Giveaways Kedua dari Blog Cik Tom

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Suri tidak suka makan buah tomato. Akan tetapi suka bangat sekiranya potongan bulat buah tomato satu roda kereta cukup bagus dialaskan pada satu layer burger daging. Manakala satu lagi hirisan tomato berbentuk roda basikal di baringkan atas daging ayam. kau ayam jangan cuba lari, andai kau lari aku ketuk kau dengan tukul besi nanti. Arghh,,kejamnya aku!! :mrgreen:

Marvelous jika ia selubungi sos cili merah ala thai, iringan sedikit kobis dan mentimum hijau, serta di hiriskan bebawang yang cukup merangupkan. Haa.. akhir sekali jangan buat-buat lupa sadurkan ia dengan si mayonis. Kemudian apit bersama roti bijan dan sedia untuk di hidang hii..:mrgreen: wei serius semalam Suri puasa tapi tak bangun sahur loh. Ini kes entri kelaparan namanya.

Di mana dia blog Cik Tom Suri jumpa ?

Seingat Suri melalui site google. Waktu itu Suri ingin membuat baner untuk blog cahayacinta.com Suri rasa penyampaian yang cuba Cik Tom ketengahkan amat mudah Suri faham dan lagi satu setiap respon yang cuba di cetuskan akan segera Cik Tom jawab dalam masa terdekat.

Secara keseluruhannya blog Cik Tom ketika itu banyak menyediakan toturial blogspot dan memang sesuai dengan Suri waktu itu yang baru sahaja belajar menggunakan platfrom percuma blogspot. Walaupun Suri sendiri pada masa itu sudah memiliki hosting berbayar lebih dari setahun. Entri last yang sempat Suri jejak sebelum Cik Tom balik dari satu percutian di langkawi barangkali dan selepas itu Cik Tom terus berpindah ke hosting berbayar iaitu http://www.ciktom.com.

Entri yang bernilai dalam blog cahayacinta.com adalah http://cahayacinta.com/luahan-hati/300-fail-dalam-komputer-hilang.html (300+ Fail Dalam komputer Hilang)

Keadaan waktu itu memang agak kelam-kabut. Dengan kehilangan fail-fail yang di buat hampir selama dua tahun hilang begitu sahaja. Jika ada yang membuat backup pun sekadar didalam komputer bos sahaja. Tapi sayang komputer bos pun waktu itu sudah mati di tembak petir tidak boleh di on semula persis seperti komputer Suri.

Nahtijahnya Suri terpaksa abaikan blog selama beberapa minggu. Apa yang menjadi rutin harian Suri dalam jangka masa dua minggu itu, Suri telah membawa beberapa fail dan dokumen pejabat di bawa dari rumah, membawa laptop sambil berbasikal dan turun naik bas untuk di bawa ke tempat kerja. Saban malam, waktu bercuti Suri menaip proclamation of sale, kontrak, afidavit dan sebagainya. Malahan sanggup menahan lapar. Waktu rehat pun sanggup sambung menaip kembali bahan tulisan yang kian terabai.

Pengajaran yang amat bermakna buat diri Suri. Berharap apabila ada orang membaca entri yang lepas ini akan mengambil iktibar darinya. Beringat sebelum terkena.

Blog cahayacinta.com bukan sahaja berkisar tentang cinta semata-mata tapi garapan ia penuh dengan kisah kedukaan, kasih-sayang, kesihatan dan pelbagai pengalaman sebagai seorang bloger yang sederhana. Apa yang tercatat adalah realiti dalam kehidupan yang sebenarnya.

“Kongsikan kebaikan dengan apa yang kamu ada dan kongsikan kedukaan yang kamu miliki nescaya cahaya dan tauladan itu dapat menjadi iktibar dan digunakan oleh orang lain dengan sebaiknya.”

Harap maklum roda basikal tidak boleh dimakan, potongan buah seperti roda boleh juga di buat. Tapi tidak pula sesuai di potong bersaiz besar roda basikal ataupun trak untuk di letakkan di atas burger. Oh tidak memanglah tidak sesuai.

