Keaslian Senyum dan Tawa

Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang akan mengganggap anda ‘tidak siuman’. Bersedih tentu saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan.

Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.

amour148inrr7

Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan ‘wajah senyum’ yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah “Rani Mukherjee”. Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta.

Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula hidupnya tak pernah putusditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis? Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Kala bersedih menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan anda berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.

Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaansedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.

15 fakta menarik :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

hehe

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang
dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

i cant

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

” SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”. Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.

Sumber http://halaqah.net.

Selalu kalu Suri buat salah Suri akan diam dan senyum jer kat orang tu hehehe.. Cara anda bagaimana pula? hehehe :)

Share

Eh! Kenapa 3.00 bukan 2.80?

As-salam..
Seindah desiran ombak meghempas pokok kelapa pantai..

Wah agak lama juga Suri menjauhkan diri dari dunia maya ni ek? tanpa mabuk pangsan hari berganti minggu..bulan dah naik jun menandakan bahawa telah banyak yang telah kita lalui dalam kehidupan ini hehehe..eh, apa kena bulan dengan maya daah..hehee.. :)

Okleylah Suri tak mahu merepek lagu..rasanya harini Suri nak ceritakan pada kawan-kawan tentang kebegangan Suri pagi tadi kat sebuah kedai islam mamak. Begini ceritanya..

Suri: Bagi saya satu mi goreng siap bungkus sekali ya. (pada salah seorang pekerja kedai tu.) Pastu mamad ni pun rancaklah menyiapkan mi goreng yang Suri pesankan tadi.

Pekerja: Okey saya akan buatkan.

Suri: Sambil sandang beg laptop dan fail-fail pejabat Suri pun memusingkan kepala di sekeliling kedai tu. Bukan apa sebab Suri nak cari papan kenyataan harga menu makanan yang disediakan di kedai tersebut. Suri dongakan kepala Suri carilah menu mi goreng. Hoo..dalam hati berkata hurm kira murahlah mi yang di jual di kedai ini yer. Suri tersenyum seketika hehehee..

Casher: Mau bayar ka?

Suri: Yelah sudah tentu nak bayar. Nah ambil duit ni RM 2.80. (duit ini memang Suri dah keluarkan dari poket pun selepas Suri cuci mata kat papan kenyataan menu harga tu tadi)

mie

Casher: Eh bukan RM 2.80. Harga dia RM 3.00 lah.

Suri: Eh, apesal pulak harga dia RM 3.00 sebungkus bukan ke kat atas papan harga tu diletakkan RM 2.80 jangan cuba nak main tipulah!

Casher: Eh, tak der..tak der..tu punya harga tahun lepas punya. (Muka casher tu dah naik begang sambil memalingkan mukannya ke arah lain)

Suri: Mana boleh macam ni. Dah tahu hari-hari berniaga..barang selalu turun dan naik kau kenlah juga betullkan tanda harga kat situ. Bukan ke itu salah satu tanggungjawab kamu sebagai peniaga makanan. Teruklah kamu berniaga tiada etika langsung! Terasa benar hati Suri ni sakit.

Seingat Suri tanda harga makanan tu dah lama tidak di betullkan. Bukan apa sebab sesekali Suri memang lalu kat depan kedai makanan tu. Sebenarnya Suri tak kisahlah sangat berapa harga makanan tersebut. Tapi memanglah pantang Suri jika harga yang tertulis di papan tanda tu lain dari harga yang dipinta sudah tentu ia akan menimbulkan kemarahan dan kemuskilan dalam hati yer tak?? huhu.. hati sapa yang tak geram ?????..

Pekerja: Nah ambil mi ni.

Suri: . I am not happy customer :( Suri pun berlalu dari kedai tu dengan perasaan yang kurang gembira. Lain kali tak mahu den boli kat kodai ni lagi ..Cukup! dah le malas den nak layan..

