Ada Apa Pada 31.8.2010

Salam semua terasa sungguh harini adalah entri yang terlewat untuk di postingkan seperti hari-hari biasa.

Pada dasarnya posting ini sepatutnya sudah berada di ruang legar maya pada pagi tadi namun keadaan tidak mengizinkan Suri untuk berbuat demikian. Mengapa hal sebegini berlaku inilah antara salah satu sebab Suri tak berapa kurang aktif dari semalam sampailah keharini.

Kata kebanyakan bloger lain, sayang..sayang ditinggal tinggalkan, bila dah di tinggalkan tak dijamah mahupun di sentuh dalam sehari rasa macam menginyam-nginyam jer jari-jemariku ini sehari kalu tak menodai lantai keyboardku ini. Hua.. inilah angkara penangan bila dah jadi gian pada aktiviti berblogging.. 

sTOP! Apa kes pada tanggal 31.8.2010

Detik jam 12.00 tengah malam itulah Suri mengucapkan Selamat Hari Lahir pada bonda yang tercinta yang bernama Patimah Binti Yasin.  Bonda atau lebih mesra di sahut panggil emak  telah lahir ke dunia ini pada tanggal 31.8.1942 selepas waktu subuh berkumandang.

Maka tanpa segan dan silunya hatiku mula terpaut rindu akan pelukannya yang menghangatkan tubuhku. Masih ku ingat sewaktu berada di Kuala Lumpur takala kerja selalu mencemburuiku pasti akanku segera pulang kekampung halaman dengan membawa sejambak bunga merah hati kepadanya sebagai tanda ucapan hari lahirnya seperti yang  selaluku lakukan pada tahun-tahun yang lalu. Tidak lupa juga ada buah tangan untuknya..

Copy_of_kasih_ibu

Semejak duduk diperantauan orang ini Suri selalu bermain emosi dengan emak. Manakan tidak lihat ibu mertua terus terpalit seraut wajah bayangan ibu yang jauh dimata. Sesekali pasti titisan air mata jatuh di juraian pipiku.. Dengar suara emak yang serak-serak basah itu Suri dengar ada riak sebak dan tangis disebaik kata-katanya. Ya, inilah yang dinamakan hati ibu mula tersentuh acapkali masih ada jua anak-anaknya mengingati hari lahirnya sungguhpun ia sudah berlanjutan usia.

Apa yang boleh diharapkan oleh seorang ibu kepada anaknya adalah apabila anaknya dewasa kelak jangnlah lupa kepada mereka. Ingatlah kasih ibu mahupun ayah jika dicincang pasti takan putus hingga ke titisan yang terakhirnya. Nampaknya Dia lebih senang untuk mengetahui bila Suri akan pulang ke kampung sebab tahun nie semua orang beraya di rumah mak mertua masing-masing. Maka si Bongsu inilah juga tempat dia mengalas bahu heee..

Selamat Hari Lahir buat Emakku, terima kasih atas kesudiaanmu memanjakanku dan mendisplinkan diri ini, tahukah dirimu kasihmu, kesabaranmu dalam merotanku, mendidiku menjadikanku manusia yang berilmu dan berjiwa teguh pada agama. Dan sesungguhnya dirimu begitu berharga dalam kehidupanku. Semoga dirimu sentiasa berada dalam keadan sihat walfiat untuk terus beribadat kepadaNYA dan semoga dipayungi cahaya ilahi olehNYA selalu. Tiada siapa yang dapat menandingimu hanya dirimulah satu ratuhatiku :)

Part yang kedua pula kesihatan anak kurang baik. Maka sebab itulah cap ibu tidak boleh berpisah dengan cap anak huhu..  Selalunya jika si along sihat pasti dia akan sentiasa berada disisi Suri tapi la ni dia demam maka dia pula nak Suri sentiasa lekap melekap, melekat.. disisinya.

Suri minta maaf pada semua sahabat-sahabat sebab dalam masa yang terdekat ini Suri tidak dapat menjejaki kembali ke blog anda semua. Insyallah jika kesihatan si anak sudah kembali sembuh maka Suri akan aktifkan diri dimaya semula. Terima kasih pada yang sudi singgah bermalam disini kedatangan anda semua amatlah Suri hargai. :)

sORI untuk kali nie pic bondanya tiada. Lain kali ya kita tunggu raya mari. Insyallah :)

Share

Apa Itu Mekonium?