Artikel ini penyertaan bagi giveaway Cik Tom ditaja oleh JebengOtai, Papa Mifz, Amna, Kak MahhDania Eryati, Onlajer, NazriHatiputera, EielaRina Avail, Akhiyy, HafizulPuanbee dan KeretaHitam.”

Share

Warna – Warni Kegembiraan Atau Kedukaan

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Suri mengimpikan bubur lambuk hee.. sedap dan berlemak sungguh. Tapi bukan ingin membuka buku resepi untuk entri kali ini.

mercun pop pop

mercun pop pop

Baru-baru ini Suri singgah di bazar ramadhan kelihatannya bukan sahaja kuih-muih, air minuman bak pelangi, lauk-pauk pelbagai rasa dan sebagainya tapi yang menyebabkan hati sedikit terserantak apabila masih ada insan yang tidak bertanggungjawab masih tegar menjalankan operasi penjualan ini.

Bunga api

Bunga api

Jika orang ramai berasak-asak bertempik akan juadah berbuka puasa dengan membuat pelbagai tawaran murah berkenaan jualan masing-masing namun masih ada pula segelintir kita membuat muka tebal menjual mercun pop-pop, bunga api dan menjual cd cetak rompak di beberapa permis tanpa rasa serba-salah sekitar bazar ramadhan berlangsung.

Jangan main mercun

Jangan main mercun

Adakah mereka ini tidak takut akan hukuman pihak berkuasa, hanya memikirkan keuntungan semata-mata ataupun asal ada peluang remabat terus? Warna-warni kegembiraan atau kedukaan yang anda pilih? Sesal di kemudian hari atau beringat sebelum terkena..

Terima kasih kerana sudi keluar masuk blog ini beberapa kali dan sedia maklum pada Suri di laman email tentang masalah blog ini sekitar tengahari menginjak ke petang tadi. Segala maklumat sahabat andai amat Suri hargai. Terima kasih sekali lagi.:grin:

Share

Karang Gigi Part I

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Jenuh satu hari suntuk teman tutup buka, tutup buka.. restart..shut down komputer berkali-kali di rumah namun kesemua usahanya hampa belaka. Bukannya Suri tidak membayar bil telekom tapi andai kata sebulan tidak membayar mustahil akan jadi begini. Syukur Alhamdulillah sekitar jam tujuh suku barulah internet di rumah  Suri boleh di connected. Dugaan sungguh tu hii..atau sahaja ingin mengertak hati ini.

Baru-baru ini Suri baru sahaja membuat pemeriksaan di klinik pergigian swasta. Ikutkan kedaan itu sudah lama berlarutan selama berminggu-minggu dan kemudian hilang dan datang kembali sakit itu. Untuk puasa yang pertama ramadhan itu pagi-pagi lagi serangan gigi mula berdenyuy-denyut. Rasanya denyut boleh di rasai di pipi sebelah kiri. Yang amat sangat pendih dan berjaya membuatkan Suri menangis teresak-esak.

Pagi itu Suri tekad untuk berjumpa dengan doktor gigi. Fikiran singkat ini memikirkan habislah gigiku kali ini sebab bakal di cabutkan oleh doktor gigi huhu. Namun apa yang terjadi sebaliknya berlaku. Suri terpaksa menjalani ujian pembersihan karang gigi di seluruh kawasan gigi. Mengapa? kerana apabila gusi membengkak maka pertumbuhan karang gigi akan menyempit di sekitar kawasan pergigian.

scaling

-teknik scaling ataupun teknik membuang karang gigi.

Apa itu karang gigi dan plak?

Karang gigi terbentuk daripada peghasilan makanan di mana penghasilan plak dan zat kapur yang berada di dalam air liur. Apabila plak yang di bentuk menjadi semakin mengeras maka saat  inilah yang di panggil karang gigi.

Plak yang diselaputi kuman biasanya akan terbentuk selama empat ke dua belas jam selepas seseorang itu memberus gigi. Dan kerana sebab itulah doktor sering menyarankan pesakit menggosok giginya sehari dua kali bagi mengelakkan bakteria menempal di permukaan plak gigi.

Tahukah kawan-kawan plak gigi yang tidak di berus selama satu ke dua hari akan menyebabkan plak gigi akan mengalami masalah material organik seperti lemak, protein dan enzim serta material anorganik yaitu mineral terutama kalsium dan fosforus.

