Pengalaman Anak Duduk Dalam Kereta

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Sesekali melihat persembahan Akademi Fantasia 2013  berkumandang di siaran piring astro seronoklah juga kemudian di tambah pula perisa strawberi lagi dengan kekacakkan pengacaranya si  Zizan Razak KL zombie tu. Tapi awas dalam kelekaan kita berada di rumah, mahu bergegas ke tempat kerja, sedang leka membeli belah ataupun sedang naik semangat untuk menyediakan menu masak terbaru di dapur pendek kata di mana anak anda berada anda harus pantau keadaan mereka walaupun lima ke sepuluh minit. Paling lambat lima belas minit! Paling kejam tiga puluh minit. Paling tidak ambil kisah…peruntukannya berapa minit ya?

Itupun andai kata dia di bawah jagaan anda 🙂

Sekiranya anda pengikut jejak entri Suri maka sudah pastinya ini adalah bahagian penyambung kedua berdasarkan entri yang lepas sana. Serius kejadian ini berlaku sewaktu Suri membantu mak mertua memasak dan menyediakan hidangan di dapur. Suami pula leka berborak-borak di garaj tempat letak kereta. Memang di bahagian garaj itu ada serambi dan tangga batu untuk berbork kosong. Kelihatannya mereka begitu leka merancang memasukkan empat buah kereta di dalam satu garaj itu. Biasalah bapak orang, anak orang dan di campur sekali dengan rakan-rakan sekampungnya itu bila berjumpa banyak kisah yang bakal di ceritakan.

Apabila kerja Suri di dapur telah selesai maka Suri pun berteriaklah pada suami. Manalah Nur Ummu Umairah ini? Lantas suami pun menjawab ada ini dia sedang leka bermain atas serambi bersama dengan saudara-saudarannya. Suri pun menarik nafas lega langsung tidak memikirkan apa-apa sebab tahu anak berada di hadapan matanya.

Suri terlelap di atas sofa dan terserentak lantas memikirkan anak. Sebab semasa Suri bangun tidak pula mendengar suara anak-anak kecil bermain. Suri pun bergegas ke tingkap dan menyeru suami abang mana anak kita? Bukan ke tadi dia elok bermain bersama anak-anak sedara yang lain tapi sekarang mengapa bunyinya macam sunyi sahaja.. persoalan itu sengaja suri matikan sementara melihat riak wajah suami.

Muka suami sedikit cuak. Agakya terlalu leka berborak dan telah sekian lama berjaya memasukkan keempat-empat buah kereta dalam satu garaj itu dia termanggu…

Salah seorang anak saudara suami menjerit apabila melihat anak Suri menekan hon kereta berkali-kali. Lantas dia memanggil suami Suri. Cho! Cho! Nur ada dalam kereta tu! (kereta kami mamang tidak di masukkan ke dalam garaj kereta sebab kami bercadang ingin keluar selepas solat magrib nanti) Itu yang kereta itu terletak di bawah pohon rimbun dan berhampiran dengan tanah perkuburan islam.

Suri agak tergamam, Ya Allah anakku! Saat itu jantungku ini mengepam nadi darah begitu kencang sekali..

Suami pun segera masuk ke dalam kereta dan segera mendapatkan anak. Suri berlari dan membawa dia duduk diatas pangku sambil berselawat dan menyuakan air minuman kosong pada anak. Menagis jugalah Suri waktu itu. Suami terdiam dan tidak meyangka dia terlupa menutup pintu kereta seperti kebiasaan yang di lakukannya. Semasa Suri memeluk dan mendakap anak erat-erat, mencium ubun-ubunnya Suri dapat rasakan bahagian badan belakangnya berpeluh-peluh, dahinya juga  turut basah  akibat wap panas didalam kereta.

Ya, Tuhan masih lagi memberikan kami ruang untuk menjaga cahaya satu ini. Memamg benarlah kata orang pantang kita leka sedikit apa sahaja boleh berlaku. Terkadang bila terlalu menjaga sangat tidak boleh,  bila tidak terjaga lain pula kawalan yang berlaku yang tidak bisa menduga oleh akal.

Suri berharap dengan perkongsian Latihan Kejam Untuk Anak ! dan pengalaman ini akan dapat kita jadikan sebagai iktibar bersama-sama. Sekiranya anda ada apa-apa yang perlu di luahkan, ceritakan, panduan dan sebagainya bolehlah kongsikan di bahagian komen.

Manfaat mohon kongsikan pada butang share 🙂

 

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

36 Responses to “Pengalaman Anak Duduk Dalam Kereta”

  1. Mizz Aiza

    Sep 28. 2013

    cemas perasaan aiza baca entri suri ni.. alhamdulillah anak suri selamat.. kadangkala kita tidak menjangkakan ianya akan terjadi.. peringatan untuk diri aiza juga..

