Hadap @ Lupakan Teruskan ?

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Kan aku dah kata sah -sah kalau aku tengah mengemas mata asyik tengok laptop sahaja lastnya kemas rumah entah ke mana asyik hadap belog sekejap..sekejap.

Kan aku dah kata buka blog dahulu jangan kau buka akaun facebook sekali kau baca wall status silap diri sendiri jugalah. Masa berjalan akhirnya  update blog masih tergantung. Itulah main berbalas komen di muka buku lagi..

Jadi di nasihatkan jika ingin membuat sesuatu silalah teruskan membuka blog dahulu jangan sesekali di cuba gatal tangan buka itu ini. Lepas selesai update blog sila abaikan dan buat kerja tangan yang begitu banyak tertangguh heeee..

jahit alas meja makan G-R-R-R

jahit alas meja makan G-R-R-R

Gara-gara blog jugalah terkadang masa banyak terbuang kalau sendiri tidak pandai nak manfaatkan…

Kesimpulannya Suri berjaya menggubal jadual waktu 360 darjah seperti hari yang biasa di lalui. Serius ia amat sukar tapi bila ikut jadual yang baharu nampak gaya semuanya berjalan dengan lancar sekali. Suri pasti akan merindui dunia penulisan walaupun luahannya terkadang mengarutlah kot sesekali menyimpang jugalah dari landasan tapi insyallah anda semua jangan risau blog akan update cuma antara larat anda membaca dengan tidak sahaja atau suri sendiri yang akan ke laut menggulung ombak tempahan alas meja makan, selimut baby, tudung labuh dan menyiapkan jubah serta desing baju kurung hari raya ini sudahlah.

…Masih memikirkan perlukah untuk Suri meletakkan link blog perniagaan online sendiri? ? ? ? ?

“Bila kita belajar sesuatu yang mensia-siakan masa yang lalu, kita sebenarnya lebih banyak akan mencanang perkara baru untuk bangkit menuju ke hadapan”

Wahualam.

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

31 Responses to “Hadap @ Lupakan Teruskan ?”

  1. munir ardi

    Apr 09. 2014

    warna-warni dunia blogger kadang memang membuat kita lupa dengan pekerjaan di dunia nyata

    Reply to this comment
  2. Mizz Aiza

    Apr 09. 2014

    kalau tak buka blog sehari rasa tak lengkap hidup.. rindu kat rakan-rakan di alam maya..

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 10. 2014

      ya itu salah satu sebab selain minat heee..saya sekarang wajib korbankan walaupun minat tu meluap2 keh,keh… thnks aiza sb sudi ke blog saya setipa hari.terharu sungguh2 😉

      Reply to this comment
  3. Mizz Aiza

    Apr 09. 2014

    suri letak sahaja link perniagaan tu di blog ini.. semoga suri terus success.. menabung libresse, digi, libresse.. 😀

    Reply to this comment
  4. puteri kasih

    Apr 09. 2014

    kadang kala kalau puteri buka blog pun boleh terabai kerja yang lain…jadi sekarang ni memang khususkan waktu malam untuk blog. Siang siapkan kerja..hehe 🙂

    Reply to this comment
  5. puteri kasih

    Apr 10. 2014

    zinger dan digi untuk sahabat ku..semoga terus berjaya dalam bisnes 🙂

    Reply to this comment
  6. titan

    Apr 10. 2014

    rajin sangat komen kat blog orang ni kann..

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 10. 2014

      alamak kantoi.sejak bulan 3 saya mula tinggalkan tabiat itu. di kurangkan sedikitlah bos heee sebab hadap keje tangan ini. tapi gua tetap pi blog lu eh 🙂

      Reply to this comment
  7. wazy

    Apr 10. 2014

    lama tak singgah sini,nampaknya akak suri semakin sibuk,apa-apa pun selain berblog kesihatan diri tu kena jaga sekali ye kak . Semoga sukses di dalam bisnes yang akak ceburi

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 10. 2014

      terima kasih wazy. ia cuba cari pesona baru lebih kekal untuk jangka masa panjang. thnks wazy atas doanya. untuk kamu harap begitu juga 🙂

      Reply to this comment
  8. KesumaAngsana

    Apr 10. 2014

    pernah terfikir nak stop berblog tpi kdag2 rasa rindu pada kawan2 blog yang baik2 ni .. done nuffnangx2 yer

    Reply to this comment
  9. Raudzah

    Apr 10. 2014

    Sure suri rindu kita kalau tak berblogging..he..he

    Reply to this comment
  10. Fiza Rahman

    Apr 10. 2014

    Klo dah kusyuk dpt tenet memang kerja lain boleh terabai. Sbb tu kalau boleh selesaikan kerja rumah baru boleh hadap tenet.

    Suri…letak lah link business tu.

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 10. 2014

      ya sekarang kerja rumah celik dah kemas pastu masak jam 8pgi dah siap heeee.9 dah boleh hadap belog heeee..

      heeee 😉

      Reply to this comment
  11. faizal

    Apr 11. 2014

    biasakan yang betul..betulkan yang biasa..good luck suri

    Reply to this comment
  12. Hafizul

    Apr 11. 2014

    Emm nampak gayanya nak kena buat jadual gak ni..hehe

    Reply to this comment
  13. profhariz

    Apr 12. 2014

    <– Selalu buang masa :'(

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 13. 2014

      saya cuba belajar untuk seimbangkan masa dengan adil uhuk.. tak apa masa ada masa lagi untuk di baiki 🙂 setiap orang punya cara yang berbeza-beza ikut kemampuan diri sendiri

      Reply to this comment
  14. akubiomed

    Apr 12. 2014

    Wah nampak sibu iron lady kita ini berusaha meningkat kewangan keluarga. Selamat berusaha dan berjaya.

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 13. 2014

      yelah nak harapkan usaha ini sahaja yang boleh sebab peluang berniaga inikan susah Rasul kita 🙂

      terima kasih bro ab 😉

      Reply to this comment
  15. try out online

    Apr 16. 2014

    cantik sangat tuh…

    visit our link
    http://www.ilmci.com

    Reply to this comment

Leave a Reply