Tiap-Tiap Jiwa Akan Merasa Mati

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Tiap-Tiap Jiwa Akan Merasa Mati dan itu tidak boleh di persoalkan lagi. Segala miliknya hanya pada Dia Maha Kuasa.

 

 

Jam pasir hampir semua orang mengenalinya. Tapi apakah yang dapat kita fikirkan pada benda ini yang hanya semata-mata di dalamnya adalah pasir.

“Ahli saintis ” – Mengkaji

“Apabila pasir di bawah penuh kita boleh terbalikkannya semula”  – Tangan-tangan manusia

“Pasir makin ke bawa nyawa semakin dekat dengan kita”  –  Seruan dari Pencipta

Kehidupan ini tidak akan terus berjalan. Pasti kita akan bertemu di penghujungnya juga. Di manakah titik noktah itu akan berakhir kita pasti tidak akan mengetahuinya.

Adakah ia indah persis saat benih itu tumbuh di rahim si ibu? Si bapa mendogak langit tanda kesyukuran. Ya, mungkin saat itu seisi keluaraga akan  teruja dengan kehadiran kita yang bakal menjegah jendela muka bumi Allah.

Tiap-Tiap Jiwa Akan Merasa Mati lahirnya kita cukup melekakan kita antara bilangan itu yang masih hanyut dengan tiada kesudahan. Asyik dengan kemegahan, kemenangan dan kekayaan yang sedia ada ia tidak akan membawa kita ke mana-mana.

Tiap-tiap jiwa akan merasa mati lahirnya kita cukup bersyukur tidak lagi angkuh malah tuduk sepanjang masa bertitis jernih mencurah lekuk di pipi dan birai bibir tanpa kenal siang dan apa itu malam. Itu tandanya kita Cintakan Allah dan kasihkan Rasul sayangkan agama sebagai penggalas untuk kita bersandar dalam kehidupan. Kita mampu memilih mana-mana 7 tingkat syurga yang setimpal dengan amalan yang kita dikerjakan.

Masa tidak akan mampu berundur apa lagi jam pasir sedikit demi sedikit ia akan mencerlus ke bawah menarik kita yang sedia ada dan leka. Maka beruntunglah bagi orang – orang yang beriman dan bertakwa dalam amalannya.

Biarlah kita pergi sebagai mana kehadiran kita penuh kerinduan bukan pemergian kita penuh ketakutan dan kesengsaraan.

Tiaptiap jiwa akan merasakan mati” – surah Ali Imran ayat 185.

 Wahualam.

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

38 Responses to “Tiap-Tiap Jiwa Akan Merasa Mati”

  1. Raudzah

    Apr 25. 2014

    Semoga amalan kita mencukupi sebagia bekalan..Aminn..

    Reply to this comment
  2. Raudzah

    Apr 25. 2014

    Salam Jumaat dear..Cursor Mania & Blue birds for you…

    Reply to this comment
  3. Anim

    Apr 25. 2014

    setiap kali menziarahi keluarga di johor, saya akan menganggao itulah pertemuan terkahir kami..
    begitu juga bila pulang semula ke SP selesai menziarahi suami dan anak di Ipoh..
    kerana mati itu pasti. tarikhnya saja misteri…

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 29. 2014

      ya itu sahaja yang buat kita tidak tahu.ada tersirat supaya kuta lebih banyak beramal padanya

      Reply to this comment
  4. KesumaAngsana

    Apr 25. 2014

    dalam makna n3 ni…. sesautu lah.. done nuffnang yer

    Reply to this comment
  5. ema

    Apr 25. 2014

    InsyaALLAH…biarlah kita pergi dengan beriman….

    Reply to this comment
  6. AUC

    Apr 25. 2014

    tak kala pejam dan terlena ketika itulah telah matilah kita

    Reply to this comment
  7. Pendidik2u

    Apr 25. 2014

    Masa tidak pernah berhenti..Dunia hanya sementara..akhirat kekal selamanya…

    Reply to this comment
  8. akubiomed

    Apr 25. 2014

    Tidur juga diibarat mati seketika.

    Reply to this comment
  9. Rossaimi

    Apr 26. 2014

    Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Demi masa sesungguhnya manusia itu didalam kerugian.

    Reply to this comment
  10. Afiffuddin

    Apr 26. 2014

    Setiap yang jiwa bernyawa pasti kematian, tidak lambat walau sesaat dan tidak pula cepat walau sesaat, dan tidak dapat dielakkan walau berada di dalam benteng yang kukuh.

    Reply to this comment
  11. Cikgu Hairul

    Apr 26. 2014

    Mati? Ramai yang percaya. Tapi tidak yakin. Tengoklah keliling kita, walaupun mereka tahu akan mati.. Macam tak yakin je kematian itu akan mereka hadapi. Bawak kereta membabi buta, melintas jalan suka-suki, naik motor macam orang gila..

    Reply to this comment
  12. cik en

    Apr 26. 2014

    🙂

    Reply to this comment
  13. zara

    Apr 27. 2014

    Mati itu pasti..persoalannya bersediakah kita..cukupkah bekalan kita untuk menemuiNya..mungkin esok mungkin hari ini mungkin sebentar lagi

    Reply to this comment
  14. Afiq

    Apr 27. 2014

    Ramai yang bersiap sedia menghadapi hari tua, kumpul harta seolah tiada “mati” yang akan mereka rasai.

    Bersediakah diri ini menghadapi mati. Persoalan itu wajib ditanya setiap detik agar diri tidak alpa dengan dunia.

    Terima kasih untuk artikel ini 🙂

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 29. 2014

      itu makin di risaukkan tapi banyak leka mari kita saling beirngat dan nasihat sesama kita.

      Reply to this comment
  15. MissPuanYati

    Apr 27. 2014

    Mati itu pasti, cuma masa saja belum tahu. Semoga kita semua dijemputnya dalam keadaan beriman. 🙂

    Reply to this comment
  16. Fiza Rahman

    Apr 28. 2014

    Smoga kita dapat meningkatkan amal ibadah kita setiap hari.

    Reply to this comment
  17. bimbel online

    Apr 28. 2014

    amiiiiin semoga kita dapat yang terbaik

    Reply to this comment
  18. puteri kasih

    Apr 28. 2014

    yer dunia ni hanya persinggahan sementara

    Reply to this comment
  19. puteri kasih

    Apr 28. 2014

    selamat malam suri..puteri tutup persinggahan untuk malam ini dengan satu inti 🙂

    Reply to this comment
  20. Hafizul

    Apr 30. 2014

    Janji Allah pasti jadi..semoga kita melengkapkan apa yang perlu untuk dibawa bersama nanti..

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 30. 2014

      ya kalau dunia kita ciptakan dengan lengkap asal di akhirat masih berkira-kira lagi 😉

      Reply to this comment

Leave a Reply