Doa Pakaian

Kita sering memakai pakaian kita. Tika kita ada rezeki yang lebih kita pasti akan membeli sepasang dua baju yang baru untuk mengelakkan kebosanan memakai baju yang sama setiap minggu. Tapi sedarkah kita setiap kali kita menyarungkan baju dan menanggalkannya dari tubuh kita juga sebenarnya sering terlepas lalu terlupa untuk membaca doa -doa tertentu tentang pakaian yang telah diajarkan dalam cara hidup islam kita.

Bagi mengimbas zaman-zaman kecil dahulu kita sering kali di omokkan di ajar oleh ibu bapa kita atau ustazah tentang hal-hal sebegini. Akan tetapi tika kita mula menginjak alam dewasa kita mula lupa akan doa – doa tersebut. Mengapa ya? adakah sebab kita banyak makan jajan :) ? hehehe..ke banyak main-main waktu sekolah dulu.. ;)

Maka dengan kesedara yang timbul ini Suri titipan doa tersebut dalam blog Suri dalam tag ‘koleksi doa pilihan‘. Semoga ilmu yang di sumbangkan ini akan memberi manfaat buat kita semua. Dan janganlah lupa amalkan doa-doa ini selalu di sepanjang kehidupan kita ya. :)

Doa Ketika Memakai Pakaian
doa_memakai_pakaian 02
Ertinya:
Dengan nama Allah, Ya Allah! Aku minta kepada Engkau dari kebaikan pakaian ini dan kebaikan apa yang ada padaNya. Dan aku berlindung kepada Engkau dari kejahatan pakaian ini dari kejahatan apa yang ada padanya.

pakaian wanita

Doa Ketika Memakai Pakaian Baru
doa_memakai_pakaian_baru 01
Ertinya:
Segala Puji bagi Allah yang memberi aku pakaian ini dan memberi rezeki pakaian ini tiada berdaya bagiku dan tidak sekuat tenagaku melainkan dengan Allah yang maha Tinggi lagi Maha Agung.

Doa Ketika Menanggalkan Pakaian Dari Badan
doa_tanggal_pakaian 03
Ertinya:
Dengan nama Allah yang tiada tuhan selain dari Dia

Sumber: Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

Dulu ayah selalu ajarkan Suri doa-doa macamni. Selagi tak hafal selagi tulah jangan sesekali menaggalkan pakaian dari tubuh. Dan begitulah hari-hari yang seterusnya barulah hafal..huhu sebab takut tengok rotan buluh kat tangan ayah. :’(

Kawan-kawan ada kenangan disebalik bab hafal-meghafal doa masa sekolah agama, sekolah tadika dulu-dulu. Jom kongsikan pengalaman anda disini :) itupun kalau jenis yang sportinglah ;)

Share

Because I Love Music

Salam semua. Apa khbar anda hari ini. Suri harap semoga teman-teman bloger sihat hendaknya. Minggu ini Suri memang terlalu sibuk sangat-sangat tapi walaubagaimanapun Suri akan cuba setkan waktu untuk menyinggah ke tingkap blog kawan-kawan semua.

Apapun kerja kat pejabat ini kenalah selesai dahulu barulah Suri akan ambil masa untuk berblowking dari satu rumah ke rumah laman ke laman yang lain hihi..nantikan kunjugan Suri disana yer

Anda suka mendengar muzik seangkatan radio, muzik box, mp3?

muzieknoten-v

1.Sebab muzik membuatkan saya terkenang pada kenangan cinta yang lalu.

2.Sebab muzik boleh bertukar suasana sunyi kepada suasana yang ceria.

3.Tanpa muzik hatiku sunyi.

4.Sebab baru ada aura nak buat kerja dipejabat. Jika tiada muzik atau radio rasa macam malas jer nak buat kerja.

5.Sudah jadi kebiasaan sebelum tidur memang suka mendengar muzik.

