Setia Pada Kekasih Itu

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Semenjak menghadapai tekanan jiwa cewah, tekananlah sangat kakak, adik, abang, mak ochik hoi..hamba sering melepaskan gian bercakap sama kekasih itu.

Tet!!

Berani ya Suri curang haaa..

Oh tak seperti selalu pokok-pokok itu sahajalah  kekasih hati hamba iaitu taman mini dan ros. Lain cerita tak adalah.

Cara cara membersih dan menjaga taman mini dialah kekasih setia hatiku:-

  • Hari hujan sebab ia memudahkan anda menggemburkan tanah, membaja dan menyiramnya sekali. Waktu ini sumber air amat di perlukan.
  • Saiz pasu yang kecil perlu di pindahkan ke pada saiz yang lebih besar. Terkadang kesian melihat bunga-bunga kembang gebuh ditaman tapi sayang  baju a.k.a pasunya bersaiz kecil. Maka abangnya, kakaknya harus deh saat tukarkan aja pasu lama ke pasu baru baharu. Ya, pasti pertumbuhan akar pokok bunga itu lebih selesa.
  • Suri amat menyukai membasuh pasu yang lama dengan air hujan. Itupun jika pasu kecil tanamannya kurang menjadi. Mesti nak korek tanah dalam pasu jenuhkan jadi saat yang paling membahagiakan adalah dengan kecurahan air hujan yang ada itu kita masukkan air dalam pasu yang didalamnya ada pasir kemudian kita korek-korek tanah dalam itu. Tujuan air di masukkan ke dalam pasu supaya tanah lama yang kita nak buang itu mudah untuk dikeluarkan berbading dengan mengorek tanah tanpa menggunakan air memang amat sukar kerja-kerja untuk mengeluarkan tanah dari pasu lama.
  • Selenggara taman mini seminggu sekali. Jika rajin sambil mencantas bunga boleh sahaja melihat mana-mana rumput  yang tumbuh di buang.

 

Setia Pada Kekasih Itu

 

  • Sesekali ubahlah taman mini anda dari segi kedudukan pasu kadang-kadang cara ini membuatkan kita tidak berasa bosan bila selalu turun padang a.k.a turun taman mini milik sendiri.
  • Setiap pokok memerlukan perhatian dan penjagaan yang rapi terutama pokok bunga ros ahaks..silalah berikan baja yang sesuai dengan pertumbuhan pokoknya. Biasa kaedah pembajaan akan dilakukan seminggu dua kali. Begitu juga pokok tumbuhan hijau yang lain baja dan gemburkanlah tanaman anda di dalam pasu.
  • Bukan sekitar taman mini sahaja perlukan kebersihan tetapi keadaan di dalam pasu juga haruslah di diberi perhatian . Jangan sesekali biarkan tanaman rumput kecil, daun asing bercambah di dalam pasu anda ini kerana ia boleh menjejaskan pertumbuhan pokok yang sedia ada.
  • Elakkan memasukkan batu yang bercampur dengan tanah kerana kehadiran batu yang tidak diperlukan akan mengganggu pengeluaran air dalam tanah.
  • Sungkuplah tanaman anda dengan sabut kering, dedaun gugur ataupun jerami padi supaya ia mampu mengekalkan kelembapan dalam tanah, menyejukkan suhu tanah, memberikan sumber nutrien tanah, menjimatkan air dan seterusnya membina kesuburan tanah.
  • Jagalah dan sayangilah sayuran, pokok-pokok anda dalam keadaan cuaca seperti angin, ribut, terlalu panas, terlalu lembab, serangan serangga, usikan binatang terkadang boleh merosakkan tanaman anda. Letak pada tempat yang sesuai semoga tanaman anda dapat hidup dengan pencahayaan yang baik dan secukupnya.
  • Semburlah tanaman anda sekiranya terdapat serangan perosak. Langkah ini bagi mengelakkan tanaman anda dalam keadaan baik. Semburan racun perosaka yang terbaik adalah yang di buat sendiri yang biasanya bahan-bahan tersebut kita boleh dapati di  bahagian dapur. Tahukah anda kadang-kala sesetengah jenis semburan peracun perosak tidak serasi dengan sesetangan semburan seperti ini jadi anda seharusnya bijak dalam menyelesaikan masalah ini.
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

43 Responses to “Setia Pada Kekasih Itu”

  1. Anak Askar Pencen

    Nov 21. 2013

    Pokok-pokok ni nak menjaganya kena teliti. Terutamanya pokok-pokok bunga. Silap sikit tak bagi perhatian cukup, kecik hati pulak tak keluar bunga. Sensitif jugak kengkadang pokok-pokok ni. Hehe

    Reply to this comment
    • Suri

      Nov 25. 2013

      ros memang sukar di jaga spesis manja. saya kena ragam dia beberapa kali mahu rajuk juga tapi sabar sahajalah kalau selali keluar bunga rasa puas menanam, menyiramnya

      Reply to this comment
  2. Mohd Azrin Abu Bakar

    Nov 21. 2013

    OoO…itu kekasih rupanya

    Reply to this comment
  3. okje

    Nov 21. 2013

    Sangat sedih sebab tak de taman mini hehe…yang ada taman rumput dalam pasu hehe….lama dah tak siram pokok depan rumah ni Suri…padahal keluar rumah pun nampak hehe

    Reply to this comment
  4. AUC

    Nov 21. 2013

    huh pokok bunga rupanya, buat suspen tajuk tu…

    Reply to this comment
  5. Mizz Aiza

    Nov 21. 2013

    pokok bunga pun makhluk Allah yang perlukan keselesaan dan kasih sayang, kasihan jika kita letak dia dalam pasu kecil sedangkan dia semakin membesar.. perkongsian tips yang baik suri.. chipsmore&inti.. 😀

    Reply to this comment
    • Suri

      Nov 25. 2013

      pokok macam kita juga kalau ada lebih nak rumah selesa baju selesa baru mudah bernafas dan bergaya cewah..

      terima kasih, yAhooo!