Salam merdeka untuk semua…

Apa khabar sahabatku semua harini? Suri berharap agar kalian semua berada dalam keadaan yang penuh kesyukuran sempena menyambut kemerdekaan kali ke 53 tahun ini di negara kita Malaysia.  Semoga kemerdekaan ini akan terus kekal dan subur dihati kita semua. :)

Harini kita Suri tertarik nak kongsikan sesuatu tentang bayi anda. Lebih-lebih lagi bayi yang baru sahaja dilahirkan. Apa yang menariknya kupasan kali ini. Ayuh kita mempelajarinya bersama-sama.

Bagi bakal-bakal ibu, bapa, yang dara mahupun si bujang anda jua sebenarnya berhak untuk tahu apa itu kehamilan ataupun kelahiran. Bukan apa esok lusa, tulat, 10 tahun dari sekarang anda juga pasti tidak akan mungkin lari dari pengetahun ilmu yang sebegini.. heee…

Apa itu mekonium?

Ia adalah najis yang pertama kalinya keluar dari sisa pembuangan najis bayi anda yang dipanggil mekonium.  Mekonium adalah petanda bahawa usus bayi anda berfungsi dengan baik,  walaubagaimanapun ia agak  sukar sedikit untuk menanggalkan kotoran tersebut dari punggung bayi anda kerana ia bersifat sedikit lekit.

Selepas sehari atau dua hari, selepas penyusuan ia akan menjadi kebiasaan, dan semua meconium telah pun dikeluarkan, warna najis akan menjadi hijau kecoklatan, lembut dan berbiji sebelum menjadi lebih kekuningan.

220px-Mekonium

Adakah mekonium ini bahan buangan bayi sewaktu ia didalam rahim lagi?

Ya, mekonium inilah yang membentuk bahan buangan bayi anda selama ia berada dalam kandungan ibunya dalam jangka masa selama sembilan bulan sehinggalah dalam beberapa hari kelahirannya.

Apakah yang terkandung dalam mekonium itu?

Antara bahan yang terkandung dalam mekonium itu adalah seperti sel epitelium usus, mukus, air ketuban, lanugo, hempedu dan juga air.

Warna apakah yang bakal dihasilkan oleh mekonium bayi ini?

Biasanya bahan yang dihasilkan oleh mekonium bayi ini adalah berwarna hijau gelap,  hampir kepada kehitaman ataupun warna hitam.  Bukan itu sahaja malahan bentuknya yang pekat dan  melekit juga turut mempengaruhi warna mekonium bayi ini.

Adakah mokonium ini mengeluarkan bau?

Tidak, mekonium ini tidak sama sekali mengeluarkan bau yang busuk.

 

Pstt!!!

Pada sahabat bloger dari Malaysia  Kak Izan Aufa dan buat teman bloger dari Sumatera bangauputih tu Suri ucapkan tahniah keatas kehamilan anda. Semoga saat kehamilan ini akan membuatkan anda lebih menghargai detik-detik manis semasa menghamilkan bayi anda :)

Share

Tika Fakta Mula Tecipta

Salam semua.

Semilir angin membawaku kesini lagi lalalala…

Harini kita belajar tentang fakta ya. :) Rasanya dah terlalu lama kita tidak menyemak fakta-fakta yang menarik. Apa kata harini kita mengenalinya lagi.

vvideo tape

Tahukah kawan-kawan perakam video yang dibuat pada sekitar tahun 1959 mempunyai saiz sebesar piano.

Semasa anda sedang memandu kenderan cuba elakkan dari memusing stereng kereta anda tanpa keperluan ini kerana setiap kali kawan-kawan berbuat demikian, ia akan menyebabkan penggunaan petrol.

