Titis – Titis Mewah

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Ada masa ia akan mendung..

Ketika di perlukan ia langsung tidak menunjukkan riak bongkak malah dia uji kita dengan rentak alam sukar di tafsirkan.

Gelombang alam bermain dengan bumi. Bila ia turun membasahi bumi segar urat dalam akar tunjang memecahkan pucuk, menggembangkan kelopak bunga, memancarkan buah, mencanak pertumbuhan dahan dan daun baharu sehingga manusia itu sendiri mampu meraihkan hasilnya untuk memperoleh keuntungan.

Jika hujan batu-batu kecil menimpa akan Dia lontarkan di mana kehendak atas arahan dariNYA. Jika kata bumi bergegar maka gegarlah dia dengan sang hujan bersandar urat petir dindingnya langit.

Andai takdir pula menentukan setahun..ribu tahun sekalipun tiada hujan petanda dunia landa musibah.

Kehadiran hujan banyak yang menyalahkan takdir katanya hujan penyebab aku tidak mampu berniaga. Gagal untuk aku meraih keringat turun ke bendang apa lagi menerjah lautan semua itu di persalahkan tanpa rasa kesal.

Kerana hujan baju ampaian tidak kering, kerana hujan kita kata masuk kerjanya lewat, kerana hujan terkadang alasan malas keluar berkeja menjadi saduran yang kadangkala kita sendiri licik memberikan jawapan.

Ada kata hujan tidak perlulah kau jatuhkan titis-titis mewah ke bumi ini. Bukankah lebih baik kau menujah bumi untuk hari esoknya bukankah ia lebih bagus…

Mengapa kita mesti menjadi sebegitu rupa?

Sebaliknya kita harus bersyukur bila tiada hujan mulalah kita kata hukum alam. Pada hakikatnya itu semua kejadian telah ada dalam kalam Quran. Ia mengajar kita erti kesabaran, mensyukuri, berfikir betapa besar kuasa dan nikmat hujan yang di turunkan olehNYA kepada manusia lemah.

Itulah hujan tiada siapa yang mampu menciptakannya apa lagi mengawalnya.

Ada alam ini bila perlu kita akan di lenyapkan bagai hamparan kontang seperti lahirnya seorang manusia tiada dosa dan noda.

Di mana datangnya kita akan kembalilah kita kepadaNya.

Wahulam.

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

17 Responses to “Titis – Titis Mewah”

  1. Sop

    Mar 07. 2014

    Setiap kejadian ditentukan ada hikmahnya. Hanya Dia yg lebih mengetahui 🙂

    Reply to this comment
  2. Mizz Aiza

    Mar 07. 2014

    itulah juga bukti kebesaran Allah di dalam mentadbir alam ini.. semua yang berlaku pasti ada hikmahnya..

    Reply to this comment
  3. Sis Vee

    Mar 07. 2014

    syukurilah apa yang Allah beri pada kita … sukur dapat beri visa .

    Reply to this comment
  4. puteri kasih

    Mar 07. 2014

    rindu pada titis titis mewah yang sudah agak lama tidak berkunjung tiba.

    Ada pula british council, Inti dan burung biru untuk suri… 🙂

    Reply to this comment
  5. Raudzah

    Mar 07. 2014

    Salam Jumaat Suri. INTI & INTI & INTI for you!!!!

    Reply to this comment
  6. Raudzah

    Mar 07. 2014

    Kemana hilangnya titis-titis mewah ni ya? Hanya Allah yang maha mengetahui..Semoga ianya kembali membasahi bumin..Aminn!!!

    Reply to this comment
  7. diana

    Mar 07. 2014

    Tiada hujan,kerap hujan.semua itu supaya kita kembali mengingati kebesan Allah..

    Reply to this comment
  8. Hafizul

    Mar 07. 2014

    Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya..selalulah bersyukur..kan?

    Reply to this comment
  9. zara

    Mar 07. 2014

    Hujan itu rahmat pemberian Allah kepada hambanya..bersyukurlah dengan kurniaan Allah..bersyukur jugalah dengan kesulitan kerana semuanya datang dari Allah..Sesungguhnya kesulitan itu ujian Allah kepada hambanya..

    Sedang Hangat Diperkatakan

    Reply to this comment
  10. encikarman

    Mar 07. 2014

    bestnya hujan, esok takde air nih…ari ni kena basuh siap2 le..

    Reply to this comment
  11. hafiz

    Mar 07. 2014

    Memang betullah hujan itu rahmat Allah…

    Reply to this comment
  12. Mizz Aiza

    Mar 08. 2014

    rasa bersyukur apabila titis-titis mewah jatuh membasahi bumi yang gersang.. menabung 1 kali education uk, 2kali visa, 2kali line dan 1 kali inti untuk suri.. 😀

    Reply to this comment
  13. hanari

    Mar 11. 2014

    Semua kejadian di muka bumi membawa hikmah untuk manusia.

    Reply to this comment

Leave a Reply