5 Trick Makanan Terbaik Semasa Hamil

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Hamil ia satu perkara yang menggujakan. Aku mahu jugalah lonjak atas meja makan yelah dah lama menunggu katanya haa.. Kejap..ada juga yang bertanya sis Suri apakah makanan simple lagi berkhasiat untuk saya dan anak dalam kandunga. Nak, nak jika sekarang ini saya sedang hamil kembar. Wow! 5 Makanan Terbaik Semasa Hamil akan cuba selongkar kejadian ini hiii.. 😛

Berikut Suri berikan lima menu makanan semasa hamil muda cekedis yang terbaik mengikut pengalaman sendiri semasa mengandung:-

Resepi Membuat tat rangup!

Buah-buahan dan sayur-sayuran

Anda di sarankan mengambil hidangan ini sehari sekali itu sudah cukup memadai seperti mengambil jus, snek ataupun salad. Biasanya makanan yang jenis ini bagus kerana ia membantu mengurangkan rasa loya pada peringat awal kehamilan. Itu pun kalau nak sambung makan untuk bulan yang seterusnya pun boleh. Tiada masalah atau sekatan.

Makanan berkanji

Ibu yang asyik..asyik teringin ini sering terasa ingin makan dan makan. Ada makan tapi asyik keluar sahaja. Sampaikan tiada tenaga katanya. Jadi saranan dan pengalaman saya yang tidak seberapa ini puan-puan sekalian ambillah makanan bersumberkan roti biasa atau bagus roti gandum, nasi, pasta atau ubi kentang. Tapi saya tekankan di sini lagi bagus perbanyakkan makanan bijiran supaya perut anda cepat hadam dan cepat kenyang.

Makanan berprotein tinggi

Jangan lupa juga untuk makan makanan bersandarkan pada protein tinggi. Ingat ya selain daging, telur para ibu juga di sarankan mengambil ikan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Apa ada pada ikan heee adoi korang boleh semak medan googlelah ok.

5 Trick Makanan Terbaik Semasa Hamil

makanan hamil semuanya perlu berkhasiat & manfaat

Makanan berkalsium tinggi

Masa Suri hamil susu sering menjadi menu utama untuk diet setiap hari. Kata doktor bukan hanya membekalkan tenaga dan kekuatan bayi dalam kandung tapi katanya untuk mendapatkan bekalan yang mencukupi. Nah ada juga kalangan ibu yang agak kurang dengan minuman susu. Itu belum kira lagi sudah mencuba pelbagai perisa cokelat, madu bagai tapi anak tekak tetap wek..wek juga haaa..Jadi kaedahnya bagi anda tidak meggemarinya gantikannya dengan keju ataupun yogurt.

Makanan berserat tinggi

Pernah korang mengambil asid folik. Manfaat cukup banyak salah satu untuk membekalkan sumber utama pada bayi dalam  kandungan bahkan ada juga sumber berkata untuk mengekalkan kesihatan bayi agar tidak  tejejas. Ada juga kata pengambilan ini menyebabkan ibu hamil mengalami sembelit uh. Satu cara perlu korang setkan dalam minda wajib mengambil makanan yang berserat tinggi. Contoh makanan yang berserat tinggi seperti sayur, buah, bijirin dan kekacang akan dapat membantu mengurangi masalah tersebut. Kalau boleh jadikan ia sumber kunyah-kunyah pada waktu anda sedang keboringan, menonton rancangan kegemaran, rasa loya ataupun sedang melakukan kerja perjabat.

Resepi Membuat Kek Kukus Cara Leleh..

Tidak kiralah anda sedang hamil, meracang untuk hamil, sedang mencari makanan cepat hamil, inginkan zuriat lelaki atau perempuan  yang penting anda haruslah bersedia dalam keadaan minda yang positif dan tubuh badan yang sihat semoga kehidupan yang di lalui tidak menjadi sebarang tekanan sebaliknya keseronokannya.

pstt..Cukup teruju melihat anak tekak mak buyong makan apa lagi ke sana sini membawa perot memboyot macam comel jer. Nak lebih kasi tambah ilmu di sini

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

32 Responses to “5 Trick Makanan Terbaik Semasa Hamil”

  1. puteri kasih

    Feb 15. 2014

    tips yang bermanfaat untuk ibu dan bakal ibu

    p/s cuma ada burung biru yang berterbangan

    Reply to this comment
    • Suri

      Feb 15. 2014

      ya moga membantu pada sesiapa yang ingin hamil dan sedang hamil

      apa boelh buat 🙂

      Reply to this comment
  2. Raudzah

    Feb 15. 2014

    Salam sabtu suri…tak ada add kecuali blue bird aje.Click juga lah!!!

