Cara-Cara Membasuh Tuala Wanita Tahap Paling Enteng

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Wanita dan haid dua perkara yang tidak dapat lari dari mereka. Ibarat isi dan kukulah lagaknya. Hari ini Suri ingin memberikan panduan bagaimana mencuci tuala wanita dengan betul. Tuala wanita yang ingin Suri fokuskan kali ini adalah jenis tualan wanita yang siap di pakai jika ada perasan tualan wanita yang mempunyai sayap kira dan kanan “wings” atau jenis ini.

Sebagai orang islam kita di galakkan menjaga kebersihan sungguhpun kita di datangi haid. Bagaimana panduan untuk mencuci tuala wanita :-

  • Halakan tualan wanita anda ataupun pad di atas pili air yang dengan kadar minima.
  • Selawat dan bersihkan bahagian darah terlebih dahulu sehingga warna merah itu berkurangan tidak jelas kelihatan. Perahkan dan ulangi langkah ini beberapa kali.
Cara-Cara Membasuh Tuala Wanita Tahap Paling Enteng

Kebersihan itu separuh daripada iman

  • Alirkan air bersih beberapa kali pada tuala wanita anda dengan membasuh kesemua permukaan tersebut.
  • Jika di pejabat anda mempunyai pencuci tangan ataupun pewangi maka titiskan ia di atas tuala wanita anda basuh dan bilas beberapa kali sehingga hilang bau, rasa dan warnanya. Sekiranya tiada gunakalah sabun yang anda bawa dari rumah. Andaikata tiada anda di galakkan membasuh seperti biasa yang pasti hingga hilang bau dan kesannya.

p/s:Ada juga sesetangah dari kita mengoyakkan diatas permukaan tuala wanita dengan tujuan untuk membuang gel ataupun kapas. Tapi terlebih dahulu basuhlah ia seperti kaedah di atas dan kemudian barulah gel atau kapas itu di buang kedalam mangkuk tandas. Manalaka bahagian atas tuala wanita itu di basuh seperti biasa di bungkus dan kemudian dimasukkan ke dalam tong sampah ataupun tempat khas membuang tuala wanita.

Kesimpulannya:

Mengapa kita digalakkan membasuh dan membersihkan tuala wanita dengan pewangi ataupun sabun hingga hilang bau kerana di khuatiri tuala wanita yang bakal di buang ke dalam tempat pembuangan sampah akan di datangi oleh haiwan seperti anjing, burung, kucing dan sebagainya. Namun begitu ia tidak menjadikan satu kesalahan jika anda tidak melakukannya yang penting kita mestilah menjaga barang ini dengan baik sebagaimana  Allah menurunkan keistimewaan ini pada kita.

Wahualam.

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

35 Responses to “Cara-Cara Membasuh Tuala Wanita Tahap Paling Enteng”

  1. puteri kasih

    Nov 04. 2013

    kebersihan diri dan barangan yang kita bakal guna atau dah guna memang penting kan 🙂

    Reply to this comment
    • Suri

      Nov 04. 2013

      ya nesti itu harta kita barang kita bukan pula barang orang lain

      Reply to this comment
  2. Vee

    Nov 04. 2013

    itulah yg kita perlu lakukan sebagai wanita muslim …

    Reply to this comment
    • Suri

      Nov 04. 2013

      tapi masih ada yang ambil sambil lewa..malunya kalau kita islam tapi macam tak ada adab kebersihan yang baik

      Reply to this comment
  3. KesumaAngsana

    Nov 04. 2013

    begitulah yg sepatutnyer kan

    Reply to this comment
  4. faizal

    Nov 04. 2013

    bagus ni..wanita perlu praktikkan

    Reply to this comment
    • Suri

      Nov 04. 2013

      Kalau lelaki ada adik perempuan yang masih tak tahu depa mesti cerita ini pada mereka hii..ilmu ini semua orang kena tahu…ilmu kebersihan dan diri ngeee

      Reply to this comment
  5. blogger lelaki

    Nov 04. 2013

    lepas kahwin baru tau pasal ni..kih3..mmg patut pun kan tuk kebersihan

    Reply to this comment
  6. Bahrain

    Nov 04. 2013

    perempuan kena ambil tahu ni, tapi almost perempuan saya tgk memang pembersih orangnya.

