Kelas Melipat Saiz Besar Dan Barang Kecil

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Suri rumah, isteri, anak dara, bujang mesti ada cara yang tersendiri untuk melipat pakaian masing-masing. Hari ini Suri ingin membuka Kelas Melipat Baju Besar Dan Barang Kecil. Haa.. jangan merasa pelik dengan tajuk di atas kerana ini memberikan maksud bagaimana cara-cara kita melipat baju dengan cepat. Perasan atau tidak ada antara kita mengambil masa yang begitu lama untuk melipat pakaian? Ada juga yang melipatnya dengan cara yang pantas.

Ingin tahu bagaimana cara-cara melipat pakaian dengan pantas vs cara-cara melipat pakaian dengan lambat ayuh hadapi modul ini seperti di bawah. Jangan ada yang tersenyum simpul sudahlah.

Cara-cara melipat pakaian dengan Lambat :-

  • Melipat pakaian sambil menonton televisyen. Selagi drama korea tak  habis selagi itulah kaum ibu melipat baju satu persatu padahal boleh sahaja sambil melipat baju tangan berjalan.
  • Melipat pakaian sambil melayan blog atau blogwalking, bermain game dengan ipad atau melayan khidmat pesanan ringkas percayalah sampai besok pun kerja melipat baju tak akan habis selagi anda fokus pada kerja kesukaan anda itu.
  • Apabila anda melipat baju dengan cara duduk. Proses ini akan menyukarkan anda untuk mengambil baju yang berjarak jauh dari bakul baju anda. Malah bila sedap duduk nak bangun ambil baju di hadapan pun boleh jadi malas haaa..
  • Kerja melipat akan lebih sukar jika anak -anak  bakal menghadiri “forum perdana” melipat baju.
  • Jangan biasakan pakaian anda bertimbun-timbun dalam bakul. Tahukah anda lagi banyak pakaian yang tidak berlipat lagi makin malaslah anda nak segerakan tugasan itu. Bila baju menjadi bukit itu yang timbul malas nak lipat baju dari sehari ke sehari silap hari sampai menginjak dari bulan ke bulan. Ada bran?
  • Bila semua kerja rumah anda terpaksa uruskannya sendiri tanpa mendapat bantuan dari pasangan memang sahlah akan lagi banyak kerja rumah yang bakal tertangguh.
  • Bila isteri kurang sihat maka sudah pastilah kerja yang satu ini di pandang sepi maka duduklah si bakul berlonggok  itu menyorok di belakang pintu. Tempat lain mungkin atas katil? haaaa 😛

 

cara mudah melipat baju

bagaimana situasi anda melipat baju?

Cara-cara melipat pakaian dengan Cepat:-

  • Lipatlah pakaian anda dalam dibilik sebab diyakini  keadaan didalamnya sunyi dan aman. Cuba anda melipat baju di ruang tamu percayalah ada sahaja yang akan memanggil anda.
  • Lipatlah pakaian anda berhampiran dengan ampaian. Ambillah mana-mana port yang selesa dan teruskan melipat pakaian. Awas jika ada jiran menegur anda sila anggukkan jangan panjang bicara nanti leka berborak baju pun tak katam di lipatnya lagi.  Lepas selesai melipat pakaian kerja anda akan lebih cepat dan terus memasukkan baju ke dalam almari sahaja.
  • Lipatlah baju waktu anak atau suami sedang tidur. Keadaan ini tidak akan menggaggu anda melipat pakaian. Malah kerja yang dilakukan lebih cepat.
  • Melipat pakaian dengan cara berdiri lebih cepat dari duduk. Bila kita melipat baju cara berdiri kita akan lebih terasa penat dan rasa penat itu akan ingatkan dalam minda kita supaya melipat baju dengan lebih cepat.
  • Apabila pakaian anda telah kering maka teruskan menggambilnya di ampaian dan terus melipatnya ia bertujuan mendisplinkan anda bahawa kerja hari ini perlu di selesaikan hari ini juga.
  • Betapa untungnya sekiranya anda mendapat pasangan yang ringan tulang.
  • Bila isteri sihat insyallah tiada masalah untuk dia menjalankan tugas melipat pakaian anda rasanya semua kerja rumah akan cuba dia bereskan dengan segera.
  • Peruntukan hanger yang banyak amat sesuai pada anda yang mempunyai kerjaya yang sibuk tiada masa untuk melipat pakaian.  Baju yang anda hanger dari ampaian terus di bawa masuk ke dalam almari. Manakala saiz baju yang saiz kecil terus dilipat seperti biasa. Jimat masa dan kerja sebegini lebih cekap.

 

Jangan dibiarkan pakaian yang lama tidak berlipat berminggu-minggu kelak ia akan menyukarkan anda untuk menggunakannya kembali. Jadi pastikan semuanya pakaian anda di lipat dan disusun dengan baik insyallah semua kerja rumah anda akan lebih menyenangkan. Biasalah selagi pakaian tidak di lipat mata kita akan menjadi lebih semak melihatya.

