Solat Jamak Dan Solat Qasar

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Apabila kita berada di perantauan untuk mencari rezeki pasti setiap hujung bulan, melawat orang tua di perantauan, meraikan sambutan hari raya haji, menghadiri majlis perkahwinan sanak – saudara membuatkan kita kadangkala terlupa tentang adab -adab bermusafir lantaran kita sering tidak mengambil pendekatan yang lebih dekat bahawa perjalanan ke kampung halaman atau melalui perjalanan jarak jauh itu  juga adalah salah satu bentuk yang boleh diertikan sebagai “musafir“.

Sebagai hamba Allah amat rugi sekiranya anda tidak mengambil kemudahan yang Allah hidangkan sebagai musafir. Terdapat segelintir dari kita seperti biasa, malah  tidak akan melakukannya sama sekali kerana masih beranggapan memenuhi solat musafir ini amat susah sekali, leceh ataupun pakaian yang digunakannya tidak bersih.

Berikut adalah beberapa maklumat penting yang perlu di ketahui tentang solat jamak dan solat qasar sewaktu anda bermusafir:-

    1. Adab sebelum musafir.
    2. Dalam atau sewaktu musafir.
    3. Selepas atau sesudah musafir.

 

 

Tahukah anda sepanjang bermusafir ke sesuatu destinasi yang ingin dijejaki ianya  dapat di kelaskan sebagai satu ibadah. Namun begitu ia hanya tergolong dalam perbuatan yang baik bukan pula anda bermusafir kerana perbuatan yang tidak baik.

Adab musafir.

Sebaiknya dalam islam mengganjurkkan kita melakukan solat  istikharah. Ia bagi tujuan memohon kepada Tuhan supaya perjalanan kita akan di permudahkan.  Ada juga berpendapat melakukan solat istikharah ini untuk merasai gerak hati kita sama ada berat ataupun malas untuk pergi bermusafir.

Apabila Allah telah membuka pintu hati kita untuk pergi bermusafir bersandarkan solat istikharah tersebut maka di sarankan kita agar menyelesaikan hutang-hutang kita yang tertunggak kepada orang yang berhak menerimanya, iaitu tempat kita berhutang, kemudian mengembalikan amanah kepada pemiliknya.

Firman Allah:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya).” (An-Nisa’: 58)

Seorang yang ingin bermusafir haruslah mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Bukan itu sahaja malahan orang yang di bawah jagaannya juga begitu. Ini bagi  mengelakkan mereka terputus sumber rezeki sepanjang tempoh ketiadaaan orang bakal musafir kelak.

 

Dari meja Admin,

Sekiranya anda berminat ingin menghantar sebarang artikel yang bermanfaat dari kami sila hantarkan makulamt anda di sini. Insyallah kami akan manfaatkannya sebaik yang boleh. Terima kasih.

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

33 Responses to “Solat Jamak Dan Solat Qasar”

  1. faizal

    Sep 27. 2013

    terima kasih..entri ini sangat berguna.

    Reply to this comment
  2. blogger lelaki

    Sep 27. 2013

    salah satu toleransi dlm Islam..sapa kata ibadah itu susah.

    Reply to this comment
    • Suri Surihatiku

      Sep 27. 2013

      boleh harungkan solat tu klu betul ikut cara solat musafirnya

      Reply to this comment
  3. Vee Za

    Sep 27. 2013

    selalu yg org lupa bila bermusafir … meninggalkan sesuatu sebagai bekalan kepada org yg ditinggalkan …

    Reply to this comment
    • Suri Surihatiku

      Sep 27. 2013

      insyallah kita boleh baikinya jika kita benar3 bermusafir jauh meninggalkan keluarga

      Reply to this comment
  4. encikarman

    Sep 27. 2013

    hujan plak hari2 jumaat nih

    Reply to this comment
    • Suri Surihatiku

      Sep 27. 2013

      juga itu rahmat biarkan bumi menagis sebab dia nak juga suburkan “taman” yang Allah ciptakan ini.

      Reply to this comment
  5. nana

    Sep 27. 2013

    kunjungan balas…..apa maksud akak ye kat komen blog nana tu? tak berapa paham,adjust apa

    Reply to this comment
  6. Azie

    Sep 27. 2013

    Saya selalu jamak Takhki kadang jamak taqdim. Jamak ni amat memudahkan orang yang bermusafir.

