju ni,,,last2 jumpa suri,,,terima kasih suri,,,,

    Reply to this comment

Leave a Reply