Extrem SkyTrex, Bukit Cerakah, Shah Alam Cahayacinta Terokai

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

23.03.2014 bersamaan hari ahad jam 2.30 petang bertempat di SkyTrex, Bukit Cerakah, Shah Alam kami berkumpul. Dengan menyahut cabaran melalui entri ini maka tertunailah hasrat di hati.

Hoyeh!!!

Menunggu untuk di hantar ke destinasi skytex

Menunggu untuk di hantar ke destinasi skytex

Yea..haa..!! Perkhidmatan bas yang di sediakan sungguh puas hati. Kerusi pun empuk jer 🙂

Lupa sebelum terlajak jauh ke depan anda semua di galakkan membawa wang saku untuk menyewa lockers sekiranya anda membawa barang, RM1.00 (RM5-Deposit), gloves RM3.00 dan bottle holder jika anda membawa botol air-RM1.00 (RM5-Deposit). Mengikut pengalaman Suri  sendiri anda di nasihatkan wajib membawa botol air ini kerana aktiviti ini benar-benar memerah keringat..

Kami tiba di pintu masuk sky trex!

Kami tiba di pintu masuk sky trex!

Melalui saat pertama kali menjejakkan kaki di sana membuatkan hati berkata bolehkah aku lakukannya? tapi berkat kesungguhan seramai dua puluh perserta yang hadir, ingin menimba pengalaman dengan riak muka yang  cuka segera di buang jauh-jauh kerana yakin segala penerangan yang jelas di berikan oleh team terlatih membuatkan  aktiviti extrem kami berjalan dengan lancar dan menyeronokkan.

Setiap perserta di berikan tali pinggang keselamatan khas “climbing harness” untuk sukan extrem. Peralatan ini wajib di pakai oleh setiap perserta bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Dalam hati dup dap dup..

Tapi berlaku sedikit lawak seloroh dari salah seorang blogger perempuan sedang kami asyik memakai hernes

Kami di berikan harnes setiap seorang

Kami di berikan harness setiap seorang

Macam pelik jer..

Kami di bantu oleh team sky trex untuk memakai harnes

Kami di bantu oleh team sky trex untuk memakai dengan cara yang betul

katanya “macam pakai seluar dalam jerk” cis terus hati Suri  yang sedia gementar makin berkurangan.

Sempat jugalah gelak kalau muka ketat semacam tak ada keberanianlah pula.

ini tempat permulaan

ini tempat permulaan

Di sini kami mempelajari teknik keselamatan dan menggunakan harness dengan betul. Masa ini pertama kali menyentuhnya. Tangan sudah mula sejuk seram terus di segera di lenyapkan. Cis.. time itulah untuk mempelajari perkara yang mudah untuk membelek harness di tolak, buka keluar semuanya serba tak menjadi haaa.. 😛 Biasalah orang tiada pengalaman vs berdebar-debar. Tapi lama-kelamaan ia mula sebati.

Round ke dua Suri buat lagi haa...

Round ke dua Suri buat lagi haa…

harness ada tiga capaian tali a.k.a cangkuk. Setiap dari cangkuk tali berfungsi untuk setiap aktiviti extrem yang akan di gunakan. Korang jangan risau setiap platform nanti akan ada cara bagaimana nak gunakannya.

Perlu di ingatkan anda wajib alert dan faham semasa sesi ini berlangsung sebab  tidak semua  platform a.k.a pangkin tidak akan adanya team SkyTrex yang akan sentiasa berada di samping anda kerana mereka ini hanya akan berada di sebahagian platform tertentu sahaja.

sky trex untuk kanak-kanak

skytrex untuk kanak-kanak

Skytrex khas untuk kanak-kanak ia tidak terlalu merbahaya tapi amat sesuai untuk ibu dan anak sertai.

