Kenangan Bersamamu Mazila Zainal

 Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Ya, Allah sungguh tidak terduga begitu lama Suri menyepikan diri atas sebab masalah line tm agak kurang menyenangkan menyebabkan diri ini blur seketika untuk menghadap blog.

Syukur kali terakhir blog ini di cetuskan entri terakhir pada 10 Januari 2014 dan hari ini pula sudah menjangkau tarikh 16 Januari 2014. Lima hari jugalah sampaikan jika orang tanya hari ini hari apa Suri main tundukkan kepala sahaja kerana lupa atau gara-gara tidak berkerja maka tarikh dan hari mula di pinggirkan.

Rutin yang biasa bila line cantik suri akan on semua blog berkaitan, gmail, yahoo, facebook dan whatsApp.. Tapi kali ini kejutan membuatkan birai air mata jatuh menitis tanpa perlu di sekat-sekat bagai laluan hadapan tiada pengawal polis yang sedang membuat sekatan..

Kenangan Bersaman Mazila Zainal

Kenangan Bersaman Mazila Zainal

27  November 2013 ..

Adalah detik yang terakhir Suri bercerita dan berkongsi suka dan duka dengan arwah Mazila Zainal. Sungguh keadaan awrah tidak begitu sihat sempat jugalah kami berkongsi minat hampir sama, berblogging dan hal berkaitan sehingga dialah banyak mengajar tentang kehidupan dan penghargaan.

Termanggu jugalah membaca bait-bait terakhir di peti pm muka buku dan ukiran wall tulisan adiknya mengatakan arwah telah pergi buat selama-lamanya.

Seolah-olah hati tidak percaya namun Suri kesatkan jugalah air mata yang bertandang ini dengan mengatakan yang hidup pastikan pergi.

Sungguh tidak mampu untuk dikatakan kepada arwah bahawa ini adalah sebuah persahabatan yang tidak akan dilupakan. Walaupun kami tidak pernah bersua namun jauh di dasar hati Suri amat menyenanginya kehadirannya.

Ayuh kita hadiahkan Al-Fatihah buat arwah Mazila Zainal semoga rohnya sentiasa bahagia dan di lindungi olehNYA Maha Kaya Pengasih Lagi penyayang. Moga dirimu akan di tempatkan pada orang – orang yang beriman teguh. Buat keluargamu semoga sabar dan redha selalu.

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

37 Responses to “Kenangan Bersamamu Mazila Zainal”

  1. Bahrain

    Jan 16. 2014

    walaupun saya tak berapa kenal, semoga dia ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

    Reply to this comment
  2. Strider

    Jan 16. 2014

    its okay…saya pun sejak kebelakangan nie sibuk…kadang2 tak sempat nak update entry macam dulu..namun apa2 urusan yang dilakukan oleh suri akn dipermudahkan olehNya…

    Regards,
    -Strider-

    Reply to this comment
    • Suri

      Jan 17. 2014

      ya bila sibuk biasalah akan sepi jugakan hee.sesekali selalu payah gak nak up mood balik heee..

      terima kasih 😉 sebab tak jemu ke blog kecil ini, harap bro akan aktif berblogging juga

      Reply to this comment
  3. chii

    Jan 16. 2014

    al-fatihah,,semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org2 yng terpilih..
    chii pernah beberapa kali ke blog arwah…tp x berkesempatan nak berkenalan dgn lebih lanjut..

    Reply to this comment
    • Suri

      Jan 17. 2014

      terima kasih. harapkan sahabat kita dalam golongan yang terpilih.amin.

      ya semejak oct 2013 beliau kurang sihat dan tidak aktif berblog katanya berehat. tapi update ada juga. cuma keadaan tak mengizinkan.

      tak mengapa kata orang kenal maya sudah cukup untuk menggambarkan ikatan sahabat itu cukup rapat.kekadang tak semestinya jumpa kawan depan cukup rapat di maya terkadang lebih cool dari sangkakan.

      Reply to this comment
  4. Qashmere

    Jan 16. 2014

    Takziah. Al Fatihah…

    Reply to this comment
  5. ema

    Jan 16. 2014

    Takziah dan Al-Fatihah..arwah meninggal sebab apa suri?

    Reply to this comment
  6. akubiomed

    Jan 16. 2014

    Al Fatihah dan takziah. Saya terkejut dengan mengetahui pemergian arwah dari blog Suri. Kali terakhir tahun lepas beliau ada minta saya dapatkan maklumat untuk membeli tong gas supaya senang hendak bergerak.

