Cara Untuk Mengambil Hati Nenek

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Masihkah anda mempuyai nenek, opah, datuk yang masih mampu menyerikan kehidupan anda. Maka bersyukurlah akan kehadiran sisa yang mereka ada untuk  anda. Berbaktilah berbuat baiklah terhadap mereka seperti mana mereka kasihkan kedua ibu bapa kita. Andai kata mereka tiada maka kehadiran doa- doa anda amat mereka perlukan meniti kedua lekuk  bibir anda. Insyallah moga-moga rohnya bahagia di sana. Amin.

Suri sering kali juga di asak medan maya. Kak Suri ada tak cara-cara untuk mengambil hati nenek? Terdiam jugalah untuk memberikan jawapan itu kerana ia boleh menyebabkan kenangan lama terimbas kembali bersama arwah nenek.

Baiklah sebenarnya tidak susah mana pun jika anda ingin mengambil hati mereka jika anda seorang yang cucu yang di senangi. Elah Suri bukan cucu yang bijak pandai sekalipun jika di bandingkan dengan saudara yang sebaya dengan Suri tu huhu.. Apa yang penting anda mesti ada ilmu bagaimana cara-cara untuk menawan, mengambil hati nenek yang manis jiwa.. manis senyuman:-

  • Rumah Suri sebelah rumah nenek. Bagai isi dengan kuku jugalah mak dengan nenek kerana setiap hari mak akan memasak lauk-pauk dan akan hantar ke rumah nenek. Memandangkan usia nenek waktu itu menjangkau 89 tahun. Apa  yang boleh Suri buat apabila  mak atau pun Suri selesai memasak mak akan menyuruh Suri sendiri menghantar lauk-pauk ke rumah nenek. Tidak kisahlah lauk-pauk, menu petang apa sekalipun yang penting cara kita melayan mereka amat mereka perhatikan gerak bahasa kita terhadap mereka. Janganlah anda sekadar menghantar lauk di ruang serambinya, letak lauk di bawah tudung salji tapi hadirkan diri anda menjemput dia menjamu menu yang anda  sediakan itu lebih bermakna. Hurm..kejadian ini akan menjadi lebih manis sekiranya anda menekankan kepadanya

“Nenek hari ini orang masak sepecial” padahal menu yang anda masak adalah menu yang saban harinya sama hiii..

  • Nenek Suri selalu tinggal rumah seorang diri. Maka Suri dan rakan sebaya iaitu saudara sepupu sepapat tidak akan melepaskan peluang untuk bermalam di rumah nenek. Waktu yang paling manis kami akan mendengar tirai melatah nenek yang tiada penghujungnya. Terkadang benda ini tak sangka terjadi sebabnya apabila nenek melatah ia akan berlaku secara spontan. Namun kami bersyukur tiada “ayat power” yang dia mampu keluarkan. Hati kami sudah bertapak lega di situ. Biasalah dari suasana sepi bila berkumpul memang terasa amat gamat bukan. Saat kehadiran cucu amat memerlukan hati tua terisi. Kata orang walaupun ketiadaan anak yang sibuk  berkerja di luar daerah ketika inilah hati cucu menjadi pengubat duka dan lara.
  • Noted hari sabtu dan ahad adalah hari paling best kami tidur dirumah nenek sebab nenek tidak kisah pun kami bangun lewat geeeeee..Bagi sesiapa yang teringin dilepok dengan bantal panjang silalah bangun 12.00 tengahari ya! sahlah korang kene bebel selagi tak bantu dia goreng cekodok a.k.a jemput-jemput. Beginilah kaedahnya sekiranya korang bangun lewat tu maka tolonglah rajin-rajinkan diri anda mengemas tempat tidur, menyapu lantai dirumahnya. Kerana apa usia begitu bukan sesuai untuk  kita menyusahkan mereka tapi meringankan tugas mereka.
Cara Untuk Mengambil Hati Nenek