6.Hari-hari mendegar muzik. Jika tidak dengar ibarat hidup ini macam tak lengkap sahaja.

7.Because i love music.

8.Sebab lirik lagu itu dia pernah berikan kepada saya dulu. Masa kami sedang bercinta, bertunang..

9.Tanpa muzik mana mungkin otot-otot atau tubuh badan kita merenggang. Jika rentak lagu dia bestlah.

dance

10.Muzik membuatkan saya terbuai dengan keindahan lirik lagunya.

11.Ia merupakan terapi yang berguna untuk meredakan tekanan akibat kerja, masalah peribadi.

12.Membuatkan saya menari :)

suriSuri Surihatiku MENGAPA KITA SUKA MUZIK??
8 minutes ago • Komen •SukaTidak suka • Lihat Dinding ke Dinding

farhanFarhan Oranjé
sebab fitrah manusia gitu. oke x?

roseEreena Emira sbb muzik merangsang otak kite utk melalui hari2 yg suram agar sntiasa hapy dan ceria…muzik juga membantu menaikkan mood dari x ok …trus happening

hUrm..
Ada siapa-siapa nak tambahkan lagi.. ??

Share

5 Tanda Sebelum Si Dia lafazkan..

Alahai..manisnya cInTa itu..

#Terima kasih atas jambangan bunga yang indah ini. Ia membuatkan daku nak terbang ke langit yang membiru bersamamu..(Uik nak terbang naik pa..ada sayap ko)

#Pejamlah alis matamu..serulah namaku pasti kau tahu aku ada di sudut sanubarimu.. (ha, ada nama ke kat dalam hati tu? huhu)

#Usah dikau biarkanku sendiri pasti duniaku kelam malam..(he..he..dah malam memanglah gelap glita..pakai jerk lampu minyak tanah barulah romatiko :)

Dah..sudah penatlah bermadah pungguk kat cini..jum kita semak apakah simptom-simptom penyakit tersebut:-
Takala sepanjang hari yang dilalui tika bersama dengan kamu si dia akan sering mengungkapkan, “kamu kelihatan cukup menarik hari ini.”

Seringkali jua tanpa si dia jua akan berbisik kepada kamu dengan menyatakan bahawa dia amat suka dengan perwatakan kamu yang santai..bersahaja. Senang cakap si dia selesa tika bersama dengan kamu.

gifsbyoriza-love2

Sama ada anda perasan atau tidak setiap kali pertemuan si dia akan cuba sentiasa bersikap penyayang terhadap kamu di samping cuba mengawal tutur kata dan riak lakuknya yang terbaik dihadapan anda dengan sebaik yang boleh. Alah sudah tentulah dia sedang cuba menarik perhatain kamu dalam diam..hi..hi..hi.. :)

Si dia akan menghadiahkan kamu sesuatu dalam keadan tanpa sebab yang munasabah. Sedangkan pada hari itu bukanlah hari lahir anda. Haa.. bukan tu sahaja malahan takala hadiah itu berpindah tangan dari anda sudah tentulah si dia akan cuba meyakinkan pada anda bahawa. “saya tak pernah bagi hadiah ini pada mana-mana perempuan kecuali dengan kamu” ceh maa..boleh percaya ko? huhu..

Teman rapat si dia akan selalu mengusik kamu. Dengan menyatakan bahawa si dia sedang jadi langau “angau” dengan kamu! hihihi.. :)

Haaa..ada sapa-sapa yang sedang dilamaun cinta?
Tahu ke nak buat ayat-ayat cinta cam kat atas tu..? Jika rajin buatle kat ruang komen ;) be sporting ya :)
Apa perasaan anda tika itu..hihi..jom semarakkan rasa cinta tu kat cini :) sesekali tukar idea apa salahnya.. :)

Share

9 Perkara Yang Tak Boleh Dibincangkan Dengan Lelaki

Salam kawan-kawan. Semalam Suri ada dapat email dari seorang pembaca setia kat blog ini. Hurm..kebetulan dia ada tanyer Suri siket lebih kurang macamnilah ayat dia.

