Panduan Menjaga Dan Merawat Pokok Bunga Ros

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku Alhamdulillah.

Suri suka menanam, “menjaga dan merawat pokok bunga ros”. Ikutkan tak banyak mana pun pokok bunga yang Suri tanam ki.ki.ki. Pertama pokok bunga jam sepuluh a.k.a pokok bunga ros jepun dan kedua pokok bunga ros dua warna. Ingat apa suri rumah macam suri ini tiada part time job..

Panduan Menjaga Pokok Bunga Ros

  • Tahukah anda pokok bunga ros memerlukan tanah campuran kompos yang mengandungi sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar. Perlu di ingatkan juga keperluan air, matahari dan sumber nutrien baja yang mencukupi akan membantu mempercepatkan pertumbuhan pokok dan bunganya.
  • Pokok bunga ros perlu disiram sebanyak dua kali sehari dan sebaik-baiknya adalah pada waktu pagi dan petang. Semasa sesi penyiraman di lakukan anda sesekali tidak digalakkan menyiram dengan terlalu banyak air pada bahagian daun dan batang kerana ia boleh menyebabkan pokok mengalami keadaan terlalu lembab serta boleh mengundang pelbagai penyakit. Jadi cara yang di sarankan adalah anda hanya perlu menyiramnya sekadar untuk membasahkan permukaan tanah sahaja.
  • Bagi menambahkan nutrien pada pokok bunga ros panduan lain adalah dengan menggunakan air basuhan beras, ikan, udang dijadikan sebagai air siraman pokok bunga. Bahkan jangan terkejut sekiranya amalan meletakkan kulit pisang pada pangkal pokok bunga ros juga sebenarnya mengandungi potassium yang boleh membantu mengeluar pokok bunga. Caranya adalah dengan memotong kulit pisang menjadi kecil-kecil dan kemudian diletakkan di dalam pasu ataupun ditanam didalam pasu pokok ros.
  • Pokok bunga ros yang telah habis berbunga haruslah di catas bagi tujuan penggalakan bunga.
PanduanMenjagaDanMerawatPokokBungaRos

Panduan Menjaga Dan Merawat Pokok Bunga Ros

Panduan Merawat Pokok Bunga Ros

Pokok bunga ros yang Suami hadiahkan pada Suri sekitar dua tahun yang lepas mengalami masalah Powdery Mildew. Apakah itu Powdery Mildew? Adakah pokok bunga ros Suri diwajibkan memakai bedak powder brand Olay Pressed Powder. Kenyataan tersebut tidak benar sama sekali.  Penyakit Powdery Mildew ini biasanya terjadi  pada pangkal pokok, bawah kelopak bunga, bawah daun, tunas. Jika anda perasan ia berwarna putih dan berhabuk tebal.

Bagi merawat pokok bunga ros ini terus merebak pada keseluruhan pangkal pokok Suri menyarankan anda menggunakan formula organik  iaitu dengan campuran seperti cili padi, minyak masak, bawang putih, cecair cuci pinggan dan kunyit. Formula ini Suri perolehi dari internet jangan terkejut sekiranya kebanyakan yang menggunakan cara ini agak menggujakan.

Agak mustahil orang yang tak sayang  pokok bunga ros tidak mengambil sebarang tindakan. Tak suka bagi pada sayalah!

 

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

40 Responses to “Panduan Menjaga Dan Merawat Pokok Bunga Ros”

  1. encikarman

    Oct 10. 2013

    fulamak… rajin rajin… lepas hujan tak yah siram bunga ya

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 11. 2013

      hujan selalu jagan tenggelam dik air mmg lembab dna kuyup bunga dan akarnya

      Reply to this comment
  2. blogger lelaki

    Oct 10. 2013

    rumah dkt kampung mmg banyak bunga..

    Reply to this comment
  3. ema

    Oct 10. 2013

    kat rumah langsung tak ada tanaman pokok bunga…tak berseni…hehehe

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 10. 2013

      mana boleh kata macam tu sis tak bermakna kt rumah tak ada pokok maksud tak ada seni…kekadang kalua da pun tak dine nak balek heee

      Reply to this comment
  4. puteri kasih

    Oct 10. 2013

    kat rumah puteri ada pokok ros jepun je..hehehe

    Reply to this comment
  5. Hazmin Hamudin

    Oct 10. 2013

    Dapat tengok gambar bunga ros yang suri tanam pun best jugak

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 10. 2013

      insyallah tunggu.kelmarin ada keluar bunga saya muat naik dlm fb.pagi tadi ada bunga baru nak keluar 🙂 uh.bunga hati jap..

      Reply to this comment
  6. Joe

    Oct 10. 2013

    Pokok bunga rose pun perlukan potassium jugak ek.. Baru aku tahu…

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 11. 2013

      eh itu mesti cam kita manusia perlukan air, nutri untuk serap dalam tubuh heee 😉

      Reply to this comment
  7. faizal

    Oct 10. 2013

    tidak rugi berbakti kepada tanah.