    Reply to this comment
    • Suri

      Jan 17. 2014

      Terima kasih. saya lagi terkejut bro.saya dah lama tak onlie pastu buka semua ceruk dan terbaca wall tu saya tergamam gak. jadi saya terus membuat ini entri untuk mengenangkan jasa beliau.

      ya begitulah blogger saling tukar ilmu atau maklumat.memang sungguh berguna sekali jika apa sahabat kita pelrukan kita dapat membantu menyelesaikan masalah mereka.seperti kita dapat segunung emas rasanya 😉

      Reply to this comment
  7. yumida

    Jan 16. 2014

    al fatihah..moga rohnya dicucuri rahmat
    sabar ye kak suri

    Reply to this comment
  8. Mizz Aiza

    Jan 16. 2014

    al-fatihah.. terasa sebak pula aiza membaca entri suri ini.. doakan semoga beliau ditempatkan di kalangan orang yang ebriman dan beramal soleh..

    Reply to this comment
    • Suri

      Jan 17. 2014

      terima kasih aiza…ya ini hanya inilah termampu di luahkan.pendek kata banyak perkara tercetus dari arwah juga. amin harap begitulah.

      Reply to this comment
  9. cik tom

    Jan 16. 2014

    al-fatihah…sedih tkenangkan arwah..penah bjanji dgn arwah nak btandang ke rumah arwah ms ciktom keje di kuala pilah..tp tak pernah bkesempaian bertemu dgn arwah…smoga ditmptkan dikalangan umatNYA yang beriman…

    Reply to this comment
    • Suri

      Jan 17. 2014

      terima kasih. samalah saya sebab kita sealiran dalam bidang dan minat penulisan.

      tidak mengapa asal ada niat itu cukup memadai.jangan;ah mudha bersedih hati.

      amin

      Reply to this comment
  10. hafiz

    Jan 16. 2014

    Takziah buat suri, semoga ditempatkan dikalangan yg beriman

    Reply to this comment
    • Suri

      Jan 17. 2014

      terima kasih bro hafiz satu perkara amat sukar.ya saban tahun ada sahaja sahabat atau kenalan saya pergi. tak mengira umur dan pangkat pula tu..rasa diri masih lemah akan berita ni lagi.

      ayuh kita doakan buat mereka yang terbaik di sana.

      Reply to this comment
  11. Hafizul

    Jan 17. 2014

    Setiap yang hidup pastinya matai..itu dah memang ketentuannya..sabar yer suri..Al-fatihah

    Reply to this comment
  12. titan

    Jan 17. 2014

    aku tahu dia sakit. Tapi tak sangka dia pergi seawal ini. Aku doakan dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

    Salah seorang pengikut setia blog-blog aku. 🙁

    Reply to this comment
    • Suri

      Jan 17. 2014

      ya jika rapat dengan blogger kita akan tahu posisi kesihatan bagaimanakan. kita harapkan begitu jugalah ya.

      ya tegar mesti ke sana..bro buat saya sedih pulak kembali,,,

      Reply to this comment
  13. News Job

    Jan 17. 2014

    alfatihah moga beliau dikalangan org2 yg beriman..

    Reply to this comment
  14. Al-Fatihah buat arwah. Pasti Suri terasa ketiadaannya kan sbb nampak intim antara Suri dan arwah berdasarkan entri di atas.

    Reply to this comment
    • Suri

      Jan 17. 2014

      Terima kasih bro. sungguh amat terasa. rapat juga sejak saya tegar jadi suri rumah tangga ni hee..kesedihan tiada ubat jugalah hanya doa dan kenangan yang mampu di pupuk benam dasar hati,

      Reply to this comment
  15. kakiblog

    Jan 17. 2014

    al Fatihah..semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang beriman!

    Reply to this comment
  16. raudzah

    Jan 17. 2014

    Salam Jumaat Suri..& Al fatihah untuk arwah. Semoga rohnya ditempatkan bersama dengan orang yang beriman. Amin!!!

    Reply to this comment
  17. Ummi Hanie

    Jan 17. 2014

    al fatihah buat arwah…

    walaupun tidak rapat tetapi biasa berbalas kunjungan blog dgn arwah…

    giliran kita entahkan bila.. moga2 husnul khotimah. amin..

    Reply to this comment
  18. TehR

    Jan 18. 2014

    innalillah
    moga ditempatkan bersama hambaNya yang beriman

    Reply to this comment
  19. Irwan Alessa

    Jan 18. 2014

    Al-Fatihah, walaupun saya tak berkesempatan mengenali arwah.. semoga rohnya ditempatkan orang-orang yang beriman. Amin..

    Reply to this comment
  20. Dja@Sishaza

    Jan 18. 2014

    Takziah untuk keluarga arwah. Al Fatihah .. moga beliau ditempatkan bersama golongan orang2 beriman

    Reply to this comment
  21. maza

    Jan 19. 2014

    Innalillahi wainalillahirajiunnn

    sudah sampai hukum alam
    sudah tiba seruan Ilahi..

    al fatihah….

    Reply to this comment
  22. Khairul Zamri

    Jan 19. 2014

    Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raji’un – semoga tenang arwah di sana

    Reply to this comment
  23. kimmie

    Jan 22. 2014

    al-fatihah…semoga rohnya dicucuri rahmat

    Reply to this comment

Leave a Reply