Menu Pantas Diet

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Usia makin meningkat kesihatan bertambah teruk. Sepatutnya kesihatan bertambah baik sebab ia memudahkan kita untuk menjalani kehidupan ini dengan bahagia. Cubalah anda fikirkan sekiranya kesihatan anda kurang baik maka agak sukar untuk anda bergerak ke sana sini pendek kata anda begitu sukar untuk bergerak aktif berbanding orang yang menjaga kesihatan dengan mengamalkan cara hidup yang sihat. Manakala dalam bab makanan pula bila badan sudah jatuh sakit sudah tentunya kita hanya mampu makan makanan yang terhad sahaja. Oh, sungguh terancam keinginan kita bukan.

 

Jika kita mencari di medan google sekalipun kita akan bertemu dengan pelbagai petua mahupun panduan untuk mengurangkan tahap kolesterol dalam badan tapi hampir kesemua kita gagal untuk laksanakannya sama sekali. Jika ada pun saya yakin ia hanya segelintir sahaja..

Tapi, sebaliknya kita akan menggunakan kaedah itu bila keadaan menjadi terdesak dan selepas itu kita akan abaikan.. Bermakna bila tiba sakit kita segera mencari penawarnya tapi apabila sudah sihat kita mudah lupa. Padahal itulah yang terbaik untuk tubuh badan manusia.

Satu cara yang terbaik untuk mengurangkan tahap kolesterol dalam badan dengan hanya pengambilan oat dalam menu makan kita setiap hari. Ya, akui tidak semua di antara kita menyukai oat sebab rasanya yang kurang sedap. Tapi jika makanan sedap memang mudah menjadi pilihan utama kita. Sebab itulah ada antara para doktor mengatakan kamu adalah apa yang kamu makan!

Mengikut pengalam saya sepanjang mengambil oat adalah cukup mengenyangkan. Semasa di bulan ramdhan dan puasa enam syawal. Seperti biasa saya akan bangun bersaur sekitar jam 4.30 pagi. Menu saya adalah dengan mencampurkan milo (salah satu minuman kegemaran saya), air panas, sedikit gula dan diakhiri dengan lima atau enam sudu oat dalam satu sudu besar. Minum.

 Jarak dekat daun dan oat

Alhamdulillah perut saya tidak kelaparan semasa berpuasa. Tiada pula bunyi perot keroncong hii.. Mengikut apa yang saya ketahui oat umpama span yang bisa menarik kolesterol jahat supaya keluar dari tubuh badan kita. Dan salah satu perkara yang amat menarik sekali sekiranya anda merancang untuk kekal sihat, cantik dalam berdiet oat merupakan salah satu menu pilihan yang terbaik buat anda. Jadi apa di tunggu lagi masa inilah kita sayang akan segala tubuh badan dalaman kita. Jika kita tidak menjaganya dari sekarang besar kemungkinan untuk masa hadapan kita akan berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan.

 

Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

4 Responses to “Menu Pantas Diet”

  1. akubiomed

    Sep 10. 2013

    Hari-hari saya bersarapan pagi dengan Oat. 🙂

    Reply to this comment
  2. belajar online

    Apr 15. 2014

    saye makan ruti setiap pagi…saya tak paya diet saye nak gemuk kan badan, ade yang tau cara nya tak?

    Reply to this comment
  3. Dr Fattah

    Feb 20. 2015

    sebaik baik makanan ialah makanan yang menyihatkan.

    Reply to this comment

Leave a Reply