Ha..kawan-kawan pernah alami apa yang pernah Suri hadapi ni. Ayuh kita kongsikannya disini.

nOta tapak Maya: Lepas dah luahkan entri kat maya ni barulah hati Suri tenang..setenag air di kolam ikan..hehehe..Andai Suri jadi pihak penguasa dah tentu tuan kedai tersebut tidak akan ku lepaskan kakaka.. :) ;)

Share

Suri Dan Mr Cacing Kerawet

Jenguk seketika di Dairi blog love is shearing..

Masa kecik -kecik anda pernah tak makan ubat cacing?? sewaktu masih kecil..masih hingusan tu lah waktu yang selalu kita lasakkan.. Masa kecik Suri suka main pondok-pondok..main masak-masaklah katakan.. ha tu yang terkena jangkitan cacing Mr kerawit terus masuk dalam badan..

Masih Suri ingat lagi waktu jumpa doktor. katanya Suri kena makan ubat cacing untuk matikan parasit tu..hurm Suri pun dah risau gila?? nak makan ke? bukan apa yelah masa kecik Love Suri tak suka makan ubat!! tak mau! tak mau!! huhu…

Last-last nah amik ko disumbatkan ubat semacam peluru berpandu tu masukkan dalam punggung Suri..Argh..Suri nangis seketika..sambil tendang-tendangkan kaki kat ayah dan doktor tu..hehehe.. psstt!! lasak gak Suri waktu tu nak mengelaklah katakan..hehehe.. :)

MAK

Pastu doktor cakap hah, adik manis lain kali jangan main kotor-kotor ye..sebab cacing suka pada budak kotor dan comot..huhu..

Pada anak-anak kecil galakkan pemberian Zentel kepada si manja anda supaya tumbesaran..usus mereka sihat dari sebarang jangkita dan parasit seperti raksasa cacing..hehe..

Aha, anda ada pengalama pasal makan ubat cacing ke? kenangan yang terindah sewaktu kecil dahulu??

Marilah singgahkan memori anda disini.. :) ;)

Share

Pewangi Si Peti Ais

Salam Jumaat buat semua. Maaflah sekiranya Suri agak terlalu lewat untuk membuat posting seperti biasa. Kojo den banyak kat pejabat. Ni sebenarnya time tidur rehat tu yang Suri curik ayam golek masa untuk mengadap blog kesayangku hehheee..

Hari ini Suri sekadar nak berkongsi petua dengan anda semua. Suri dah mencuba selongkar maya..dari satu blog ke blog yang lain. Tapi hasilnya tetap sama sahaja cuma pengolahan ayat sahaja yang berbeza hehehe… Tapi tidak mengapalah yang penting ilmu itu harus disampikan..disebarkan jua yer tak..

Bagaimana cara anda untuk menghilangkan bau hamis busuk di dalam peti sejuk anda?

Nak-nak jika bau tersebut terhasil daripada ikan dan ayam huhuhu.. Sudah tentulah kita akan kebuntuan waktu untuk mencari jalan penyelesaiannya bukan.

Disini Suri selitkan dua cara bagi menghilangkan bau busuk didalam peti ais anda tu.

arang

1) Sediakan seketul arang. Psstt!! Tapi pastikan arang tersebut tidak dibakar ya.

nenas

2) Letakkan 2 atau 3 potong kulit nenas di dalam peti sejuk rumah anda.

Insyallah lama kelamaan bau tersebut akan hilang dengan sendirinya. Selamat mencuba! ;) :)

NoTA haTI:
Nantikan posting yang kedua dalam masa yang terdekat ni.. hehe.. daaa..

Share

Bijirin VS Nasi

Kebanyakan ibu bapa menginginkan anak-anak mereka makan nasi dengan alasan yang kukuh bahawa untuk membesarkan anak mereka dengan cara pemakanan yang baik sihat.

anakku
Inilah Cahaya Cinta Suri ;)

Akan tetapi tahukah anda bahawa jumlah satu auns bijirin adalah bersamaan dengan setengah cawan nasi.

