Jenazah Yang Di Mandikan Oleh Malaikat

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Punyalah semangat berkobar-kobar nak buat entri sekali hamik ko “Internet Server Error”. Sambil tidak puas hati mencuba buka window satu satu lagi untuk terjun ke laman ini namun semuanya gagal. Jadi Suri melepaskan gian di sana.

Jika anda peminat, penggumpul cerita-cerita islam masa inilah yang terbaik untuk Suri kongsikan dua buah hasil tulisan sahabat pena Suri iaitu Khairy Tajudin terbitan dari Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Apa yang menariknya setiap isi di dalam buku ini mempunyai dua buah siri tauladan yang berbeza. Yang menceritakan Kisah-kisah Para Nabi dahulu mempertahankan agama, berjuang maruah, wang, keluarga kerana islam semata-mata. Sebahagian kisah yang terbaik adalah Safwan Bin Umayyah R.A, Urwah Bin Mas’ud R.A dan banyak lagi.

Dan satu lagi buku ini pula mengandungi dua puluh buah Kisah -Kisah Pelik dan Ajaib serta bantuan ghaib daripada Allah SWT kepada para Sahabat Nabi SAW. Pembaca akan menemui di dalamnya seperti kisah Jenazah Yang Di Mandikan Oleh Malaikat, Periuk Yang Berzikir, Jenazah Yang Tidak Reput, Cahaya Dari Kubur, Menghantar Lahar Gunung Berapi Ke Lubang dan sebagainya.

Kisah di dalam buku ini di pelbagaikan bagi mendidik anak-anak mahupun golongan dewasa berfikir akan kehadiran Maha Esa itu wujud. Malahan ia juga mampu membenamkan dalam diri dan jiwa anak-anak kecil supaya takutkan Allah melebih dari segalanya dan sekaligus menakluk pembaca untuk mengenali dan sayang akan Nabi-Nabi kita.

Bacaan yang dapat saya simpulkan di sini sungguh santai. Bahasa yang amat mudah di fahami di sampaing harganya juga amat berpatutan. Penggolahan jalan cerita yang baik memudahkan ibu bapa bercerita sebelum menidurkan anak. Tahukah anda inilah buku-buku ilmiah islam yang yang sebenarnya molek di jadikan sebahagian koleksi perpustakaan mini di rumah anda. Yang terbaik adalah jika anda hadiahkan ia untuk anak-anak supaya minat mereka membaca terus subur dalam diri masing-masing.

Dapatkan dan selamat membaca 🙂 Jika berminat sila pm saya

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

24 Responses to “Jenazah Yang Di Mandikan Oleh Malaikat”

  1. KesumaAngsana

    Sep 20. 2013

    menarik ni !

    Reply to this comment
  2. encikarman

    Sep 20. 2013

    library kat rumah.. molek bbenar tuh.

    Reply to this comment
  3. puteri kasih

    Sep 20. 2013

    memang sesuai kalau library mini dirumah diisi dengan bahan bacaan yang bermanfaat 🙂

    Reply to this comment
    • Suri Surihatiku

      Sep 21. 2013

      buku novel, majalah ilmiah semua ada rasa seperti nak tidur dan duduk dnegan buku sehari suntuk cam tak puas

      Reply to this comment
  4. Ismail N

    Sep 20. 2013

    Pasti ramai yg berminat nak baca. Di mana ada jual Suri?

    Reply to this comment
    • Suri Surihatiku

      Sep 21. 2013

      kedia buku pun ada jual juga..klu nak bli dri saya boleh 🙂 banyak siri dia dah klrkan bukan buku ni jer novel2 islam ada gak

      Reply to this comment
  5. Juan

    Sep 20. 2013

    bacaan sesegini memang terbaik

    Reply to this comment
  6. Khairul Zamri

    Sep 20. 2013

    saya suka jugak beli buku2 tapi nk baca tu xhabis huhu

    Reply to this comment
    • Suri Surihatiku

      Sep 21. 2013

      bacaan ni tak berat kalu hadap satu hari pun boleh habis heee..jangan risau buku ini mudah di bawa kemana-mana

      Reply to this comment
  7. titan

    Sep 20. 2013

    pinjam bukuuu tuuu..

    Reply to this comment
    • Suri Surihatiku

      Sep 21. 2013

      berapa jer harga dia bro mesti boleh beli punya heee

      Reply to this comment
  8. raudzah

    Sep 20. 2013

    Menarik kisah dia suri..anyway sekarang ni kita tengah membuat koleksi buku-buku RM10 3 keping…semuanya nipis-nipis…cepat aje habis baca…

    Reply to this comment
    • Suri Surihatiku

      Sep 21. 2013

      rugi baca cepat habis hee..beli satu buku ni ada 20 cerita utung oh..harga pun tak sampai rm20.00

      Reply to this comment
  9. Hafizul

    Sep 20. 2013

    Seronok baca kisah-kisah macam ni..tapi nak boleh ke baca tu, memang kena push sikit..bab membaca memang tak ada mood..jhaha

    Reply to this comment
    • Suri Surihatiku

      Sep 21. 2013

      itu penting kkita didik dia,,cari buka ada gambar yang manarik, kita mesti membaca jadi teladan untuk mereka nanti mereka akan ikut rentak dan cara kita.

      Reply to this comment
  10. Khairy Tajudin

    Sep 21. 2013

    Selain dua buku di atas, siri terbaru koleksi Himpunan Kisah boleh dilihat di page ini:
    http://www.facebook.com/HimpunanKisahParaSahabat

    Reply to this comment
  11. Hanif Abdul Bahar

    Sep 21. 2013

    Menarik nie, boleh beli 🙂

    Reply to this comment
    • Suri Surihatiku

      Sep 22. 2013

      beli dua dua pastu kalau bagus boleh di beli untuk anak sedara pula

      Reply to this comment
  12. Nozi

    Sep 23. 2013

    Assalam..menarik ni suri…satu set 20 buah buku ek…brapa RM? Mcm minat je nk beli sbb akak mmg buat library kat umah..mini library..hehe..suka beli buku ilmiah utk anak cucu cicit..sbb ilmu ni tk pernah ada tarikh luput..hehe..

    Reply to this comment
    • Suri Surihatiku

      Sep 24. 2013

      sebuah buku ada 20 buah cerita.satu buku tu rm11.00 sahaja.buku ini banyak keluaran dia .silakan berminat bagi tahu ya 🙂 ya ilmu tak ada tarikh luput bolh simpan, baca bila-bila masa kalau pandai jaga memang bila2 boleh di gunakan sehingga ke berapa generasi sekalipun..

      Reply to this comment

Leave a Reply