Hasil kajian saintus di Hospital Universiti Yunani, Athens menyatakan untuk mengurangkan kesan rokok dalam pembuluh darah, seseorang itu perlulah meneguk segelas anggur merah.

gigi

Pakar gigi Tyne’s School Of Dentak Scienes telah menyarankan pada pengguna yang selalu menggosok gigi agar jangan menggosok gigi anda dalam tempoh yang terlalu lama kerana ia boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan mulut anda kelak. Tabiat seperti ini sebenarnya boleh menyebabkan kerosakan pada gigi dan gusi yang kekal selain mampu untuk memindahkan bakteria.

Lelaki yang sering kali menjadikan minuman alkohol sebagai rutin harian mereka,  sebenarnya golongan ini berpotensi untuk mendapat penyakit kanser usus sebanyak dua kali ganda lebih teruk daripada orang yang langsung tidak mengambil alkohol.

Sumber Pic:

http://leoville.vox.com & http://faculty.ksu.edu.http://www.mccullagh.org

Pstt!! kat opis Suri banyak kerja ada siapa-siapa boleh bantu hihihi.. ;)

Share

Katakan Tidak Pada Anaestasia

Salam hujung minggu untuk semua sahabat-sahabatku..

Perkongsian hari ini Suri nak kongsikan info dadah pada anda semua. Harini kita mulai dengan dadah yang dipanggil ketamin. Sahabat-sahabat nak tahu tentang ketamin dengan lebih lanjut ayuh kita baca info dibawah.

Apa itu ketamin?

  • Nama saintifiknya adalah Anaestasia.
  • Ia merupakan sejenis dadah rekaan yang terbaru yang dihasilkan daripada ubat bius khasnya untuk binatang sahaja.  Masyarakat India menggunaan ketamin ini sebagai ubat bius untuk binatang ternakan mereka di India.
  • Bentuknya seperti kristal dan asalnya pula dari negara India.
  • Pada amnya negara Malaysia dijadikan sebagai transit untuk membawa ketamin ini dibawa ke China dan Taiwan.

KETAMINE

Apakah kesan-kesan halusinasi yang akan berlaku sekiranya seseorang mengambil ketamin ini?

  • Berkemungkinan individu tersebut akan berkhayal dalam masa hampir 15minit seandainya anda terhidu terus bahan tersebut kedalam hidung anda ataupun samada ia disuntik ke dalam badan seseorang manusia itu.
  • Berkhayal dalam tempoh masa yang agak lama seperti hampir satu jam akan terjadi sekiranya dicampur dengan makanan atau minuman.
  • Individu tersebut dapat merasakan seolah-olah dia sedang jatuh dan merasakan dirinya seperti berada di awan-awangan yang anda ciptakan sendri.

Ketamin terdapat dalam 3 jenis bentuk antaranya:-

  • Sejenis serbuk putih yang disedut, seakan-akan kokain akan tetapi ia mempunyai tekstur yang lebih licin dan tidak berketul ketika basah. Kebanyakan pengguna ketamin mula menggunakan ketamin ini dalam bentuk serbuk.
  • Pil atau kapsul yang dilabelkan sebagai jenama pil Ecstasy.  Ianya  berbentuk pil sangat cair dan akan memberikan kesan sederhana.
  • Cecair ketamin hidroklorida pula digunakan sebagai anestetik di hospital di bawah jenama Ketaset, Ketavet dan juga Ketalar.

ketamine

  • Kesan pengambilan ini juga turut menjadikan pergerakan seseorang individu seolah-olah pantas dan ada juga yang merasakan dirinya seperti terbang didasar awan yang biru.
  • Dapat merasakan hubungannya psikik dengan individu yang lain.
  • Turut mengalami gangguan dari segi ingatan mahupun pemikiran.

Apakah pula kesan -kesan kesihatan pada individu tersebut?

  • Berkemungkinan individu tersebut akan mengalami kerosakan pada bahagian otak ekoran dari kekurangan oksigen didalam tubuh badannya.
  • Terlalu kerap keluar membuag air kecil didalam tandas.
  • Akan mengalami kesakitan dan pendarahan sewaktu indivudu tersebut ingin membuang air kecil.
  • Turut mengalami muntah-muntah dan kesakitan pada bahagian abdomen badan akibat kesan dari pengambilan ketamin tersebut.