Manakala satu auns bijirin pula mewakili dianggarkan bersamaan dengan sekeping roti.

Ini bererti sekiranya anak si manja anda tidak mahu menjamah nasi maka biarkanlah sahaja dia menikmati memilih bijirin sebagai menu hariannya. :)

Anak sihat kenyang pasti ibu bapa turut gembira. :) ;)

makan
Nape pandang-pandang nak makan jugak ke? :)

Anda ada pengalaman semasa memberikan bayi anda/anak saudara makan?

Pengalaman Suri, first time buat bubur halus ayam campur kentang untuk si manja seawal si manja mencecah 5 bulan. Masuk lima suap dia akan tertidur sendiri..ZZzzz…Hehehe..

Share

Aku Mual & Muntah

Auw…Cak! salam ceria untuk semua sahabat mayaku.

Hurm, anda semua terkejut ke dengan tajuk posting Suri harini? Suri hamil lagi ke? huhu..oh, tidak. Mungkin Tuhan masih belum mengizinkan lagi ni. Jika ada rezeki Suri terima sahaja yer tak hehehe :) ..

Habis tu siapa yang hamilnya? kawan-kawan di sekeliling Surilah yang hamil. Pengasuh yang menjaga anak Suri dia dah hamil 2 bulan, jiran sebelah rumah pun dah nak dekat due datenya, jiran belakang rumah pun sedang menghitung bulan dan teman rapat Suri pun hamil juga, masuk yang ini anak kedualah hee..hee..hee.. ;)

001

Allah..aduh, bestnya jika Suri hamil lagi ni. Kata orang siapa yang hamil maka secara automatiknya ia akan dilayan suami bak seorang puteri.. :) Ada benar ke wahai papa, ayah sekalian diluar sana tu ???? huhuhu..

Contoh ayat yang bakal berdendang sakan disini..

“Abang tolonglah ampaikan baju ini..”
“Sayang tolonglah urutkan kaki ayang ni..”
“Sayang tiada seleralah nak makan di rumah. . Hurm..apa kata harini kita makan kat kedai jer..”

Baiklah tanpa membuang masa lagi Suri nak kongsikan artikel yang menarik ni dari Pa & Ma kelolaan Cik Hasnita Sawal dan seperti biasa Suri ada buat perolahan ayat Suri sendiri. Apa yang hendak di berikkan tipsnya untuk harini ni. Jom kita sama-sama memahaminya.

*Mual dan muntah adalah masalah biasa yang menyerang bakal-bakal ibu. Mungkin hanya segelintir sahaja yang tidak mengalaminya. Mual dan muntah yang di alami pada trimester pertama memang akan mengganggu keselesaan wanita.

*Ia terjadi kerana perubahan dalam badan dan tindak balas dalam cara yang berbeza, antaranya mual dan muntah. Anda mungkin mengalaminya di waktu pagi atau malam bahkan lebih teruk lagi yang perlu melaluinya sepanjang hari. Biasanya rasa mula dan muntah ketika hamil akan behenti selepas tiga bulan yang pertama.

Tip mudah bagi mengatasinya:-

Sebaiknya pada waktu pagi anda hiruplah udara yang segar di luar kawasan perumahan anda dan jadikan aktiviti senaman berjalan kaki sebagai rutin harian anda sepanjang kehamilan tersebut.

Anda dinasihtakan agar jangan bangun tidur dalam keadaan tergesa-gesa atau terkejut. Kerana ditakuti sebarang kemungkinan akan berlaku kepada diri anda. Tambah-tambah dalam keadaan badan ada yang sedang memboyot tu. Bahaya tau.

Selepas selesai waktu makan anda seharusnya duduk di dalam kedudukan yang selesa supaya daya tarikan graviti ini akan mampu membantu anda menyimpan makanan di dalam perut bagi mengekalkan rasa mual anda ketika hamil.

