Petua Dan Cara Mengurangkan Batuk Berkahak

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Sudah lebih empat hari batuk ini tidak mahu berhenti. Kemudian selang pulang kahak hijau ala-ala cair gitu haa..Ingatkan bila Suri beli ubat difarmasi keadaan akan bertambah baik tapi tidak jugalah.

Sebelum menapak kaki ke klinik Suri sempat jugalah membeli sebungkus nasi lemak katanya sudah lama tak makan berlemakkan ini salah satu cara nak menaikkan berat badan haaa..

…Bila nama di panggil hati mula rasa dup dap dup dap padahal bukannya nak buat urin test air kencing apa ke.. Dalam tempoh 15 minit doktor itu memeriksa Suri kata kahak Suri ada dekat dengan paru-paru. Itu yang doktor cakap batuk kahak Suri akan aktif pada waktu malam, subuh tapi bila waktu siang batuk tersebut akan sedikit berkurangan.

Cairan kahak mengganggu sistem pernafasan

Cairan kahak mengganggu sistem pernafasan

Hurm..betullah sebab memang Suri pun ada perasan juga sejak tiga ke empat hari ini memang waktu malam Suri susah nak tidur tapi kalau dapat lelap pun sekejap sahaja. Paling geram bila sudah terjaga malam itu mustahil agak sukar untuk mata ini tidur kembali. Ho..ho..ho..

Suara serak masih kedengaran sehingga ke hari ini. Doktor mula memesan untuk merawat lendir kahak yang berada di paru-paru ini u tidak boleh makan:-

  • Makanan kekacang
  • Air minuman dari sumber susu
  • Kek
  • Nasi lemak
  • Makanan yang berasaskan tepung
  • Minyak
Petua Dan Cara Mengurangkan Batuk Berkahak

Petua Dan Cara Mengurangkan Batuk Berkahak

Lepas itu Suri cari lagi dalam talian maya cara -cara mengurangkan batuk berkahak:-

  • Jauhkan diri dari berhabuk, berasap yang boleh menyebabkan anda batuk.
  • Banyakkan minum air suam dan air panas untuk tujuan memecahkan dan membuang kahak.
  • Sekiranya anda merokok maka waktu inilah yang paling sesuai untuk berhenti merokok.

Petua melegakan batuk berkahak kaedah tradisional:-

  • Air asam jawa katakan boleh melegakan batuk dan kahak.
  • Perahan limau nipis dan kicap.
  • Dua ulas bawang putih di bakar atas api selama tiga minit. Kemudian  kupas kulitnya basuh dan terus makan.

Tadi sudah terbeli nasi lemak, mustahil nak buangkan heee..lepas sudah kenyang hati rasa senang. Psst..Ada petua yang menarik lagi tak  jom kongsikan di bawah. Terima kasih 😉

Suri nak telan ubat ni adalah dalam 5 biji ubat tablet dan 1 botol ubat dalam bentuk cecair huaa. Nanti gula Melaka free akan jejak lo olang sampai lebam biji mata kotak komen haa.. 😉

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

40 Responses to “Petua Dan Cara Mengurangkan Batuk Berkahak”

  1. Assalamualaikum Suri
    Agaknya sekarang memang musim orang kena batuk
    Mungkin juga iklim yang ala – ala sejuk gitu
    Isteri dan anak saya pun kena batuk juga seminggu sudah.
    Itupun gara – gara buat air sirap limau ais untuk lunch sekeluarga
    kih..kih..

    Reply to this comment
    • Suri

      Feb 05. 2014

      ha tak apa sakit nak kita rehat bersama keluara gamaknya heee..

      aggap itu cuti dan masa berharga utk keluarga tak salahkan.tapi jangan buat air sejuk untuk masa terdekat ini bisalah kalau antibodi badan tak kuat memang mudah terkena tempias ni heee

      Reply to this comment
  2. akubiomed

    Feb 04. 2014

    Batuk berterusan memang menyiksakan. Sakit dada.

    Reply to this comment
  3. Fiza Rahman

    Feb 04. 2014

    Cuba try madu lebah, SMoga cepat sembuh suri.

    Reply to this comment
    • Suri

      Feb 04. 2014

      alhamdulillah murha rezekimu kawan kebetulan rumah saya ada madu.tapi kena madu benar2 asli ker? sekarang susah nak cari madu benar2 asli.

      terima kasih kawan 😉 aya hargai cadangan petua anda

      Reply to this comment
  4. maza

    Feb 04. 2014

    Uiks! memang musim sekarang ni.. terutama cuaca agak ekstream kejap terlalu sejuk, kejap terlalu panas..

    haderkkkkk

    Reply to this comment
    • Suri

      Feb 04. 2014

      yelah ipoh malam hujan pastu kalau pagi mula sejuk macam satu hari hujan jer air dalam kolah tu heee

      Reply to this comment
  5. anif

    Feb 04. 2014

    Batuk berkahak memang menyiksakan.. Lebih-lebih lagi buat penunggang motorsikal.