Bagaimana karang gigi mula terbentuk?

Karang gigi mula terbentuk apabila terdapat sisa makanan didalam mulut dan dibiarkan mengeras sehingga terbentuk menjadi karang gigi. Sedarkah bahawa serpihan makanan yang terdapat dalam gigi jika tidak dibersihkan akan mengundang sebanyak tiga ratus lima puluh jenis kuman yang boleh menyebabkan penyakit karang gigi menjaid teruk. Tapi awas sekiranya usia semakin meningkat maka karang gigi ini akan mudah terbentuk dengan lebih cepat dan mengeras.

 Karang gigi.. erm..macam biasalah entri ini bakal disambung . . .

Share

Doa Ketika Marah

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Adakah kawan-kawan Suri dalam keadaan marah? Haa.. jika ada Suri ingin usulkan satu doa untuk kalian. Apabila marah apa kata baca dua rangkap ayat ini. Sebenarnya ada banyak cara untuk menangani perasaan marah itu seperti contoh:

  1. Mengambil wuduk
  2. Beristifar
  3. Tinggalkan ataupun berlalu dari tempat tersebut.
  4. Membaca al-quran
  5. Sekiranya duduk maka berdirilah, begitu juga sebaliknya dan sebagainya.

Berikut adalah doanya:-

A’uzubillahi minasy syaitanir rajimi. Allahummagfirli zanbi wazhab gaiza qalbi wa ajirni minasy syaitanir rajimi.

Doa Ketika Marah

-Doa Ketika Marah

Artinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syaitan yang terkutuk.”

Insyallah rasa marah akan reda.

Share

Kuatkan Tebing Hatiku

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Sapaan dari Zon Rahsia Bercinta bertandang lagi dari salah seorang pembaca setia blog ini. Ikuti permasalah sahabat confused Girl. Jika anda berasa berhak untuk menyelesaikan masalah ini persilakan meninggalkan ruang komen di bawah.

Setiap komen ada amat Suri hargai. Terima kasih.

confused Girl on said: Edit

Salam Suri , saya nak minta pendapat ni . kalau kita dah telanjur terima lelaki yang kita jumpa dari laman Facebook , macam mana ya ? saya mmg tidak yakin dengan hubungan kami . saya pernah cakap dengan dia yang saya tidak berharap hubungan kami akan berkekalan, tapi dia tetap degil . walaupun dia kecewa tapi dia masih menaruh harapan . katanya , suatu hari nnti dia pasti akn berkhwin dengan saya . saya bingung , dan saya rasa saya tidak dapat mencintai lelaki yang jauh sangat dari saya . so , macam mana cara saya patut buat supaya dia tidak berharap sangat dengan saya ? saya hampir sudah mencuba semua yang Suri coretkn tapi dia degil sangat . huhu..

Bagaimana kita boleh terlajak mengatur ayat begitu juga bila kita terlanjur mengenal orang di ruang legar maya. Setiap percakapan kita terkadang tanpa sedar boleh membibitkan rasa cinta pada seseorang lebih-lebih lagi saat itu hati anda ada ruang yang kosong..kosong..kosong..

Bagi lelaki mungkin saat itu dia mencuba mengenali anda dalam diam tapi bila di luahkan pada anda, anda menjawabnya dengan seribu satu alasan pun tidak menjadi. Mengapa ya?

Kemungkinan dia selesa bersama dengan anda bila anda on line di muka buku dan di tambahkan lagi lebih menujahkan keadaan bila anda pula masih berdegil tidak menukarkan nick name muka buku lama kepada nick name yang baharu. Bagi Suri, andai Suri di tempat anda Suri akan terus buang muka buku lama dan cipta muka buku baru. Asal kehidupan aman, kepala pun tidak rungsing. Jika anda berani maka sahutlah cabaran Suri.

Yeap anda mungkin akan katakan anda berdaya kuat untuk melupakan dia. Btw bukan senang kan..tapi selalunya lelaki andai dia dah suka or selesa bersama seseorang itu ibarat kalau sudah suka “you cakap apa sahaja dia tetap akan kata dia nak kan anda” tekad kata-kata orang lelaki ini memang macam tu huhu.. Pasal cinta boleh jadi macam-macam perkara. Sebab tu jika anda pernah dengar ada lirik lagu korban cinta ataupun ada sanggup mati kerana ingin mendapatkan cinta semata-mata dari seseorang sungguhpun orang itu sudah ada kekasih, single, tunangan orang, isteri ataupun suami orang..