    Reply to this comment
  3. papa mifz

    Feb 15. 2014

    teringin nak tengok wife hamil lagi…=)

    Reply to this comment
  4. Mizz Aiza

    Feb 15. 2014

    tips yang bagus suri.. bila la aiza akan merasanya.. 3 ekor burung biru untuk suri..

    Reply to this comment
  5. Mohd Shubhi

    Feb 15. 2014

    Aha! boleh ler cuba amalkan bila mengandung nanti…tk kongsi info

    Reply to this comment
  6. tengkorak emas

    Feb 15. 2014

    Asid folik memg penting..wife TE kurang hemoglobin, doc suruh bnykkan asid folik n zat besi..apa lagi TE pun bacala psl anemia..

    Wife pl suka minum teh, bila bc teh tu katanya menghalang penyerapan zat besi

    Reply to this comment
    • Suri

      Feb 16. 2014

      ha TE dah kawin terkejut saya haa… bila pula turun darat ni lama ke cuti heee…

      kena banyak makan kerang ,sawi heeeee benda datangkan darah sumber baik untuk ibu dan baby heee

      Reply to this comment
  7. khairul asrol

    Feb 16. 2014

    kalau kes mengidam nak benda pelik-pelik tu, ada ubat dia tak supaya tak mengidam? hehe

    Reply to this comment
    • Suri

      Feb 16. 2014

      mengidam satu nikmat susah orang nak dapat cuma ornag hamil jer haa.apa nak buat kalau dah isteri mengidam kena carikan kalau tak nanti air liur dia meleleh jer bila lahir nanti.

      sabarlah itu kan salah satu tanda nikmat dan kemanisan dalam melayan orang sedang sarat hamil. tak lama kejap jer heee

      Reply to this comment
  8. Akmal Zaidi

    Feb 16. 2014

    Tips yang baik, bolehlah bagi isteri saya makan. hehe

    Reply to this comment
  9. heliantuse

    Feb 16. 2014

    Saya salah seorang yang memang tak boleh minum susu, alamatnya melepeklah satu hari dengan pening dan angin. Saya ganti dengan yogurt.

    Yang tak hamil pun, jangan ngelat jaga makan ye.

    Reply to this comment
    • Suri

      Feb 25. 2014

      ha ramai lagu tu anak tekak tak lalau tak apa asal kita ada amik makanan tambahan lain kira ok..dri tak ambil langsung

      Reply to this comment
  10. Hafizul

    Feb 16. 2014

    Ok..tambah ilmu lagi tentang bab ibu mengandung..thanks suri..hehe

    Reply to this comment
  11. akubiomed

    Feb 18. 2014

    Boleh amalkan makanan sunnah antaranya kurma sudah tentu ada kebaikkan dan keberkatan berbanding diet dari barat.

    Reply to this comment
    • Suri

      Feb 25. 2014

      diet dari barat lain dari budaya kita kalau diet lain kisah hee…. jom amalkan dapat pahala sudahlah tentu

      Reply to this comment
  12. Dewi Sri

    Feb 20. 2014

    Nice Share Thanks Ya…

    Reply to this comment
  13. TehR

    Feb 22. 2014

    tips untuk bakal ibu
    tapi bakal ayah juga kena ambil tahu

    Reply to this comment
  14. hanari

    Mar 11. 2014

    Wanita hamil memang sangat membutuhkan asupan gizi yang bagus, agar pertumbuhan dan pekembangan janin bisa optimal.

    Reply to this comment
  15. try out online

    Apr 15. 2014

    i wanna get pregnan faster but stil cant get, so any body have trick to get? but still i’ll keep the tips for the next

    visit our link
    http://www.ilmci.com

    Reply to this comment
  16. Nurul Fazreen Othman

    Oct 23. 2014

    tips yg menarik dan berguna utk bakal2 ibu hamil.

    Reply to this comment
  17. nur razali

    Nov 02. 2014

    Pemakanan seimbang yg cukup nutrisi penting untuk ibu hamil. Selain jaga pemakanan amalkan suplement dan makanan seperti kurma, buah delima sgt bagus sepanjang tempoh kehamilan 🙂 terima kasih suri kongsikan tips yg sgt bermanfaat..

    Reply to this comment
  18. Dr Fattah

    Feb 23. 2015

    alhamdulillah, ramai yang menerima manfaat artikel ini.

    Reply to this comment

Leave a Reply