Train and Try

Train and Try

Latihan pertama harus perserta lalui. Pertama kali jika tiada kesalahan anda akan melepasi skytrex yang seterusnya. Jika gagal anda di nasihatkan oleh team untuk mengulanginya beberapa kali. Namun begitu ia semua untuk kebaikan anda. Apa pun mereka sekadar bagi pandangan dan nasihat sebab jika anda buat silap di tahap asas ini mungkin aktiviti extrem akan anda halangi ke hadapan nanti anda akan melakukan kesalahannya  berulang-kali.

ketinggian melebihi lebih kurang bangunn enam tingkat

ketinggian melebihi lebih kurang bangunan enam tingkat

Ini adalah halangan yang kedua. Naik tangga pula memang sungguh mencabar kenalah pula tangan Suri jenis cepat berpeluh. Saat yang paling tak tahan semasa menaiki tangga ini serius matahari mas aini tengah menegak mengadapa muka.

Ya, lakukannya sendiri dan bersedia untuk "menjerit!

Ya, lakukannya sendiri dan bersedia untuk “menjerit!

Selesai naik tangga barulah nafas ini mula turun naik turun naik tanpa henti. Waktu ini bunyi gring..gring tali Flying Fox bergema. Sungguh ngilu dan berdebar hati di buatnya. Rasanya ini adalah Flying Fox yang paling jauh  sebab masa Suri lihat member ke depan tadi bayangnya hilang jauh masuk ke dalam hutan!

Saat hati tidak tenteram tapi teruja

Saat hati tidak tenteram tapi teruja

Tara.. sudah sampai yang pasti jerit kuat tau baru puas. Tapi Suri siap buat kepak burung lagi haa.. Masa sampai sini depan dan belakang Suri tiada sesiapa pun. Serius gementar nak menggunakan harness. Masa itulah time blur mudah datang haaa..lawaklah pula time kalut gini..sahaja jer tuh

Kata Suri “Mahu pakai dua cangkuk atau tiga cagkuk haa.. ?? haru sungguh. Tapi syukur semuanya berjaya Suri lalui dengan sendiri tanpa bantuan sesiapa. Wah 🙂 bangga sambil hidung terasa seperti menjadi bangunan setinggi KLCC.

titi rintangan, imbangan satu kaki sahaja

titi rintangan, imbangan satu kaki sahaja

Yang ini best sebab tidak terlalu susah tapi still mata teringin melihat ke bawah yang sah-sah..

kalau gua jatuh sapa mahu angkat? Maa

Big Thrill 26 challenges, Platfrom height: up to 17m, Level of difficulty :thrilling feeling, Min height 1.4m, max weight 100kg, Extrem Challenge 34 challenges, Platfrom height: up to 22m, Level of difficulty :adrenaline pumping, Min height 1.4m, max weight 100kg

Big Thrill 26 challenges, Platfrom height: up to 17m, Level of difficulty :thrilling feeling, Min height 1.4m, max weight 100kg, Extrem Challenge 34 challenges, Platfrom height: up to 22m, Level of difficulty :adrenaline pumping, Min height 1.4m, max weight 100kg

Big thrill dan extrem challenge serius sungguh mencabar. Dua perkara yang Suri tidak akan lupakan.

Pertama masa Suri nak naik tangga yang tinggi gila ini lepas itu perkara kedua nak turun dari tanggalah pula pun masih kuatkan semangat juga padahal masa nak naik itulah juga tangan Suri cepat lenguh kalau anda jenis putus asa silap-silap ada tarik diri.

Imbangkan berat badan

Imbangkan berat badan anda

Ini kita mencabar kemampuan diri juga. Benda ini jika nak buat wajib tangan anda kena cekap kalau lambat silap-silap tergayut macam penyangkut baju weh…

platform masing-masing melayan perasan dalam diri

platform masing-masing melayan perasan dalam diri

Kalau dapat platform macam ini hati yang berkocak  bagai meter menaik akan cepat menurun dengan reda hi.hi.hi..

Dalam taman hati masa ini kalau rasa ragu-ragu serius boleh cakap dengan jiran a.k.a kawan di sebelah mana-mana part kita kurang arif.

