Take Care My Friends

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Suri akan meninggalkan dunia blog ini untuk beberapa detik memberi ruang pada diri untuk bersendiri..

Tidak tahu berapa lama kemungkinan sehari dua atau sebulan ke tiga bulan berikutnya..

..Terkadang ruang yang kosong perlu di tinggalkan seketika bagi memberi ruang rakan-rakan lain beraksi heee.

Maafkan segala kekasaran dan gurauan dari hati andai ada yang terasa hati. Jaga diri baik-baik andai ada rindu jejak Suri di laman blog ini..

Ada rezeki kita jumpa lagi.

Insyallah.

Share

Api-Api Part II

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Khasiat Biji Pokok Api-Api.

Tahukah kawan-kawan pokok buah apai-api yang segar tidak boleh di makan. Akan tetapi buahnya yang gugur menandakan isi didalamnya masih mampu di olah  dengan cara di buang kulit luaranya. Bakinya dimana biji-biji buah api di rendam dalam air selama dua malam bagi melembutkan dan menghilangkan getahnya.

Setelah itu barulah biji-biji tersebut di rebus dan dihancurkan untuk dijadikan sebagai tepung. Tepung inilah boleh di buat kuih seperti kuih koci ataupun kuih buah melaka.

Bisul.

Manfaat Pokok Api-Api.

  • Resin yang keluar dari kulit batang pokok api-api dikatakan bersifat afrodisiak mengubat penawar sakit gigi.
  • Biji-bijinya pula boleh di tumbuk di pupuk pada bahagian kulit bisul yang sakit bagi tujuan mempercepatkan kematangan bisul.
  • Manakala abu daripada kayu pokok api-api yang mengandungi banyak alkali boleh di hasilkan sebagai sabun di India.

p/s: Harap maklum ini adalah persediaan perubatan tradisional sahaja. Anda dinasihatkan supaya berjumpa dan dapatkan rawatan doktor sebelum mencuba  perkara-perkara di atas.

Antara jenis-jenis pokok api-api yang wajib tahu:-

  • Pokok Api-Api Jambu
  • Pokok Api-Api Ludat
  • Pokok Api-Api Bulu
  • Pokok Api-Api Putih

Share

Panduan Menguruskan Geram

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Suri baru sahaja selesai membungkus nasi lemak ayam madu satu barang huu.. aje lambat sahaja nak hadap blog huhu.. Di fikirkan mahu kongsikan topik pokok api-api tapi mood nak bercerita panjang masih lemau lagi huhu..

Masih ingatkah akan entri Suri pada penghujung tahun lepas Senaraikan Geram! Haa.. ada orang melepaskan tekanan geram dengan cara membalas geram itu kepada seseorang seperti balas dendam dengan cara membunuh, menghantar sihir tuju-tuju kepada orang yang amat di bencinya, bahkan cuba meruntuhkan rumahtangga orang atau hubungan sesama manusia dan pelabagai cara geram boleh di kelaskan dalam satu masalah geram!

Ingat perasaan geram jika di simpan lama tidak akan menjadikan anda seorang yang lebih baik tapi akan menjadi anda seorang yang emo, bengis, berhati hitam selalu!

Bagaimana cara mengatasi geram!

Kita Kawan Bukan Lawan.

Selalunya orang akan menggunakan burung cip-cip sebagai luahan di layar maya tapi tidak kurangnya juga di cinta muka buku medan wall huhu.. Cara yang salah ini banyak orang menggunakannya tapi anda sendiri tidak sedar bahawa ia menampakkan anda seorang yang tidak dapat menahan perasaan gejolah geram marah dengan cara baik.

Apa kata anda mencari seorang rakan yang boleh di percayai sedia mendegar keluh -kesah anda sewaktu susah mahupun senang. Ingat cari kawan yang anda kenal lebih lama bukan kawan atau sahabat yang baru berkenalan seminggu dua, anda sudah berani cerita itu ini pada dia memang kes makan diri sendirilah jawabnya.

Masak, Makan.. lama-lama badan pun naik hee

Minat

Ada orang minat bersukan maka dia akan cuba melepaskan kemarahan geramnya dengan cara bermain badminton, tenis, berkuda, berenang, memasak, panjat gunung turun gunung, berbasikal, kraftangan, menyanyi sendiri dan sebagainya. Percayalah dengan mencuba menghabiskan diri dengan cara beriadah kadangkala juga ia dapat menenagkan fikiran.