Sumber: kosmo,www.usm.mydrugs-forum.com,&http://drugfucked.tht.org.uk

SAYA ADALAH BELIA SIHAT TANPA DADAH !

Share

Daun Kari Hilangkan Hanyir Ikan Sungai

Salam untuk semua.

Harini Suri nak kongsikan satu petua pada sahabat-sahabat semua terutama pada kaum hawa yang selalu keluar masuk dapur yang selalu menyediakan hidangan buat keluarga yang tersayang hee.. Terlebih dahulu apa kata kita kenali dahulu asal usul daun kari ini. Kemudian barulah Suri berikan petua tersebut  seperti biasa.

Tahukah anda pokok kari atau nama saintifiknya dikenali sebagai Murraya Koenigii ia tergolong dalam keluarga Rutaceae. Pokok daun kari ini berasal dari negara India dan Sri Lanka dan ia biasanya akan tumbuhan subur dalam zon tropika.

Pokok kari merupakan sejenis tumbuhan yang renek dalam paras ketinggiannya diantara 0.9 sehingga ke 6 meter. Pada kebiasaannya pokok kari ini ditanam di kawasan sekitar rumah dan juga kadangkala ia membiak di semak ataupun kawasan yang terbiar. 

murraya

Pokok kari ini selalunya digunakan dalam pelbagai masakan terutama dari masakan berempah terutamanya dalam masakan kari. Daun kari ini juga turut mengeluarkan  bau yang kuat disamping itu ia juga mempunyai rasa yang agak pahit.

Tahukah kawan-kawan daun kari ini kebanyakannya banyak digunakan oleh masyarakat India kerana ia bukan sahaja digunakan dalam masakan kari, malah juga dalam masakan lain seperti masakan rasam, chutney , muruku dan sebagainya lagi.

Bunganya pokok kari biasanya  berbentuk kecil dan berwarna putih kekuningan manakala buahnya pula bersaiz kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang.  Pokok kari ini mudah membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya.

100076_fish_450

Cara untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai adalah:-

Dengan menyediakan 7 tangkai daun kari (dibasuh dahulu)

Kemudian anda ramaslah daun kari tersebut supaya ia mesra dengan ikan sungai.

Setelah itu anda perapkan daun kari tersebut dengan ikan sungai selama satu jam.

Selepas itu anda bolehlah mencuci ikan sungai seperti biasa. Opss! selawat jangan di lupa ya :)

Harini admin cahaya cinta kurang sihat take a break jaP :( . Ikan tu sekadar gambar hiasan yek..hihi. ;)

http://www.plantoftheweek.org/week129.shtml&http://stockazoo.com/tag/cartoon-character/

Share

Hatiku Tak Senang

Salam sahabat semua.

Pada dasarnya sahabat sekadar nak berkongsikan kekesalan yang dah lama terpendam di lubuk hatiku ini. Namun harini Suri rasa terpanggil untuk menyuarakan rasa ketidakselesaan hati ketika melayari facebook.

Suri bukanlah tak suka pada facebook ini 1001  perencah babas ini  tapi rasa amarah harini mula melonjak didalam diri. Sahabat pernah tak layari beberapa laman youtube di facebook.

Memang tidak dinafikan sebenarnya di facebook macam-macm kita boleh kongsikan pada yang lain tapi kata orang  jika boleh biarlah perkara yang kita nak kongsikan itu dalam bentuk yang baik dan bukan pula pada cara yang boleh meragut nyawa orang dikemudian hari. 

Nanti  akibat dari perbuatan kita  yang sekadar untuk suka-suka kelak akan bertukar duka bagaimana? tidakkah  kita terfikir akan hal itu jauh kehadapan..apa sudah tiada secebis rasa bersalah ke didalam hatimu keatas perbuatanmu itu wahai sahabatku??

takut1

Sebelum ini Suri memang dah pernah bukak laman youtube kat facebook atas kenalan seorang bloger. Yang Suri ini pun apalagi terus bukak laman youtube tu last-last gambar hantu yang keluar. Nasib baiklah kat pejabat Suri ni tak ada speker jika tak pasti Suri menjerit lagaknya. Duduk pejabat dahlah sorang-sorang huhu.. waktu tu Suri hanya mampu beristifar sahaja sambil mengurut dada secara perlahan-lahan.. Takut tu sahabat..