Yelah takut terjunam ke bawah katanya. Waktu inilah masing-masing kalau bertembung akan bagi semangat. Btw kami bukannya kenal sangat pun haaa…

titi kayu bertali  peserta perlu pandai imbangkan badan dan kaki

titi kayu bertali. Peserta perlu pandai imbangkan badan dan kaki

Yang ini paling senang. Waktu ini rasa berjalan dari titi ke satu titi sahaja. Masa inilah kita boleh berehat meter jantung pun tahap seimbang lagi adil dan saksama. Haa… jangan di lupa sambil itu kita di galakkan menghirup udara yang segar lagi menyegarkan 🙂

tali bergayut dan menapak rod paip

tali bergayut dan menapak rod paip sedia licin!

Suri tidak lalui tali bergayut ini. Yang ini ada dua pilihan. Suri pilih yang satu lagi aktiviti panggil zig zag. Geram sebab ingatkan zig zag yang Suri pilih pada pengamatan fikiran ini mungkin akan cepat habis haaa tapi sebaliknyalah. Apa kedua aktiviti tetap mencabar.

Tali bergayut ala monkey ini gambar di atas berjaya menggamit memori. Semasa Suri sedang sibuk melakukan aktiviti zig zag peserta salam media sempat melakukan aksi di atas gambar ini empat orang secara serentak dengan satu gayutan ini. Alunan mereka sungguh cantik bila seorang mengira 1, 2, 3 yang depan yang tengah terus bergerak seiringan 🙂

oH, GRR..Akhirnya gua ketinggalan sebab salah memilih aktiviti heee..

SkyTrex Shah Alam Blogger Flying Fox

SkyTrex Shah Alam Blogger Flying Fox

Aksi tak akan di lupakan ini barulah di namakana berani menyahut cabaran extrem!

namakan dia jambatan berkarung uh...

namakan dia jambatan berkarung uh…

Risau juga jalan dalam jaring ini sebab tengok bawah pun tidak cuma mata pandang ke depan sebab mengejar masa nak habiskan cepat. Tapi menurut kata kawan semasa melalui jambatan jaringa ini dia akan melendut makin ke bawah mengikut tubuh kita. Ini wajib menapak  setiap seoranglah.

tangga netting

salah satu “tangga netting” menghubungkan dari satu aktiviti ke aktiviti lain

Berlagak sebab tahu kami makin hampir. Itu dia lepak dan baring sekejap.

Rasanya kalau lagi lama dia duduk situ sure nyamuk betina akan menggurat haa..

End

-The end-

Akhirnya kami berjaya dan tidak lagi sakit telinga mendengar perkataan…

“adohai..bila nak habis ini”

“Mak aku nak balik rumah”

“Woii..lama lagi ke nak habis ni haaaaa”

Mr Azlan memberikan sedikit peneragan tentang perkhidmatan yang di sediakan di Sky Trex

Mr Azlan memberikan sedikit penerangan tentang perkhidmatan yang di sediakan di Sky Trex

Tamat aksi extrem kami berkumpul untuk makan dan minum sambil bertukar-tukar pengalaman masing-masing.

salah seorang orang kuat dari salam media

salah seorang orang kuat dari salam media

Pertama kali bersua rupanya tuan badan ini mudah di dekati. Btw sis jerit tak boleh tahan gaaaa… 🙂

saya jumpa sahabat baharu lagi !

saya jumpa sahabat baharu lagi !

Ini sahabat saya dapat tangkap masa kami berdua tengah blur dekat platform zig zag.  Lepas kejadian berjaya lepasi halangan itu Suri pun mula bising tekak kering..tekak kering.. sungguh-sungguh. Alhamdulillah teman ini sudi memberikan seteguk untuk Suri. Terima kasih awak 🙂

Ada kisah..badan berpeluh kata berbau tapi sila abaikan sebab gembira

sky- saya terbang bagaikan di atas awan

sky- saya terbang bagaikan di atas awan

Sempat bergambar dengan perkataan sky sebab masa ini ada sekumpulan team lain menunggu giliran untuk mengambil gambar.

20 Perserta salam media megambil gambar kenangan di sebalik ayat sky trex

Aksi EXTREM !20 Perserta salam media mengambil gambar kenangan di sebalik ayat skytrex

Hampir ke semua perserta berjaya menggoda  skytrex! Saat sungguh sukar untuk di gambarkan ketika ini kami bagaikan tahu buat lagak masing-masing untuk pose.