Ibarat menghayunkan bola tenis kepada pihak lawan sedaya kuat seperti anda melepaskan perasaan geram itu pada bola tersebut. Bola tenis itu akan pergi dan rasa geram ke arah pihak lawan! Bola di pukul seperti mangsa yang anda geram hee.. Badan sihat, otak pun cerdas insyallah perasaan geram akan hilang jika anda selalu bersukan secara konsisten.

Depan-depan

Ada yang berani melepaskan geram secara berdepan dengan musuh. Tapi kesudahannya tidak akan membawa anda kemana-mana. Sebaliknya akan semarakkan lagi api kemarahan geram yang semakin melupa-lupa. Andai ada antara satu pihak ingin berdamai mengapa anda tidak bersikap sedemikian rupa?

Berdamai cara baik memang bukan satu perkara yang mudah tapi dalamnya ada keindahan disebaliknya. Akuilah kesilapan diri andai kita rasa itu salah kita sebab geram tidak bertepi. Jika agak suakr mencuba melenyapkannya dan katakan pada diri geram kalau di simpan lama-lama bukan akan membawa penawar tapi makin di sukai oleh jin apatah lagi syaitan. Geram boleh disifatkan sebagai membunuh rasa murni yang ada dalam hati. Sematkan dalam diri sikap geram, marah tidak indah tapi sifat beristifar sebaiknya akan mendapat pahala dariNYA.

Pencipta.

Kembalikan diri pada Pencipta. Geram yang tiada kesudahan kelak akan membinasakan diri tapi cuba mendekatkan diri padaNYA. Cuba beringat akan kematian. Ingat mati ingat beristifar. Tuhan menciptakan hati setiap manusia dengan begitu indah sekali sayang andai kalian merosakkan hati bersih itu degan perasaan yang agak sebal. Hati yang baik hati selalu berzikir dan sering mohon keampunan dariNYA. Belajarlah kawal hati insyallah perasaan geram anda akan sedikit luntur bak gugurnya daun di atas dada bumi.

Jangan berikan pelbagai alasan untuk sukar menghapuskannya sememangnya itulah kita sebagai manusiaNya. Sungguh lemah dan tidak berdaya. Di mana kita berasal di situ juga kita akan dikembalikan.

G.O.L.B 

Bukan goblog tapi cuba terbalikkan perkatan itu pada asalnya semula. Ada bagusnya juga jika anda mempunyai satu blog peribadi seperti Suri hee.. tapi awas jangan sampai kemarahan anda melampaui batas dalam melepaskan marah secara melulu takut-takut jika pembaca yang sedia membaca entri anda dalam diam agak terasa dalam bait-bait yang anda kiaskan walhal itu adalah masalah anda. Tapi harus diingat anda sebagai penulis tidak di galakkan menyentuh isu-isu yang sensetif berkait rapat dengan politik sama sekali, apatah lagi bab-bab menyentuh hal perkauman dan sebagainya sehingga membuatkan orang terasa panas hati tak ka;a membaca entri anda.

Bergolb secara sihat dan cuba mengawal intonasi penulisan dengan cara yang baik supaya pembawakan jalan cerita anda tidak membuatakan hati mana-mana pihak tergugat sebaliknya mereka respet anda kerana anda berjaya menjiwa jalan setiap entri anda di garap dengan baik. Entri yang di tulis dengan nada yang agak keras selalunya akan di sudahi dengan rasa sesal tapi sebaliknya jika di akhiri dengan kesudahan yang baik pasti penghujung pembacaan akan membuat orang tersenyum.

Haa..ini port lepak Suri kampungku!

Kedamaian.

Sebahagian orang suka mencari kedamaian dengan menjerit. Waduh…dasyat juga tapi pastikan jeritan anda di atas bukit hee.. bukan di kawasan perumahan silap hari jiran-jiran akan baling depan rumah anda periuk, penyapu dan sebagainya hee..

Molek juga masuk ke ceruk hutan untung-untung anda lulus dalam pemlilihan akademi tarzan hee ..Jangan marah tapi bergurau sahaja. Tengok anda sudah geram! Kata orang lelaki andai menjerit okey lagi tapi kalu perempuan menjerit..melolong malu juga Suri dibuatnya heee..

