Cara Pikat Suami Dalam Masa Lima Minit

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Hai..biar benar ada ker cara pikat suami dalam masa lima minit? Percayalah sayang. Ada.

Kalau tak masakan ada detik aku pandang wajah dia terus jatuh cinta. Itu jatuh cinta tanpa di duga atau tanpa paksa anda terus menyukainya.

Ini bukan kaedah ilmu tunduk atau ilmu pengasih mujarab lagi ampuh, ilmu guna-guna untuk jiran tapi untuk menarik minat pasangan anda kembali jatuh cinta pada anda dengan cara pantas lagi hebat!

Makin dekat makin untuh.

Tidak kira apa anda sandarkan pada sesebuah hubungan perkahwinan tapi semua harus keranaNYA. Yakinlah setiap isteri baik hati, ibu ringan tulang sabar dalam segala hal dapatkan segala kekuatan anda kepadaNYA. Pernah mendengar jagalah hubungan dengan Allah nescaya dia akan menjaga hubungan kita bersama suami, anak-anak insyallah orang sekeliling kita.

Princess

Korang janganlah bagi alasan ada anak kecil tiada masa untuk bersolek. Tolonglah walaupun pemalas tahap ini sekalipun mustahil 5 minit korang tiada masa untuk tarah pelembab bibir di kot. Atau paling rajin sikit gunalah lip gloss yang munggil itu ha, pilihlah gincu merah jambu ker merah hati, warna kelabu taik kambing ke warna natural ker hii..sebenarnya tak susah pun kalau nak cantik dan memikat depan suami kecuali korang banyak alasan tak masuk otak. Nak lebih cara betul selak celah ini

cara memikat suami dalam masa lima minit

macam makan abc jer

Ikat perut

Serius lelaki suka wanita, isteri kepada anaknya pandai memasak. Tapi bukan menjadi ahli chef yang terkenal ya. Jika sebelum ini korang asyik masa gulai ikan patin masak tempoyak, sup ekor lembu sekalipun cubalah sesekali hentikan menu tersebut. Ia memang pasangan anda mungkin menyukai hidangan tersebut tapi come on Joyah bagi tukar lagi resepi lapuk tu pada resepi terbaru. Korang jangan hanya rajin buka blog masakan dengan mengatakan di petak komen ok saya akan cuba, macam sedap jer. Pui! buang masa betullah. Tambah pula korang jenis pantang nampak resepi baru mula dok menulis. Apa hal? Cuba tulis tapi buat ada faham! barulah menjadi. Ini setakat copy resepi tapi tak buat itu kira anda sedang leka mencontang macam budak baru masuk sekolah cikgu tulis korang mencatat dah  sah ia akan memenatkan tangan korang menulis jer.

Pakej Siap Sedia

Tolonglah mandi dengan lebih kerap tidak sampai lima minit. Tak kisah pun tiada siapa yang nak marah dari korang ibu, wanita pantas berkerjaya. Bukannya rumah korang catu air setiap minggu ya tak. Jadi tolonglah bangkit pagi dan mandi. Jika yang Suri rumah tangga itu lagi wajib mandi dan tukar pakaian bersih untuk pakej seperti:

  1. Pakej mandi pagi.
  2. Pakej mandi selepas masak tengahari.
  3. Mandi untuk solat asar atau mungkin mandi petang selepas selesai membuat makanan minuman petang.

Tahu tidak di buatnya suami korang balik tidak kira masa bukan ker haru jadinya bila dia menghampiri anda tiba-tiba bau tengik menusuk hidung siapa yang susah. Jadi silalah peka kebersihan diri, pakaian masing-masing itu kerja sugguh simple! Korang pemalas lagi jangan salahkan suami bila dia suka melihat wanita luar sana bijak menjaga diri lebih baik dari korang ada pasangan baik hati tapi korang tak hargai dan main-main. Yelah, aku tahu korang sudah dapat suami mana mungkin dia berpaling. Ingat hati manusia bila-bila sahaja boleh berubah.

