Aduh Sayang Tekanan Dalaman Dan Luaran Kemurungan Semasa Hamil

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Aduh sayang tekanan dalaman dan luaran kemurungan semasa hamil. Kehamilan merupakan rezeki yang hadir melalui dari Allah. Ia sesuatu yang menggembirakan, memenatkan dan memerlukan kesabaran yang kuat untuk mengharunginya.

Emosi ketika hamil juga terkadang turut terseret jika anda seorang yang kurang bijak mengawal perasaan itu sendiri 😉

Meracang Untuk Hamil

Pengalaman kehamilan pertama memang banyak mengajar Suri sebuah kehidupan ini untuk di nikmati dan bukan di persalahkan. Maka amat rugilah sekiranya anda sekarang sedang di landa Aduh sayang tekanan dalaman dan luaran kemurungan semasa hamil

Kehamilan salah satu cara mudah untuk menyuburkan pahala 🙂

Sebab-sebab emosi kehamilan mudah berlaku?

Kerana waktu ini si ibu akan banyak menghadapi tekanan luaran dan tekanan dalaman.

Rezeki kami !

Tekanan luaran semasa hamil

  • Dapatkah anda memikul tanggungjwab sebagai seorang ibu bapa dengan baik untuk anak anda.
  • Dapatkah anda lakukan kerja pejabat dengan baik  dan dalam masa yang sama mampukah anda memberikan sepenuh perhatian kepada mereka.
  • Apabila anda melalui  kehamilan itu bersendirian tanpa suami.
  • Keadaan akan menjadi lebih tegang jika apa yang anda inginkan tidak dapat dengan kadar yang anda harapkan.
  • Sumber pendapatan anda dan pasangan terkadang membuatkan emosi anda tidak selalu berkeadaan baik.
Aduh Sayang Tekanan Dalaman Dan Luaran Kemurungan Semasa Hamil

Hamil lagi!

Tekanan dalaman semasa hamil

  • Terkadang masih juga ada pasangan yang belum bersedia untuk menerima kehamilan yang pertama atau kedua dan seterusnya.
  • Biasanya fasa pertama dan ketiga anda akan rasa kurang selasa seperti mabuk/mual. Ini akan membuatkan anda hilang mood untuk melakukan aktiviti harian yang anda suka.
  • Perkara yang di fikirkan kasih suami akan di bahagikan kepada dua. Iaitu kepada bayi anda bakal lahir.
  • Kemugkinan juga anda akan sedaya upaya untuk mengambil makanan yang berkhasiat bagi menjaga kesihatan bayi anda. Akan tetapi dalam masa yang sama anda juga berkira-kira mampukah anda mendapat bentuk badan seperti asal.
  • Komplikasi dalam kehamilan terdahulu terkadang sedikit sebanyak akan mempengaruhi emosi anda. Perbandingan yang akan anda lakukan akan membuatkan anda merasa tidak senang duduk.
  • Sejarah kemurungan peribadi atau dalam keluarga Jika masalah kemurungan berlaku dalam ahli keluarga anda, atau jika anda sendiri pernah mengalami kemurungan, anda juga mungkin lebih berkemungkinan untuk menjadi seorang yang murung. Bukti di sini menunjukkan bahawa ini meletakkan diri anda dalam risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kemurungan selepas bersalin atau meroyan (postnatal depression), berbanding kemurungan semasa hamil.
Aduh sayang tekanan dalaman dan luaran kemurungan semasa hamil Suri mohonlah para ibu dan bapa ayuhlah bangkit memberikan sokongan padu kepada pasangan anda dalam keadaan “darurat” ini. Semoga perkara yang tegang dapat di selesaikan dengan cara yang terbaik. Suri berharap cahaya cinta kalian yang bakal dilahirkan nanti tidak akan turut terkena tempiasnya di sebabkan oleh anda berdua.
Wahualam.
Anda pernah alamai kemurungan semasa hamil? Kongsikan.

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

20 Responses to “Aduh Sayang Tekanan Dalaman Dan Luaran Kemurungan Semasa Hamil”

  1. Anak Askar Pencen

    Apr 24. 2014

    Kunci kepada suami menghadapi isteri hamil adalah perlu banyak bersabar. Kadang pe’el isteri waktu hamil memang pelik-pelik sikit, jadi suami perlu banyak bersabar dan berzikir untuk tenangnkan jiwa.

    Reply to this comment
  2. Raudzah

    Apr 24. 2014

    Banyanya tekanan ya..kena banyak bersabarkan..

    Reply to this comment
  3. Raudzah

    Apr 24. 2014

    Klik & klik for you dear…

    Reply to this comment
  4. encikarman

    Apr 24. 2014

    tekanan ahhhh… saya kalau kena teh tarik, rilek skit

    Reply to this comment
  5. Myra Jay

    Apr 24. 2014

    Anugerah terindah buat seorang wanita adalah tika melalui sat2 kehamilan.. Sehingga kini MJ masih belum merasai anugerah tersebut.. Doakan ye…hehee

    Reply to this comment
  6. paridahishak

    Apr 24. 2014

    bagus info tentang kehamilan ni…ibu2 yg akan hamil n sedang hamil perlu ambil tahu..demi kebaikan diri….

    Reply to this comment
  7. paridahishak

    Apr 24. 2014

    bagus info tentang kehamilan ni…ibu2 yg akan hamil n sedang hamil perlu ambil tahu..demi kebaikan diri…. salam kunjung balas.

    Reply to this comment
  8. Hafizul

    Apr 24. 2014

    Emm salah satu perkara yang tidak dapat dielakkan..terima kasih atas perkongsian ni..hehe

    Reply to this comment
  9. akubiomed

    Apr 26. 2014

    Setuju dengan sokongan pasangan iaitu suami amat penting untuk mengatasi masalah kemurungan ini.

    Reply to this comment
  10. Bahrain

    Apr 26. 2014

    Time isteri mengandung, suami memainkan peranan yang penting dan kena kuat dari segi mental menahan karenah si isteri.

    Reply to this comment
  11. zara

    Apr 26. 2014

    Info yg sgt bagusssss

    Risiko Anemia Semasa Mengandung

    Reply to this comment
  12. cik en

    Apr 26. 2014

    semasa pregnnat perasan mesti bercapur baur kan…

    Reply to this comment
  13. hafiz

    Apr 27. 2014

    syukur masa isteri hamil dulu, tiada kemurungan cuma keletihan sahaja

    Reply to this comment
  14. Fiza Rahman

    Apr 28. 2014

    Emosi wanita mengandung memang tak menentu. Jadinya…si suami kena byk bersabar.

    Reply to this comment
  15. onlajer

    May 04. 2014

    biasa yang ini suami kena sentiasa beri bantuan dan sokongan moral.

    Reply to this comment
  16. Norhayati Suaib

    Aug 11. 2014

    Suami kena banyak bersabar semasa isteri hamil

    Reply to this comment

Leave a Reply