 Apa pun Suri just bagi nasihat sahaja kat teman tu agar jangan mengulangi lagi perbuatan tersebut pada orang lain pula.  Si sahabat pula boleh terkekeh-kekeh kan Suri? Eh, tu lawak antarabangsa ke namanya?? huhu..Tahukah kamu wajah hantu tu masih berbekas dalam diriku.. Arghh! apakah salahku..

Hari ini kejadian yang seumpamanya itu berlaku lagi. Tapi wajah seorang bayi.  Seseorang telah mengsyorkan mana-mana sahabat agar tengok laman youtube tersebut dengan meletakkan tajuk bak goreng pisang panas ”Bayi Sebut Tentang Kiamat -Tanda Akhir Zaman Dahsyatnye Siapalah ibu bapanya” Suri pun buka sebab Suri suka tengok wajah bayi terasa sejuk tika memandangnya.. disamping nak tahu jua biar benar isi yang dia nak sampikan ini..

Lalu Suri tutup lagu nasyid dan mula bukak youtube tersebut. Mula-mula ok pastu Suri cepat- cepat tutup laptop dengan tangan. Apa yang Suri dapat tangkap bayi itu menjerit kuat dan keluar gambar persisi hantu kot! Fuh! terasa sugguh hatiku ini di sakiti.. di permainkan..

takut

Sungguhpun dia kawan lama Suri sewaktu sekolah menengah dulu Suri apa kisah Suri just bagi nasihatlah kat dia. Nah hamik ko 3 bait ayat ku lemparkan pada dia. Suri tak marah just Suri cakap baik-baik sahajalah.

Suri Surihatiku

Sahabat…
maaflah andai Suri tegur sikit tentang video ni.
Suri tak suka la sb sahabat dah buat org teperanjat.
buatnya ada orang lemah jantung ke yang sedang klik dan tengok video ni bukan ke ia bahaya namanya tu..
…buatnya orang sedang hamil.  Kalau di buatnya kenan bagaimana??

 
bro tak patutlah buat lagu ni.. berdosa hoo..ni sekadar pendapat sahaja.

Apa pandangan sahabat. Sahabat pernah tak alami macam mana yang Suri lalui ini. Rasa nak tubuhkan satu anti youtube lah pulak. Pada siapa-siapa yang berani buat macam tu..

Hanya itulah luahan hatiku wahai si mambang sahabat.. adeh dah elok-elok tadi Suri nak balas komen kat blog cahaya cinta ini namun angkara si tiup belon tu punya pasal maka kerjaku untuk membals komen mula tergendala lagi. Akibat hati tak tenteram maka beginilah jadinya :( . Kamu fikir hatiku gembira dengan cara yang sebegini. Sama sekali tidak!

Entri ini tidak berniat nak menyakiti/ menyinggung hati siapa-siapa pun. Ia hanyalah sekadar luahan sebagai seorang pengguna laman sesawang maya sahaja.

Share

Taktik Menculik Kanak-Kanak Di Shopping Complex

Salam sahur untuk semua..

Pagi tu lepas bersahur seperti biasa hari-hari cuti Suri akan ambil sedikit waktu untuk jeguk blog, email, facebook dan sebagainya sebelum memulakan tugas mengemas rumah.

Pagi tu Suri on facebook. Terbaca satu artikel tentang Taktik Menculik kanak-kanak  di Shopping Complex. Apa yang sahabat nak kongsikan dalam artiekl itu. Jom kita baca sama-sama. Semoga peringatan ini akan sentiasa kita semat walau dimana kita berada.

Wednesday, 25 August, 2010, 11:22:02 AM | Nor Zahidah Mustaffa

 SILA AMBIL IKHTIBAR ATAS APA YANG BERLAKU…

Tajuk : Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour JB

Subject : Child Kidnap Trick in Carrefour,

JB Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja… Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu… Terima Kasih.

Even if you do not have little kids, pass this one on to everyone you can think of. You never know who you might save by sending this e-mail! Please, take the time and forward this to any friend who has children & grandchildren! Thanks!