“Seri saya suka kat dia tersangat-sagantlah. Tapi nak tanyer Seri ada ke sesuatu perkara yang kita tidak boleh share dengan lelaki”

Jalan-jalan kat maya terus jejak entri ni. So entry ni buat dialah hehe…dan buat yang sedang dalam dunia percintaan..huhu..

1. Jangan ceritakan ada seorang lelaki yang diam-diam meminati anda, apalagi jika lelaki tersebut adalah teman lama anda atau dia.

2. Membenci ibunya? Cukup dengan menyimpan perasaan itu dlm hati saja. Meskipun si dia yg membuka cerita soal keburukan sang ibu. Jangan cuba-cuba menambah atau mengiyakannya. Bertindak tenang dan
tutup mulut. Kalaupun hendak memberi komen, utarakan hal-hal yang positif dan neuteral sahaja.

3. Jangan menceritakan hal kecurangan yang pernah anda lakukan dibelakang dia. Hal ini akan meruntuhkan kepercayaan dia pada diri anda. Juga jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangan dia terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya.

4. Seiring dengan bertambahnya usia, `keperkasaan’ si dia tentu akan mengalami penurunan. Jangan cuba-cuba membandingkan hal itu dengan masa lalu.

5. Jangan juga menceritakan bahawa sahabat anda mencurangi suaminya. Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak demikian. Dia mungkin akan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan mengongkong diri anda atas sebab keselamatan hubungan dia dengan anda.

_medium__animepaper_scans_full-moon-wo-sagashite_mitsukii_15704

6. Jangan membuatnya patah semangat terhadap pekerjaan. Jika suatu hari dia mengeluh tentang bosnya yang bermasalah, berdirilah dipihaknya. Sokonglah dia dan bantunya mencari penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Dikhuatiri akan memudaratkan sekiranya anda cuba untuk masuk campur secara keterlaluan.

7. Bercerai adalah perkataan yang paling harus dihindari, walaupun anda benar-benar bertengkar hebat. Jika anda benar-benar tidak mahu berpisah darinya, buang kata-kata itu jauh-jauh.

8. Jika anda mempunyai pendapatan yang lebih besar darinya, jangan pernah menyinggung hal tersebut, apatah lagi menjadikan ia sebagai punca masalah.

9. Ghairah hidup anda tiba-tiba meningkat kerana bertemu dengan seorang teman lama atau seorang teman yang membuka hati anda. Jangan sesekali menceritakan hal ini pada pasangan anda. Biarkan hal itu berlalu dan anda nikmati sendiri tanpa melampaui batasan tatasusila. Yang penting, anda tidak akan merosakkan hubungan dengan pasangan hanya dengan keseronokan sementara.

Sumber: http://azharahmad.com

Jangan membuat si dia marah kelak kamu yang akan terkedu nanti..hehe.. ;)

Share

Kelenjar Peluh

Kelenjar peluh merupakan kelenjar kecil yang amat penting. Bilangan kelenjar ini banyak di dapati di bahagian tapak tangan, tapak kaki, dahi dan ketiak ( aksila ). Kelenjar ini terbina daripada tiub yang berlingkar dan ia dibekalkan dengan banyak salur darah. Dari kelenjar ini, salurnya akan naik ke atas dan menembusi permukaan kulit dan dikenali sebagai liang peluh / liang roma. Berdasarkan struktur dan kedudukannya, kelenjar peluh bolah dibahagikan kpd 2 jenis utama:

1. Kelenjar Peluh Ekrin ( Merokrin )
2. Kelenjar Peluh Apokrin

Kelenjar Peluh Ekrin ( Merokrin )
Kelenjar peluh ekrin ini sering diketemui. Kelenjar ini ialah kelenjar tubul bergelung ringkas yang terletak di subkutaneus dan duktus ekskretorinya membuka ke ruang epedermis. Kelenjar ini tersebar di seluruh kulit, terutama di tapak tangan dan tapak kaki.

