Sutrah Penghadang Bagi Orang Ingin Melakukan Solat

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Satir, Sutrah membawa maksudnya batasan atau penghadang bagi orang yang ingin melakukan solat. Orang yang solat di atas sajadah bererti sajadahnya itu dianggap sebagai satir. Orang solat di atas lantai ruangan yang luas begitu juga orang yang solat di padang pasir misalnya, disuruh membuat satir atau batas. Satir itu boleh dibuat dengan memacakkan kayu di hadapan kita, boleh dengan menggaris tanah, boleh dibuat dengan meletakkan sesuatu benda dan sebagainya.

Diriwayatkan oleh Abdul Razaq, bahawa Umar bin Khattab melihat seorang pemuda sedang mengerjakan solat. Beliau berkata pada pemuda itu: “Wahai pemuda, majulah ke depan dan dekatkan badanmu ke tiang itu supaya ia menjadi satirmu. Jangan biarkan syaitan mempermainkan solatmu. Ini bukanlah saya katakan sendiri tetapi yang aku dengar dari RasulullahSAW.”

Riwayat dari Ibnu Abi Syaibah, dari Umar bin Khattab mengatakan:

“Apabila solat salah seorang kamu hendaklah solat dengan satir supaya syaitan tidak lalu dihadapannya .”

Umar bin Khattab adalah manusia yang amat mementingkan masalah satir. Apabila beliau tidak mendapat sesuatu untuk dijadikan satir, beliau letakkan songkoknya di hadapannya ketika solat.

sutrah atau penghadang semasa solat

sutrah atau penghadang semasa solat sumber

Apabila beliau melihat orang mengerjakan solat tanpa satir atau batasan, beliau duduk di depan orang yang solat itu untuk menjadi satir. Ini maksudnya supaya jangan ada lagi orang yang lalu di antaranya dan diantara orang yang solat itu.

Riwayat dari Abdul Razaq, yang diterima dari Abdullah bin Syaqiq mengatakan: Umar bin Khattab lalu di tempat orang yang mengerjakan solat dalam tidak memakai satir. Setelah orang itu selesai solat, beliau berkata: ” Kalau engkau tidak membuat satir, nanti orang akan lalu di hadapanmu. Tetapi kalau tahulah orang yang lalu itu bagaimana dosanya lalu di hadapan orang yang solat, dia tidak akan melakukannya”.

Apabila kita sedang mengerjakan solat, kemudian nampak orang yang mahu lalu di hadapan kita, maka kita berhak melarangnya. Umar ada mengatakan: “Jangan biarkan orang yang lalu di hadapanmu kerana jika dia lalu akan diiringi oleh syaitan.”

Jika baik dijadikan ilmu,  sekadar untuk perkongsian. Wahualam.

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

38 Responses to “Sutrah Penghadang Bagi Orang Ingin Melakukan Solat”

  1. Fadhil

    Feb 07. 2014

    Saya tengok bab-bab lintas depan orang sembahyang ni, orang Melayu agak teruk jugak la. Main lintas je depan orang sembahyang. Adohai

    Reply to this comment
  2. encikarman

    Feb 07. 2014

    kalau lokasi kita sembahyang tu tempat org lalu lalang, letak halangan macam kain ke depan sejadah tuh.

    Reply to this comment
    • Suri

      Feb 07. 2014

      itu orang kita tak banyak buat begitu. tapi lupa agaknya atau nak cepat tanpa pandang keadaan di sekeliling dahulu.

      Reply to this comment
  3. Nazri

    Feb 07. 2014

    kalau solat yang atas permaidani yang ada garis dikira satir jugak kan?

    Reply to this comment
    • Suri

      Feb 07. 2014

      ia tapi jika solat ramai ikut makmun paling hadapan.wahualam. mohon tuan dapatkan pada benar2 arif.

      Reply to this comment
  4. umiadamfaris

    Feb 07. 2014

    tu la…tapi kalau kita solat kat rumah kena buat macamni gak ke???
    sy kdg2 si kecil merangkak dok depan hehe…xmarah pon kat anak, cuma klu kat rumah mcmne?

    Reply to this comment
    • Suri

      Feb 08. 2014

      Kalau di rumah mana boleh di elakkan cubalah.selalu kalau solat dalam bilik itu lebih bagus kerana tiada orang akan mengganggu waktu kita sedang kusyuk solat. jika anak-anak kecil tidak mengapa. sedangkan Rasulullah s.a.w pernah di ganggu dalam waktu solat dia tidak ambil pusing malah menggalakkan lagi anak-anak kecil ikut gerak orang bersolat.whualam.

      Reply to this comment
  5. onlajer

    Feb 07. 2014

    tapi ada perangai orang bersolat berhadapan pintu sisi, oran masuk baru perasan ada yang bersolat

    Reply to this comment
  6. puteri kasih

    Feb 07. 2014

    mungkin kadang kala ada yang tak perasan kan

    Reply to this comment
    • Suri

      Feb 08. 2014

      mesti bersangka baik terkadang bila saf sedang di betullkan time itu jugalah orang akan lalu lalang ambil sah sepatutnya hadapan kita.

      Reply to this comment
  7. puteri kasih

    Feb 07. 2014

    sudah tiada tabung lain..hanya ada burung biru sahaja yang kelihatan

    Reply to this comment
  8. Harfiz Bizstudent

    Feb 07. 2014

    Biasa letak beg je sebagai sutrah 😀

    Reply to this comment
  9. KesumaAngsana

    Feb 07. 2014

    terima kasih berkongsi info sebegini. masih ramai yg tak tau sebenarnya. Contohnya byk kali KA tgk , orang2 kita main lalu je depan orng2 telah solat… done nuffnang juga

    Reply to this comment
  10. fyna

    Feb 07. 2014

    terima kasih dengan perkongsian ini. sharing is caring.

    Reply to this comment
  11. TehR

    Feb 07. 2014

    ya. boleh letak apa saja
    asal jangan letak beg duit je

    hehe

    Reply to this comment
  12. Afiffuddin

    Feb 08. 2014

    Zaman Nabi dan Sahabat2 dulu, Sutrah diorang letak pedang. Berani melintas kalau nak kena cantas. Ehe

    Reply to this comment
  13. myliferia

    Feb 08. 2014

    ramai orang yang memang letak something kat depan kalau solat di tempat awam tapi tak tahu cerita di sebaliknya kenapa. thanks for sharing 🙂

    Reply to this comment
  14. Raudzah

    Feb 08. 2014

    Thanks suri for sharing..ilmu baru untuk kita ni…salam sabtu ya!!!

    Reply to this comment
  15. Raudzah

    Feb 08. 2014

    Tak ada yang menrik nak click suri except for churp-churp,..click ajelah…

    Reply to this comment
  16. kakiblog

    Feb 08. 2014

    kalau boleh elakkan untuk solat di tempat yang ada orang lalu lalang..

    Reply to this comment
  17. hafiz

    Feb 08. 2014

    Satu lagi ilmu saya dapat hari ni

    Reply to this comment
  18. Mizz Aiza

    Feb 11. 2014

    ramai yang tak tahu mengenai ini suri.. perkongsian yang bagus..

    Reply to this comment
  19. cik tom

    Feb 12. 2014

    kalo solat kat masjid/surau selalu jgk terkena keadaan org yg melintas kt depan tgh smyg…nak elak biasa letak beg depan sejadah..

    Reply to this comment

Leave a Reply