Tanda dan Kesan Kekurangan Air Dalam Badan

Salam petang untuk semua..

Tanpa kita sedar penghujung bulan september telahpun sampai ke destinasi akhirnya. Semoga segala  perkara yang terlakar sama ada perkara pahit mahupun manis akan kita tinggalkan ia dengan segugus memori yang tidaka akan dilupakan. Moga-moga kedatangan bulan oktober akan kita jadikannya lebih baik dari bulan-bulan yang sebelumnya. :)

Sebagai entri penutup bulan september ini Suri ada satu panduan yang nak Suri kongsikan pada sahabat semua. Kali ini perihal tentang air suam pula. Apa yang nak Suri ketengahkan disini adalah tanda-tanda dan kesannya jika seseorang individu itu kurang mengambil berat akan miuman yang satu ini.

Suri rasa mungkin sebab air suam ini berwarna putih, tiada rasa manis-manis buah, maka atas dasar itulah kebanyakan dari kita kurang menyukai minuman ini. Malah ada juga yang cuba menjauhinya!! huhuhu..

Baiklah tanpa membaung masa mari kita teliti sama-sama apakah tanda - tanda kekurangan air suam dan apakah kesannya kepada tubuh manusia:-

  • Badan yang selalu bergerak kesana kemari akan cepat mengalami keletihan kerana kekurangan air dalam badan.
  • Bagi kanak-kanak pula akan menjadikannya kurang aktif.
  • Sekiranya seseorang itu kurang minum air ia akan menyebabkan seseorang itu mudah diserang demam.
  • Bahagian bibir anda juga tidak lembab seperti seseorang yang normal yang gemar meminum air suam.
  •  Badan akan mudah merasa letih akibat keletihan badan yang tidak mempunyai cecair mencukupi.
  • Menyukarkan anda untuk membuang air besar dengan lancar.
  • Warna air  kencing anda akan menjadi sedikit dan pekat.
  • Takala anda sedang menangis pasti air mata yang bakal anda hasilkan adalah dalam jumlah yang sedikit.
  • Bahagian otot-otot anda akan berasa lemah dan tidak bermaya.
  • Bagi yang selalu menghadapi migren, sekiranya anda kurang mengambil minuman ini akan menyebabkan anda sering sakit kepala dan pening serta – merta.

u13828219

  • Malah ada juga dalam kes-kes yang tertentu akan membuatkan seseorang itu pengsan secara tiba-tiba.  Ini akibat ketiadaan air dalam tubuh untuk menyerap badan.
  • Kulit kaki anda akan nampak bersisik / kulit kering.
  • Kulit wajah akan nampak kusam.
  • Tubuh anda akan kurang menghasilkan peluh ekoran dari kekuragan air dalam badan anda.
  • Perjalanan makanan anda didalam usus tidak akan dapat disempurnakan dalam keadaan yang baik.
  • Organ anda tidak akan dapat berfungi dengan sempurna seperti untuk mengepam darah  dan sebagainya.
Share

Dunkin’ Donut

Salam pagi untuk semua.. :)
Pada perang dunia pertama, seorang pegawai tentera iaitu Kapten Hanson Crockett Gregory mendapati adunan kuih yang digoreng untuk anggota tentera tidak masak pada bahagian tengahnya. Peristiwa itu berlaku pada tahun 1847.
Oleh itu,beliau telah membuat lubang pada bahagian tengah kuih tersebut. Apabila dimasak,tiada lagi bahagian yang tidak masak pada kuih itu. Malah, kuih itu menjadi semakin sedap. Sejak itu , kuih yang berlubang di tengah itu dipanggil donut.