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Wanted to share something that happened today while shopping at Carrefour. A mother was leaning over looking for meat and turned around to find her 4 years old daughter was missing. I was standing there right beside her, and she was calling her daughter with no luck.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

I asked a man who worked at Carrefour to announce it over the loud-speaker. He did, and left me, he immediately walked right past me when I asked and went to a pole where there was a phone. He made an announcement for all the doors and gates to be locked, a code something. So they locked all the doors at once.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

This took all of 3 minutes after I asked the guy to do this. They found the little girl 5 minutes later in a bathroom stall drugged. Her head was half shaved, and she was dressed in her underwear with a bag of clothes, a razor, and wig sitting on the floor beside her, to make her look different ..

kanak-kanak-hilang

Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Whoever this person was, took the little girl, brought her into thebathroom, shaved half her head, and undressed her in a matter of less than 10 minutes.

This makes me shake to no end. Please keep a close eye on your kids when in big places where it’s easy for you to get separated like Shopping Malls. It only took a few minutes to do all of that.Another 5 minutes and she would have been out the door.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.

I am still in shock that some sick person could do this, let alone in a matter of minutes. The days are over when our little ones could run rampant all over the place and nothing worse would happen then them annoying people. The little girl is fine. Thank God for fast workers who didn’t take any chances .

SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !

BE SURE TO FORWARD THIS TO EVERYONE, SO THEY REMEMBER JUST HOW SICK PEOPLE ARE OUT THERE ! Show all items.

Share

Nuzul Al-Quran Dan Lailatul Qadar

Nuzul Al -Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

ReligionIslam7

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

 

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

 

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

  Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

  1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
  2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
  3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
     

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

            Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”. 

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan.

lailatulqadar

Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan     

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi.

Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan.

Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).

Sumber:http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=2084

Share

Vīnogu Klasteru

Salam pagi untuk semua.

Allah rasanya harini keadaan sedikit  baik sebab semalam sakit migren mula menjalar dalam mindaku ini. Sungguhpun hari ini masuk pejabat seawal 7.15pagi  namun ia sedikit sebanyak dapat menyelesaikan sakibaki-baki kerja yang kian tertangguh semalam..

Suri tidak suka balik lewat jika boleh nak balik cepat jer hee bukan apa duduk sorang di pejabat ni memanglah terlalu membosankan tanpa teman disisi. Baik ada blog boleh cuci minda, bagus ada kuih talam dua muka sebab kita tahu akan gelagat orang disekeliling kita, layan juga games tapi mua-mula jer pastu lebuh..

Baiklah kita tinggallakan kisah diatas harini Suri nak tanya sahabat suka tak makan vīnogas atau dalam bahasa Malaysia dipanggil buah anggur . Buah anggur adalah sejenis tumbuh-tumbuhan yang tumbuh dari batang pokok yang berjenis menjalar, berkayu dan ia tergolong dalam keluarga Vitaceae.

Dibawah adalah buah anggur autumn royal

407px-Autumn_Royal_grapes

Pada kebiasaannya buah  anggur ini akan  tumbuh dalam gugusan antara 6 hingga 300 tangkai sahaja. Tahukah sahabat-sahabat sekalian buah angur ini terdapat dalam pelbagai warna antaranya warna hitam, biru, keemasan, hijau, ungu, merah, merah jambu, perang, kuning kemerahan ataupun warna putih. 

Kebanyakan dari kita suka menikmati buah anggur ini  dalam keadaan yang mentah ini kerana rasanya yang semulajadi sedikit manis, masam membuatkan ramai orang menyukainya.  Selain dengan cara memakan buah anggur dalam keadaan yang mentah  menerusi era pembangunan yang serba moden ini juga terdapat beberapa jenis industri  lain yang turut untuk menghasilkan buah anggur dalam pelbagai bentuk telahpun menjadi meluas keserata dunia. Kini terdapat beberapa produk yang telah berjaya dihasilkan dari bauh anggur seperti membuat kismis, jem, air anggur, jeli, wain , minyak biji anggur dan sebagainya.

Ladang Anggur

7575326

Tahukah sahabat bahawa penanaman buah anggur ini dilakukan di sebuah ladang anggur yang  dikenali sebagai  vitikultura.