Pengalaman saya bersama nenek dan datuk

  • Apabila kita di usia yang begitu muda kita begitu kuat untuk berkerja keras membuat kerja yang berat mahupun membuat kerja- kerja yang ringan itu dilaksanakan dalam beberapa minit sahaja. Tapi jika anda seorang yang ringan tulang sesekali jelurkan air muka anda membantu nenek ataupun datuk anda di rumahnya. Biasalah terkadang usia emas begitu mereka tidak mampu melaksanakan kerja -kerja berat. Masa inilah kita mengambil peluang bertanya mereka jika ada apa-apa bantuan yang mereka benar-benar perlukan dari pihak kita.
  • Sekiranya anda duduk berjauhan dengan mereka sesekali telefonlah mereka. Atau jika memang benarlah nenek dan datuk anda moden sekalipun den percaya kamu boleh skype depa dengan mereka tiap-tiap hari. Bertanyalah khabar laksana kita sering berbual mesra dengan kedua ibu bapa kita. Insyallah hati mereka akan mudah tersentuh kerana masih ada orang sudi mengingatkan mereka.

Amboi bila anda nak ambil ujian besar bukan main lagi call nenek, datuk “atok orang nak amik peperiksaan spm blah..blh minggu depan atok, nenek doakan orang berjaya masa lepas solat nanti”.

  • Bagaimana pula dengan cara lain sekiranya hubungan anda dengan datuk mahupun nenek agak renggang? Nah saat inilah kita mengambil cuti untuk berjumpa dan meluangkan masa bersama mereka. Biasanya seperti rumah Suri Melaka ada pangkin dan bersandarkan pokok jambu madu. Waktu petang biasanya kami sepupu sepapat agak-agak rasa jari jemariku lentik aku bisa mengurut kaki nenek yang selalu katanya lenguh lutut, kaki katanya. Jadi ambillan peluang untuk anda berborak mesra dengannya sambil mengusik

Nenek makin berusia makin cantik! Korang rasa apa jawapan yang nenek korang jawab nanti?

  • Jangan sesekali menyukarkan kerja dia. Sekiranya anda duduk lama dirumahnya. Tolonglah bagaimana anda mengemas, memasak di rumah sendiri begitu jugalah anda menjaga kebersihan di rumahnya. Jika anda perasan hati tua selalu bising. Korang tahu tak apa sebab dia suka bising dan berkata sorang – sorang mestilah apabila keadaan rumahnya bersepah. Mereka akan rajin mengemas selagi mereka rasa rumah mereka masih tidak cukup bersih. Jadi untuk cucu-cucunya yang bijak jika sayangkan nenek dan datuk anda silalah buat kerja jangan tertangguh tapi lakukan kerana keikhlasan insyallah muda-mudahan hati tua akan rasa dia tidak berseorangan sebaliknya akan berkata

Untungnya ada cucu yang ramai. Esok lusa kalau ada cuti panjang janganlah lupa datanglah ke rumah nenek lagi ya.

Nenek, datuk mahupun apa jua pangkat sekalipun mereka tidak kisah akan harta anda apa lagi dalam bentuk wang yang anda berikan bahkan dalam kata pujian sekalipun. Tapi mereka hanya inginkan perhatian dari anda itu adalah lebih bermakna. Ingatlah mereka hadir untuk kita bertujan mengajar kita sebuah kehidupan manusia. Selongkarlah hati mereka Suri yakin banyak rahsia yang terkumpul dari gelung hati tua.

Akhirnya luruh juga air mataku semasa menghasilkan entriku ini..

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

32 Responses to “Cara Untuk Mengambil Hati Nenek”

  1. hafiz

    Dec 06. 2013

    mereka memang suka kalau cucu datang rumahnya

    Reply to this comment
  2. faizal

    Dec 06. 2013

    hati orang lama biasanya lebih sensitif…sukar untuk menambat hati mereka.

    Reply to this comment
  3. Anak Askar Pencen

    Dec 06. 2013

    Hehe. Kira Suri ni masa kecik-kecik dulu, cucu kesayangan nenek la yer.

    Seronoknya kalau dapat tinggal dalam suasana yang dekat dengan ahli keluarga tersayang ni kan.