 

Donut menjadi makanan kegemaran anggota tentera. Malah , donut dijadikan makanan penghormatan bagi tentera yang pulang berjuang. Di Chicago telah ditetapkan pada 4 dan 5 Jun sebagai Hari Donut.
dunking-donuts-asia
Dengan populariti donut, secara tidak langsung telah mendorong seorang pengusaha makanan iaitu William Rosenberg untuk menjual donut sebagai salah satu menu utama di kedainya. Rosenberg telah membuka kedai kopi dan donut pada tahun 1948 dengan nama Open Kettle di Quincy, Massachusetts. Pada tahun1950, beliau menukarkan nama kedainya Dunkin’ Donuts.

 

Dunkin’ Donut  menjadi terkenal dalam sekelip mata ke seluruh dunia hingga sekarang. Pelbagai jenis donut dihasilkan dan dijual di Dunkin’ Donuts.
 
Sumber Diatas Didiku.
Update!!
Sedikit latar belakang Dari Pengasas Dunkin ‘Donuts :-
rosenberg-smNama: William Rosenberg
Di Lahir: 10-Jun-1916
Tempat lahir: Dorchester, MA
Meninggal pada: 20-September-2002
Lokasi kematian: Mashpee, MA
Punca kematian: Kanser
 
Sesekali makan dunkin’ donut ni boleh juga nak-nak perisa coklat yang kemudian ditabur dengan pelbagai manik warna – warni.. sedap tu.. Tapi awas jangan makan selalu. Sebab manis heee.. Selera kawan-kawan pula bagaimana?
Share

Berharap Agar Anda Dapat Membantu Saya

Sepetang yang mendamaikan..

lalu ku berjalan dipersisiran pantai sambil memanjakan kaki di gigi air masin..

Opss!! Topiku terbang dibawa angin.. siapa gerangan yang boleh membantuku untuk mengambil topi tersebut..

tengok! topi tu dibawa jauh oleh angin yang tanpa segan silu melayarkan dia diatas pokok huhu..

Cop!! cop!!!

spring

Semalam Suri ada satu kes. Tentang seorang sahabat yang bernama Pn Ros. Dia ada memberitahu pada Suri mengenai masalah blognya tidak boleh berfungsi dengan sebaiknya. Nama blog sahabat kita ini adalah mrsaqur.blogspot.com.

Apakah masalah dia? Ayuh kita bantu rakan kita ini dalam menyelesaikannya bersama-sama. Pada yang mahir menggunakan blogspot seperti sahabat kita ini bantuan anda amatlah diperlukan sekali.

pn.Ros
salam
nak tanya
tak tau da nak tanya sapa hehe
saya nyer blog ada masalah
boleh buka tp, bila nak g edit design , atau new post semua tak boleh
kenapa ya?

hope u can help me…
emel me pliz if u can help atau emailkan ia di
[email protected]

Kesudian sahabat dalam membantu amatlah diharagi ;) :)

Share

Tewas Di Malam Valentine

Sejauh manapun hubungan CINTA itu..

Jaganlah sesekali ia  dicemari dengan noda-noda yang  HITAM

Petang itu Malek balik kerja lebih awal daripada biasa. Sampai rumah, Malek Marzoki nama sebenarnya beumur 20 tahun, terus mandi dan bersiap-siap untuk keluar. Maklumlah, 13 Februari, jadi malam ini tentu semua orang yang sedang bercinta seperti dirinya akan menyambut Valentine’s Day dengan orang tersayang. Tambahan pula ini adalah cinta pertamanya.

Hari ini Malek berasa terlalu bahagia. Jarum jam terasa begitu lambat berputar. Malek tidak sabar lagi hendak bertemu Linda, kekasih yang baru sebulan dikenalinya. Malek mengenali Linda pun melalui ‘chatting’ di Internet.

Sejak itu selalulah mereka bergayut di telefon, menghantar gambar melalui e-mel, cuma keluar bersama saja belum kerana tidak bersekempatan. Tapi tanpa disangka, pelawaan ajak-ajak ayam Malek semalam berbaloi.