Kesimpulannya banyak cara untuk anda melepaskan nafsu geram itu. Bijak memilih pasti ia akan membawa kesan yang baik pada kehidupan anda kelak. Jika salah memilih caranya Suri pasti selagi itulah masalah anda tidak akan dapat di atasi dengan jayanya.

Selamat menguruskan Geram =)

Share

Api-Api

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Pokok api-api ialah sejenis pokok bakau yang sering hidup meliar bersama-sama pokok bakau jenis lain di gigian pantai berlumpur. Mengikut beberapa kajian pokok api -api ini terdapat di pantai tropika seluruh dunia dan di kawasan asia pula terdapat empat hingga lima spesis sahaja.

Pokok api-api boleh mencapai ketinggian tujuh ke sepuluh meter. Manakala akar udaranya agak panjang ke luar dari lumpur di bawah pokok berbaris-baris mengikut panjang akar sisinya.

Daunnya berwarna hijau tua, licin dan berkilat.  Manakala permukaan di bawah daunya pula berwarna pucat dan sedikit berdebu. Bentuknya pula kecil dan membulat di hujungnya. Biasanya pokok api-api ini boleh mencecah sehingga ke tiga ke lapan meter panjang. Bunganya mempunyai empat kelopak dan hanya mengeluarkan warna kuning, jenis jambak panikel yang kecil.

Buahnya jenis kapsul dan berwarna hijau kelabu. Manakala kulitnya bak sampul yang berwarna hijau muda membaluti bijinya. Bagi kulitnya pula mudah ditanggalkan, akan menampakkan biji yang licin dan berwarrna cokelat kehijauan.

Buah api-api tidak di…sambung..Panjang-panjang baca bosan pulak hiii

Share

Kisah Khalifah Dan Khadamnya

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Hari ini Suri bercuti. Ikutkan seminggu bos bagi cuti hee tapi Suri cuma ambil hari jumaat sahaja. Kerja rumah menjadi rutin biasa sambil-sambil mengajar anak membasuh pinggan mangkuk, cawan di ceruk dapur memang satu perkara yang menyeronokkan!

Sambil memegang tangan dia kita boleh tiup buih sabun dekat muka diaa haa.. Haiye..bila mahu tidur ar tak senang nak update blog =======-=============== titik ni kerja dia yang tekan punat keyboard laptopku….1.15 tengahari dia tertidur…

Sementara dia lena buai omokan botol susu meh sini dekat-dekat mendegar kisah nan satu ini. Semoga memberi manfaat atau pengajaran buat kita semua bersempena hari yang mulia ini.

Setelah selesai menjalankan tugas pemerintahan, Khalifah Umar Bin Abdul Aziz pun masuk ke bilik untuk berehat. Namun cuaca pada hari itu terlalu panas sehinggakan menyebabkan baginda agak sukar untuk melelapkan anak mata seperti biasa walaupun dalam sekelip mata.

Akibat tidak tahan bila keadaan panas sebegitu maka beliau meminta bantuan dari kadamnya supaya mengipaskan untuknya. Tanpa banyak bicara lalu khadamnya pun mengipas tuanya sehingga menyebabkan baginda tertidur dengan begitu lena.

Sedang baginda di ulik lena maka baginda pun terjaga apabila mengetahui kepanasan badan pada waktu itu tidak sesejuk ketika dikipas sebelum ini.

Apa agaknya yang terjadi ya kawan-kawan?

Haa.. rupa-rupanya khadamnya telah tidur sekalilah heee..

Lantas baginda terlihat kipas itu di sisi khadam tanpa mengambil masa yang agak lama baginda pun mula mengipas khadamnya pula. Akibat dari tindakan baginda / khalifah itu berbuat demikian khadam pun agak terperanjat dan agak merasa serba salah atas perilaku khalifah itu.

Berkata khalifah pada khadamnya ” Tidak mengapa. Bukankah kamu juga seorang manusia yang sama seperti saya memerlukan kipas?”.

Petik aNIS 03_ubahsuai ayat_suri

Share

Kenali Nama-Nama Malaikat

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Mereka yang mulia sememangnya wujud. Sama ada kita sedar atau sebaliknya itulah salah satu rukun iman kedua. Rugi jika kita melupai nama-nama indah. Mari kawan kita hayati dan cuba hafal namanya.

