Felis Catus Gasel Sungguh Asyik aH!

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan:

Bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”

Sila angkat tangan jika anda suka pada kucing. Yang ada bela kucing pun anda harus berbangga kerana tahukah anda satu tahun umur kucing bersamaan dengan lima belas tahun umur manusia!

Bercerita tentang pengalaman membela kucing Suri tidak pernah membela kucing cuma masa Suri di bangku sekolah rendah dulu mak ada memberikan makan kepada seekor kucing. Masa itu sempat juga Suri berikan nama kucing itu si tompok bulat sebab badannya bertompo-tompok bulat. Awalnya kucing yang tak di undang ini memang amat tidak di senangi lama-kelamaan rasa sayang mula timbul. Mungkin juga atas sebab sifat kucing itu sendiri suka menggesel a.k.a manja buat hati rasa geli dan terusik 🙂

 Pelan membuat baju kurung lama dan terkini

Setibanya Suri pulang dari sekolah hati Suri sangat sedih sebab tidak dapat melihat si tompok berkeliaran di rumah.  Tahu-tahu mak cakap

“dia dah jumpa mak dia”

Suri membalas “itu dia kembali ke pangkal jalan”haii..sabar sahajalah..

Tapi Suri amat bersyukur setakat ini  Suri tidak pernah terkena  cakaran maut dari kucing. Kawan-kawan Suri macam mana ada kisah yang ingin di kongsikan 😉

Nama saintifik kucing —-> Felis catus

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

22 Responses to “Felis Catus Gasel Sungguh Asyik aH!”

  1. akubiomed

    Mar 15. 2014

    Saya tidak boleh bela kucing sebab ada ahli keluarga yang mempunyai masalah kesihatan Asma.

    Reply to this comment
  2. Ririn

    Mar 15. 2014

    wah cantik dan lucu-lucu ya kak kucing nya. Saya kebetulan suka kucing, tapi yang kucing lokal aja 😉

    Reply to this comment
  3. Rahmat Ariffin

    Mar 15. 2014

    Saya tak suka pada kucing, lebih suka pada ayam. Apa pun, dulu ada juga keluarga bela kucing…

    Reply to this comment
  4. ema

    Mar 15. 2014

    tak pernah bela kucing..tak suka bila bulu kucing lekat kat baju…tp kucing mmg comel

    Reply to this comment
  5. Aku Penghibur

    Mar 15. 2014

    kat rumah hanya bela kucing jantan

    Reply to this comment
  6. Raudzah

    Mar 16. 2014

    Kita ada bela kucing coz kucing selalu datang rumah we all..Actually kucing ni memang terapi coz bila tengok aksi dia orang memang best..lagi pun kucing ni kebanyakannnya maja anad pandai..

    Reply to this comment
  7. Raudzah

    Mar 16. 2014

    Salam hujung minggu Suri. INTI & INTI & INTI for you…

    Reply to this comment
  8. Hafizul

    Mar 16. 2014

    Tak pernah kena lagi cakaran mautnya..biasanya kalau yang kena tu mungkin tak berikan kasih sayang yang secukupnya kot..haha..rindu nak bela kucing lagi bila tengok gambar kucing comel tu..hehe

    Reply to this comment
  9. Sis Vee

    Mar 16. 2014

    saya dan kucing tak boleh dipisahkan …

    Reply to this comment
  10. profhariz

    Mar 16. 2014

    Saya ada kucing seekor kat rumah 🙂

    Reply to this comment
  11. Sop

    Mar 16. 2014

    SOp suka kucing tp rumah sekarang x sesuai utk bela kucing
    kat kg ada ramai juga…. tp bila dah byk kena lah buang.. huhuh.

    Reply to this comment
  12. Mizz Aiza

    Mar 17. 2014

    sudah lama aiza tidak membela kucing.. sekarang menumpang di rumah kakak susah hendak membela kucing.. tangan aiza masih ada kesan cakaran kucing, akibatnya selalu sangat dok mengusik kucing tu, tak pasal-pasal tangan aiza dicakarnya, hehe.. 3kali line, 3kali visa untuk suri.. 😀

    Reply to this comment
  13. Taruhan Bola

    Mar 17. 2014

    kucing yang lucu..

    Reply to this comment
  14. ahmad

    Mar 17. 2014

    Kucing nya lucu

    Reply to this comment
  15. hafizmd

    Mar 17. 2014

    kat sini takde bela kucing..tp kucing selalu lepak bawah kereta..buat tmpat mereka tidur..

    kat kampung mmg ada kucing…tak pernah takde kucing…

    Reply to this comment
    • Suri

      Mar 17. 2014

      umah syaa dia suka duduk atas kereta..tempat motor sukuter tu huhu…calar ar juga…

      Reply to this comment
  16. faizal

    Mar 19. 2014

    saya tengah angkat tangan tanda suka pada kucing

    Reply to this comment
  17. KesumaAngsana

    Mar 19. 2014

    Masalahnya KA ni takut sagt dgn kucing2 ni hehehe … done nuffnag yer

    Reply to this comment
  18. Suri

    Mar 19. 2014

    wah payaha sal pernah gigit sis ker?

    Reply to this comment
  19. farhaki

    Apr 24. 2016

    saya sangat suka kucing soalnya dirumah punya empat kucing kecil yang lucu2

    Reply to this comment
  20. ngawidian.com

    Aug 09. 2016

    wahhh.. saya sendiri juga punya kucing sih…

    Reply to this comment

Leave a Reply