Mulanya Malek hanya main-main saja, tetapi tidak sangka pula Linda serius. Bak orang mengantuk disorongkan bantal, Malek tidak akan lepaskan peluang tersebut. Itulah yang membuatkan semalaman Malek tidak lena tidur kerana tidak sabar lagi hendak menunggu malam ini.

Akhirnya saat yang dinanti-nantikan pun tiba. Linda kini berada di depan mata. Memang cantik, jauh lebih cantik daripada gambar yang pernah Malek lihat sebelum ini. Malek memberikan Linda sekuntum Ros Merah kepadanya.

Malek berharap, sekurang-kurang biarlah Linda tahu yang dia tidaklah kolot sangat, walaupun seumur hidup Malek tidak pernah melakukannya. Maklumlah, Malek bekas pelajar sekolah agama, sembahyang tidak pernah lalai. Kalau kawan-kawan serumah Malek tahu, memang mereka semua akan terkejut.

Setelah menjamu selera dan menonton wayang, Malek tidak tahu apa lagi yang hendak dibualkan. Hari sudah lewat malam, sejuknya mula terasa. Pada ketika itulah, tiba-tiba timbul niat jahat di hati Malek. Dia cuba menepisnya, tapi darah muda sudah menguasai fikirannya.

Malek berasa rugi pula sekiranya dia menghantar Linda pulang. Lagipun, Linda kelihatan begitu manja dengannya. Senyuman Linda, lirikan mata serta lentok tubuhnya seperti memberitahu dia masih ingin terus bersama Malek. Dia ingin menghabiskan malam Valentine’s ini bersama sang kekasihnya.

Seluruh badan Malek terasa bahang. Suatu perasaan panas bagaikan menggeletar dalam urat sarafnya.Cerita-cerita biru yang didengarnya daripada Rahman, kawan serumahnya tentang hubungan asmara dia dengan teman-teman wanitanya, terngiang-ngiang semula di telinga Malek.

Bukan itu saja, Rahman turut menceritakan bagaimana mudahnya dia memperdayakan gadis-gadis, baik yang berpelajaran rendah mahupun penuntut IPT, hingga akhirnya mereka serahkan segala-galanya. Setelah itu, Rahman ceritakan pula taktik-taktik bagaimana hendak meninggalkan gadis-gadis tersebut. Memang ketika mendengar itu malek marah dengan perbuatan Rahman kerana merosakkan gadis-gadis tersebut, tapi malam ini…?

Malek ingat pada dosa, tetapi dia tidak mahu melepaskan keseronokan ini. Dia tidak pernah melalui saat berdua-duaan bersama sang gadis seperti ini. Strategi-strategi yang pernah diceritakan oleh Rahman, bermain-main semula di fikirannya. Tapi…patutkah dilakukannya kepada Linda?

Malek menggigil. Malek teringat pengajian agamanya selama enam tahun di sekolah agama dahulu. Malek masih belum lupa lagi pada firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 68 yang bermaksud,

“Barang siapa melakukan demikian (syirik, membunuh jiwa tanpa hak dan berzina) ia akan diseksa berlipat ganda di akhirat dan dikekalkan azab ke atasnya dalam keadaan amat hina sekali.”

Begitu juga, bagai terngiang-ngiang lagi suara ustaznya membacakan hadis Nabi yang maksudnya,

“Barang siapa berzina atau minum arak, maka Allah mencabut iman dari dadanya seperti orang menanggalkan pakaiannya daripada badan.”

Tapi gelodak jiwa mudanya bagaikan api yang sedang marak…

Hendak buat atau tidak? Malek di persimpangan. Ahh, alang-alang mandi biar terus basah. Sekali ini saja. Nanti aku taubatlah, Malek berkata di dalam hati. Linda pula Malek tengok seperti tidak kisah saja bila dia mengusap-usap tangannya. Malah Linda ketawa pula bila lihat muka Malek pucat dan jeri-jemarinya menggigil.

