Panduan Memberi Sambil Memujuk Anak Makan Ubat Mengikut Peringkat Umur

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Panduan Memberi Sambil Memujuk Anak Makan Ubat Mengikut Peringkat Umur. Memberikan ubat kepada bayi dan kanak-kanak kadang-kala ia suatu perkara yang agak mudah di sebut. Namun tidak semudah memberikan mereka makan ubat seperti yang benar-benar kita harapan. Ini kerana tidak semua bayi atau pun kanak-kanak menyukai ubat.

katanya “tidak sedap  atau ubat itu terasa pahit di dalam tekaknya.”

Panduan memberi sambil memujuk anak makan ubat mengikut peringkat umur sebagai ibu bapa, pengasuh bayi dan kanak-kanak anda seharusnya tahu bagaimana ingin memujuk dan menggunakan teknik yang betul untuk memberikan mereka ubat dengan saranan yang telah di tetapkan oleh doktor . Kerana tahukah anda tanpa mengambil ubat yang telah khaskan oleh pesakit di katakan penyakit tersebut akan kembali menyerang lebih kuat dari yang sebelumnya.

Mak! Akhirnya Aku Berjaya …

Jika ingin memberikan anak anda ubat berikut adalah peringkat umur dan jenis -jenis peralatan yang perlu anda ketahui :-

  • Penitis berukuran dan picagari oral

Bayi dan kanak-kanak kecil -Ukur ubat pada paras mata dan beri dengan segera

  • Sudu berdos

Kanak-kanak yang tidak boleh minum dari cawan

  • Cawan ubat

Kanak-kanak yang boleh minum dari cawan

Pemilihan teknik pemberian ubat bergantung kepada umur kanak-kanak dan keupayaannya untuk menelan ubat.

Persediaan ubat dalam bentuk cecair

Panduan pemberian ubat kepada kanak-kanak yang baru lahir hingga usia berusia 1 tahun:-

    • Mengenal pasti ubat dan cara penyediaan yang betul.
    • Ampu kepala bayi dan dongakkan kepala bayi pada 45°
    • Balut bayi anda dengan kain / selimut bayi.
    • Pakai peralatan yang sesuai untuk pemberian ubatan bagi mengelakkan bayi menutup mulut dan muntah.
    • Jangan campurkan ubat dalam botol susu atau jus.

Persediaan ubat dalam bentuk cecair, ubat kunyah atau ubat yang telah dipecah atau hancurkan

Panduan pemberian ubat kepada kanak-kanak yang berumur di antara 1 tahun hingga pra-sekolah:-

    • Campurkan ubat dengan puding.
    • Beri anak minuman kegemaran selepas pengambilan ubat.
    • Jangan marah atau denda anak anda sekiranya dia mengeluarkan semula ubat tersebut.
    • Puji dan peluk anak selepas dia makan ubat.

Kanak-kanak berumur 5 tahun dan keatas selalunya boleh menelan ubat.

Panduan pemberian ubat kepada kanak-kanak berumur 5 tahun dan keatas

    • Dalam kes tertentu anda mungkin perlu menghancurkan dan mencampurkan ubat biji dengan ais krim atau puding.
    • Jangan benarkan anak anda mengambil ubat tanpa pengawasan ibubapa

Dah Boleh Pasang 4 Cawangan

Jadi berhati-hatilah ketika anda memberikannya sukatan ubat dengan kaedah yang di sarankan mengikut usianya dengan cara yang betul. Semoga panduan memberi sambil memujuk anak makan ubat mengikut peringkat umur sedikit sebanyak dapat membantu anda.

Credit pic

Psstt…ada pengalaman tersalah beri anak makan ubat? Mohon di kongsikan bersama – sama 😉

KedaiPolaBaju.com

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

31 Responses to “Panduan Memberi Sambil Memujuk Anak Makan Ubat Mengikut Peringkat Umur”

  1. ema

    Apr 29. 2014

    Alhamdulillah, kedua-dua anak akak senang nak makan ubat…tak demam pun minta ubat.

