Sejuk, Seram Berendam Sagil Bak Puteri Gunung Ledang

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Satu jambatan emas dari Gunung Ledang ke Melaka, satu jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang,tujuh dulang hati nyamuk, tujuh dulang hati hama, tujuh tempayan air mata anak dara, tujuh tempayan air pinang muda dan satu mangkuk darah Sultan Ahmad, iaitu anak Sultan Mahmud Shah yang masih kanak-kanak lagi.

Masih wujudkah lagi permintaan seperti ini di zaman serba moden? Wahualam namun begitu bibit lagenda lama tidak akan lapuk di telan zaman.

Gunung Ledang Mountain Information

Gunung Ledang Mountain Information

Kami sekeluarga bertolak untuk ke gunung ledang seawal jam 7.30 pagi. Tempat yang begitu dikenali sebagai Sagil ini pernah dikata terdapat jelmaan seorang puteri yang begitu cantik sekali.

air terjun gunung ledang

air terjun gunung ledang

Percutiaan kami pada 29/12/2013 sebenarnya tidak di rancang namun begitu syukur cuaca yang hadir amat nyaman sekali walaupun angin bertiup begitu kencang seolah-olah menandakan hujan turun barangkali ia cuma menyambut kedatangan kami..

Ah..jika anda fikir percutian mandi-manda ini percuma jangkaan anda meleset sama sekali.

resit masuk dan parking

resit masuk dan parking

Jadinya untuk sahabat Suri yang teringin sangat nak ke sana haruslah menyediakan wang kertas dan syiling secukupnya.

Untuk meletakkan kenderaan kereta cas  RM2.00, motosikal RM1.00. Manakala bayaran masuk bagi kanak-kanak RM0.50, untuk orang dewasa RM1.00 dan untuk masuk tandas anggaran RM0.30 ke RM 1.00.

Kami memilih lokasi santai dengan berkelah di atas batu. Beralaskan tikar menyusun beg, makanan dan minuman dan terus menyentap nasi lemak panas, mee goreng, sandwich sardin, keropk moni, air oren dan sambil itu menyalakan ungun api agar membara dan berasap cepat uh..Pasal Suri punya resepi ayam panggang sepecial ngheee tak sabar nak mendarat..

Bagi ingin menginap juga terdapat tempat penginapan yang di sediakan..

Deluxe Room RM250.00, Standard Room RM150.00, Jungle Cabin RM50.00

kami berkelah di sagil gunung ledang

kami berkelah di sagil gunung ledang

Dalam keadaan berseronok sedar dengan tidak “jiran berkelah” yang bersebelah dengan kami sudah pun bertukar kepada lima buah ahli keluarga dah hee..  Apalah lagi kami terus pulang ke rumah sekitar jam 11.30 tengahari.

membeli barang cenderahati dari gunung ledang

membeli barang cenderahati dari gunung ledang

Opss!! sempat jugalah membeli barang cenderahati – Pelekat Peti Sejuk (Fridge Magnet) Gambar Gunung Ledang dan juga sehelai baju T-shirt lengan pendek berwarna oren untuk anak tersayang. Yeah!

Maklumat lanjut tempat peranginan sini

Psst!!Tahukah anda?  ketinggian 1276 Meter (4187 kaki) Diatas paras laut.

Ok.Tak boleh lama hujan lebat tak pasal modem aku rentung lagi..ya Ampun!!!!

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

29 Responses to “Sejuk, Seram Berendam Sagil Bak Puteri Gunung Ledang”

  1. yumida

    Jan 04. 2014

    syoknye berpiknik mcm tu
    siap berendam lg

    Reply to this comment
    • Suri

      Jan 04. 2014

      adeh..mabuk sungguh ini kisah heee..

      bab rendam lama-lama tu jangan sesekali di buat nanti orang lain syak buang hajat plk keh..keh..keh..

      Reply to this comment
  2. AUC

    Jan 04. 2014

    jumpa tak tuan puteri kat sana tu… 🙂

    Reply to this comment
  3. akubiomed

    Jan 04. 2014

    Air daripada gunung memang boleh dijangkakan dingin. Kesejukkan sampai ke tulang.

    Reply to this comment
    • Suri

      Jan 05. 2014

      kalau bawa air botol saya suka rendam dalam lopak air tu sejuk jer heee tak perlu bawa ais heee

      Reply to this comment
  4. Mizz Aiza

    Jan 04. 2014

    alhamdulillah aiza pernah sampai di puncak ledang sekali masa study dulu (tahun 2006).. sekarang ni rasanya kalau suruh daki bukit broga pun tak mampu kot sebab dah takde stamina.. hihi.. bestnya dapat picnic dengan family di sana..

