Panduan Adab Dan Cara Mandi Wajib

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Alhamdulillah Tuhan masih memberikan Suri rezeki ilmu Panduan Adab Dan Cara Mandi Wajib untuk kongsikan bersama sahabat andai.

Panduan adab dan cara mandi wajib salah satu perkara yang amat di tuntun dalam islam. Untuk seseorang itu mandi wajib ia mempunyai peraturan-peraturan serta susun cara yang tersendiri. Peraturan-peraturan inilah harus kita ikuti bagi memastikan mandi wajib yang kita lakukan adalah lengkap dan menepati hukum-hukumnya.

Seandainya mandi itu tidak menepati hukum-hukum dan caranya, maka mandi itu tidak sah, maka selama itulah kita berada dalam hadas besar.

Adab dan Cara-cara ataupun peraturan mandi junub /wajib :-

1) Hadapkan muka kita ke arah kiblat.

2) Mulai membasuh kedua belah tangan sebanyak tiga kali.

3) Selepas itu membasuh kemaluan kita (istinja),di mana kita membuang segala kotoran seperti hingus, mani, mazi ataupun benda-benda kering yang terlekat di kemaluan yang boleh menghalangi air daripada meresapinya.

4) Sesudah bersih demikian, mengambil wuduk sepertinya kita mengambil wuduk untuk sembahyang dengan niat “Sengaja aku berwuduk untuk mandi wajib, sunat kerana Allah Taala”

5) Selesai berwuduk gayungkanlah air dengan ucapan “Bismillah” berserta dengan ucapan lafaz niat mandi wajib seperti:

“Sengaja aku mengangkat hadas besar untuk membolehkan aku mengerjakan sembahyang, diwajibkan atas aku kerana Allah Taala”

6) Curahkanlah air ke atas tubuh kita seraya mengucapkan “Bismillah” dan sebaik air jatuh ke tubuh kita, niat seperti “Sengaja aku mengangkat hadas besar untuk membolehkan aku mengerjakan sembahyang, diwajibkan atas aku kerana Allah Taala.”

7) Pastikan air tersebut membasahi ke segenap anggota kita termasuk di celah-celah kuku, jari, telinga, lipatan perut dan di mana-mana sahaja tempat yang di kira sukar untuk di resapi air.

Dan hendaklah pastikan seluruh anggota kita diresapi air ketika mandi junub ini. Sekiranya, ada bahagian yang kering, tidak diresapi air, mandi wajib/junub kita tidak sah.

..Sekiranya mandi dalam sungai ataupun kolam renang yang cukup sukatannya, kita hanya cukup sekadar menyelam sebanyak dua ataupun tiga kali sahaja sambi niat.

..Bagi kaum perempuan sekiranya anda berambut panjang, pastikan pula air tersebut berjaya meresapi kulit kepalanya.

8) Setelah selesai ucapkanlah:

Asy-hadu an laa-ilaaha il-lallaahu, wah-dahu laa syariika-lahu. waasyhadu anna mu-hammadan’ abduhuu Rasuuluh.

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad itu adalah pesuruh-Nya.”

Apabila Panduan Adab Dan Cara Mandi Wajib telah selesai bolehlah kita meneruskan amal ibadat kepada Allah seperti biasa ๐Ÿ™‚

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

38 Responses to “Panduan Adab Dan Cara Mandi Wajib”

  1. motivator kota malang

    Mar 14. 2014

    terimakasih untuk artikelnya sangat bermanfaat

    Reply to this comment
  2. Alynn

    Mar 14. 2014

    Thanx sebab share ilmu ni..bermanfaat utk semua

    Reply to this comment
  3. Fiza Rahman

    Mar 14. 2014

    Thanks suri atas perkongsian. Ramai yang ambil mudah pasal mandi wajib nih.

    Reply to this comment
    • Suri

      Mar 15. 2014

      ini asas perlu tahu kalau tak tahu tak apa kita belajar dari mula tak salah pun ๐Ÿ˜‰

      Reply to this comment
  4. aimie mokhtars

    Mar 14. 2014

    tq dear, info ini sgt bermanfaat ๐Ÿ™‚

    Reply to this comment
  5. diana

    Mar 14. 2014

    perkongsian yang sangt bermanfaat untuk semua..terima kasih..