Ini adalah hidangan dolma. Dimana daunnya pula diambil dari daun anggur. az-Armeniadoma

Untuk pengetahun sahabat daun anggur ini sebenarnya boleh dimakan disamping kegunaannya untuk menghasilkan hidangan dolma. Pokok anggur ini seringkali digunakan sebagai pokok makanan untuk sesetengah larva dari order Lepidoptera.  Manakala anggur liar pula seringkali dianggap sebagai rumpai, kerana ia mampu untuk menutupi tumbuhan lain disebabkan pertumbuhannya yang pantas.

Ini adalah kedudukan arak disimpan. (Transparant)

220px-FLOR-ValdiviaJerez59250px-Wine_Barrels

Berikut adalah spesies buah anggur.

  1. Vitis acerifolia
  2. Vitis aestivalis
  3. Vitis amurensis
  4. Vitis x bourquina
  5. Vitis arizonica
  6. Vitis californica
  7. Vitis x champinii
  8. Vitis cinerea
  9. Vitis x doaniana
  10. Vitis girdiana
  11. Vitis labrusca
  12. Vitis x labruscana
  13. Vitis lincecumii
  14. Vitis monticola
  15. Vitis mustangensis
  16. Vitis x novae-angliae
  17. Vitis riparia
  18. Vitis rotundifolia
  19. Vitis rupestris
  20. Vitis shuttleworthii
  21. Vitis tiliifolia
  22. Vitis vinifera
  23. Vitis vulpina.

 

Sumber: Datuk wiki ubahsuai ayat oleh Suri,

Gambar: http://wineresearchinfo.com/http://www.supercook.org/cookbook/dolma.htm

Share

Berhati-hati Dengan Kacang Hijau Dari Tesco

Email berikut telah disebarkan oleh salah seorang saintis di USM hasil dari kajiannya mengenai produk kacang hijau dari Tesco. Yang menariknya beliau menunjukkan bagaimana eksperimen tersebut dibuat. Moga-moga dapat disebarkan untuk kesedaran para pengguna.

  

For those who like to eat junk food, or who are in the habit of buying junk food for your children, please take note of this.  Looks like there is no “safe” food left in the market.
Green peas are green rounded pea seeds that are sweet and starchy in taste. Green peas contains twice the protein of most vegetable, so they are a healthier substitute for meat. Three quarters cup of peas provides 6 grams of protein, plus thiamine, riboflavin, niacin, calcium, iron, phosphorus, potassium and 645 units of vitamin A.
greenpeas2
                             
green_peas1_                                        
Unfortunately most of food industries in developing nations cheating the customers with fake greens peas which are prepared from toxic chemicals (dyes). These industries preparing the green peas form brown peas (cheaper) by soaking them in dye solution for overnight. 

 

All these chemicals have been banned by US food and drug administration in 1974 itself. Frequent consumption of fake green peas leads to colon and bladder cancer. 

All these fake green peas banned in US, Canada, all European countries and other developed countries.

Identification of fake green peas:

1.   Put the peas in boil water for 30 seconds, water turns to green color.

2.   After consumption check your tongue to observe green color stains and light bitter in taste.

Symptoms 

1.   Stomach irritation, pain or acidity.
2.   Urine turns to light green color.
3.   Mild head ache.

Case study:

I am a common person too and not aware of these things. After consumption of fake green peas I got stomach pain,with a little bit common sense I observed my tongue which having green stains.

The following packet bought from Tesco, Penang on 4th July 2010.

greenpeas4

greenpeas5

greenpeas6

As a responsible chemist I started analysis of above mentioned peas in laboratory I find the toxic chemicals (green dyes).

greenpeas7 
  News paper reference:

China daily
http://www.chinadaily.com.cn/china/2010-03/31/content_9664992.htm

D. Bharath Reddy
Research scholar
Centre for drug research
USM, Pulau Penang
Malaysia 11800.

Make aware of this whoever you know………please forward, it costs nothing.

Capaian sumber:

 http://syafrizal.net/hpa/halal-haram/berhati-hati-dengan-kacang-hijau-dari-tesco/

Share