      Reply to this comment
  6. encikarman

    Nov 21. 2013

    mak aii… boleh jadi menteri alam sekitar nih

    Reply to this comment
  7. Fiza Rahman

    Nov 21. 2013

    Berkasih dgn taman mini rupanya ☺☺

    Rajinnya bercucuk tanam.

    Reply to this comment
    • Suri

      Nov 25. 2013

      fiza terkadang kalau saya bercuti tenggelam gak mood pokok ni..nak segarkan balik.saya akur ros susah nak jaga lebih2 lagi kalau kita tinggalkan lama-lama.btw kalau pokok hijau senang hidup tu tak der air still boleh idup dna segar lagi tapi ros cepat rajuk sikit huhu..mudah kering dan lemau jer kaalu kurang air huu

      Reply to this comment
  8. Farid Adam

    Nov 21. 2013

    Tumbuh-tumbuhan ni lebih mulia daripada kita… Sentiasa bertasbih memuji Allah. Ambillah pengajaran daripada tumbuhan ni…

    Reply to this comment
  9. Kamal Mustafa

    Nov 21. 2013

    Kalau rajin menjaga pokok tue pun suko membesar dan menyerlahkan kecantikkanya. 🙂

    Reply to this comment
    • Suri

      Nov 25. 2013

      iayakah hee..tapi kena hari-hari saya masa pagi sya jeguk kalau petang saya jarang siram tapi sy buat siram malam ahaks..

      Reply to this comment
  10. puteri kasih

    Nov 21. 2013

    memang gembira dan puas hati bila pokok bunga yang ditanam membesar dan berbunga mekar kan 🙂

    p/s puteri isi tabung untuk suri 🙂

    Reply to this comment
    • Suri

      Nov 25. 2013

      rasanya saat inilah yang terbaik masa hati sedih kita tengok belai pkok heee..

      terima kasih.YaHOOO!

      Reply to this comment
  11. KesumaAngsana

    Nov 21. 2013

    yg penting kena ada minat & mesti rajin, kalau x mmg x kemana lah kejap aje hidupnyer apa yg disemai .. done nuffnang yer

    Reply to this comment
  12. suriaamanda

    Nov 21. 2013

    SA pun suka pokok…tp tu la…x banyak..bila SA tanam mati terus pokok2 tuh….

    Reply to this comment
  13. yumida

    Nov 21. 2013

    bgsnye tips nak jaga tanaman
    yumida bab2 tanam ni lambat sikit..hehe

    Reply to this comment
    • Suri

      Nov 25. 2013

      saya apa kurangnya juga yumida ni sejak suri ni banyak kerja nak hadap ada masa rajin tu hadao lebih sikit

      Reply to this comment
  14. KongsiBlog

    Nov 21. 2013

    chewah.. ayat mula-mula cam jiwang je.. last-last ..pasal tanaman rupenye.. haha
    anyway.. nice artikel 🙂

    Reply to this comment
  15. raudzah

    Nov 21. 2013

    Kekasih ku sudah lama ditinggalkan..kena cari ne lovers..

    Reply to this comment
  16. Vee

    Nov 21. 2013

    bila tanam pokok , kena jaga dan beri makan . sama cam kita bela kucing juga …

    Reply to this comment
  17. TehR

    Nov 22. 2013

    ya. jagalah ia dengan penuh kasih sayang
    moga2 taman terus berbunga-bunga selamanya

    Reply to this comment
  18. Khairul Zamri

    Nov 22. 2013

    tajuk dah wat suspen kat sy haha

    Reply to this comment
  19. TehR

    Nov 22. 2013

    2 hari hujan kat sini
    pokok2 kecil kekasih hati banyak yang tenggelam
    huhu

    Reply to this comment
  20. Norasikin

    Nov 23. 2013

    Saya pindahkan kura-kura anak saya kat akuarium yg lebih besar, sekejap je dah gemuk. Masa kat akuarium kecik mcm tak besar2

    Reply to this comment
  21. Hafizul

    Nov 25. 2013

    Hahaha..kekasih macam ni, sesuai dijadikan kekasih gelap ni..apa-apa je lah asalkan suri bahagia..ye?hehe

    Reply to this comment
    • Suri

      Nov 25. 2013

      kekaish gelap saya ni jatuh no 4 jer heee, no 3 jatuh kat blog, no 2 jatuh suam dan anak, satu pencipta hee…

      Reply to this comment
  22. Mr KZ

    Nov 25. 2013

    kekasih yang tak setia adalah kekasih yang curang hehe

    Reply to this comment
  23. resep kuliner

    Dec 17. 2013

    Sungguh meregu bagi seorang kekasih bila tidak setia 🙂

    Reply to this comment

Leave a Reply