Cuba elakkan dari bau-bauan yang boleh menyebabkan hidung anda kurang selesa. Sebab ada sesetegah gologan wanita yang hamil kurang selesa dengan bau badan suami dan sebagainya.

Sebaiknya anda tidak digalakkan untuk memberus gigi anda selepas makan kerana ini akan menyebabkan segala apa yang anda makan sebentar tadi akan di muntahkan dengan segera.

Menghindari diri dari makan makanan yang mengandungi lemak yang berlebihan, pedas dan berkafein. Tapi cuba lebihkan makanan anda dari sumber seperti roti bakar, biskut kering dan sebagainya :) .

Amalkan minum minuman sebanyak 10 hingga 12 gelas air suam, jus buah – buahan supaya badan anda akan sentiasa kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari – hari yang dilalui.

Banyakkan berehat dari melakukan banyak perkara di dalam atau di luar rumah. Baringlah dengan melunjurkan kaki anda ke hadapan dengan pautan kerusi dan sebagainya bagi mengelakkan kaki anda bengkak kelak.

Sekiranya anda merasakan tekak anda mual, segeralah anda mengunyah sebarang jenis biskut kering atau biskut kraker sebelum turun dari katil. Anda boleh meminta bantuan suami anda untuk mengambil biskur tersebut atau sediakan lebih awal sebekas biskut kraker supaya berhampiran dengan anda.

002

Sebelum anda berbaring atas katil untuk tidur malam, anda kunyalah terlebih dahulu snek ringan seperti yogurt, roti, susu, bijirin atau sandwic sebagai alas perut anda . Sebab pada amnya kebanyakkan ibu akan terjaga pada waktu malam untuk mencari makanan.

Lalauilah hari anda dengan mengambil tabiat makanan anda dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Setiap dua atau tiga jam walaupun anda tidak berasa lapar ketika itu.

Minumlah teh halia atau mengambil tablet halia juga mungkin akan dapat membantu anda dalam mengurangkan masalah mual tersebut.

Anda ada kisah yang menarik sepanjang kehamilan isteri anda? Jom kita kongsikannya disini.. ;)

Pengalaman Suri pula, masa jumpa doktor terus doktor mengesahkan Suri hamil 2 bulan. Memang teperanjat sungguh bila kami mendapat keputusan tersebut. Sebab Suri tak pernah alami apa-apa simptom pun sebelum ni. Bila balik rumah je terus muntah-muntah..hehe.. ;) :)

Share

Dilema Wanita Antara Kerjaya Dan Buah Hati

Kajian yang dijalankan oleh sebuah institusi pengurus di United Kingdom mendapati bahawa masalah yang paling besar yang dihadapi oleh kebanyakan wanita berkerjaya ialah membahagikan waktu dan perhatian sebagai wanita berkerja dengan urusan rumahtangga. Dilema ini semakin terasa apabila wanita berkerja itu juga merupakan seorang ibu.

Masalah dapat diatasi dengan kehadiran pengasuh anak atau pembantu rumah. Namun kebanyakan wanita yang ditemui memberitahu mereka ini ‘tidak rela’ anak mereka di asuh oleh orang lain. Bahkan kadanglaka timbul perasaan iri hati pada keakraban pengasuh dengan anak – anak.

mom

Bagaimanakah caranya untuk kita hadapai dilema seperti ini? Ayuh kita merungkaikannya bersama-sama.

Wajarkah ada perasaan bersalah meninggalkan anak dengan pengasuh?
Perasaan itu memang sangat wajar. Wanita mana pun pasti akan terasa apabila anak menuturkan perkataan pertama atau mengambil langkah pertama tanpa bantuannya. Dilema ini semakin rumit dengan hadirnya rasa cemburu pada pengasuh yang menyaksikan semua itu.