Mari mengenal 10 malaikat
Dicipta Allah daripada cahaya
Ianya juga rukun iman ke dua
Mari bersama kita hafal namanya

Jibril,Mikail,Ridhwan, Malik
Mungkar, Nakir, Raqib, Atid
Izrail, Israfil semuanya
10 malaikat kita hafal namanya

Malaikat Jibril menyampaikan wahyu
Daripada Allah kepada rasulnya
Mikail pula turunkan rezeki
Dapat rezeki ucaplah Alhamdulillah

Malaikat Ridhwan menjaga syurga
Wajahnya manis berseri sinarnya
Malaikat Malik menjaga neraka
Berdoalah kita moga tidak ke sana

Mungkar dan Nakir menyoal di dalam kubur
Roqib dan Atid catit kebaikan dan kejahatan

Izrail pula mencabut nyawa
Moga kita mati dalam Husnul Khotimah
Israfil pula meniup sangkakala
Itulah tanda dunia kiamat akhirnya

Sambil menyanyi kita hafal namanya
10 malaikat mari hafal namanya
Jibrail, Mikail, Ridhwan, Malik
Mungkar, Nakir, Raqib, Atid
Izrail, Israfil semuanya
10 malaikat mari hafal namanya

httpv://www.youtube.com/watch?v=4RwmT5aCSl8

Raihan -10 Malaikat_Senyum

Share

Masa Mengaut Untung Di Biar Begitu Sahaja

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Update entri dan kemudian balas komen..jalan ke blog kawan-kawan membuatkan anak mata semakin mengecil hi..hihi..setakat inilah yang mampu di gerkan jemari. Insyallah besok boleh sambung lagi.

Rabu kawan depan pejabat Suri tidak membawa bekal. Suri bawa bekal habisnya pagi tadi tak sempat di bawa ke belah tengahari huhuhu..

Lihat peniaga melayu berniaga di bawah sana masih tutup gerai jualan mereka. Hari ini hari khamis keadaan yang sama berlaku lagi. Kata Suri rugi orang melayu tidak berniaga sebab dah tentu jika mereka berniaga mereka dapat kaut untung lebih sebab peniaga cina sah-sah tutup kedai sampai hari jumaat ini. Dan ramai juga pekerja cina yang masih berkerja waktu bercuti ini.

Orang melayu punya cuti berniaga mengalahkan orang cina sambut tahun baru..

pstt..entri dari blogspot wewe..

Share

Geomagnetic Storm

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Ingin masak pun tak sempat tapi asyik mengending depan dia sampaikan si dia pun membaca beralih-alih tempat sebagai tanda tidak senang dengan tingkah Suri. Uh buruk sungguh perangaiku guman dalam hati gee… acam nak menggoda suamilah pulak. Tapi mujur Suri tidak gedebuk gara-gara nak baca sangat lampiran itu.

“Kita nak baca lampiran ribut itu dia pulak sibuk tengok bola! Deih.. eii bagilah saya nak baca sekejap..” Jika tidak saya tak mahu masak untuk makan malam ini haaaa..

Akhirnya dia pun garu kepala. Kenapa nak sangat baca surat khbar ini? Selau tak ada buat perangai begini pun..

Bila bertukar tangan Suri bacalah tanpa menghiraukan “siaran radio” tu bercakap sendiri..sendiri hiii..

..Sampai di pejabat hati masih memikirkan entri apa yang paling bagus untuk kongsikan..? Lalu terdetik di ingatan tentang Geomagnetic Storm atau dalam bahasa melayu kita menyebut ribut solar yang merupakan satu fenomena yang sedang melanda bumi kita.

Tidak perlu di kupaskan di lama blog ini sebab jika sahabat mencari Suri yakin akan banyak bahan ilmu yang bakal kalian temui. Cuma yang menarik perhatian Suri bila melihat lampiran youtube ini mendekatkan kita pada ketakutan..gerun dan terdiam seketika..

Bila sang matahari meghamburkan isi di dalamnya…
httpv://www.youtube.com/watch?v=Q_3u_0NN7OM
itulah salah satu petanda kebesaranNYA dan sentiasalah beringat dunia ini tidak akan bertahan lama..sampai saatnya akan menemui pengakhiran jua..

update_youtube dibawah

httpv://www.youtube.com/watch?v=raiPqzAZ1WI

 

Bumi menanti masa untuk berdepan dengan ribut solar terkuat di abad ini kata helaian beberapa akhbar tempatan..