Malek rasa tercabar. Malek terfikir, kalau dia lakukan lebih daripada itu pun, mesti Linda tidak kisah. Antara takut kerana teringatkan ilmu agama yang dipelajarinya serta hangatnya cerita-cerita asmara yang diceritakan oleh Rahman dan kawan-kawannya, Malek pilih yang kedua. Lantas Malek terus mengajak Linda bermalam di rumahnya. Malam ini malam Valentine’s, kata Malek. Linda tanpa banyak soal, terus setuju.

ban_casal13

Sampai di rumahnya, Malek lihat suasana sunyi sepi. Gelap. Tiada seorang pun kawannya di rumah. Rahman? Ah, dia tentu saja sedang bermalam dengan gadis yang baru diperdayakannya. Malek tidak mahu lepaskan peluang ini! Televisyen dibuka, Malek susun strategi yang pernah diceritakan padanya. Malek tidak mahu gelojoh, nanti malu pula pada Linda. Walaupun nampaknya Linda seperti gadis yang boleh ditinggal-tinggalkan, tapi Malek tidak mahu terburu-buru.

Malam itu, zahirnya mata Malek terpaku di kaca TV, tapi hakikatnya otak Malek sedang menyerewang jauh. Linda pula bukan main manja lagi, sambil menonton kepalanya dilentokkan ke bahu Malek. Apabila sudah mendapat lampu hijau, Malek tidak mahu berdiam diri. Dengan penuh kelelakian. Malek merangkul bahu Linda lalu direbahkan ke ribanya. Dia sudah membayangkan ‘sesuatu’ yang akan berlaku malam ini, dan….

TOK! TOK!! TOKKK!!!
TOK! TOK!! TOK!!!

 

Tiba-tiba pintu rumah diketuk dengan kuat. Malek kelam-kabut. Linda yang tadi berbaring di ribaannya, bingkas bangun membetulkan pakaian. Malek terus memperlahankan suara TV untuk memastikan apa yang didengarnya tadi bukanlah sekadar khayalan atau mimpi.

ASSALAMUALAIKUM!
ASSALAMUALAIKUMM!!

Kedengaran pula suara orang memberi salam dari luar. Malek panik. Kalau hendah dikatakan kawan serumahnya balik, mustahil kerana setahu Malek mereka semua ada kunci sendiri. Masuk saja, tidak perlu beri salam. Malek mula tidak tentu arah. Muka Linda berpeluh dan pucat lesi.

“Waalaikumsalam…siapa tu?” jawab Malek memberanikan diri.

“Ini JAIS…boleh tolong buka pintu tak?” jawab suara dari luar.

JAIS??? Apabila terdengar saja jawapan itu, seluruh anggota badan Malek menjadi lemah longlai. Terus Malek terbayangkan wajah ibu bapa dan adik-beradiknya dikampung. Dia juga terbayangkan guru-guru agamanya, solatnya, kitab suci yang selalu dibacanya.

“Habislah aku malam ini,” Malek berasa hendak menangis.

Macam-macam perkara bersilih ganti datang dalam fikiran Malek. Selepas ini sudah tentu dia kena naik mahkamah. Silap-silap, masuk surat khabar pula. Ya Allah, kalaulah semua orang tahu perkara ini, manalah Malek hendak letak mukanya. Malu, maluuu!! Tiba-tiba timbul rasa menyesal, kalaulah Malek ingat pada agama, solat dan dosa, sumpah dia takkan bawa Linda balik kerumah.

“JAIS ni! Cepatlah buka pintu ni..!!” suara di luar makin keras.

Linda mula menangis teresak-esak. Linda teringatkan kawan-kawan seasramanya di IPTA. Malek kena lakukan sesuatu untuk menangani masalah ini. Tiba-tiba Malek mendapat satu idea. Pantas dia menarik tangan Linda menuju ke belakang. Malek membuka pintu dapur.

“You lari terus ikut semak tu, sampai you jumpa jalan besar, ambik cab, terus balik rumah. Esok I call you, okey,” kata Malek tergagap-gagap.