Anda ada cara dam pengalaman yang menarik untuk di kongsikan?

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

37 Responses to “Kelas Melipat Saiz Besar Dan Barang Kecil”

  1. Norasikin

    Oct 30. 2013

    Mana yang boleh guna hanger, saya hanger je semua. Dari ampaian terus ke almari. Kalau tak boleh hanger baru saya lipat. career woman lah katakan..

    Reply to this comment
  2. kakiblog

    Oct 30. 2013

    wah ! satu panduan yang menarik..sangat sesuai untuk dipraktikkan.

    Reply to this comment
  3. KesumaAngsana

    Oct 30. 2013

    hehehe bab2 lipat ni yg KA malas sg ni !

    Reply to this comment
  4. papa mifz

    Oct 30. 2013

    PM sesekali tolong jugak wife lipat baju…:)

    Reply to this comment
  5. ema

    Oct 30. 2013

    paling digemari adalah melipat kain depan tv…hehehe

    Reply to this comment
  6. anif

    Oct 30. 2013

    Lipat baju? Paling malas nak buat! Hehe..

    Reply to this comment
  7. encikarman

    Oct 30. 2013

    lipat betul2, kalau tak betul itu di namakan longgok bukan lipat

    Reply to this comment
  8. Mizz Aiza

    Oct 30. 2013

    aiza melipat takde seni langsung.. asalkan lipat nampak kemas je.. hehe.. walaupun lambat tapi sedar-edar dah siap..

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 31. 2013

      asal lipat aiza kalau tka lipat susah nak buat kerja lain pun tak senang

      Reply to this comment
  9. ajumohit

    Oct 30. 2013

    paling penting lepas angkat jemuran terua lipat sanbil nonton tv, klu tak msti asyik tertangguh

    Reply to this comment
  10. Joe

    Oct 30. 2013

    Kalau ade masa, Suri tengok rancangan Brain Games di Nat Geo. Channel.

    Memang menarik. Dia buat uji kaji kenapa manusia tak boleh buat 2 kerja sekaligus.

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 31. 2013

      kalau astro saya tak ada heee..kenapa sebab saya suka buat kerja dalam satu masa tapi jangan ada gangguan masa tu heeee

      Reply to this comment
  11. indobrad

    Oct 30. 2013

    haddeh, ada kelas melipat baju juga? hahaha, melipat baju memang ketrampilan yang tak pernah bisa saya kuasai 😛

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 31. 2013

      sengaja buat kelas untuk blog ini.lihat ramai tak anak murid saya yang komen ni 😉

      Reply to this comment
  12. hafiz

    Oct 30. 2013

    Betullah bab lipat bajulah paling malas

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 31. 2013

      apa nak buat kalau sudah malas heee..tak apa kalau ada isteri tak ada hal mereka rajin membantu

      Reply to this comment
  13. puteri kasih

    Oct 30. 2013

    selalu je puteri lipat baju masa tengah bermsg..haha Tapi cepat juga habis lipat 🙂

    Reply to this comment
  14. raudzah

    Oct 30. 2013

    Nasib baik kebanyakan baju kita semuanya di gantung. Senang tak perlu lipat..he..he

    Reply to this comment
  15. Vee

    Oct 30. 2013

    guna hanger lbh senang …

    Reply to this comment
  16. Bin Muhammad

    Oct 31. 2013

    Tak banyak pakaian yg kena lipat, kebanyakannya guna hanger.
    Tips yang bagus…kadang2 berlonggok dua tiga hari baru berlipat…huhu

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 31. 2013

      biasalah itu kena pula keluarga ramai makan masa nak lipat dengan kerja di dapur layan anak lagi sampai masa untuk diri sendiri pun kekadang tak sempat.

      Reply to this comment
  17. adikensem

    Oct 31. 2013

    Hohoho kerja dekat rumah memang lipat baju sebab tak de tempat gantung baju.

    Reply to this comment
  18. adikensem

    Oct 31. 2013

    Saya memang kena rajin lipat pakaian sebab almari baju kecik..ohoho

    Reply to this comment
  19. TehR

    Nov 01. 2013

    kami guna hanger je
    baju, seluar, tudung, kain semua pakai hanger
    kadang2 selimut juga naik hanger
    haha

    Reply to this comment
  20. okje

    Nov 01. 2013

    Betul apa yg awsk kata suri….kalau dah berlonggok longgok mmg malas nak lipatkan…
    okje pun baru je lipat baju …tu yg galak berblogging ni hehe

    Reply to this comment
  21. Hafizul

    Nov 06. 2013

    emm bab ni saya serahkan aje pada yang pakar..huhu

    Reply to this comment
  22. resep kuliner

    Dec 20. 2013

    Wah sangat panduan sangat menarik . Mesti mencobanya nih dirumah

    Reply to this comment

Leave a Reply