Bagaimanakah melihat persoalan ini dengan objektif?
Cara yang paling baik ialah menghadapi persoalan ini dari akar umbinya. Analisis ‘perang batin’ itu satu peratus sehingga lebih mudah untuk mengatasinya. Jika anda berasa karier adalah lebih penting, begitu juga takala mengasuh si kecil, maka apa yang anda hadapi adalah konflik dua pilihan yang sama-sama penting dalam kehidupan anda. Namun anda haruslah membuat salah satu pilihan yang tepat. Ini disebut sebagai ‘approach-approach conflict.’

Atau apakah anda akan berasa berkerja itu merupakan suatu hal yang sangat penting dan anda pula terpaksa mengambil seorang pengasuh bagi menggantikan tempat anda? Namun anda juga akan berasa ‘terasing’ olehnya. Apa yang sedang anda hadapi ini pula ianya lebih kepada sifat ‘approach-avoidance conflict.

Membuat pilihan yang terbaik
Perkara pertama yang perlu anda laksanakan adalah anda wajar melihat ‘value‘ atau nilai setiap situasi. Nilai ini sebenarnya tidaklah statik. Akan tetapi ia akan berubah dan di ubah dari waktu ke waktu. Pertimbangan dari sudut pekerjaan manakah yang paling penting? sama ada kedudukan prestasi, gaji yang diperoleh atau hubungan sosial? Dari sudut seorang ibu pula, telitilah pada hal-hal yang perlu di utamakan. Dengan cara ini anda akan dapat menganalisis nilai tersebut dari pelbagai sudut.

Namun jika anda melihat peluang untuk maju dalam karier sedang terbuka luas, anda sebenarnya boleh juga memutuskan untuk terus berkerja dengan beberapa perjanjian khusus. Antaranya anda perlu meminta atau memohon rayuan kepada pihak majikan anda supaya anda tidak akan di hantar untuk tugasan luar daerah bagi sementara waktu untuk membolehkan anda meluangkan lebih banyak masa untuk bersama dengan anak-nak dan ahli keluarga anda.

Harus berkompromi
Ya! Kuncinya bukanlah menggorbankan satu nilai yang lain, akan tetapi melakukan penyesuaian antara satu sama lain. Dengan adanya kompromi antara nilai-nilai tadi bererti anda telah mengubah situasi konflik antara dua pilihan menjadi situasi tidak perlu memilih.

Menyelesaikan ‘approach-avoidance conflict’
Dalam situasi kedua ini, asasnya ialah menyedari keterbatasan diri kita. Kesedaran tentang keterbatasan itu akan menjadikan kita lebih “manusiawi” dalam melihat segala persoalan.

Ini kerana, jika seseorang wanita berasa dirinya seperti ‘super women‘ yang mampu melakukan segala perkara, dia sebenarnya cenderung untuk melihat hal yang negatif tentang apa yang berkaitan dengan pengasuh anaknya. Apalagi jika dia menyimpan rasa bersalah kerana meninggalkan anak-anaknya.

Namun jika sekiranya anda menerima keterbatasan anda sebagai ibu yang berkerja, anda sebenarnya lebih mudah menerima kehadiran pemgasuh anak sebagai peganti diri selama anda tidak ada. Menyedari keterbatasan akan membuatkan anda menghargai kehadiran si pengasuh.

Sebagaimana anda membuat strategi dalam membentuk karier, anda juga boleh membuat aturan bagi diri anda dan pengasuh anak anda. Perkara ini perlu dijelaskan dengan terang kepada pembantu tersebut. Dengan adanya peraturan seperti itu, anda akan berasa tetap memegang situasi yang berlaku dan tidak berasa terancam atau disaingi oleh pengasuh anak.

cartoon_family_travel

Mengurangi rasa bersalah pada anak.
Dalam melakukan pilihan kita haruslah menyedari adanya akibat daripada setiap pilihan yang bakal kita buat kelak. Menyedari akan hal seperti ini dapat mengurangkan rasa bersalah. Sememangnya hal ini memang tidak mudah untuk dilakukan, akan tetapi anda perlu berfikir secara matang dan terbuka.