Kelenjar peluh ekrin berfungsi sepanjang hidup dan sentiasa menghasilkan rembesan yang lebih berair berbanding dengan rembesan kelenjar apokrin.

hanas3bg8

Kelenjar Peluh Apokrin
Kelenjar peluh apokrin ialah kelenjar tubul bercabang ringkas. Kelenjar ini terdapat di bahagian kulit iaitu pada aksila (ketiak), bahagian pubik dan di kawasan berpigmen buah dada (areola).

Bahagian rembesan kelenjar peluh apokrin terletak di dalam dermis atau lapisan subkutaneus (hipodermis) dan duktus ekskretorinya membuka ke folikel rambut. Kelenjar ini mula berfungsi semasa baligh dan menghasilkan rembesan yang tidak berbau. Jika rembesan ini terurai oleh mikrob di permukaan kulit, ia akan menghasilkan bau yang tidak menyenangkan.

Peluh berasal daripada darah dan ia mengandungi air dan natrium klorida. Air peluh ialah salah satu bahan kumuh yang dikeluarkan oleh tubuh. Ia berfungsi sebagai medium yang menyejukkan tubuh, membantu dalam pengawalan suhu tubuh badan dan mengimbangi air dan letrolit tubuh.

Perpeluhan terbahagi kepada dua bahagian:
Perpeluhan tidak sedar - Peluh sentiasa dihasilkan, tetapi pada masa rehat, peluh ini akan disejat dengan cepat dan tidak begitu nyata.

Perpeluhan nyata – Peluh terhasil dengan berlebih-lebihan atau apabila sejatannya terganggu.

—–Sumber di atas Tuan Wiki———-

Jadi apa yang ingin Suri tekankan disini tahukah anda bahawa hampir 10-30% kandung peluh dalam badan kita sebenarnya adalah racun kimia.

Bagaimanakah ia tehasil? Ia terbentuk melalui hasil daripada tekanan dari sistem badan manusia, pencemaran mahupun diet yang tidak sihat.

Share

Inilah Waktu Rehatku..

Malam ni lewat tidur..

Atas sebab apa Suri pun tak pasti. Yang penting besok tak kerja dan saat yang paling santai untuk seketika ini adalah waktu malam-malam yang macam ni antara jam 12.00 malam sampai ke pagi sikit..hehehehe..

Sebab apa?
Sebab time ni le Suri dapat rehatkan badan..rehatkan diri sambil berblogging..selalu mana nak dapat rehat time-time malam ni melainkan tugasku hanya di dapur, menguruskan anak dan suami. Dan atas sebab itulah Suri katakan ini adalah masa sengkang Suri untuk diri sendiri kikiki..

suri

Amacam okey tak lihatlah cara dia memandangku

Bisik Buzz..
Tapi awas jika ia si comel terjaga pasti hancus segala aktivitiku hehehe :( takper sebab tadi memang Suri dah bagi kaw-kaw kenyang susu dan nasi kat dia. Pasti malam ni dia akan tidur lena punya zzZZZ..si jejaka pun Zz sekali.. ;)

Haa..cara korang pula bagaimana? ada lain dari yang lain ke? jOm kongsikan minat dan waktu lapang ada kat sini ;)

Share

Tragedi Sesaat Cinta

Masa silam adalah rimba kesakitan
hingga dikau tidak mampu berdiri
di laman kendiri merenung indah bulan
memancarkan jernih kekesalan
di wajahmu yang rawan.

london_dating_couple

Yang terjadi adalah tragedi

sesaat cinta yang mengubah rasa
pahit sendirian menelan segala
dia pergi entah ke mana.

buang_bayi

Engkau bukan mereka
tega membunuh benih cinta sendiri
untuk malu yang tiada ertinya lagi
nyawa si kecil itu bukan di tanganmu
pasti ada jalan untuk segalanya ini.

