Doa Ibu Bapa Untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Masih berlegar di ingatan saat diri ini menghadapi peperiksaan. Kata guru umpamakan diri kita sedang bertempur dengan peperangan. Saat itu Suri tersenyum sendiri agaknya bahan-bahan pertempuran itu pen, pensil, pemadam, pembaris, kertas dan persiapan dari segi daya ingatan dan penguasan soalan dalam memberikan jawapan yang terbaik kelak.

Bagi ibu, ayah yang berada di luar sana barangkali perasaan itu agak bercampur baur seolah-olah dirinya yang bakal menghadapi ujian yang kecil itu berbanding dengan ujian dari Allah harus kita hadapi..tempuhi. Bagaimana untuk meredakan hati ibu ataupun ayah supaya doanya untuk anak-anak dipermudahkan semasa menjawab soalan.

Berikut Suri kongsikannya sepotong ayat di bawah:-

1. Al-Fatihah 7 kali

2. Selawat 7 kali

3. Subhanallah 44 kali

4. Alhamdulillah 44 kali

5. Allahhu Akbar 44 kali

6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali

7. Teruskan dengan bacaan doa berikut:

” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”


Semoga ujian di hadapi ini akan di permudahkan. Amin.

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

12 Responses to “Doa Ibu Bapa Untuk Anak Menghadapi Peperiksaan”

  1. AUC

    Oct 04. 2013

    elok sangat diamalkan untuk musim peperiksaan dan diteruskan istiqomah dengannya…

    Reply to this comment
    • Suri Surihatiku

      Oct 04. 2013

      alhamdulillah moga ia di permudahkan untuk anak-anak mengharunginya

      Reply to this comment
  2. TehR

    Oct 04. 2013

    amin
    mudah2an anak2 kita terang hati dalam menuntut ilmu
    dunia dan akhirat

    Reply to this comment
  3. ajumohit

    Oct 04. 2013

    good luck buat adik2 yang menghadapi peperiksaan pmr, semoga dipermudahkan dan terang hati insha allah, tidak lupa buat anak2 kita ni 😉

    Reply to this comment
    • Suri Surihatiku

      Oct 04. 2013

      ya bakal2 anak kita ada ujian satu hari nanti…untuk ujian akhir tahun ke ujian kehidupan moga mereka berani dan sabar harungnya selalu.amin

      Reply to this comment
  4. okje

    Oct 04. 2013

    tq Suri ……bagus anak2 pun dah nak pekse ni

    Reply to this comment
    • Suri Surihatiku

      Oct 04. 2013

      sama-sama oh ada anak amik pkser ker hee semoga ia d permudahkan

      Reply to this comment
  5. Irwan Alessa

    Oct 05. 2013

    Kalau dulu mak selalu buatkan Air penenang hati, bacakan Yasin ketika berada di dalam dewan.. Yang pastinya mesti ada bacaan seperti ini.. Dalam doa ibu, tak pernah lepas perkataan anak.. Tetapi banyak sekarang yang menyakiti hati ibu, usahkan menjaga.. Hurm..

    Reply to this comment
    • Suri Surihatiku

      Oct 05. 2013

      betapa susahnya hati seorang ibu melebihi hati seorang ayah..ibu kalau marah,pukul sayang sebab dia sayangkan anak dia..nak terbaik tapi anak jarang nak hargai jerih pedieh seorang yang berjawatan ibu.

      saat anak susah dia merasa susah..saat anak sakit dia rasa diri sakit..harap anak akan jadi orang yang berguna..doa ibu antara yang amat mujarab sekali

      Reply to this comment
  6. Hafizul

    Oct 05. 2013

    Hehe..terima kasih suri kongsikan..anak sya tak besar lagi..nanti boleh la amalkannya,,hehe.

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 05. 2013

      anak saya pun tapi boleh gunakan masa2 anak ada ujian bacaan atau hafalan jua

      Reply to this comment

Leave a Reply