Ummu Salamah Doa Apabila Ditimpa Musibah Kehilangan, Kesusahan, Kesedihan Dan Dugaan

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Musibah adalah sesuatu perkara yang tidak diinginkan oleh setiap makhluk Allah. Tapi siapalah kita untuk mengelak dan memperkatakan hal seperti itu kerana sesungguhnya kita adalah hamba yang begitu lemah di sisi pencipta.

Doa musibah ini tidak terikat pada sesuatu perkara yang membuatkan kita hilang saparuh jiwa tapi sebaliknya mengajar kita erti menerima ketentuan itu dengan hati redha dan terbuka. Maka sebab itulah dalam landasan islam rukun iman ada enam perkara ternyata terang-terang menyebut “percaya kepada qadak dan qadar” yang datangNYA dari Allah.

Berikut Suri kongsikan Ummu Salamah punya doa apabila beliau ditimpa musibah sesuatu kehilangan, kesusahan, kesedihan dan dugaan. Ternyata beliau dan kita tiada bezanya kerana kita begitu sama di sisi Dia. Cuma yang membezakannya adalah amalan sahaja.

 

Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda.

“Apabila seseorang itu ditimpa bencana maka hendaklah ia mengucapkan:-

Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadaNYA kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya) nescaya Allah s.w.t memberikan ganjaran kepadaNYA kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadaNya yang lebih baik daripadaNYA.

 Ummu Salamah berkata lagi:

“Semasa Abu Salamah meninggal dunia aku mengucapkan seperti mana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. kepadaku, lalu Allah Taala menggantikan kepadanya (Ummu Salamah) seorang yang lebih baik daripada Abu Salamah (menjadi suaminya) iaitu Rasulullah s.a.w.”

Riwayat Muslim

 


Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

40 Responses to “Ummu Salamah Doa Apabila Ditimpa Musibah Kehilangan, Kesusahan, Kesedihan Dan Dugaan”

  1. Faarihin

    Apr 18. 2014

    Sekarang ni banyak sangat berita sedih yang diterima. Semoga DIA sentiasa kuatkan hati kita menghadapi setiap ujian dan dugaan itu.

    Reply to this comment
  2. Sis Vee

    Apr 18. 2014

    doa yg simple tetapi selalu dilupakan bila berlaku musibah .

    Reply to this comment
  3. faizal

    Apr 18. 2014

    walaupun doa ini ringkas tapi yang bacanya ikhlas..memang sampai ke hati

    Reply to this comment
  4. KesumaAngsana

    Apr 18. 2014

    terimakasih atas pekongsian ini yer… tp tulah hanya yang mengalami je saja yg tahu betapa sukarnyer utk tabah menerima tiap dugaan kan.. nuffnnagx2 kat sini yer

    Reply to this comment
  5. Raudzah

    Apr 18. 2014

    Moga dijauhkan segala musibah. Aminn..

    Reply to this comment
  6. Raudzah

    Apr 18. 2014

    Isi dua tabung petang Jumaat untuk Suri…

    Reply to this comment
  7. mrhanafi

    Apr 18. 2014

    itulah hebatnya orang Islam..ada doa sebagai senjata utama!

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 19. 2014

      setiap doa ada tujuannyakan bukan doa mengarut jampi itu yg itu baik hindar jauh-jauh..

      Reply to this comment
  8. Anim

    Apr 18. 2014

    doa..senjata orang mukmin
    tapi kita selalu alpa untuk berdoa

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 19. 2014

      biasakan lepas solat berdoa nak buat kerja apa boleh berdoa ban bismillah sudah boleh

      Reply to this comment
  9. Mizz Aiza

    Apr 18. 2014

    terima kasih di atas perkongsian doa ini suri.. sangat membantu, hanya kepada Allah kita kembali dan berserah.. menabung 4kali inti, 2kali libresse untuk suri.. 😀

    Reply to this comment
  10. puteri kasih

    Apr 18. 2014

    selamat malam my sahabat. Apa khabar hari ini?

    terima kasih atas perkongsian ini yer..moga-moga kita dijauhkan dari musibah

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 19. 2014

      syukur sihat hendaknya.

      ya musbiah akan datang tanpa mengira masa.jadi hati perlu kuat dan tabah selalu 😉

      Reply to this comment
  11. puteri kasih

    Apr 18. 2014

    inti, libresse dan rio untuk malam ini… 🙂

    Reply to this comment
  12. ajumohit

    Apr 19. 2014

    semoga setiap yg berlaku ada hikmahnya dan menambah keimanan hambaNya

    Reply to this comment
  13. Denaihati

    Apr 19. 2014

    terimak aksih perkongsiannya dan mudahan dapat kira amalkan nanti.

    Reply to this comment
  14. bimbel online

    Apr 19. 2014

    trime kasih doanye kene pake bile2 kapn…

    Reply to this comment
  15. Ammar

    Apr 19. 2014

    Terima kasih atas perkongsian artikel yang cukup-cukup bermanfaat kepada kita semua.

    Reply to this comment
  16. ZESCT

    Apr 19. 2014

    Kesedihan kehilangan MH370 sampai sekarang masih dirasai. 🙁

    Reply to this comment
  17. Norasikin

    Apr 20. 2014

    Saya ni bila susah je baru teringat nak doa. Masa senang lupa dunia

    Reply to this comment
  18. profhariz

    Apr 21. 2014

    MashaAllah terima kasih atas perkongsian ini kak 🙂

    Reply to this comment
  19. Fiza Rahman

    Apr 22. 2014

    Mekasih atas perkongsian.

    Reply to this comment
  20. Myra Jay

    Apr 23. 2014

    InsyaAllah sama2 jadikan amalan kan..
    Terima kasih Suri

    Reply to this comment
  21. try out online

    Apr 24. 2014

    Artikelnya sangat menarik sekali

    terima kasih

    Reply to this comment

Leave a Reply