    Reply to this comment
  7. TehR

    Nov 04. 2013

    kebersihan mesti djaga
    dalam bab apa pun mesti bersih

    Reply to this comment
  8. Nazri

    Nov 04. 2013

    penah jugak tertengok demontrasi cuci tuala wanita ni, tapi tak dapat tangkap, 200% serah pada wifen untuk uruskan

    Reply to this comment
  9. Juan

    Nov 04. 2013

    alamak, saya x tau la, tp xpa ilmu utk wanita dan juga lelaki

    Reply to this comment
  10. raudzah

    Nov 04. 2013

    Thanks suri kongsi ilmu yang jarang-jarang dikongsi secara terbuka..

    Reply to this comment
    • Suri

      Nov 05. 2013

      mesti tahu kalau tak susah juga.ya setuju benda ini memang keyword tak popular langsung hee..

      bagi yang tak ada pengalaman jadikan sumber juga..bagi dha kawin pun boleh mana tahu pasangan sakit ke depa boleh bantu dengan rujuk cara ini.wahualam.

      Reply to this comment
  11. Syuhada

    Nov 04. 2013

    Terima kasih diatas perkongsian. Sepatutnya perkara ini patut dititikberatkan terutamanya ketika berada di tandas awam.

    Reply to this comment
  12. Anim

    Nov 05. 2013

    bagus perkongsian ini suri..ingatan buat mereka yang kurang “berhemah” menangani tuala wanita yang telah mereka gunakan:-))

    Reply to this comment
    • Suri

      Nov 06. 2013

      tahu guna pastu main letak payah juga hu…pandai guna mesti pandai buang dengan baik

      Reply to this comment
  13. Mizz Aiza

    Nov 05. 2013

    nampak mudah, tapi tak semua orang melakukannya.. kebersihan itu sebahagian dari iman..

    Reply to this comment
  14. cik tom

    Nov 05. 2013

    nmpk mudah tp masih ramai yg amik mudah@ smbl lewa..mlh ada yg biar tanpa memcucinya..

    Reply to this comment
    • Suri

      Nov 06. 2013

      kalau islam kita digalakkan malah kira harta kita…wajib kita selenggara dengan baik.wahualam.

      Reply to this comment
  15. sukma

    Nov 05. 2013

    kebersihan perlu diutamakan…..

    Reply to this comment
  16. Hafizul

    Nov 06. 2013

    Segan pulak baca artikel ni..huhu

    Reply to this comment
  17. Norasikin

    Nov 07. 2013

    Malu la pulak nak komen

    Reply to this comment
  18. FaizAlias

    Nov 10. 2013

    saya kena belajar jugak ni….untuk bakal isteri esok….terima kasih atas entri ni 🙂

    Reply to this comment
  19. resep kuliner

    Dec 19. 2013

    Mesti menjaga kebersihan, karna kita tahu kebersihan itu mencerminkan keimanan seseorang .

    Reply to this comment
  20. Ozitahriz

    Dec 18. 2015

    Asalamualaikum..mohon share..um tdi pi blog ustazah..ustaz tapi depa ckp x dak najis haid tu x pyh bsuh x apa…siap kluar hadist…sya skg dlm dilema…sya nk mncari bnda yg btl2 ja..tpi yg puan lalukan itu seperti yg sya lakukan…selawat 3 kli slpas cuci buang darah tu…kira kta buat Ni hnya untuk jga kebersihan lah kn phm2 darah tu darah kotor so buat lh kerana Allah taala.da kta x ada hadist mgatakn darah itu najis.kpla sya da buntu.skg sya buat yg selawat 3 kli tu.tawakal sja yg pntig-:)

    Reply to this comment

Leave a Reply