Perlu juga anda perhatian bagaimana reaksi anda terhadap rasa bersalah yang muncul itu. Ada yang menebusnya secara membabi buta seperti membelikan mainan atau makanan dengan jumlah yang berlebihan. Ada pula yang menjadi seorang ibu yang terlalu ‘over permissive’ dengan membiarkan si kecil melakuakn apa sahaja walaupun dia sedar itu boleh merosakkan disiplin yang cuba diterapkan.

Ingat! walau siapa pun anda maka anda haruslah bijak dalam memperuntukan masa untuk si kecil dengan seberapa banyak yang boleh. Supaya mereka tahu bahawa anda adalah ibu bapanya yang sebenar. Didiklah ia dengan sifat yang baik serta jati diri yang kuat agar sikecil anda kelak akan menjadi insan yang berguna pada masa hadapan.

Halaman ini di petik dari hasil tulisan Ruzian Mohd Jan dan di adjustkan sedikit oleh Suri.

Cara anda bagaimana?
Adakah di sebabkan kerjaya dan kewangan maka kita terpaksa menempatkan si manja di bawah pengawasan pengasuh??
:) :(

Share

Emm..Baru ada Umph !!

Ada kasut tentulah ada kaki. Tapi kaki kita akan lebih selesa sekiranya kita memakai sepasang sarung kaki yang bersih. Hurm, bagaimana pula sekiranya saban hari kita selalu menukar sarung kaki tapi hakikatnya kaki kita akan sentiasa mengeluarkan bau yang kurang enak?

57507_kaki2

Tahukah anda, sebenarnya jika bau kaki anda kurang enak ia sudah tentu menggambarkan yang anda seorang yang kurang menitik beratkan kebersihan diri. Dan sudah tentulah ada sebilangan dari anda sanggup memencilkan diri ekoran dari masalah bau kaki yang kurang menyenangkan ini. hehe..yekh.. :(

Untuk kesekian kalinya Suri ada beberapa cara untuk mengurangkan bau kaki yang busuk kurang menyenangkan ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:-
- Air panas suam-suam kuku
- Teh uncang

tea-bags

Cara-caranya adalah:-
1. Masukkan Air panas suam-suam kuku kedalam sebuah besen.
2. Kemudian masukkan teh uncang kedalam besen yang telah anda sediakan air panas-panas suam tadi.
3. Selepas itu anda celupkan kedua tapak kaki anda di dalam besen kira-kira 30 ke 40 minit.

Tahukah anda, kandungan “tannin” dalam teh sebenarnya berfungsi seperti “astringen” (penyegar) untuk kulit yang boleh menghilangkan rasa keletihan pada kaki anda.

Haa..kan, mudah sahaja..semudah A B DAN C :)

Eleh sikit lebih kurang macam kita nak buat air teh jer. Tapi yang membezakannya ia bukan untuk di minum dan tidak pula di tambah dengan gula. hehehe.. ;)

Nota Hati:
Awas! air tersebut bukan untuk diminum. Takut nanti ada yang pengsan tak sedarkan diri selama beberapa tahunlah pulak.. Adeh, sapa yang nak di pertanggungjawabkan??.. Ingat yer ini buka cerita Nujum Pak Belalang tau..huuhuu..

Share

Siapa Kata Single Itu membosankan??

Salam setepak sirih tapi bukan untuk meminang sang teruna atau si dara yang menjadi tambatan hati tapi sekadar bermadah helah disini..Adeh apalah Suri ni waktu tengahari hujung minggu ini pun masih ada aura nak buat lawak itik lagi..hahaha..

Okeylah..Suri tidak mahu membuang kata lagi apa kata hari ini kita bukak kisah bab single menyinggel ni bagi menghangatkan topik di blog Suri pada petang yang membahagiakan ini..

Eh, kata orang bila putus cinta tu hati gua sakit loh..kau apa tahu!

