Begitulah Kisah Di Sebaliknya

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

17.01.2013

Masih dapatku rasakan waktu itu perutku semakin memboyot dan bergoncang. Terkeluar jugalah isinya “dia”..Itupun tidak sampai setengah jam punggungku memanaskan katil empuk di kamar kecemasan. Rasanya detik di jahit seolah -olah bagai hiris kulit bawang merah masih tegar dalam ingatanku. Persis sembilu satu persatu kerja menggaitnya di sudahkan dari awal hinggalah ke akhirnya simpulan mati di kerjakan.

Kata Mak Bidan jururawat yang jahit part “bawah” jahitannya kemas!

Ini antara salah satu task yang dia lakukan tanpa dia ada kemahiran dalam bab jahitan tersebut. Namun kerja yang di tugaskan berjaya dia laksanakan tanpa banyak bantahan dari Sister. Jadinya aku yang berada di dalam  wad itu menahan ngilu tidak tertahan antara sedar dan pasrah. Oh terima kasih jururawat..

Saat melihat riak muka mulus hilang lelah mengenangkan saat melitupi masa, hari, minggu dan sembilan bulan itu berlalu seperti semalam rasanya ia baru sahaja terjadi. Tika ini seperti kami menyambut cahayamata baharu lagaknya. Tapi hakikatnya usianya kini mencacah lima tahun!

selamat hari lahir anakku

selamat hari lahir anakku

Lima tahun banyak ragam! baru sorang jadinya kalau ada rezeki mahu juga dapatkan tiga atau lebih hii..sambil mengulum kuaci aku menaip dan sadarkan diri ini semua ketentuan ilahi.

Percayalah..walaupu dalam hati nak cukupkan satu team bola Melaka yang entah mana hilang pemainnya mana mungkin semua ini terjadi huk.huk.huk..

Uh..entri ini sudah mula bersusur ke laut Cina Selatanlah pula hu..hu..hu…

Untuk si dia yang selalu membuatkan hati ini geram, popok punggungnya.. ibu tetap akan berusaha mendoakan kebaikan kamu di dunia mahupun akhirat sana. Semoga perjalanan yang di jalani berjalan dengan penuh sabar dan kuat selau. Ingat dunia hanya sementara, sana kekal tidak usah di bias dengan kata hanya Tuhan tahu nikmat untuk orang yang bijak beramal dan manfaatkan iman pada cara dan jalan betul.

Selamat hari lahir sayangku Nur Ummu Umairah dari ibu dan ayahmu tercinta.

Psst: Entri ini tidak jadi dilepaskan semalam  sebab melayan anak demam.

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

27 Responses to “Begitulah Kisah Di Sebaliknya”

  1. ladybird

    Jan 18. 2014

    salam kak, selamat hr lahir ummu ummairah..

    p/s : part jahit memang msh terasa sampai skrg.. huhu

    Reply to this comment
  2. Hafizul

    Jan 18. 2014

    Selamat hari lahir dikkk..semoga menjadi anak yang soleh sampai bila-bila…aminnnn

    Reply to this comment
  3. akubiomed

    Jan 18. 2014

    Selamat menyambut hari lahir. Minta ummi kuih paling besar sekali. 🙂

    Reply to this comment
  4. Mizz Aiza

    Jan 18. 2014

    selamat hari lahir yang ke-5 kepada nur ummu umairah.. semoga dipanjangkan usia dan terus membesar menjadi anak yang solehah..

    Reply to this comment
  5. raudzah

    Jan 18. 2014

    Happy 5th buzday ummairah…

    Reply to this comment
  6. kakiblog

    Jan 19. 2014

    tahniah! selamat hari lahir buat anak suri…pengorbanan si ibu tiada tandingannya!

    Reply to this comment
  7. Nia Mk

    Jan 19. 2014

    Selamat hari lahir Ummu Umairah…jadi anak solehah ya

    Reply to this comment
  8. yumida

    Jan 19. 2014

    comelnya dia..moga membesar jadi anak yang baik

    Reply to this comment
    • Suri

      Jan 20. 2014

      terima kasih. masa comel masa besar kalau buat hal memang tak comel agaknya jadi geram heee..

      Reply to this comment
  9. yumida

    Jan 19. 2014

    happy besday umairah

    Reply to this comment
  10. blogger lelaki

    Jan 19. 2014

    semoga jadi anak yg solehah dan menbalas jasa ibu dan bapa

    Reply to this comment
  11. Vee Sandi

    Jan 19. 2014

    Selamat menyambut hari lahir . semoga besar nanti akan jadi anak yg solehah yg berbakti pada ibubapanya … aaamin .

    Reply to this comment
  12. TehR

    Jan 20. 2014

    selamat hari lahir untuk kakak
    bila nak ada adik?

    Reply to this comment
  13. Kamal Mustafa

    Jan 20. 2014

    Allah Selamatkan kamu,
    Allah Selamatkan kamu,
    Allah Selamatkan ummu ummairah,
    Allah Selamatkan kamu.

    Reply to this comment
    • Suri

      Jan 22. 2014

      terima kasih sahabat KM cukup saya hagai sangat ni 😉 kalau mai ipoh song lagi eh hee..thnks 😉

      Reply to this comment

Leave a Reply