    Reply to this comment
  2. bimbel online

    Apr 29. 2014

    bagus

    Reply to this comment
  3. Raudzah

    Apr 29. 2014

    Selamat tengah hari dear…ada satu je iklan boleh ketuk,,,

    Reply to this comment
  4. zara

    Apr 29. 2014

    anak saya yang kecik suka makan ubat..pantang nampak botol ubat, naaak..yang besar tu susah sikit..kene pujuk n sediakan air..dia akan mintak air sebaik sahaja ubat masuk dlm mulut..

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 29. 2014

      setiap ada berbeza ya sis zara, ada pula tengok biras dua adik beradik laju jer makan ubat heeee,,

      terima kasih sb sudi berkongsi 😉

      Reply to this comment
  5. amirulfaiz

    Apr 29. 2014

    Kalau beri ubat dengan picagari, memang mudah. Bila anak pandai sikit, pandai dia luahkan balik ubat tu dari mulut.

    Reply to this comment
  6. zik

    Apr 29. 2014

    Dulu kecik2 pun tak suka makan ubat sebab pahit.. Tapi tak ingat bila masa ntah mula makan ubat sebab nak senang.. Biasa dihancurkan.

    Reply to this comment
  7. Denaihati

    Apr 29. 2014

    ada anak-anak yang memang susah walaupun puas nak pujuk. kadang-kadang kena paksa. kalau dah besar memang agak susah nak paksa.

    Reply to this comment
  8. puteri kasih

    Apr 30. 2014

    tak ada pengalaman bagi anak makan ubat…hehehe.

    digi dan libresse untuk suri 🙂

    Reply to this comment
  9. cik siti

    Apr 30. 2014

    anak cik siti ms kecik2 mmg susah nak mkn ubat..bila da masuk 2 thn kita pulak yg pening sbb pantang nmpk ubat asik dia minta je..huhu

    Reply to this comment
  10. KesumaAngsana

    Apr 30. 2014

    gd sharing part ini mak bapak kena sabar byk2 sikit., seb baik 3 anak2 KA semua hantu ubat ni hehehe.. done nuffnnag yer !

    Reply to this comment
  11. Hafizul

    Apr 30. 2014

    Alhamdulillah..setakat ni anak saya masih tak ada masalah jika nak makan ubat..hehe

    Reply to this comment
  12. Voucher pendidikan

    Apr 30. 2014

    memamg terkadang sulit untuk memujuk anak minum karna ubat itu pait yang sudah besar saja masih ada yang sulit untuk meminum ubat ketika sakit. kita pun sebagai orang tua harus sabar dan pintar memujuknya.

    Reply to this comment
  13. Ismail N

    Apr 30. 2014

    Adehh. Nasib baik kawe tak de masaalah ni, Semua anak2 happy makan ubat 😀

    Reply to this comment
  14. DuniaMaklumat

    May 01. 2014

    Bagus juga panduan nie, bukan senang nak suruh anak makan ubat, nanti nak cubalah

    Reply to this comment
  15. akubiomed

    May 01. 2014

    Syukur anak-anak tidak ada masalah untuk memakan ubat.

    Reply to this comment
  16. Kamal Mustafa

    May 03. 2014

    Dulu-dulu pakai sudu camca, sekarang pakai picagari dah. sekali tekan selesai.

    Reply to this comment
  17. Aishah Ahmad

    Aug 13. 2014

    Dah hampir 2 tahun x kasi ubat kt anak.alhamdulillah, anak2 sentiasa sihat tanpa ubat

    Reply to this comment
    • Suri

      Aug 13. 2014

      nampaknya ibu bapa ada banyak masa untuk keluarga dan pada pencipata ya. tak semua kanak-kanak punyai antibodi yang kuat 🙂 setiap kanak-kanak lain tahap imunasi kecerdasan mereka 🙂

      Reply to this comment

Leave a Reply