    Apa pun, jangan biarkan ianya berterusan. Dapatkan rawatan sewajarnya.

    Reply to this comment
    • Suri

      Feb 04. 2014

      alhamdulillah mujarab petua saya buat atas tu lega sangat-sangat. ya asap kenderaan banyak mainkan faktor juga ya

      Reply to this comment
  6. Sis Vee

    Feb 04. 2014

    saya dah terbiasa makan asam jawa bila batuk juga sakit tekak . asam jawa golek kat gula pasir , pastu makan …

    Reply to this comment
    • Suri

      Feb 05. 2014

      wah hebat siap golek dnegan gula hee dok rasa masam sangat ya.terima kasih petua nak elak rasa makan masam lah ya/ 😉

      Reply to this comment
  7. Akuro San

    Feb 04. 2014

    petua minum air asam jawa tuh, biasa saya amalkan… agak berkesan juga..

    Reply to this comment
  8. puteri kasih

    Feb 04. 2014

    banyakkan minum air suam dan boleh, moga suri cepat sembuh 🙂

    Reply to this comment
  9. puteri kasih

    Feb 04. 2014

    puteri nak isi tabung untuk suri..tapi tiada pula tabung yang kelihatan biarpun sudah refresh banyak kali

    Reply to this comment
  10. Raudzah

    Feb 04. 2014

    Kita pun terkena serangan sakit tekak suri..nasib baik sikit and kejab aje..kena minum air banyak coz keringkan…perubahan suhu pastinya..

    Reply to this comment
    • Suri

      Feb 05. 2014

      itu kita tak berapa selesa.sekarnag ni badan rasa sejuk seram tidur kurang lena anak berbalik-balik demamnya huu

      Reply to this comment
  11. Raudzah

    Feb 04. 2014

    Tripple blue bird for you..tak tau lah ada point ke tidak…

    Reply to this comment
  12. ajumohit

    Feb 04. 2014

    tq for sharing suri sebab memang musim batuk skrg ni

    Reply to this comment
  13. papa mifz

    Feb 04. 2014

    den biasa kalau batuk minum ubat batuk Cap Kelapa Laut Afrika jer…=)

    Reply to this comment
    • Suri

      Feb 05. 2014

      saya dah cuba itu dulu tapi tak mungkin beli sebab tahu tak menjadi sangat tapi untuk legakan sikti boleh gak layan dari batuk-batuk tanpa henti penat juga kan

      Reply to this comment
  14. lizz

    Feb 05. 2014

    tq share suri..saya kalo batuk
    minum Madu tak pun minum Air limau nipis suam

    Reply to this comment
    • Suri

      Feb 05. 2014

      setuju kalaua da madu ori ya sis lizz kalau ada limau bagus sedut aura asapnya tu heee…

      terima kasih kongsi petua dengan saya dan rakan lain.amat saya hargai 😉

      Reply to this comment
  15. ema

    Feb 05. 2014

    try kicap dengan garam pun okey

    Reply to this comment
    • Suri

      Feb 05. 2014

      kicpa dan garam. boleh ke? pertama kali saya baca ni.selalu kicap dengan limau.

      terima kasih sis untuk ilmu petua bagus masa free boleh cuba 🙂 moga manfaat pada sahabat yang lain juga

      Reply to this comment
  16. KesumaANgsana

    Feb 05. 2014

    get well soon yer,… kalau KA guan kicap + perahan limau nipis tu !

    Reply to this comment
  17. titan

    Feb 05. 2014

    selalu gak aku makan nasi lemak time batuk nih. terus berhenti batuk kejap. lepas makan..batuk datang balik. hehe

    Reply to this comment
    • Suri

      Feb 05. 2014

      ha otu tak suka tapi dek kerana aroma sedap kita lupakan seketika dan sentap sampai habis loh..

      Reply to this comment
  18. khairul asrol

    Feb 05. 2014

    petua minum asam jawa tu dah dari dulu amalkan. tapi la ni penah try kepala laut afrika pun boleh tahan jugak powernya.

    Reply to this comment
    • Suri

      Feb 05. 2014

      ya asam bagsu kalau jaram satu malas berkesan kurangan panas dalam badan heee..

      cap afrika bagus lega rasanya anak tekak nak bernafas mudah.

      Reply to this comment
  19. kakiblog

    Feb 06. 2014

    boleh juga belasah dengan minum madu..

    Reply to this comment
  20. Mizz Aiza

    Feb 14. 2014

    selalunya kalau demam atau batuk aiza minum air asam jawa tu suri.. alhamdulillah berkesan.. asyik burung biru je terbang di blog sekarang ni.. aiza tangkap la 3 ekor untuk suri..

    Reply to this comment
  21. faizal

    Apr 18. 2014

    sekarang ini musim panas di siang hari..ramai yang batuk..terima kasih perkongsian ini

    Reply to this comment

Leave a Reply