Seborrheic Dermatitis

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Kelemumur lazimnya dikenali sebagai dandruff. Manakala dalam Bahasa Inggeris bidang perubatan, kelumumur dipanggil seborrheic dermatitis. Seborrheic dermatitis seperti punca gatal-gatal, kulit kepala berminyak biasanya merupakan salah satu penyebab seseorang itu mengalami masalah kelemumur.

Kelemumur lazimnya dialami apabila seseorang itu mula menginjak ke alam remaja. Namun begitu pesakit-pesakit yang mengalami masalah otak seperti Parkinson’s disease, polio dan lumpuh dan pesakit dengan masalah pertahanan badan seperti jangkitan HIV sebenarnya menghidapi masalah kelemumur yang lebih teruk.

Simptom biasa yang dapat dilihat adalah di bahagian kepalanya akan kelihatan merah, kulit kepala sering berminyak dan diselaputi keruping berwarna putih ataupun berwarna kuning.

Jangan terkejut sekiranya ia mampu berlaku di sekitar kawasan kulit yang mengandungi liang minyak seperti contoh:-

    • Bahagian kening
    • Tepi hidung
    • Belakang telinga
    • Tulang dada
    • Celah kangkang
    • Kadang kala pada bahagian ketiak

Sekiranya anda perasan genjala Seborrheic dermatitis juga turut berlaku dari usia bayi yang baru dilahirkan. Kelihatannya ia boleh kita lihat melalui ruam lampin yang terdapat pada kulit badannya. Namun begitu ibu bapa tidak harus berasa risau kerana ia akan beransur hilang pada usia mereka mengginjak satu tahun.

Tahukah anda bagi para pesakit yang dijangkiti HIV, masalah ini lebih serius berbanding golongan yang biasa mengalaminya. Ini kerana para doktor amat mudah menilai kulit kepala mereka berdasarkan kegatalan seriusnya hingga mampu merebak ke bahagian kulit yang lain.

Ingin tahu bagaimana genjala ke kelemumur terjadi, ikutinya bahagian II nanti.

 

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

13 Responses to “Seborrheic Dermatitis”

  1. blogger lelaki

    Sep 19. 2013

    ingat apa tadi..kelemumur rupanya..pelik sgt nama sains dia

    Reply to this comment
    • Suri Surihatiku

      Sep 19. 2013

      ha nama sains sukar orang nak kenal tapi kalau ada iklan dia mesti dia akan sebut nama ini punya.percya dengan tak sahaja

      Reply to this comment
  2. nazray

    Sep 19. 2013

    sy ada masalah dandruff ni, selalu akan terjadi bila saya tak syampu rambut dalam masa 3 hari, bila dah kena memang gatal la kulit kepala, lagi time panas dan makan pedas2, tiba2 je gatal, stress!

    Reply to this comment
    • Suri Surihatiku

      Sep 19. 2013

      bahaya kalautertekan dia akan lagi banyak yang tumbuh. ada tukar-tukar syampu ker ?

      Reply to this comment
  3. teknisi komputer

    Sep 19. 2013

    wah jadi nambah ensiklopedi bahasa saya, jadi tahu kelumumur (bahasa indonesia ; ketombe)

    Reply to this comment
  4. akubiomed

    Sep 19. 2013

    Saya memang tidak selesa dengan kelemumur. Hari mengunakan shampo anti kelemumur. 🙁

    Reply to this comment
    • Suri Surihatiku

      Sep 19. 2013

      tak megapa nanti saya akan kupasakan satu persatu. setiap masalah ada cara untuk selesaikannya

      Reply to this comment
  5. Bahrain

    Sep 19. 2013

    dalam bahasa sains susah plak nak sebut..baru perasan kat kening tu pun kelemumur..ingatkan habuk2x biasa. Thanks for da info. Cant wait for the next entry..

    Reply to this comment
    • Suri Surihatiku

      Sep 21. 2013

      boleh sahaja heee..semua perlu di jaga kebersihan tapi kalau kena susah juga kena mesti cari jalan untuk pulihkannya..

      Reply to this comment
  6. Hafizul

    Sep 20. 2013

    Emm mujurlah saya tak ada kelumumur..hehe..

    Reply to this comment
  7. Blogger Babyface

    Sep 22. 2013

    sebab ada kelimumur lah saya lagi suka berambut pendek mcm askar

    Reply to this comment

Leave a Reply