    Reply to this comment
  6. munir ardi

    Mar 14. 2014

    Panduan yang sangat berguna mesti banyak lagi yang belum lakukan secara adab seperti ini

    Reply to this comment
  7. Mizz Aiza

    Mar 14. 2014

    sangat bermanfaat perkongsian mengenai panduan adab dan cara mandi wajib ini suri.. menabung 2kali london dan 1kalivisa untuk suri.. selamat malam.. ๐Ÿ˜€

    Reply to this comment
    • Suri

      Mar 15. 2014

      terima kasih aiza ๐Ÿ˜‰

      wah masihbelum tidur saya juga tidur lewat baru balik dri makan malam dan ambil anak ..

      Reply to this comment
      • Mizz Aiza

        Mar 15. 2014

        sama-sama suri.. terlewat tidur malam tadi.. menabung 2kali line, 2kali visa dan 2kali london untuk suri di pagi sabtu.. selamat berhujung minggu.. masak apa hari ni suri?

        Reply to this comment
        • Suri

          Mar 15. 2014

          masak apa makan luar jer aiza penat malam tadi ada majlis abg uh…jaga kesihatan ya ๐Ÿ˜‰

          Reply to this comment
  8. zool

    Mar 14. 2014

    bagus perkongsian ini untuk sama2 mengingati

    Reply to this comment
  9. Juan

    Mar 15. 2014

    artikel yang sangat berguna nih

    Reply to this comment
  10. amiroulfaiz

    Mar 15. 2014

    Alhamdulillah, moga kita sentiasa dalam keadaan bersih dan suci. ๐Ÿ™‚

    Reply to this comment
    • Suri

      Mar 15. 2014

      ya kita harapkan begitu memang bersih kita akan rasa lebih seronok untuk beribadat ๐Ÿ˜‰

      Reply to this comment
  11. Hafizul

    Mar 15. 2014

    Terima kasih suri..kadang2 ada yang tak kesah sangat akan hal macam ni..sedangkan hal ni adalah perlu diberikan keutamaan…

    Reply to this comment
    • Suri

      Mar 18. 2014

      tak apa tak tahu kita belajar dan hafalkan ya ๐Ÿ™‚ islam tu tak susah benarnya mudah ๐Ÿ™‚

      Reply to this comment
  12. cik lisa

    Mar 15. 2014

    satu perkongsian yang bagus, kak. ๐Ÿ˜€ mungkin ada yang terpandang remeh temeh tentang hal ni.

    Reply to this comment
  13. ema

    Mar 15. 2014

    sungguh lengkap sekali panduan mandi wajib ini.

    Reply to this comment
    • Suri

      Mar 18. 2014

      eh mesti heeee ini untuk kita tak berapa pasti.jadi elok tahu dari awal hingga akhir

      Reply to this comment
  14. profhariz

    Mar 16. 2014

    Bookmark dan boleh jadikan panduan buat adik2 yang baru nak belajar mandi.

    Reply to this comment
  15. ahmad

    Mar 17. 2014

    terima kasih..

    Reply to this comment
  16. mrhanafi

    Mar 17. 2014

    terima kasih kerana berkongsikan panduan ini..semoga suri beroleh pahaladan keberkatan hidup kerana menyebarkan kebaikan!

    Reply to this comment
    • Suri

      Mar 18. 2014

      sama-sama kita ketahui ilmu itu luas ada kawan tahu saya tak tahu sama khabarkan.amin

      Reply to this comment
  17. faizal

    Mar 19. 2014

    panduan yang bagus. zaman ini ramai yang kurang ambil kisah tentang hal ini

    Reply to this comment
  18. bimbel online

    Apr 19. 2014

    thanks ya maanfaat banget buat kita

    Reply to this comment
  19. wildan

    Mar 18. 2015

    Artikel yang sangat bermanfaat sekali, terkadang ada juga diantara kita yang melalaikan perkara mandi wajib.

    Reply to this comment

Leave a Reply