    Saya kalau balik kedah rajin buat Solat Jamak ni.

    Reply to this comment
    • Suri Surihatiku

      Sep 27. 2013

      ya mudah dan kita tak terlpas waktu klu buat fasa jamak ni

      Reply to this comment
  7. Lyn™

    Sep 27. 2013

    Indahnya islam mengajarkan adap-adap sebelum melakukan sesuatu perkara termasuk musafir. Solat jamak dan qasar saya rasa masih ramai yang tidak berapa tahu tentang perkara ini. Tq Suri atas penerangannya.

    Reply to this comment
    • Suri Surihatiku

      Sep 28. 2013

      sama-sama lyn saya sering belajar dan belajar kalau lupa bawa note kec i 🙂

      Reply to this comment
  8. Vee

    Sep 27. 2013

    done klik klik dear …

    Reply to this comment
  9. yumida

    Sep 27. 2013

    alhamdulillah
    nice sharing
    yumida kengkadang pun lalui 11 jam perjalanan utk balik ke kpg
    amat berguna panduan ni

    Reply to this comment
    • Suri Surihatiku

      Sep 28. 2013

      alhamdulillah semua kena uruskan sebaik boleh moga urusan kita terlaksana dna di permudahkan.

      hati2 jika memandu berseorangan ya tambah malam2

      Reply to this comment
  10. Zawiah

    Sep 27. 2013

    selama ni kita sentiasa pasti bahwa kita selamat dalam perjalanan pergi dan kembali . hakikatnya , kuasa allah melebihi segala . maka selepas ini perlu meninggalkan ‘bekalan’ utk mrk yg ditinggalkan walaupun hanya utk tempoh yg pendek agar x menyesal bila sesuatu berlaku dlm perjalanan kita …

    Reply to this comment
    • Suri Surihatiku

      Sep 28. 2013

      ya moga di permudahkan sebab itu dalam isalm ia tak sukar mana nak laksanakan setiap buat sebelum dan selepas ada baik dan manfaatnya utk diri kita jua

      Reply to this comment
  11. raudzah

    Sep 27. 2013

    kita memang selalu jamak & qasar bila travel suri..senang tak rushing…

    Reply to this comment
  12. nurmisnan

    Sep 27. 2013

    Kadang2 masih ada lg yang x faham akan solat jamak qasar..

    Reply to this comment
  13. Norasikin

    Sep 28. 2013

    Tinggal di Malaysia sangat bertuah. Masjid dan surau merata tempat hinggakan dah lupa cara jamak dan qasar

    Reply to this comment
    • Suri Surihatiku

      Sep 28. 2013

      alah lupa tak apa boleh ulangkaj semua. sama-sama belajar ilmu baik 🙂

      saya sering ke blog kak nora tapi asal loading komen lambat?? maaf sebab tak dapat tinggal komen walaubagaimanapun saya akn terus mencuba.

      Reply to this comment
  14. Hafizul

    Sep 28. 2013

    Hehe..terima kasih Suri..saya jarang jer buat jamak dan qasar ni..kurang merantau dek pun..hehe

    Reply to this comment
    • Suri Surihatiku

      Sep 28. 2013

      kalau ada kena buat juga ye mana tahu nak menghantar mempelai jauh ker 🙂

      Reply to this comment
  15. Indra

    Sep 28. 2013

    Saya sering menjadi musafir, melakukan perjalanan jauh, biasanya sebelum berangkat kalau sudah waktunya melakukan sholat jamak dulu..salam.

    Reply to this comment
    • Suri Surihatiku

      Sep 28. 2013

      indra ya biasa itu mesti buat harap2 perjalanannya selamat ya

      Reply to this comment
  16. Mizz Aiza

    Sep 28. 2013

    islam itu memudahkan.. aiza kalau balik kampung mesti kena buat solat qasar dan jamak tu..

    Reply to this comment
  17. Naziman Azlye

    Sep 29. 2013

    Kalau dah musafir tapi buat solat jamak dan qasar, memang rugi. Yang penting niat musafir bukan untuk buat maksiat.

    Reply to this comment
  18. Alynn

    Mar 18. 2014

    Alhamdulillah…Alynn slalu gak buat jamak qasar ni..time p jauh2 la..

    Reply to this comment
  19. wildan

    Mar 18. 2015

    Agama Islam selalu memberi keringanan kepad aumatnya.

    Reply to this comment

Leave a Reply