Tanpa banyak soal, Linda berlari dengan lajunya meredah semak-samun di belakang rumah Malek tanpa memakai kasut. Setelah Linda hilang dari pandangan, Malek memberanikan diri membuka pintu. Alangkah terkejutnya Malek bila terpandang seorang lelaki dengan jaket hitam berdiri di luar.

“Err..encik ke yang ketuk pintu ni tadi? Err..errr..encik ni siapa?” tanya Malek terketar-ketar…

“Haah..lama saya ketuk tadi. Ingatkan abang kat toilet. Nama saya Jais, kawan kepada Rahman, budak serumah abang. Rahman ada kat rumah tak?” tanya pemuda itu semula pada Malek.

“Err…siapa nama kau tadi?” tanya Malek sekali lagi.

“Jais. Jais bin Md. Sood. Kenapa bang?”

“Err…takde apa-apa,” jawab Malek perlahan.

Waktu itu malek rasa macam nak cekik-cekik saja leher pemuda bernama Jais itu. Dia ingatkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), rupa-rupanya…

Moral ceritanya…

Janganlah terpedaya dengan hasutan kawan-kawan yang ajak melakukan maksiat, supaya anda tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang rosak seperti mereka. Takutlah pada dosa yang telah ditetapkan oleh Allah kepada pelaku maksiat.

Kalau cita-cita anda hendak melakukan maksiat tiba-tiba terkantoi, bersyukurlah kerana itu bermakna Allah masih sayangkan anda.

(klau ada pembaca yang kurang senang terhadap cerita ini.maaflah ye..)
 

Sumber : email daripada syarizal (tlk gong, port klang)

Share

Wahoo!! Aku Telah Jatuh Cinta

Salam petang untuk semua..

Sejemput entri petang menyusul di hadapan sahabat semua. Jemput-jemputlah menikmati isi didalamnya ya. Air sedang dijerang kelak dah masak pasti membingitkan halwa telinga ..

Sekadar borak -borak petang apa akan anda buat sekiranya anda dalam situasi jatuh cinta?

  1. Alhamdulillah kerana Tuhan mengizinkan hatiku untuk  merasai nikmat sebuah CINTA itu.
  2. Inginku kabarkan pada dunia bahawa aku telah jatuh CINTA.
  3. Akanku lakarkan hanya yang terbaik untuk kamu.
  4. Mungkin sepanjang malam tidurku tidak keruan kerana selalu teringatkan kamu. 
  5. Belanja kawan makan ada baiknya juga sebagai amal jariah hee..hee..
  6. Mak cepatlah pinangkan dirinya bagi pihak diriku.
  7. Simptom-simptom angau mula melarat dalam diri anda.cinta_2
  8. Kerja keras perlu dilakukan jika ada perancangan untuk hidup bersama.
  9. Harap-harap dialah cintaku yang terakhir..
  10. Main kayu tiga jauh sekali..
  11. Jangan benci bilang CINTA. Nanti kamu yang menyesal..
  12. Berkali-kali anda akan katakan inikah namanya CINTA.

 

Pstt!! Cinta pada PENCIPTA  itulah yang kekal abadi :)

Adeh.. cukuplah takat tu jer Suri tapis perihal cinta.. Jika sahabat dalam CINTA apakah perkara yang bakal sahabat lakukan??

Share

Tips Memujuk Anak Memotong Kuku

Salam seukir senyuman buat semua sahabatku.

Sahabat sedang buat apa sebentar tadi? Suri baru sahaja menghabiskan kuih sepet/ gulung dari mak Suri. Mahu setin biskut juga berjaya dihabiskan dari minggu lepas heee.. Ternyata air milo dicicah sama kuih sepet memamglah terasa sungguh sedapnya. Itu belum lagi kuih bahulu di cicah sama air kopi panas peh sah-kawin selepas itu mesti diberika kad nikah ..memanglah ada umh rasanya.. hihihi..