Saban hari kita melihat
bayi-bayi itu mati di tangan ibunya sendiri
sedang jika benar ia bermula dengan cinta
pasti ada hikmah untuk setiap peristiwa.

Usah ditambah dosa yang ada
kembalilah berdiri menghargai diri
lelaki durjana tetap ada walau ke mana
dirimu pergi, kekuatan diri dan agama
adalah perisainya
mereka tidak boleh melukaimu lagi.

Kamal Sujak
Sg Kapar Indah, Klang

krdt pic to http://aimanku.com & http://www.londondating.co.uk

p/s:
Bercinta itu boleh sahaja untuk melahirkan rasa sayang nd suka pada seseorang namun begitu rasa itu haruskah ada had kewaspadaan dan keterbasaan dalam setiap inci pergaulan sebab silap langkap pasti kita akan terjerumus ke lembah yang hina. Malah akan di benci..laknat olehNYA.

Jadi hargailah satu perasaan yang luhur itu dengan sebaiknya-baiknya yang Dia teleh kurniakan pada kita ke jalan kebaikan bukan pada jalan penyesalan yang tiada kesudahannya..

Share

Dahaga Al- Quran

Salam untuk semua pemaca setia..
Kali ini Suri bawakan nukilan Fauziah Ghazali macam biasalah hampir sebahagian dari tulisan tersebut telah suri upgradkan sendiri mengikut penggayaan Suri. Namun penulisan asal tetap diharagi. Baiklah tanpa membuang masa marilah sama-sama menceduk ilmu ini untuk kebaikan kita bersama.

Membaca Al-Quran sebagai rutin seharian sebenarnya membolehkan kita di ibaratkan seperi meminum setitik air zam-zam di ketika cuaca sedang panas terik ibarat sejengkal di kepala kita laksananya. Habis seteguk, kemudian disambungkan seteguk lagi dan lagi. Setelah kejadian seperti itu berlalu untuk seketika waktu maka, bila datang hausnya lagi di keroncong anak tekak air zam-zamlah di minum untuk kesekian kalinya. Dan begitulah ia berterusan sepanjang hari..

001

Telah menjadi amalan Rasulullah s.a.w., para sahabat, para ulama dan orang-orang yang soleha sejak berzaman-zaman, di sepanjang kehidupan mereka membaca Al-Quran ini adalah merupakan satu rutian harian mereka yang berterusan sepanjang hayat. Apabila setiap kali majlis khatam dilakukan, maka akan disambungkanlah pula lagi bacaan ayat-ayat suci Al-Quran bermula dari bacaan Surah suci iaitu Surah Al-Fatihah, Surah Al- Baqarah dan surah -surah yang seterusnya. Dan begitulah surah-surah tersebut berulang-ulang selagi Allah mengizinkan dan selagi hayat di kandung badan.

Dapatkalnlah disimpulkan disini, sekali khatam tidak akan mengurangkan dahaga di jiwa oarang yang cintakan Al-Quran. Jika boleh, setiap titisan air penyegar pembersih kerohanian itu akan mengalir dari benjana iaitu dari kitab suci itu mahu jua ia dihirup sepuas-puasnya.

Dan pada waktu -waktu itu juga anak-anak yang kecil di asuh agar mereka mencintai dan menjiwai ayat-ayat suci Al-Quran secara berulang-ulang kali agar mereka terus mengamalkan ajaran tersebut dan membacaannya sehingga ke akhir hayat mereka jua. Ketahuilah bahawa tidak bermakna sebenarnya takala seseorang itu telah khatam Al-Quran namun sudah katam sekali, terus berhenti mengaji. Akan tetapi ia seharusnya perlu diusahakan pula caranya yang kedua untuk menjadikan seorang tahafiz. Di mana ia boleh menghafal ayat-ayat suci Al-Quran tersebut sengan dengan begitu baik dan lancar sekali.