Tengok! apa yang boleh aku buat bila putus cinta dengan dia. Semua rugi hoo..rugi belanja dia makan, minum, shopping dan segalanya bagai..last-last dia buat aku macam nie. Ceh dasar orang tak kenang kenangan cinta langsung.

love

Aku memang dah tiada semangat nak bercinta..aceh, sejak bila pula tiada semangat itu Ini. Selalu baik-baik sayang sahaja. Elah relasklah Suri tahu tak semestinya bila kita dah putus cinta kehidupan kita akan terhenti setakat tu sahaja. Tidak sama sekali wahai kawan-kawanku.. Suri ada ubat untuk merawatkannya.. Come on..

Tahukan anda jika sebelum ini anda lebih banyak menghabiskan masa bersama si dia dari teman-teman sekepala anda tapi sekarang anda sebenarnya boleh menghabiskan lebih banyak waktu untuk bersama-sama dengan mereka kembali. Apatah lagi dengan ahli keluarga anda sudah tentu banyak yang masa yang akan anda berkongsi cerita bersama dengan mereka.

Hidupkan kembali suasana anda yang dahulunya hanya terikat pada si dia sahaja. Sedarlah bahawa anda kini bebas untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Dan yang penting anda tidak perlu menjelaskan kepada sesiapa pun tentang siapa yang ada sedang berkawan atau sabaliknya pada seseorang yang bergelar kekasih. Tapi awas! batas-batasnya perlu di jaga juga ya..

Kini anda boleh manjakan diri anda di salun untuk mendandan rambut anda agar dengan tampak segak, bergaya lagi atau ke spa dan sebagainya tanpa harus anda memikirkan bahawa si dia sedang bosan boring menunggu ada di dalam kereta.

Bedandalah dan bergayakanlah diri anda atau melaram mengikut rentak hati asalkan ia tidak melanggar lunas-lunas dalam islam dalam etika berpakaian. Jika dahulu mungkin ada sesetengah dari pasangan mengkongkong cara berpakaian anda tapi kini tidak lagi. Anda yang menentukan segala-galanya :) .

Anda boleh pergi kemana sahaja anda suka sama ada berkelah bersama teman-teman, pergi melancong dan sebagainya tanpa perlu memikirkan untuk memberitahu kepada si dia dimana anda berada sekarang. Tidak perlu sms atau panggilan telefon yang banyak membuangkan masa anda begitu sahaja. Apa yang penting anda perlu enjoy pada waktu-waktu tersebut.

Ada waktu kita perlu bergembira, ada tika juga kita perlu bersendiri tapi carilah kekuatan tersebut dengan selalulah mendekatkan diri kepadaNYA. Layarkanlah doa kepadaNya seberapa banyak yang anda mampu semoga akan ada suatu hari nanti jodoh yang terbaik buat diri anda. Percaya dan yakinlah dengan setiap doa anda itu kerana Dia Maha pendengar lagi Maha penyayang. Mintalah apa yang di pohon nescaya Dia akan tunaikannya. Amin.

q14a22

Saat yang ada inilah sebaiknya anda cuba membahagiakan diri anda sendiri tanpa mempedulikan dia yang sedang berbahagia bersama insan yang lain. Buatlah perkara yang bisa membutkan anda gembira seperti melakukan aktiviti riadah, melakukan aktiviti futsal dan sebagainya mengikut selera dan kehendak anda sendiri. Bukan apa dengan cara ini anda akan lebih mudah untuk melupakan dia sedikit demi sedikit..

Anda pengalaman putus cinta ke? Jom kita leraikannya di sini. Hurm, jika ada yang terkurang tips kat atas tu minta kawan-kawan tolong tambahkan le..hehe :) ;)

p/s: Entri ini tidak bermaksud untuk menyinggung perasan sesiapa pun yang sedang putus cinta tapi ia hanya sekadar tips-tips yang berguna sahaja.