Baiklah kita kembali pada topik asal kita yerk. Bagi ibu atau bapa yang ada anak kecil sudah pasti mereka agak sukar untuk memotong kuku si manja mereka apatah lagi sekiranya si manja anda jenis yang lasak..

Oh tidak, belum sempat kita nak ketip kuku tangan dia, si anak sudah mula mengelakkan diri dari anda apatah yang cerdik lari lintang pukanglah jawabnya itu sudah pasti :)

Kebanyakan ibu bapa agak buntu untuk menarik perhatian anak -anak mereka supaya si manja lekat di pangkuan si ibu atau bapa mereka sehingga penghabisan potong kuku di lakukan. Namun tidak semua ibu bapa berjaya melaksanakan tugas tersebut dengan jayanya melainkan ada di antara kita sanggup menggunakan taktik kekerasan untuk mengugut anak-anak supaya mendengar kata kita.

Suri tidaklah pandai sangat dalam bab -bab ini tapi sekadar nak berkongsikan tips dengan anda semua Insyallah memanglah boleh sangat-sangat heeee..

  • Sebaik-baik waktu memotong kuku si manja adalah selepas si manja anda selesai mandi. Sebab struktur kukunya akan menjadi lebih lembut dan mudah untuk kita memotongnya secara sempurna.

 

  • Siapkan si manja anda dengan memakaikannya pakaian dia dengan secepat yang  mungkin. Ini kerana sekiranya anda lambat untuk berbuat demikan di khuatiri si manja anda akan berasa bosan lalu lari meninggalkan anda.

 

  • Pangkulah simanja anda sambil ceritakan kepada si manja bahawa harini ini kita akan memotong kuku. Dan anda juga di sarankan supaya memberitahu kepadanya tentang kepentingan memotong kuku adalah penting bagi menjamin kesihatan yang baik. Ingatkan kepada dia bahawa kuku yang kotor dan hitam selalunya boleh menyebabkan kita sakit perut. 

 baby-nails

  • Berikan si manja anda sebotol minuman susu kepadanya atau minuman kegemaran si manja seperti ribena agar dia dapat menikmati minuman kegemarannya dalam keadaan yang santai dan relaks. Sambil anda mengetip kukunya maka secara tidak langsung dia juga sedang menikmati air susunya dengan bersungguh-sungguh.

  • Sekiranya si manja anda jenis yang tidak duduk diam senang cerita tak makan saman apa kata anda pujuk dia dengan memberikan sesuatu hadiah yang pasti digemarinya. Seperti pujukan melalui habuan makanan yang amat disukainya.
  • Contoh ayat:-
  • “Jika Alif  potong kuku nanti ibu akan gorengkan peha ayam untuk Alif ya”
  • Semoga cara sebegini si manja anda akan terus melekat disisi anda.

 

  • Bagi bayi pula anda baringkan dia di atas tilamnya. Pastikan keadaan terang  mudah untuk anda megetip kukunya, bayi dalam keadaan selesa, tidak meragam maka waktu itulah yang paling sesuai untuk anda megetip kuku kaki dan kuku tangannya. Untuk membuatkan dia leka seketika anda sebagai ibu bapa berikanlah dia permainan yang boleh menarik perhatiannya.

 

  • Si manja yang tak terlalu aktif juga kadangkala memeningkan ibu bapa. Awas anda janganlah sesekali mengikat mereka dengan tali supaya dia bisa duduk diam disamping anda . Akan tetapi apa yang perlu anda lakukan adalah dengan membuat pelbagai bunyi-bunyi yang pelik pada pendegarannya. Di samping itu juga anda haruslah menselang-selikan ia dengan memek muka yang pelbagai riaksi sehinggakan dia boleh tertawa sendiri. Anda meragui? cubalah pasti si manja anda akan terhibur.