    Reply to this comment
  5. puteri kasih

    Jan 05. 2014

    bestnyer berkelah sampai ke situ. Kenapa tak ajak puteri sekali? hehehe

    Reply to this comment
  6. puteri kasih

    Jan 05. 2014

    puteri belanja ready for work dan juga ada burung biru untuk suri 🙂

    Reply to this comment
  7. Kamil Salleh

    Jan 05. 2014

    Sukanya dapat pergi berkelah di Gunung Ledang. Bilalah saya dpt pergi ke sana ya..Sejuk betul kelihatn air terjunnya.

    Reply to this comment
  8. Suri

    Jan 05. 2014

    boleh untuk percutian jauh sesekali syok juga..

    pssst saya sempat juga singgah ke tanggak borang sepasang kain keh..keh..keh..

    Reply to this comment
  9. Tempat kawe lepak zaman budak2 dulu. Biasanya kami ambil bas dari Muar pagi-pagi dan sampai sana sebelum tengahari. Petang pukul 5 balik ler… Kalau lewat mmg siap kena dengar mak berleter.. 😀

    Best tempat ni.. sejuk dan bersih airnya. Skrg cam ne rupanya ehhh.. Sikit sangat gambo kat atas tu..

    Reply to this comment
    • Suri

      Jan 06. 2014

      ha…ha..tulah dah kantoi yer tempat lepaknya sini upernyer.

      biasalah kalau dapt tempat yang lagi tinggi memang best.sejuk besih airnya macam dulu.

      kawasan agak terjaga juga tapi tulah sejak cuti sekolah memang menjadi tumpuan kawasan agak bersepah sikit.kesian tengok abang tu kemas dna kutip sampah plastik sorang – sorang..

      Reply to this comment
  10. Firdaus Azizi

    Jan 05. 2014

    Wah, cam best jer. Harga pun murah dan berpatutan. Boleh la saya bawak famili berkelah kat Gunung Ledang nanti.

    Reply to this comment
    • Suri

      Jan 06. 2014

      syukur semua keluarga boleh turun tiada masalah ada juga sediakan tempat rehat santai 😉

      Reply to this comment
  11. zik

    Jan 05. 2014

    dah dekat dengan tempat kerja.. 30 minit lagi.. sampai.. puteri gunung ledang tuh katanya dah balik ke indonesia balik… tahun bila tak ingatlah, dah lama jugak… dengar2 orang cerita lah..

    Reply to this comment
    • Suri

      Jan 06. 2014

      sesekli boleh pergi ya zik.

      alah bro saya tak tahu tapi tahu kiasah dia di sunting lain ad ajuga degar tapi benar tak wahualam

      Reply to this comment
  12. kakiblog

    Jan 06. 2014

    suri tak ambik gambar pemandangan ke tempat tu!

    Reply to this comment
    • Suri

      Jan 06. 2014

      saya ambil banyak gambar tapi bali umh gelap pula adeh..kecewa.nak minta gamabr kt anak sedara depa bz uh…semua pelajar dan nak minta abang ipar jauh pula heee

      Reply to this comment
  13. Bahrain

    Jan 06. 2014

    rumah dekat dengan sana tapi jarang pergi. setahun sekali pergi.

    Reply to this comment
    • Suri

      Jan 06. 2014

      yalah sebab tahu bila boleh pergi.macam umh saya blh ada pantai bila balik melaka baru pi hee tu sb suami suka mandi.anak sekali.walau saya jemu tapi tak mandi sebalik suka cari remis banyak2 heee

      Reply to this comment
  14. Hafizul

    Jan 07. 2014

    Seronok lah dia dapat ke kaki gunung ledang…hehe..mesti airnya sejuk kan?air bukit katakan..hehe

    Reply to this comment
  15. Tempat melanconyg yang bagus

    Reply to this comment
  16. resep kuliner

    Apr 19. 2014

    enak tempatnya, jangan lupa kunjungi juga indonesia ya…

    Reply to this comment
  17. Nurul Huda MS

    Nov 12. 2014

    Cerita pasal sagil ni teringat jugak tine blaja dulu dtg sini. Tapi masa tu pon dah kene bayar dah untuk parking kete

    Reply to this comment
  18. Syutrav

    Feb 01. 2015

    keindahan alam dunia ini memanglah luar biasa jika kita bisa menikmatinya, tidak hanya di malaysia saja..

    di negeri tentangga anda juga banyak tempat2 indah menarik koh 🙂

    Reply to this comment

Leave a Reply