Pada zaman yang serba moden dan canggih ini kebanyakan dari kita hanya menginginkan sasaran untuk khatam Al-Quran hanya sekali sahaja untuk seumur hidup sebenarnya cara sebegini tidak selari dengan sunnah Nabi s.a.w. Jikalau boleh kita tidak mahu anak-anak yang saban waktu kita sering menghantar ia ke tempat mengaji Al-Quran hasratnya pasti akan terkubur kelak setelah ia bakal habis khatam Al-Quran nanti. Atau dia hanya akan membaca Al-Quran seminggu sekali iaitu takala membaca surah yasin pada hari Jumaat atau bila ada kematian. Wajarkah perkara ini berlaku dalam kehidupan kita sebagai seorang islam dimuka bumi ini.??

Terus apakah yang sepatutnya kita lakukan? Sebaliknya kita haruslah menjadikan Al-Quran tersebut sebagai satu rutin harian kita dalam sehari -hari. Kata Rasulullah s.a.w. takala anak-anak kita dapat sama-sama menyerikan rumah dengan Cahaya Al-Quran.

Kerana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang maksudnya:
“Tetaplah membaca Al-Quran dan mengingati Allah, kerana ia adalah nur untuk kehidupan di dunia ini dan bekalan untuk hari akhirat.” (Riwayat Ibnu Hibban)

Satu ketika bila ditanya oleh seorang Sahabat tentang amalan yang paling utama, Rasulullah s.a.w. menjawab, “Al-hallul murtahil.”

002

Lalu sahabat itu menyola, “Ya Rasulullah s.a.w, apakah itu “Al-hallul murtahil?”

Rasulullah s.a.w. menjawab,
“Dia adalah pembaca Al-Quran yang memulakan bacaannya daripada permulaan dan meneruskannya hinggalah sampai pada akhirnya, dan setelah berakhir dia akan berada di permulaannya kembali. Apabila dia berhenti, dia akan menyambungkannya kembali.” (Riwayat: Abu Daud dan AT-Tarmizi)

Inilah istilah Rasulullah s.a.w., para sahabat dan orang-orang soleh yang selalu membaca Al-Quran tanpa merasa jemu. Ia sebenarnya mencerminkan bahawa kecintaan ilmu mereka terhadap ayat-ayat suci Al-Quran ini sebenarnya merupakan satu anugerah yang besar daripada Allah untuk umatnya yang bijak menghargai dan menghayati isi Al-Quran itu dengan penuh tawquk dan iman didada.

Mengikut riwayat, setiap kali Rasulullah s.a.w. selesai membaca aya-ayat suci Al-Quran sehinggan ke penghujung surah an-Nas iaitu surah yang terakhir baginda akan selalu membaca surah-surah al-Baqarah (memulakan semula bacaan al-Quran dari awal) sehingga ke ‘muflihun’ dan selepas sejurus selepas itu barulah baginda akan mengakhiri bacaa tersebut dengan doa penutup.

Kesimpulanya sebaik-baik kita selesai mambaca ayat-ayat Al-Quran, satu bacaan yang baru hendaklah dimulakan selepas itu dan kemudia di sempurnakan bacaannya. Moga -moga kehidupan kita akan terus dilimpahi Nur Al-Quran sehinggalah ke akhir saat kita di jemput olehNYA dengan membawa bekalan yang benar-benar mencukupi untuk di persembahkan kepadaNYA kelak.

Share

Tragedi 1 SEPT 1994

TRAGEDI 1 SEPT 1994- KISAH BENAR
Rasanya dah lama draft ini diambil dari blog http://www.hanan.com.my tapi entah bilalah Suri nak persembahkan pada semua Suri tak tetapkan waktunya lagi. Tapi hari ini barulah tergerak hati untuk berkongsikan kisah yang penuh dengan keinsafan ini kepada anda semua.