 

Apa-apa pun ia terpulanglah pada cara anda sendiri untuk mengatasi situasi berkenaan sebab lain orang lain caranya ;)

Share

Tiga Keistimewaan Wanita

Salam petang untuk semua..

Rasa letih mula menghambat diri. Manakan tidak semua kerja dah dipulun habis-habisan sejak dari angka 8 pagi lagi Suri mula membenteras semak-samun kerja yang harus di siapkan lebih awal supaya nanti tidaklah Suri jadi kelam kelibut pulak. Nanti bos datang Suri hanya mintak tandatangan dia jerkan senang hehee..

Oh.. sebelum terlupa Suri akan bagi jawapan pasal teka-teki tekak gatal makan ubat punya pasal  jawapan bagi hadiah yang diberi oleh bos minggu lepas adalah “fishermans’s Friends” perasa lemon heee. Nampaknya tiada siapa pun pengkomen yang memberikan jawapan yang tepat. Jadi hadianya jatuh ke pihak penajalah heee..

Baiklah apa yang menariknya pada seseorang perempuan ini sehingga kaum adam terpedaya dengan alasan yang mudah di beri oleh kaum hawa? Jom kita intai sama-sama. ;)

pms

  • Pada kebiasaanya wanita akan mengalami gangguan emosi dalam lingkungan sebulan sekali sahaja. Apakah itu? sudah tentulah sindrom PMS yang sering menjadi alasan mereka untuk mengelakkan diri dari satu -satu situasi tertentu. Sindrom kedatangan haid ini memanglah tidak boleh dielakkan sama sekali dari seseorang wanita kerana ia merupakan salah satu perkara yang normal bagi diri mereka.  Bagi pihak lelaki pula sekiranya mereka mengalami masalah seperti ini maka sudah tentulah tidak logik dek akal !

 

  • Kaum hawa ternyata tidak terlepas dari penggunaan alat solek sebagai menghias tata wajah mereka agar kelihatan tampak cantik dan lebih segar. Mengapa?  Ini kerana mereka masih boleh menggunakan peralatan alat solek mereka untuk menyembunyikan kesan jerawat yang tumbuh atau lingkaran gelap di bawah mata hanya dengan beberapa titisan “concealer” diwajah mereka itu sudah memadai ;)

kasut

  • Perempaun tidak perlu berasa malu untuk menyatakan sekiranya dia memiliki sekira-kiranya 30 pasang kasut!

 

Suri?

Koleksi tudung tu memang banyaklah heeee..

Bagaimana dengan si dia? kekasih hati anda huhu..

Share

KTYAG 1st Gathering In KLCC

Salam untuk semua..

Tanggal 25.9.2010 adalah hari perjumpaan Suri dengan rakan-rakan sekolej sesi pengambilan  Januari 2001.  Gathering ini sudah lama dirancang oleh Suri sebelum bulan puasa lagi. Jemputan? biasalah melalui facebook dan  YM sahaja.

Sungguhpun tidak ramai rakan-rakan yang hadir namun acara perjumpaan tersebut tetap kami laksanakannya dengan jaya sekali.

Walaupun ia tidak semeriah seperti bunga – bunga api tapi kehadiran anak-anak kecil, rakan yang sedang sarat hamil ia menambahkan lagi seri pada pagi itu sampai ke petang dengan galak tawa yang sukar untuk dibicarakan sendiri. Jom kita layan semasa sesi perjumpaan tersebut

Bila masing-masing  bersua macam – macam cerita diselongkar.

25  Misi berjaya dilaksanakan dengan sepenuhnya

06

Bicara tentang karenah selalu lambat masuk kuliah

08

Camera disinilah sayang

09

Senyum itulah yang sukar dicari

11

Lepas makan tibalah waktu tidur untuk si anak..

29

Sesi bercerita tentang si manja

21

Dok call member yang lain jadi datang ke tidak..

23

Alas perut makan kuih-muih dahulu. Anak-anak dah mula kelaparan sementara tunggu nasi..