Manakala matahari sering kali memuntahkan bahannya tanpa segan menyedut kembali ke dasarnya semula..

Lorong kecil terbitnya 3 tapi yang satu punahnya terkena kita pasti bahaya membawa mati…

Usah di risau pada sang mentari andai itu kerja dia sepajang berabad lamanya..

Jangan di halang jika itu kehendak dariNYA.. Namun siapkan perisaimu, kebalkan ketaqwaan, ikhlaskan hatimu dalam setiap perbuatan mahupun tingkahmu Insyallah kau akan menjadi sebaik-baik hamba yang tahan di ujian perkasa dalam jasad.

Renung..renungkan akan kekuasaannya.. jangan leka walau sekali.

Share

Jangan Panas..Panas..

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Hujung minggu yang lepas sempat Suri membawa diri ke Kuala Lumpur. Walaupun ada berkeinginan ingin ke Port Dickson hajat di lupakan apabila memikirkan jem..jem..jem.. tiada kesudahannya..

Port cun kami pergi ke Sogo. Semua orang tahu dimana tempat membeli-belah yang best dan berbaloi-baloi.  Kena pula time sale aje gila semua barang nak sumbatkan dalam troli. Erk… selalu Suri tidaklah begitu namun suka membeli pakaian anak sahaja.

Kalau harga asal RM 60.00 apabila harga di kerat, di potong baki tinggal RM 20.00 sehelai memang jadi belut panas dapat masuk dalam mulut ar jawabnya apabila memborong pakaian anak haaa..sekali dua di libas hu.lalala.. dan kemudian Suri membuat aksi ala-ala unta padang pasirlah..

Waktu ingin pulang ke tempat letak kereta dengan hati penuh ceria. Hakikatnya kesudahan itu tidak berpanjangan akibat daripada tempat parking tiket mengalami masalah agak teruk. Hampir seluruh kawasan tempat letak kereta jem di tambah dengan kereta berebut-rebut nak keluar cepat.

Paling panas kami sudah duduk dalam kereta hampir dua jam. Mujur tak jadi kebab! boleh di makan begitu aja. Kami mengikut arus keluar siap ikut pusing memanjang lagi. Ada pula beberapa kenderaan yang tidak berhati -perut depa boleh pula buat jalan shortcut! Den rasa mau je sagat kereta dia! Tak menyenpat punya orang!

Bila pemandu tidak sabar perkara yang boleh di jalani sebaiknya mulalah mengkecohkan keadaan. Pon saya ..pon sini. Memekakkan cuping telinga sahaja. Atau mereka tidak bertamadun membunyikan hon sesuka hati huhuhu..

Di sinilah sebenarnya sikap seseorang pemandu itu kita boleh lihat sama ada dia punyai sifat sabar, pentingkan diri sendiri atau sebaliknya.

Akhir kami dapat keluar setelah malalui stage 3 dengan rasa sabar di hati huhu..Itu bernasib baik sebab pihak pekerja Soga ada bukak laluan jalan susur keluar yang lain untuk kami maka perjalanan kami terukir gembira :)

Apapun memang selalu pihak SOGO buat sales..kayalah tauke SOGO  :P

Share

Bowlingové Gule

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Hai selamat berkerja pada yang baru masuk berkerja hari ini. Mood Suri still merewang lagi hati menguntum senyum sendiri-sendiri walhal dalam pejabat ini Suri sorang je yang berkerja haaa..

Cerita yang ingin di kongsikan tengahari ini bagaimana bola bowling di hasilkan. Mesti ada di antara rakan-rakan Suri yang pandai bermain bowling. Tapi tahukah kawan-kawan apakah isi didalamnya? bagaimana menghasilkan tone warna-warni yang menarik ?

Bola bowling.

Haa.. tanpa membuang masa ayuh kita tonton youtube seperti di bawah:-

httpv://www.youtube.com/watch?v=qTUHnvZSnns

Suri tak pernah main bowling..kena ar minta tolong kawan-kawan ajarkan.. eRk…tapi hati-hati semasa main bowling kalau boleh di nasihatkan JANGAN sesekali memakai cincin. Sebab ada kes jari cedera parah akibat tersekat dalam lubang tarikan cincin tersebut huhuhu..ar..

Share