Muzium Negara Diraja Kuala Lumpur Part II

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Sedikit pengenalan tentang Muzium Diraja

Ia bertempat di Istana Negara lama , Jalan Istana, Kuala Lumpur ini pernah menjadi tempat besemayam Sei Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sejak Ogos 1957. Ia merupakan simbol dan lambang kemegahan institusi beraja di Malaysia serta berfungsi sebagai pusat pentadbiran institusi beraja 13 Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong. Muzium ini terletal dalam kawasan seluas 11.34 hektar dengan dihiasi taman yang indah serta pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan.

Kompleks utama istana ini terdiri daripada dua blok bangunan yang mempunyai reka bentuk yang berbeza iaitu Galero Istana dan Balairung Seri. Galeri Istana adalah bangunan asal Istana Negara yang di bina pada tahun 1928 dan bercirikan seni bina gaya Palladian. Bangunan Balairung Seri pula menempatkan singgahsana, Bilik Mesyuarat Raja-Raja, Ruang Menunggu Raja-Raja dan apartment Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Antara kemudahan lain yang terdapat di Istana Negara lama ini ialah pejabat pentadbiran, tasik, kolam renang, padang, gimnasium, dewan badminton dan gelanggang tenis. Pada tahun 2007, bangunan Istana Negara lama ini telah diisytiharkan sebagai warisan kebangsaan di bawah Akta warisan kebangsaan 2005. Pada 15 November 2011, Istana Negara lama ini telah  ditutup secara rasminya dan berpindah ke Kompleks Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

3 Responses to “Muzium Negara Diraja Kuala Lumpur Part II”

  1. akubiomed

    Sep 15. 2013

    Bukan senang hendak melihat kehidupan di Raja.

    Reply to this comment
  2. Zul

    Nov 24. 2014

    ni masuk kena pakai baju kuning ke? haha :p boleh pergi ni nanti cti sekolah..ada yuran ke nak masuk ni?

    Reply to this comment

Leave a Reply