Ambillah sedikit waktu untuk anda membetulkan posisi kedudukan badan anda kepada yang lebih selesa sebab kisah yang bakal di coretkan ini agak terlalu panjang. Selamat membaca :)

ibu-menyusui

Nuarii menulis:
“Saya ingin berkongsi satu kisah yang saya dapat dari teman saya. Kisah ini merupakan kisah benar yang dibawa dari Sandakan mengenai seorang gadis yang menderhaka kepada ibunya hanya kerana ingin menyambut Hari Kemerdekaan dan diberi balasan di dunia lagi… Semoga ianya menjadi pengajaran kepada kita semua betapa besarnya kuasa Allah serta betapa kita perlu menjaga hubungan dengan ibu bapa kita. Kerana Allah tidak pernah melupakan janjinya akan pembalasan pahala dan dosa terhadap hamba-hambanya.

Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. I September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng -gelengkan kepala.

Pasti ada sesuatu yang ‘besar’ sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati . Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan kearah mereka.

” Bincang apa tu ? Serius aku tengok,”saya menyapa.
” Haaa?San, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?” kata Jaimi, kawan saya.

” Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak faham bah,” jawab saya.
Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

ibu-dan-anak

” Macam ni,” kata Jaimi, lalu menyambung,
” di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak bolehkeluar dari kubur tu.

Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia?tapi belum boleh lagi “. ” Kenapa jadi macam tu ? ” saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

” Bukannya banyak, RM 20 saja mak !” gadis itu membentak. ” Mana emak ada duit. minta dengan bapa kamu,” jawab ibunya, perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis.

“Maaak?kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak,” kata gadis itu.

” Yalah, mak tau?tapi mak tak ada duit,” balas ibunya.

” RM 20 saja !” si gadis berkata.
” Tak ada ,” jawab ibunya.
” Emak memang kedekut !” si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.
” Bukan macam tu ta?” belum pun habis
ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya, ” Ahhh?sudahlah emak ! Saya tak mahu dengar ! ”

” Kalau emak ada du…? ” ibunya menyambung ,tapi belum pun habis kata-katanya, sigadis memintas lagi, katanya ;
” kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !”

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai .
” Saida..Sai.. dddaaa..” katanya perlahan sambil mengurut dada.

soulderoffortune

Wajahnya berkerut menahan sakit. Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan Sementara diluar, suasana sunyi sepi. Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar.

Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut. Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melaui jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya ; ” Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai
dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu.

” Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur.”

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis
berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat . Ia seperti di paku ke tanah. Si gadis mula cemas.

” Kenapa ni ayah ?” kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
ibu-dan-anak-di-aceh1

” Apa pasal,” Si ayah bertanya.
” Kaki Saida ni..tak boleh angkat !” balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

” Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat? tak boleh nak naik,” gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya. Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

” Ayah?Kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida , ayah..” si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat. ” Tolong saya ayah, tolong saya?Kenapa jadi macam ni ayah ? ” kata si gadis sambil meratap.

” Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal . Sekarang , ayah pun tak tau nak buat macam mana,” jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu. Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

” Emak..ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..” gadis itu menangis . Sambil itu di peluk dan di cium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi.

P1020037

” Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal. Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak,” dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku. Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar.

Beramai-ramai orang cuba mengeluarkan nya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu di kambus.

” Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu saja? kalau hujan macam mana ? ” kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

” Habis anak saya ?” tanya si bapa.
” Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak di sempurnakan, anak awak kita selamatkan,” balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang di putuskan, upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.

Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

” Bila dah lama sangat. Aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi,” kata Jaimi.

” Aku pun nak pergilah,” kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur. Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter dari kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun.

Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing. Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

” Pssstt?Raie?Raie..Psstt,” saya memanggil. Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan. ” Boleh aku tengok budak tu ?” saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya.

” Mana boleh . Keluarga dia saja yang boleh,” jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu.

