Cara Teknik Membawa Kawan Ke Rumah Nenek

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Masih segar dalam kotak keemasan yang lilitannya berbentuk reben mengungkap seribu satu kenangan yang indah bersama teman rumah sewa. Saat itu cuti semesta telah bermula maka pasti ramai yang merancang untuk membawa teman ke rumah atuk, nenek, opah masing-masing untuk memperkenalkan rakan kita betapa bestnya kampung atok kita!

Namun ada juga yang mengambil kesempatan ini untuk menumpang kasih pada mereka yang telah pergi. Ah..jangan dilupa dalam keseronokan mengikut kawan-kawan ke rumah atok, membawa mereka ke rumah sendiri sekalipun kita sering lupa akan adab itu sendiri. Ya, memang Suri pernah membuat satu posting tentang adab apabila bertandang ke rumah mak mertua dan sanak-sudara tapi sayang masihkan anda melakukannya adab dan perilaku itu?

Baiklah kali ini kita fokus pada anak-anak masih muda belia itu yang rasanya anak dara masih liat untuk bangun.. jam sepuluh belum tentu nak kuak selimut uh..uh..si bujang ke lautlah. Tapi Suri yakin tidak semua antara anda yang bersikap sebegitukan 😉

  • Memadailah anda membawa dua orang sahabat untuk bertandang ke rumah nenek, atok ataupun pangkat opah sekalipun. Imbaskan dalam minda anda tentang keadaan fizikal mereka terlebih dahulu. Ini kerana merek ini jugalah yang bakal melayan anda kelak sepanjang anda berada di rumahnya. Kalaulah boleh tolonglah bawa salah seorang kawan anda seorang yang “ringan tulang” untuk cover seorang lagi rakan anda yang cukup anda  katakan “berat tulang” 😛  faham tak kalau tak faham cubalah baca perenggang ini sampai faham..
  • Tolonglah mengambil hati mereka. Terkadang usia yang meningkat biasanya mereka akan menyeru anda sebagai pangkat cucu. Tidakkah mereka pula akan meminta anda membatu mereka membuat membuat perkara itu dan ini. Tapi alangkah moleknya jika kalian membantu mereka turun ke dapur membantu apa yang patut. Sementah lagi anda adalah anak dara. Ringankanlah tangan janganlah tidur di rumah mereka sehingga bangkitnya lewat tengahari tahu-tahu anda bangun, mandi, lauk sudah terhidang atas meja makan. Tidakkah terdetik rasa malu dalam naluri anda untuk itu.
  • Sekiranya anda meminjam sesuatu barang, pakaian, telekung yang bukan dari milik peribadi anda maka tolonglah perkemaskan barang  yang selesai di gunakan itu letakkan pada tempat yang sepatutnya. Cuba anda bayangkan selepas anda menggunakan tuala mandi dan kemudian bertindih pula dengan baju yang lain bukankah cara anda itu menyusahkan kerja mereka. Sepatutnya anda sebagai tatamu haruslah memudahkan urusan mereka bukan menyukarkan keadaan hati kedua orang tua itu lagi. Jadi silalah bagi kerjasama pada mereka ok.
ampung pantai kuala sungai baru melaka

kampung pantai kuala sungai baru melaka_kampung Admin

  • Apabila anda duduk di rumah ke dua orang tua itu maka tolonglah biasakan waktu anda dengan waktu tuan rumah. Maksudnya sekiranya tuan rumah iaitu datuk, nenek, opah  anda tidur awal maka anda haruslah menghormati waktu mereka juga. Terkadang orang tua sebegini bila keadaan rumah terang-benderang dan di tambah lagi dengan bunyi gelak -tawa anda membuatkan mereka agar sukar tidur awal apa lagi untuk berjaga pada tengah malam kelak. Pernah atau tidak anda fikirkan akan situasia tersebut?

Banyak keadaan yang boleh di gambarkan supaya kita lebih menghormati tuan rumah. Tinggal lagi kita seorang yang prihatian atau sebaliknya itu terserah pada pendapat dan buah pandangan masing-masing.  Moga-moga point di atas membantu ibu bapa memberikan peringatan pada anak-anak sebelum melepaskan mereka untuk bercuti ke tempat orang luar. Ingat kita adalah apa yang kita ajar pada anak kita.

Wahualam.