    Reply to this comment
  8. Mizz Aiza

    Oct 10. 2013

    cantik bunga ros.. mak aiza suka tanam..

    Reply to this comment
  9. JR

    Oct 10. 2013

    Seperti kata org tua2 berbudi kepada tanah pasti ada hasilnya…

    Reply to this comment
  10. Za

    Oct 10. 2013

    Suka kat panduan yg ke 3 tuh … thanks

    Reply to this comment
  11. raudzah

    Oct 10. 2013

    Kita suka bunga ros warna pink..comel and wangi..last time kita banyak tanam..tapi semua dah kering mas kita orang pindah…hmmmm

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 11. 2013

      janganlah sedih namapk gaya kena cari sebagai pengganti dengan membeli yang baru,,

      Reply to this comment
  12. TehR

    Oct 11. 2013

    ros kami semua dah mati
    huhu

    nampaknya lepas ni kena beli lagi
    ilmu baru dah ada ni

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 11. 2013

      insyallah moga ia membantu.rumah saya ada satu jer alahai ini cuma beli beberapa tahun yang lepas. carilah warna putih.merah mesti cantik bau harum

      Reply to this comment
  13. Hmm leceh menjaga pokok bunga ros ni. Banyak kerenehnya terutama skali nak jaga bab2 ulat-ulat yang suka kelazatan kuntuman bunga ros tu. Tu pasal kawe suka tanam bunga lalang jer… 😀

    Reply to this comment
  14. Mak lagenda

    Oct 11. 2013

    Dr mak kecik2 dulu lg, mak mmg x suka betul nk menamam2 ni semua..tp bila dah duduk umah sendiri, terusss je rajin menamam! Hiks..tp mak lbh suka tanam pokok2 berdaun je

    Klu bunga ros ni, mmg perlukan teknik dan penjagaan yg rapi kan

    Reply to this comment
  15. Hafizul

    Oct 11. 2013

    Dah lama nak tanam bunga ros ni..tapimasyik tertunda jer..duri dia bahaya kan?

    Reply to this comment
  16. titan

    Oct 11. 2013

    tak reti la nak jaga bunga ros ni. haha..

    Reply to this comment
  17. yumida

    Oct 11. 2013

    wah bagusnye…yumida ni lasak sikit, bab tanam bunga mmg jauh sgt..kikiki

    Reply to this comment
  18. Khairul Zamri

    Oct 11. 2013

    orang perempuan memang suka tanam dan rawat bunga ni hehe

    Reply to this comment
  19. Juan

    Oct 11. 2013

    dah lama x tgk bunga ros nih

    Reply to this comment
  20. akubiomed

    Oct 12. 2013

    Teritip selalu menyerang pokok bunga Ros.

    Reply to this comment
  21. rosmerah

    Oct 22. 2014

    Akak, nak tanya . Cane nak jaga bunga ros yang dah potong dekat keratan ? Nak tanam dekat tanah or dalam air? Macam mana nak cari? Pls bagi detail 🙂 hope akak boleh bantu

    Reply to this comment
  22. Suri

    Oct 23. 2014

    as salam..

    ros nak cari dekat sungai buluh saya pernah ke sana.harga murah untuk satu pokok baru berapa belas ringgit sahaja. kalau di ipoh satu pokok ros pulih-puluh juga harganya. sungau buluh belakang hospital sg buluh itu.

    ros cantik kalau kita dapat ptong hujung secara runcing. itu kalau kita ada gunting khas untuk memotongnya. kalau suri tak ada gunting selalu patahkan hujungnya bunga ros itu.erm..macma itulah suri buat tapi tengok orang juga.sesetengah orang dia patahkan pakai jari pokok bunga akan keluar menjadi bunga ada juga sesetengah orang buat begitu tak jadi sebaliknya poko bunga ros batangya rosak..

    suri selalu patahkan batangnya yang keras kemudian cucuk dalam pasir atau tanah heee..bte tengok tanah juagalah. dekay kampung mak suri tanam pakai tanah pasir jer serius ia menjadi dna hidup. tak tahulah jika tangan orang lain macam mana menjadi atau tidak.

    sebaiknya tanam pokok ros dalam pasu yang bersaiz sedang mudah kita nak angkat bila besar kita boleh letak pasu lebih besar lagi.

    terima kasih atas jejak komen anda suri amat hargai 😉

    Reply to this comment
  23. idah gdah

    Feb 09. 2015

    sekarang dah ada ros peach dan merah..suka sangat dengan roses ni

    Reply to this comment
  24. infonya bagus banget 🙂
    Tami

    Reply to this comment

Leave a Reply