    Reply to this comment
    • Suri Surihatiku

      Sep 28. 2013

      ya memag saya cuak juga tu satu cahaya mata klu nak tgu kedua Allah Maha Ketahui.. sykur sgt2 dan kini lebih berhati2.kata org bila tgok ank org lain terkenangkan anak sndri. tu sy sadurkan tips latihan kejam ni utk panduan ibu bapa harap2 ia mmbattu.

      mesti ada anak sedrakan jadi klu bawa mreka jlan2 pun mesti berhati2 🙂

      Reply to this comment
  2. nana

    Sep 28. 2013

    oo..maksud akak macam ruangan komen blog akak ni ye.nana paham da..:)

    bukan tak mau ubah,rasanya memang ramai je buat ruangan komen macam nana tu,rasa lebih user friendly…apapun terima kasih akak atas pandangan & sudi berkunjung ke blog nana 🙂

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 05. 2013

      ya kalau tak buat tak mengapa suri ok sahaja 😉 terima kasih sebab sudi ke mari

      Reply to this comment
  3. akubiomed

    Sep 28. 2013

    Didalam berhati-hati perkara tidak diingin boleh berlaku.

    Reply to this comment
  4. blogger lelaki

    Sep 28. 2013

    adeh..saya pula yg rasa cemas ni..suspend btol..nsib baik tak ada apa2

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 05. 2013

      nampak gaya gambaran waktu itu dapat saya terjemahkan di sini dengan olah yang baik 😉

      satu pengalam yang buat saya risau selalu.

      Reply to this comment
  5. Zawiah

    Sep 28. 2013

    alhamdulillah , allah telah gerakkan hatinya utk menekan horn … semoga jadi pengajaran yg berguna … yg berlalu jgn difikir lagi ya dear …

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 05. 2013

      ya..dia tahu tekan hon,sb itu dalam toturial saya ada tips “tekan hon”

      Reply to this comment
  6. papa mifz

    Sep 28. 2013

    kadang2 macam tuh la , kita dah cukup berhati-hati namun terjadi juga , pengajaran untuk semua nih…

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 05. 2013

      ya semoga saya dan rakan blogger pembaca lebih hati3..sama perhatikan anak ya

      Reply to this comment
  7. Khairul Zamri

    Sep 28. 2013

    tak kunci ke kereta tu

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 05. 2013

      tak…macam mana dia masuk..agaknya ayah buka dia masuk..pastu ayah keluar dia tak perasan..

      Reply to this comment
  8. Mus

    Sep 29. 2013

    kena ajar juga anak-anak selamatkan diri,
    menekan honk tu tindakan bijak menarik perhatian org sekeliling

    Reply to this comment
  9. raudzah

    Sep 29. 2013

    Suspen Bila kita baca entry ni suri..Teringat kes abang langgar adik hari tu..Alhamdulillah tidak ada apa-apa yang berlaku…

    Reply to this comment
  10. Hafizul

    Sep 29. 2013

    Emm mujurlah si anak tu pandai menekan hon..lepas ni jangan leka-leka lagi yer…

    Reply to this comment
  11. MissPuanYati

    Sep 29. 2013

    Alhamdulilah, Allah pelihara keselamatan puteri suri 🙂

    Reply to this comment
  12. ajumohit

    Sep 30. 2013

    ya allah berderau darah
    membacanya, syukurlah tiada apa yg berlaku, anak2 ni mmg gitu pantang lepa sikit ada je aktivitinya

    Reply to this comment
  13. hafiz

    Sep 30. 2013

    kena lebih berhati2 lepas ni…

    Reply to this comment
  14. ema

    Sep 30. 2013

    berderau darah akak bila baca entri ni…Alhamdulillah tak berlaku kejadian yang tak diingini

    Reply to this comment
    • Suri Surihatiku

      Oct 05. 2013

      ya hati ibu mana tak risau…syukru dia boleh cakap-cakap lagi

      Reply to this comment
  15. Mak Lagenda

    Sep 30. 2013

    Allahuakbar..mujur tiada perkara buruk yg terjadi. Semoga allah terus melindungi keluarga suri

    P/s: Lps ni kena lebih berhati2 yea suri..

    Reply to this comment
    • Suri Surihatiku

      Oct 05. 2013

      ya sebab itu saya wujudkan toturial saya part I ada bunyi hon.moga ia manfaat,terima kasih mak.benar2 bg pengajaran pada saya dan suami.

      Reply to this comment
  16. TehR

    Sep 30. 2013

    kita berusaha sedaya upaya perhatikan mereka
    moga2 sentiasa dalam perlindungan allah

    Reply to this comment
  17. hafizmd

    Oct 08. 2013

    Allahuakbar…

    Cemas! Moga2 kita ambil iktibar utk sentiasa beringat…moga2 Allah sentiasa beri kita hidayah…ameen

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 08. 2013

      ya, saya harap ibu bapa untuk langkah ini akan beri latihan untuk anak2 untuk perkara yang tidak di jangkana..harap ia membantu dan beri pengajaran pd orang lain

      Reply to this comment
  18. Amar

    Nov 28. 2013

    Antara lain yang kena jaga-jaga juga ialah ketika reverse kereta.Kalau tak dapat locate kedudukan anak-anak, jangan reverse langsung. Check dulu walaupun kena keluar kereta sekejap. Locate dimana mereka ada dulu, baru gerakkan kereta. Dengan harapan diorang tak duduk bawah tayar ler.

    Reply to this comment

Leave a Reply