Awan Nano_ambil gambar di sini

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

31 Responses to “Cara Teknik Membawa Kawan Ke Rumah Nenek”

  1. TehR

    Oct 17. 2013

    ya hormati hak tuan rumah
    kelak kita akan dihormati pula oleh mereka

    Reply to this comment
  2. yumida

    Oct 17. 2013

    aah kan kak
    bila kita guna brg kene kembalikan ke tmpt asal
    especially bila di umah org, kene jaga adab

    Reply to this comment
  3. Mizz Aiza

    Oct 17. 2013

    betul tu suri.. jangan main redah je.. orang tua ni dia sensitif sikit.. jadi kitalah yang kena hormati mereka dan tolong apa yang patut.. bukannya jadi big boss pula..

    Reply to this comment
  4. blogger lelaki

    Oct 17. 2013

    tak rugi kita hormat kepada orang tua ni

    Reply to this comment
  5. Hafiszan Kamarudin

    Oct 17. 2013

    cara yang betul apabila kita bertandang ke rumah orang yang telah berusia.

    Reply to this comment
  6. Vee

    Oct 17. 2013

    Bila bertandang ke rumah orang , kita perlu buat tuan rumah rasa selesa aka jgn susahkan mrk . wah ! lama cuti yer …

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 18. 2013

      itu lebih baik dari menyusahkan baik dok umha sendiri hee..

      ye ker tak tahu pula vee ada kira cuti saya keh..keh..keh..

      Reply to this comment
  7. ajumohit

    Oct 17. 2013

    memang betul tu suri, mesti jaga hati mereka dan tolong mana yg patut, lagipun hati mereka mudah tersentuh dan mudah terasa

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 18. 2013

      bukan macam hati kita muda2 belia ini kalau orang kata kita masih ok..orang tua hati mereka mudha rapuh apa lagi jika anak2 yang mulakan dahulu..

      Reply to this comment
  8. Juan

    Oct 17. 2013

    kak suri kasi gambar besar sikit baru terasa feel nak baca

    Reply to this comment
  9. okje

    Oct 17. 2013

    Pendik kata Suri sebagai tetamu kenalah sedar dirikan…janganlah buat sesuka hati kat rumah orang, kalau rasa malas duk je rumah sendirikan Suri hehe

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 18. 2013

      ha. itulah masalahnya nak jalan ke rumah orang rajin..tapi pemalas wah payah baik ubah sikap dulu..

      Reply to this comment
  10. puteri kasih

    Oct 17. 2013

    kita sebagai tetamu kenalah hormati tuan rumah kan, biarpun itu rumah atau atau nenek kita, tak bolehlah kita buat macam rumah sendiri kan

    Reply to this comment
  11. Zuan

    Oct 17. 2013

    den ni jenis penyegan. kalau ke rumah orang yang tak brapa nak kenal, mesti den dok diam diam je.hehe

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 18. 2013

      eh mana voleh hee.mesti turun dan kenal mereka ..mesti respon akan lebih baik dan menggembirakan..cubalah 😉

      Reply to this comment
  12. papa mifz

    Oct 18. 2013

    kalau tau kawan tuh memang berat tulang dari awal perkenalan,so tak perlu ajak ke rumah nenek,ini lebih baik…hehe

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 18. 2013

      jangan bawa mula2 depan kita elok dah bawa baru tahu sikap dia ger… ;P

      Reply to this comment
  13. Hafizul

    Oct 18. 2013

    hehe..betul tu..tapi mak sya tak kesah pun..anak2 balik bukan selalu..kadang layan kerenah anak cucu sampai tdo lewat pun tak kesah..hehe

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 18. 2013

      bagus anak cucu mereka tak kisah tapi kalau tetamu buat hal sakit gak kepala orang2 yang berusia ni heee

      Reply to this comment
  14. Myra Jay

    Oct 18. 2013

    Betul tu, sebab tu ada pepatah mengatakan masuk kandang kambing mengembek amsuk kandang lembu menguak 😀

    Reply to this comment
  15. raudzah

    Oct 18. 2013

    Pandai-pandai bawa dirikan Suri…Selalunya datuk dan nenek kita ni sensitif..so kena pandai ambil hati mereka..

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 18. 2013

      ya kalau dapat mereka yang berusia.kalau mereka mudah lagi rasanya tak ada masalah 😉

      Reply to this comment
  16. kakiblog

    Oct 18. 2013

    ya..perlukan sopan santun dan adab ketika bertandang di rumah orang

    Reply to this comment
  17. Norasikin

    Oct 19. 2013

    kalau yang perangai buruk, memang tak akan bawak punya la

    Reply to this comment

Leave a Reply