    Reply to this comment
    • Suri

      Dec 07. 2013

      masa saya zaman sekolah saya rajin tidur umh nenek pastu waktu subuh kami bangun dan terus balik umh masing2

      Reply to this comment
  4. Vee

    Dec 06. 2013

    tgk ibu saya yg sudah jadi moyang dgn segala jenis keuzuran , sama lah keadaannya dgn nenek dulu …

    Reply to this comment
  5. Mizz Aiza

    Dec 06. 2013

    datuk dan opah aiza kedua-duanya dah meninggal dunia.. teringat saat aiza menjaga opah ketika dia sakit awal tahun hari tu.. orang tua memang gembira apabila kita melayan dia dengan baik, di bibirnya tidak lekang dengan senyuman dan ucapan terima kasih kerana telah membantu dia.. akhirnya opah aiza kembali menemui Allah pada hari ketujuh ramadhan yang lalu ketika berusia 90tahun.. rasa puas hati kerana pernah berbakti kepadnya..

    Reply to this comment
    • Suri

      Dec 07. 2013

      al-fatihah.sedihkan jika imbas saat yang indah tu saat suka dilupakan. bila cerita orang ada nenek sendu tu bakal terasa. ya eju kita rasa puas bila dapat jaga mereka.

      terima kasih aiza sebab sudi kogsi cerita di laman saya ya.amat hargai sangat-sangat

      Reply to this comment
      • Mizz Aiza

        Dec 07. 2013

        al-fatihah.. menabung ppz dan sony untuk suri.. selamat berhujung minggu..

        Reply to this comment
        • Suri

          Dec 07. 2013

          moga mereka bahagia di sana pada telah pergi. kita berbakti rasa tenang bahagiakan. terima kasih, yahoo! untuk kamu jua

          Reply to this comment
  6. Mizz Aiza

    Dec 06. 2013

    tiba-tiba rasa sebak pula.. huhu.. aiza dah add suri di facebook.. nama aiza.. menabung maple dan transitions..

    Reply to this comment
    • Suri

      Dec 07. 2013

      itu saya lagi nak penghujung entri leleh gak air mata.ya saya terima tunggulah balik tenet saya ok saya pm aiza..terima kasih ya.
      yahooo!!

      Reply to this comment
  7. puteri kasih

    Dec 06. 2013

    sama seperti suri, rumah puteri dekat je dengan rumah nenek..memang setiap hari akan hantar lauk dan teman nenek bersembang. Bila keluar pun, suka sangat pegang tangan nenek 🙂

    Reply to this comment
  8. puteri kasih

    Dec 06. 2013

    isi tabung yang sedang menari kat sini…istimewa untuk suri…hehe 🙂

    Reply to this comment
  9. resep kuliner

    Dec 06. 2013

    Cara diatas sangat bermanfaat . Terima kasih

    Reply to this comment
  10. TehR

    Dec 06. 2013

    nenek dah tak ada

    dulu2 selalu kena marah sebab panjat pokok kelapa nenek
    ambil kelapa muda
    haha

    Reply to this comment
  11. munir ardi

    Dec 06. 2013

    nenek semoga engkau tenang di Alam Sana amin

    Reply to this comment
  12. raudzah

    Dec 06. 2013

    Dua-dua dah tak ada..Alfatihah to them…bertuah suri masih adakan…

    Reply to this comment
    • Suri

      Dec 07. 2013

      aik mana ada hee arwah datuk dah pergi dulu memang saya tak dapat jumpa arwah datuk. tapi masih sempat mesra dengan nenek itu cukup.masa arwah nenek pergi rasa sendu juga di tahan..

      ini salah satu entri khas untuk insan yang saya sayang..

      Reply to this comment
  13. raudzah

    Dec 06. 2013

    get top two games now for you….

    Reply to this comment
  14. Ismail N

    Dec 08. 2013

    Rasanya semua nenek suka cucu yg rajin mcm kawe.. oppsss.. 😉

    Reply to this comment
  15. Hafizul

    Dec 11. 2013

    Emm SPM punya pasal sampaikan minta doa kat atuk nenek yer..hehe..semoga doa mereka dimakbulkan,.hehe

    Reply to this comment
  16. titan

    Dec 13. 2013

    jadi, selalu-selalulah balik jumpa nenek ye.

    Reply to this comment

Leave a Reply