Cuba cari di mana saya berada ?

Riag ria dalam bas setelah sesi sky trex di tamatkan

Riag ria dalam bas setelah sesi sky trex di berakhir

Dalam bas kelihatan semua perserta tersenyum puas. Ada jumpa muka sedih dan takut? tak kan 🙂

Semasa dalam bas memang best dapatlah pula bas jenis tiada tingkap apa lagi semua angin menyerbu masuk dalam badan kata mahukan naturlkan. Bahagia dan bersyukur sungguh bila badan sedia basah segara di keringkan. Terasa sejuk dan lapang dada sahaja bila duduk sambil bersandar menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.

SkyTrex, Bukit Cerakah, Shah Alam atau lebih di kenali Taman Botani Negara Shah Alam ataupun penduduk sekeliling mengenali dengan nama Taman Pertanian Bukit Cahaya Shah Alam bukan hanya menawarkan aktiviti extrem sahaja tapi mereka juga turut menyediakan pelbagai khidmat seperti  sambutan hari keluarga, berbasikal,homestay Kampung Idaman, kayaking, sambutan hari lahir apa sahaja events berkaitan dengan syarikat pun boleh dia adakan di sana. Untuk maklumat lanjut email events@skytrex-adventure.com

Tahniah dan terima kasih saya ucapkan untuk pihak Salam Media sebab berjaya mengumpulkan blogger bagi menyahut cabaran yang pada mulanya kami kurang yakin tapi kini setelah berjaya menaklukinya sendiri kami sebenarnya boleh berdiri di atas kaki sendiri tanpa bantuan dari orang lain. Waktu ini barulah keyakinan diri makin terbina.

Saya mengharapkan akan ada lagi aktiviti luar sana menarik untuk kami sertai lagi. Tahniah juga untuk rakan sertai sebab kalian berjaya buat sehingga ke peringkat akhir.

Kesimpulannya aktiviti extrem  SkyTrex, Bukit Cerakah, Shah Alam menjanjikan kepuasan dan meletakkan lima bintang. Bagi anda inginkan kelainan yang berbeza maka sahutlah cabaranku ini. Ia pasti TERBAIK!

Nota: Kalau anda rasa anda tension or putus tali cinta, Suri nasihatkan korang joint SkyTrex ini dari buat kerja gila bunuh diri dan tidak tentu arah baik pam peluh setidak-tidaknya masa yang anda lalui akan lebih bermanfaat badan pun sihat. Pendek kata bila korang lalui extrem ini semua perkara yang berserabut dalam kepala akan hilang.

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

49 Responses to “Extrem SkyTrex, Bukit Cerakah, Shah Alam Cahayacinta Terokai”

  1. Mizz Aiza

    Apr 01. 2014

    wah.. memang best aktiviti begini.. tak rasa gayat ke suri?

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 03. 2014

      best.tak terujua debar2 adalah sikit.

      KREDIT PIC : SALAM MEDIA BLOG dan sebahagian dari tab saya saya sendiri.wahualam

      Reply to this comment
  2. Mizz Aiza

    Apr 01. 2014

    aiza kalau bab ketinggian memang rasa gayat.. menabung 3kali digi, 3kali ford.. 😀

    Reply to this comment
  3. puteri kasih

    Apr 01. 2014

    wah nampak best la aktiviti ni suri 🙂

    Reply to this comment
  4. puteri kasih

    Apr 01. 2014

    ada ford untuk suri 🙂

    Reply to this comment
  5. Pendekar Berkuda

    Apr 02. 2014

    Alahai Bestnyaaaaaaaaaaaa. Tapi gayat. hehehe

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 02. 2014

      saya tak kisah gayat tu main cuba jer kalau takut sekejap pastu akan hilang dengan sendiri

      Reply to this comment
  6. Jamian Sarif

    Apr 02. 2014

    cabaran yg xtreme…best ni.

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 02. 2014

      saya suka kuak bila dapat bergayut tu.rasa ada perserta buat lebih dari 3 kali.best depa sempat selfie masa sedang bergayut laju tu 🙂

      Reply to this comment
  7. Bahrain

    Apr 02. 2014

    Nampak seronok bermain dengan benda alah tu. mesti meriah dengan jeritan lagi-lagi dari perempuan. hehe. Sekali kala exercise kan.