Cemburu

Sila cemburu dengan apa yang ada pada persekitaran anda terutama layanan yang suami dapat dari luar seperti kedai makan, keluarga terdekat hubungannya dengan rakan sepejabat dan seangkatan dengannya. Wyh? Kerana biasanya layanan mereka jika anda perasan amat terlalu baik sekali kata-katanya bila berbiacara dengan mereka yang di atas. Jadi fikirkan bagaimana dia sering penat anda terkadang sering di marahi malahan terkadang kata-kata nak ucapkan itu bukan bertujuan untuk marahkan anda tapi anda tetap terasa mungkin kerana kerja pejabatnya terlalu banyak. Cara supaya suami anda melayan anda seperti dia melayan rakan, ibu bapanya maka gunakan kekuatan itu untuk anda melayan dia lebih baik dari sebelumnya. Ingat layanan apa sekalipun anda harus gembirakan si dia. Bila berjaya menawan pasangan bukan hanya setakat di kamar anda juga berhak untuk dapatkan lebih perasaan itu kerana anda adalah pasangannya yang sah.

Korang bebal ke pemalas jadi sila ubah sikap korang jika ada item asyik merajuk jer, asyik angin satu badan jer tolonglah di luar sana cik adik yang ambilkan pesanan makanan dan minuman menyuakan hidangan tersebut saban waktu pada pelanggan dengan layanan lemah lembut lagi. Anda bagaimana adakah layanan anda labih baik dari mereka atau korang ini jenis keras kepala malas nak usaha pikat hati suami sendiri. Itu pasal mereka lebih selesa cabut lari ambil angin di luar bila isteri bebal bebel-bebel sahaja. Kalau jenis menahan depa diamkan ajer.

Hari-hari mau lebih lima minit!

Apalah ini bukan selongkar dalam kelambu tapi setiap pasangan sering meminta ada buat katanya lagi bagus. Tapi jika anda tidak buat si suami diamkan diri persis beku macam ikan dalam peti ais. Tak buat tak apa. Haa cuba kalau orang lain “hanya tolong buatkan” ada marah tak? Urutan hari – hari mau mestilah sentuhan penuh kasih-sayang dari seorang isteri untuk suami. Ah ada yang kisah kecuali masa balik kampung jalan jem memanjang masa inilah barulah pasangan anda mohon urutkan tangan, kepala bagai.

Why? di rumah anda tidak buat begitu. Malu? depan anak-anak tolonglah itu satu cetusan rumah tangga anda ambang bahagia namaya. Anak melihat hati makin senang mood mereka nak belajar pun makin seronak dari korang asyik bertikam lidah tak pernahnya bersentuhan langsung. Be serius part ini..Korang cuba buat dalam seminggu ini. Lepas itu jangan buat hari-hari mau urutan sayang ini gua asal dari Melaka akan berani cakap suami lu orang akan kata aik tak ada pekej spa lagi ker haaa..

Ok..penat tulis panjang lebau rasanya kalau Gula Melaka mencuci pinggan jenama joy mau juga sudah sampai lap tangan. Dapatkan edisi terhad terangkat sini.

Ingat sekali anda abaikan walaupun lima minit lama-lama dia akan pergi juga nanti lima minit jugalah tiada penyesalan langsung. Bagi ikat ketat-ketat. Sapa yang tak sayang suami oiii!!!


Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

38 Responses to “Cara Pikat Suami Dalam Masa Lima Minit”

  1. Strider

    Feb 05. 2014

    tapi perempuan kalau bab bersolek itu jer dah makan lebih dari 5 minit rasanya…hahahaha

    Regards,
    -Strider-

    Reply to this comment
  2. KesumaAngsana

    Feb 05. 2014

    amboi tips kalah KA yang dah kahwin dengan 20 tahun ni hehehe

    Reply to this comment
  3. hafiz

    Feb 05. 2014

    buat jangan tak buat hihihi

    Reply to this comment
  4. suriaamanda

    Feb 05. 2014

    caner nak amalkan…xde suami ha….nak kena cari calon cepat2 ni…

    Reply to this comment
    • Suri

      Feb 06. 2014

      tak apa boleh baca kalau ada calon molek di amalkan :). jangan risau jodoh itu rahsia Allah 😉

      Reply to this comment
  5. Ummi Hanie

    Feb 05. 2014

    wah garangnye suri… tatottt…. hehee…

    betullah tu segala tips pesanan yg diberi… siapa lagi nak jaga suami kalau bukan isteri sendiri?