Buatlah satu keputusan yang muktamad untuk diri anda sendiri sekiranya anda tidak mahu di belenggu oleh perasaan atau tekanan yang kuat sebab kesan ketara anda akan nampak dikemudian hari mungkin banyak cabarannya. Percayalah..

Hapuskan jejak diri anda di ruang maya. Hapuskan juga talian telefon bimbit sekiranya ia perlu untuk itu. Urm.. itupun jika anda ada memberikan no hp kepadanya. Untuk memutuskan sesuatu perhubungan pastikan anda bukan dalam keadaan tertekan tapi dalam keadaan masih boleh di kawal. Sebelum itu awas gerak -geri anda supaya dia tidak sedar anda berbaik padanya bukan bermakna anda suka padanya tapi sebenarnya untuk melupakan dia terus dari kehidupana anda. Sebab selepas itu barulah anda buang muka buku lama dan sebagainya.

HATI kena KUAT jika tak memang dia akan ikut perkembangan anda melalui muka buku dan sebagainya. JIWA mesti KENTAL andai anda berani untuk buat sesuatu jadi NYATA bukan pula sekadar berkata-kata.

Akan tetapi hanya ada tiga perkara dan salah satunya soal jodoh memang tidak berdaya untuk Suri tafsirkan hanya Allah sahajah yang sedia mengetahuinya. Anggap andai dia ada jodoh untuk anda kemungkinan kalian akan bertamu walaupun berpisah beribu batu dan pelbagai dugaan meniti tiba. Namun jika sebaliknya itu bukan pula jodoh anda pasti cinta itu bukan pula untuk milik dia. Sebab Tuhan itu Maha Adil & Maha Mengetahui akan setiap naluri-naluri insan yang diciptakannya.

Share

Ingatkan Tidak Akan Jumpa Lagi

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Hai.. manalah abang saya ini. Makin hari semakin Suri mengira hari saat bakal meninggalkan pejabat ini. Sering juga menyebut namanya heee eh..sekadar kawan sahaja tu. Tapi untuk pengetahuan blogger selama ini abang inilah yang tolong bawakan barang a.k.a hadiah blogger ke tempat kerjanya.

Selau hantar surat-menyurat. Bila terkenang pembantu kanan ni rasa hati berkata-kata. Hai..macam tiada rezeki sahaja nak berjumpa dengan abang saya ini huhu..

Situasi tadi Suri baru sahaja keluar dari kedai salinan pohotostat. Dan tanpa disangka kami bersua muka hii..

Mengucap panjang Suri dibuatnya. Benarlah kata orang kalau kata nak jumpa sangat tu andai Tuhan sudah takdirkan kita waktu untuk berjumpa memang situasi di saat itu akan membuatkan kita ketawa dan tidak mampu bercakap walau sepatah. Tapi lepas dari tiga minit barulah kita mula berkata-kata seperti:-

eh, oh…lah. yer ker? pasal apa?

Simpulannya Suri kata  pada abang posmen “orang ingatkan dah nak berenti kerja ini tak akan jumpa lagi hee..” itulah dia abang posmen :mrgreen:  vroommm..vro00mm..

Psst..pernah tak alamai situasi begini?

Share

Ramadhan Yang Istimewa

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Tahu mesti pembaca semua tengah bosan bila pengurangan entri maklumat di bentangkan di sini. Ini gara-gara kesibukan Suri menguruskan kedai on line. Alhamdulillah atas rezekinya namun harap kalian semua bersabar akan ada entri seperti itu datang menyusul kembali. Sabar ya..

Ramadhan yang istimewa ini akhirnya dapat juga Suri menjejaki dua orang blogger misteri ini. Sah-sah ramai yang menantikan entri  istimewa ini dari Surikan hee… Andai kata sebelum ini dapat jumpa seseorang bernama Bro Maza kali ini dapat jumpa sekali dua orang memang agak terujua juga yop.

