Seborrheic Dermatitis Part II

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Kulit kepala terasa gatal memang tidak begitu selesa apabila kita sedang rancak berkerja. Tambah pula sekiranya pekerjaan tersebut memerlukan kita perlu berurusan dengan orang awam. Bagaimana pula jika kita seorang pelajar boleh jadi haru kepala yang tersedia gatal membuatkan diri kita mencuba menahan dari tidak menggaru di depan khalayak ramai sebab ingin mengelak di pandang semacam oleh orang disekeliling.

Baiklah untuk kupasan seperti yang di janjikan pada entri minggu lepas berikut Suri berikan antara sebab-sebab puncanya kegatalan kulit kepala ataupun kelumumur terjadi:-

  • Salah satu punca utama seseorang itu mengalami masalah kelumumur adalah di sebabkan oleh tekanan. Tahukah anda ketegangan yang di alami jika tidak dapat di uruskan dengan baik masalah kelumumur anda akan menjadi lebih teruk lagi.
  • Sekiranya kulit kepala anda mengalami tekanan pada tahap kekeringan, kerap berasa gatal-gatal ada kemungkinan keruping ini akan membentuk saiz kecil-kecil dan kurang berminyak pada sekitar kepala.
  • Terdapat juga sesetengah kes di mana pengidap masalah kelumumur ini kurang mengambil berat dalam aspek mencuci rambut. Tahukah anda sekiranya anda tidak membasuh rambut dengan dalam jangaka waktu yang lama ada kemungkinan minyak dan sel kulit daripada kulit kepala anda akan mudah terbina, ini akan menyebabkan kelemumur mudah tumbuh lapisan demi lapisan.
  • Penghidap Psoriasis, di mana masalah kulit ini biasanya berpunca daripada pengumpulan sel-sel kulit mati yang menghasilkan keruping berwarna perak. Ia biasa berlaku kawasan sekitar lutut, siku tetapi boleh juga berlaku pada kulit kepala.
  • Ekzema – Jika anda penghidap ekzema, kelemumur adalah masalah biasa dengan kulit.
  • Kadangkala ada juga sebahagian individu yang amat sensitif kepada sesetengah jenis produk keluaran rambut. Ini menyebabkan kulit kepala pengguna mudah menjadi kemerahan dan gatal-gatal. Walaubagaimanapun terdapat juga kes pengguna di mana sekiranya mereka kerap mencuci rambut juga kemungkinan penyebab kelemumur akan berlaku berulang kali. Jadi silalah peka pada keadaan rambut anda apabila memilih dan menggunakannya. Sekiranya ia tidak serasi dengan kulit kepala anda maka hentikanlah.
  • Jangkitan yis malassezia – Malassezia akan hidup pada permukaan kulit kepala pada hampir kesemua individu dewasa tanpa menyebabkan sebarang masalah. Namun kadangkala, ia berkembang tanpa terkawal, merembeskan lebih minyak daripada folikel rambut. Ini menyebabkan iritasi pada kulit kepala dan menggalakkan lebih banyak sel kulit terhasil. Lebihan sel kulit akan mati dan tertanggal dan bercampur dengan minyak daripada rambut dan kulit kepala, menyebabkan ia kelihatan memutih, berkeping dan jelas kelihatan pada rambut juga pakaian anda. Walaubagaimanapun punca sebenar malassezia tidak diketahui. Boleh jadi ia disebabkan terlalu banyak minyak pada kulit kepala, perubahan hormon, tekanan, masalah saraf sepert parkinson, sistem imun terganggu, tidak mencuci dengan kerap, dan semua masalah menyumbang kepada kelemumur.

Ingatlah apa yang terjadi sebaik langkah utama yang harus anda lakukan adalah berjumpa dengan doktor yang berkaitan.  Moga-moga ia akan dapat membantu anda menyelesaikan masalah tersebut.

Insyallah moga kita akan berjumpa Part III nanti bagi mencari masalah bagaimana cara untuk mengatasinya. Sampai berjumpa lagi !

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

10 Responses to “Seborrheic Dermatitis Part II”

  1. Myra Jay

    Sep 23. 2013

    MJ mmg ada kelemumur, tp mungkin sebab tekan belajar secara PJJ kot..
    Takpa ni da abes nak tengok ada ke tak lg..hehehe

    Reply to this comment
    • Suri Surihatiku

      Sep 23. 2013

      sayang MY jangan risau nanti tunggu posting yang seterusnya. usah risau setiap benda ada penawarnya.

      Reply to this comment
  2. akubiomed

    Sep 23. 2013

    Masalah kelemumur ini kerana ia memberi kesan kepada penampilan dan tahap keyakinan diri. Perlu ditangani sebaik mungkin dengan mengunakan shampoo yang mengandungi bahan ZPT.

    Reply to this comment
    • Suri Surihatiku

      Sep 24. 2013

      ia kalau dapat di kurangkan hati rasa senang tapi cubalah tu mana tahu ia berkesan 🙂

      Reply to this comment
  3. Hafizul

    Sep 23. 2013

    Eeee tak nak tension2 lagi lepas ni…terima kasih Suri kongsikan,..

    Reply to this comment
    • Suri Surihatiku

      Sep 24. 2013

      jangan tension bayak sebabkan faktor makan, ada juga sebabkan masalah hormon. sabar kita mesti cari cara paling tidak untuk mengurangkannya kan.

      Reply to this comment
  4. Mekar

    Sep 23. 2013

    kelemumur menyebabkan gatal2. mmng tak selesa situasi ini.

    Reply to this comment
    • Suri Surihatiku

      Sep 24. 2013

      kalau yang kesan nampak ketara malu juga..mesti cari cara untuk selesaikannya…

      Reply to this comment
  5. KesumaAngsana

    Sep 24. 2013

    info menarik ni, tq berkongsi yer

    Reply to this comment

Leave a Reply