” Sekejap saja. Bolehlah?”saya memujuk. Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah. Tana berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama ,risau, takut di halau keluar. Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan. Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih ;
“Emak?ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal..”
Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya.

sad_mom_and_kid

” Emak?lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya,” Di
tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.
Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk
menyelamatkan gadis berkenaan.

” Sudahlah tu Saida?makanlah sikit nak ,” rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya. Hampir menitis air mata saya melihat Saida . Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata. Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibi bapa akan di balas ‘tunai’. Malangnya saya tidak dapat lama di sana.

Cuma 10 ,15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap
” Ampunkan saya emak, ampunkan saya saya, Ya Allah, lepaskanlah kaki ku ini. Aku bertaubat. Aku insaf?”

Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar,tapi seperti tadi, tidak berhasil. Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan. Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga.

Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah di sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat di keluarkan.

Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.

Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.

kubur

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya.

Allah Maha Agung..sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang
derhaka…

..Semoga Allah mengampunkan dosanya.. Dan semoga kita semua mati dalam keredhaanNya… Amin!

Share

Uhu.. Busuknya

Salam pagi untuk semua Suri berharap agar anda dalam keadaan sihat walfiat hendaknya. Arm.. bagi yang kurang sihat tu segerlah memalaskan diri anda untuk bertemu dengan doktor pakar cinta key.

Pagi ini Suri nak kongsikan sesuatu petua dengan anda. Petua ini bagi kes bau badan yang kurang menyenangkan. Atau lebih senang petua untuk mengurangkan bahagian badan yang mudah berpeluh.

P2T1_body_odour

Hurm, kata orang sekiranya kita bangun pagi than masih belum mandi itu memanglah dikatakan bau badan kita akan mengelurakan bau yang kurang melazatkan menyenangkan. Akan tetapi selepas kita sudah selesai mandi pasti bau badan kita akan merasa segar dan wangi semula disebabkan selalu memakai sabun fruite tale.

Mana ketidaknya masakan setiap kali kita mandi akan pasti berbuku-buku sabun akan kehabisan stok pada tiap-tiap hari bulan kat dalam bilik air yer tak? hehehe..Namun begitu masih ada jua segelintir dari kita walaupun kita sudah mandi berkali-kali namun keadaannya bau badannya masih tetap sama. Di sini Suri sertakan dua cara untuk anda mengatasi masalah tersebut. So pilihlah mengikut kesesuaian anda sendiri ya.

Apakah bahan dan cara untuk mengatasinya?

cucumber0511

Produk A
Bahan-bahannya adalah:
Sebiji mentimun muda dikupas dan dibasuh hingga bersih. Kemudian di potong secara menyerong.

Caranya – caranya:
Anda sapukan mentimun tersebut pada bahagian badan anda yang selalu mengeluarkan peluh itu. Anda disarankan mengamalkan petua ini selama beberapa hari setiap kali selepas mandi supaya bau badan anda akan beransur hilang sedikit demi sedikit.

bau badan

Produk B
Bahan-bahannya adalah:
Sebiji mentimun muda dipotong sederhana besar. Kemudian dikisar bagi tujuan penghasilan jus mentimun.

Caranya – caranya:
Selepas itu anda sapukan atau pupukkan jus yang telah dikiasar tadi di lulurkan ke bahagian badan anda yang selalu mengeluarkan peluh itu. Seperti contoh dibahagian ketiak anda. Kemudian biarkan lulur jus tersebut untuk seketika waktu supaya ia dapat meresap ke bahagian tubuh anda. Akhir sekali anda bilaslah tubuh anda seperti biasa..

Anda disarankan mengamalkan petua ini selama seminggu 3 kali supaya bau badan anda akan beransur hilang sedikit demi sedikit disamping itu jua akan membuatkan kulit anda sentiasa segar.

p/s:
Bagi Suri dah pakai deodarat mesti juga pakai setitis minyak wangi hehehe..kasi wangi dan terus ke pejabat :)

Anda ada petua untuk dikongsikan disini. Jom kita sharekan ilmu anda disini :)

Share