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 02. 2014

      harap bukan sesekali heee… boleh je turun sana rupanya memang dekat dengan rumah abang angah saya section 9

      Reply to this comment
  8. Aisyah

    Apr 02. 2014

    Hihi bestla suri tulis, sungguh detail dengan perasaan gitu. Best kan kan? Tak sangka mampu habiskan, Alhamdulillah. ;p

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 03. 2014

      hee..ini kenangan tak akan di lupakan.kalau ada best bgi tahu ya insyallah mahu sertai lagi.

      ya tak sangka seungguh teruja.syukur padanya

      Reply to this comment
  9. faizalpj

    Apr 02. 2014

    fuh mmg mencabar sungguh.nula gerun juga lama2 syok bangat

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 03. 2014

      mencabar rasa mahu buat lagi tapi jauhlah cukup ini satu pengala,am yang sukar di lupakan 🙂

      Reply to this comment
  10. Mizz Aiza

    Apr 02. 2014

    bagus aktiviti begini suri.. 6 kali ford.. 😀

    Reply to this comment
  11. ema

    Apr 02. 2014

    sangat mernyeronokkan, yang takut mula-mula bila dah habis spertinya nak buat lagi kan.

    Reply to this comment
  12. Denaihati

    Apr 02. 2014

    hanya yang berani saja boleh buat. memang mencabar mental dan fizikal, ..mental paling tinggi..heee

    Reply to this comment
  13. faizal

    Apr 02. 2014

    blogger juga hebat ketika menjalankan aktiviti outdoor

    Reply to this comment
  14. hafizmd

    Apr 02. 2014

    Terbaiklah suri! Baca entri suri ni…rase.mcm tgk blogger tgh buat aktiviti xtream….

    Tahniah suri! Dan thks sudi kongsi cerita ni….serius best!

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 03. 2014

      alhamdulillah semua atas izinkan.saya timba pengalaman juga.harap ada blogger akan buat lepas ni

      alhamdulillah

      Reply to this comment
  15. akubiomed

    Apr 02. 2014

    Wah beranina Suri. Syabas.

    Reply to this comment
  16. suriaamanda

    Apr 03. 2014

    SA suka aktiviti macam ni tp SA x fit la….

    Reply to this comment
  17. Raudzah

    Apr 03. 2014

    Wah terbaiklaha suri…Kita pun suka jugak aktiviti lask ni..cuma sekarang jarang join coz member-member buzyy.memanjang…tak ada geng tak best..

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 03. 2014

      rauzaj dok mana.saya ipoh lagi tak der geng heeee harapkan blogger jerlah ada kawan

      Reply to this comment
  18. Raudzah

    Apr 03. 2014

    2 ASTRO for you…

    Reply to this comment
  19. Fiza Rahman

    Apr 04. 2014

    Bestnya dapat join aktiviti mcm ni ☺

    Reply to this comment
  20. ajumohit

    Apr 05. 2014

    seronoknya!! aju pun minat aktiviti lasak macam ni suri

    Reply to this comment
  21. syukur

    Apr 05. 2014

    Pengalaman yang sangat seru tuh, uji adrenalin kita.

    Reply to this comment
  22. Hafizul

    Apr 08. 2014

    Okeh…dah jeles dah ni sebab tak dapat pergi..hehe..banyak ilmu baru dapat ni kan?

    Reply to this comment
  23. titan

    Apr 10. 2014

    sorilah tak dapat gi masa tu..

    Reply to this comment
  24. Nur Syafiqah

    Feb 18. 2015

    Assalamualikum akak,
    Akak pergi naik dari mana yee ?

    Reply to this comment
    • Suri

      Feb 24. 2015

      kakak suri memang ada rumah anak sedara dekat sana heeee..jadi mudah ke sana yang…

      rasa nak sana boleh naik bas henti2 tu..

      Reply to this comment
  25. azwaarshad

    Apr 10. 2015

    salam akak , akak buat yg advance or intermediate ?

    Reply to this comment

Leave a Reply