24

Baju putih tunangan orang Still baru wahangi lagi heee

27

Baru lepas makan tengahari. Nak gerak ke Masjid untuk solat & rehat

18

Titik pertemuan..

34

Sedang sarat mengandung

32

Belum bersiap dah nak lari..

33

Yang ini bilalah nak tunang??

36

Korang mana nak lari lagi hah!!

39

Muka dah nak tidur ni..

38

Menunggu hujan reda..

Budak-budak sistem komputer tak datang kata isteri tak larat nak jalan tunggu masa jer, komputer banyak rosak!.. Akhirnya budak -budak sistem maklumat juga yang datang tu pun hanya separuh sahaja huhu. Lain-lain ghaib entah kemana..

Tahun depan buat kat Melaka pulak heee..

Share

Khasiat Daging Haiwan Belalang Mengikut Hadis Rasullah s.a.w.

Salam hujung minggu untuk sahabat-sahabatku semua..

Hujung minggu ini Suri just nak kongsikan entri yang ringan sahaja untuk sahabat tentang makanan haiwan yang telah dihadiskan mengikut Rasulullah s.aw. kita. Sumber artikel ini di ambil dari majalah bicara keluaran Januari 2000 kelolaan Ummi Hidayah. Jom kita baca sama-sama ya. ;)

 

Allah berfirman dalam  surah Al-An’aam, ayat 118 yang bermaksud:

“Maka makanlah olehmu (haiwan)  yang disembelih dengan nama Allah, jika kamu beriman kepada ayat-ayatNYA”

 

grasshopper-and-ladybird

KHASIAT BELALANG.

Hadis ini membuktikan bahawa belalang adalah sejenis binatang yang pernah dimakan oleh Nabi. Belalang adalah salah satu binatang bukan belaan yang mempunyai khasiat yang baik untuk menyembuhkan pelbagai penyakit .

Belalang beras boleh dijadikan ubatt bagi mereka yang menghadapi masalah buang air kecil. Begitu jua  ia baik bagi mereka yang menhgidap buasir.

Caranya adalah dengan mengukus belalang tersebut dan kemudian dimakan. Bagi mereka yang terkena bisa kala jengking, belalang ini jua boleh dibakar dan dimakan untuk mengurangkan bisanya.

Sumber pic: http://qwickstep.com/search/grasshopper-cartoon.html?p=6

Sahabat -sahabat pernah makan makanan eksotik seperti belalang heee??

Share

Selamat Hari Lahir

Salam untuk semua..

Maaf terlewat untuk update blog. Suri baru sahaja sampai Ipoh. Pagi tadi Suri gerak ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majils jemputan perjumpaan bekas-bekas sekuliah Suri pengambilan Januari 2001.

Suasana amatlah meriah sekali sungguhpun teman sekuliah tidak tahu hari ini hari lahir Suri  namun takala mereka upload gambar kat kuih talam dua muka maka barulah mereka sedar yang hari ini Hari lahir Suri yang ke 27 tahun heee.. Tidak suka menyusahkan teman-teman sebab Suri faham sekarang sudah ujang  tahun bulan pasti ia akan membebankan mereka pula huhu..

Boy_blows_candle

 

Bagi Suri memadailah ucapan teman-teman dari facebook, sms, panggilan telefon terutama sahabat bloger dan kesudian sahabat Suri untuk berjumpa di KLCC itu sudah cukup menggembiran hati ini.

Terima kasih untuk mak yang telah selamat melahirkan Suri ke dunia ini dengan limpahan  sayang yang tidak bertepi  sesungguhnya kasihmu kasih yang sejati..

Terima kasih buat suami yang sudi mengambil cuti :) untuk melunaskan sebuah ikatan janji untuk bertemu bersama teman sekolej.

Terima kasih buat sahabat atas ucapanmu itu dan yang sudi menjegahkan diri di lumut hijau kerana anda semua Suri ada disini.. ;) :)

Share