Bro H dan Kakak F (hanya Suri panggil F hii) ikut suka hati ayam jer eh..:mrgreen:

Gara-gara Suri buat plan tanpa di rancang. Pertemuan di port biasa Kampung Baru dirakamkan. Jadi agak terkejut sangat sebab yang di sapa adalah medan maya tapi apabila berjumpa secara real rasanya amat teruja sekali. Sekali tiba-tiba dapat berjumpa bertentang mata apa lagi gosip baik-baiklah di sana. Boleh percaya ker?

Tara!! inilah Kak F & Suri gambar kami dari jarak dekat.

Bak kata Bro H sambil makan sambil menggeteh hii… Kami sempat berbuka bersama pada ramadhan yang pertama. Ternyata perjumpaan ini sememangnya cukup manis bagi kedua buah keluarga kami.

Tidak akan dilupakan walaupun sampai bila-bila. Terima kasih untuk dua blogger ini sebab sudi berjumpa dengan Suri. Walaupun tidak lama tapi ia masih segar di sanubari.

Share

Mukaku Jadi Ungu Kerana H

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Masih jam 4.00 petang waktu itu tapi bukan pula situasinya di KLIA tapi di pajabat Suri. Benar-benar depan blog cahayacinta.com. Cerita tentang dua orang misteri itu masih Suri pegang pada janji namun apa yang bisa di ungkapkan inilah yang terjadi.

blog di godam

blog di godam

Malaslah ingin cerita panjang dugaan datang tanpa di sedari. Kini Semuanya telah kembali pulih. Barisan keyword perlu di kuatkan lagi nampak gayanya. Dan yang pasti wajahku bertukar warna ungu haaaa..But ini bukan gambar Mona Lisa wei hee.. tunggulah ada mood baru image ini akan di tukarkan. Huhu..Serius Suri sangat-sangat keletihan tidur pun tidak cukup.. pinjamkan bahu jap nak bersandar kalu tak der juga pelok laptop ar gamaknya..

Share

Bila Pelangi Hadir

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Kebesaran Tuhan tiada tandiganNya. Petang jumaat itu semasa Suri makan laksa di kedai Mee Rebus Ramli membuatkan hati leka memandang tompokan awan di atas dada langit. Subahanallah begitu cantik sekali biasan cahaya yang di simbah pelangi membuatkan Suri mengambil gambar dari jauh beberapa kali. Serius memang jauh jarak nak mengambilnya tapi sedaya boleh tetap mahu snap juga!

Geram juga sebab si samsung ini tidak berdaya untuk zoom lebih dekat gerr… eii.. gua tempelang karang..:evil:

Gambar Pelangi

7.31 malam ha.. ha cantik tak? jenuh sanp sampai 3x ni

Sungguhpun dari jarak jauh gambar di ambil tidak kelihantan cantik dengan menggunakan telefon bimbit bersaiz kecil tapi bagi Suri ia penuh bermakna bila kita dapat merakamkan saat manis itu menjelang esoknya ramadhan.

Gambar Pelangi

Bagi saiz lebar pula..

Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

Gambar Pelangi

Tegak semula. Indahnya alam.

Pelangi dihasilkan apabila cahaya mula terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk seperti melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk seakan bulat/sfera. Namun kebiasanya bahagian bawah pelangi itu biasanya “terlindung” oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.

kredit sumber google+ edit by Suri.

Share

Ada Sesuatu Di Sini

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

4.33 petang berkampung di KLIA, Kuala Lumpur. Mujur ada wifi di sini makanya dapat jugalah melepaskan gian mengadap blog walaupun tidak terlalu lama seperti hari-hari biasa.

blogger tegar

blogger tegar

Hurm.. sejuk duduk lama-lama di sini tapi ada satu cerita yang agak seronok juga untuk di kongsikan pada semua. Tapi tungulah hari isnin nanti nghee.. Satu pertemuan tidak dapat di jangkakan. Saat manis yang agak sukar di lupakan.

buat kerja 2 dalam 1

buat kerja 2 dalam 1

Nantikan kemunculannya di sini. Sampai berjumpa lagi dan selamat menjalani ibadah puasa dari Suri. Semoga berjumpa di lain entri lagi.

 

Share