    Reply to this comment
  6. Stuwie

    Feb 05. 2014

    Alamak, bab mandi ni … kalau tempat sejuk cammana nih? >,< Nak mandi pun rasa seriau

    Reply to this comment
    • Suri

      Feb 06. 2014

      jerang iar pakai cereklah heee bagi panas. tahu tak mandi air panas ada banyak manfaatnya 😉 salah satu badan lebih segar dan kalau jenis ibu sibuj suskar tidur malam asuik fikir menu anak, suami hari hari, layan karenah anak salah satu cara nak tidur tanpa gangguan atau a.k.a aman denga mandi air panas suam le. nanti badan segar dan cerdas mas abuat kerja nanti 😉

      Reply to this comment
  7. Juan

    Feb 05. 2014

    tips ni mendalam sungguh, dan ayat yang digunakan agak sukar untuk saya teka, hehehe

    Reply to this comment
  8. hafizmd

    Feb 05. 2014

    rugilah kalau tak buat tips2 ni yg suri ajar ni..nak2 yg urut harimau garang tuh… =)

    Reply to this comment
    • Suri

      Feb 06. 2014

      harimau malaya tak turun padang memang rugi loh..segala teknik dalam ebook amat begruna berhasil sila dapatkan segara haaa

      Reply to this comment
  9. kakiblog

    Feb 06. 2014

    ya..satu panduan yang amat berguna…

    Reply to this comment
  10. khairul asrol

    Feb 06. 2014

    terasa macam 18sx pulak. hahaha. urutan manje, weww. boleh bagitau bakal isteri ni.

    Reply to this comment
    • Suri

      Feb 06. 2014

      ha dapatkan yang lanjut dari tebaik dari banyak tips atas ebook bisa membantu dhiii 😉

      Reply to this comment
  11. Fiza Rahman

    Feb 06. 2014

    Good tips. Sambil baca sambil senyum ☺☺

    Reply to this comment
  12. Sop

    Feb 06. 2014

    mmg byk cara
    cuma nak dgn xnak jer 🙂

    nice sharing

    Reply to this comment
  13. Sis Vee

    Feb 06. 2014

    mcm2 cara kan . sebenarnya isteri kena kreatif nak meriahkan suasana … byr hutang @ topup nivea

    Reply to this comment
  14. TehR

    Feb 07. 2014

    tips terbaik
    siapa yang tak sayang bini, kan?

    Reply to this comment
  15. umiadamfaris

    Feb 07. 2014

    sy kalau nak pikat dia kena anak tidur dulu…
    tp klu nak duduk2 sembang pon kena la hias jugak..xkan rambut kembang macam singa kan..
    isteri ni kena pandai..pandai pikat asben, pikat perut dia hahaha
    kot malas pon pakai gincu sudaaa

    Reply to this comment
    • Suri

      Feb 08. 2014

      sis umi..
      yalah kalau masa mula kawin boleh buat lagu tu mustahil bila ada anak kita kot jadi lebih teruk kot..haaa tu jenis parah namaya…

      ha jangan pakai gincu keceh tu pakai lip glos mudah je nak luncur atas bibir kasi MUNGGIL keh..keh..keh..

      thnks sb banyak komen di entri saya ya 😉

      Reply to this comment
  16. Afiffuddin

    Feb 08. 2014

    Untuk dapat dapat hasil 5 minit nie perlu latihan 5 tahun. Bila dah pakar 5 minit ja masa nak pikat. Teori dah ada, amalkan untuk keharmonian rumah tangga. Bukan isteri saja, suami pun kena pandai pikat isteri.

    Reply to this comment
    • Suri

      Feb 08. 2014

      ya kalau kita ada usaha nak baiki diri kalau sayang pasangan ini caranya 😉 hargai dan sayang selalu

      Reply to this comment
  17. fyna

    Feb 08. 2014

    boleh dijadikan panduan. thanks.

    Reply to this comment
  18. Mizz Aiza

    Feb 14. 2014

    mesti suami bertambah sayang..

    Reply to this comment
  19. Alynn

    Feb 26. 2014

    alhamdulillah…semoga suami makin bertambah tambah tambah sayang pada kta… 🙂

    Reply to this comment
  20. Mummy Dina

    Sep 27. 2014

    kalau emergency..xsempat nak mandi spray je perfume..confirm wangi je..hehe

    Reply to this comment
  21. ga perlu trik untuk mengikat suami..cukup mengerti saling sayang melayani dy dengan baik..itu cukup…hal2 kecil yg tak terpikir tapi perhatian itu uda trik paling jitu…

    Reply to this comment

Leave a Reply