Nak masak jap, nanti Suri jumpa anda semua kat ruang maya semula ya :) daaa..

Share

Susahnya Melihat Anak-Anak Susah..

As-salam untuk semua. Harap-harap anda sihat hendaknya. Bagaimanakah perkerjaan anda hari ini adakah semunya dalam keadaan baik- baik sayang sekali. Suri harap semuanya dalam keadaan yang baik. Memandangkan hari ini hari jumaat memang hari yang Sibuk buat Suri. Kenapa? hehe..jika anda nak tahu anda semua kenalah jengah ke blog Suri yang satu lagi iaitu “blog love is shearing” kat situ ada jawapannya. Tentang hutang along ??

Sebenarnya Suri kurang moodlah nak berblogging ni. Kurang idea? kebarangkalian kot..huhuh..blog love is shearing satu entri, blog pakarhowto dah memang kompon satu akan terselit kat sana. Adeh tinggal blog ni jer yang Suri nak storey.. tentang apa yer??huhuhu.. Tapi Suri cuba kuatkan semangat demi kawan-kawan bloger juga.

Muslimah777

Kata orang kalau sayang sesekali kita tinggalkan dunia berblog tidak mengapa. Tapi awas jika ia sering ditinggalkan lama-lama takut-takut mood malas akan merebak dari hari ke minggu..bulan-bulan yang seterusnya huhu.. Jika boleh Suri nak elakkanlah perkara ini berlaku Insyallah. Sungguhpun banyak komitmen Suri akan lakukannya dengan sebaik yang mugkin sadaya mana yang termampu :) .

Baiklah Suri tidak mahu membuang masa lagi kali ini Suri nak kongsikan satu kisah dari saudara Pahrol Mohamad Juoi. Rasanya kisah ini memang menarik sekali untuk dikongsikan. Ayuh kita selaminya bersama-sama..

Kami berbincang sekitar topik yang hangat diperkatakan sekarang iaitu Sumbang Mahram. Teman bual saya, seorang ibu separuh umur yang berjaya dalam kariernya.

“Kenapa rasa sayangkan anak boleh punah?” soalnya.

“Kenapa puan tanye akan soalan yang begitu?” saya menyoalnya semula, sengaja menambah kemesraan dalam perbualan.

“Yelah…kes ‘haruan Makan anak’ ni sebab tiada kasih sayanglah. Jika ada, takanlah tergamak bapa nodai anak sendiri.”

“Sayangkan anak adalah fitrah. Ia ada pada setiap manusia..”

“Apa maksud awak dengan fitrah? Itu ‘nature’ ke?” Belum sempat saya menghabiskan ayat dia telah menyampuk. Terlalu beria hendak menjawab mungkin.

“Fitrah adalah sifat semula jadi. Lahir sahaja seorang anak, secara automatiknya sayanglah kedua-dua ibu bapa kepadanya. Tak payah belajar. Rasa sayang itu akan datang dengan sendirinya.”

“Kalau begitu kenapa fitrah tu boleh musnah?”

“Fitrah itu umpama benih. Walaupun memang telah sedia ada di hati tapi jika tidak dibajai dan dijaga, ia akan layu atau terus musnah,” ujar saya.

“Apa bajanya? Bagaimana menjaganya?” tanyanya.

Alhamdulillah, metafora saya dapat difahami dengan baik.

“Bajanya akidah, caranya menjagainya dengan syariat,” jawab saya pendek.

Dia diam, saya kira kali ini kata-kata saya memaksa dia berfikir…

“Cuba puan lihat sejarah pembunuhan anak perempuan oleh orang Arab Jahilia. Cuba pula renungkan kes buang anak di kalangan masyarakat kita. Ini akibat langsung bila fitrah sayangkan anak tidak disuburkan. Ia boleh mati!” tegas saya.

c0102

Bolehkah fitrah itu dihidupkan ialah ajaran akidah yang dibawa oleh Nabi Muhammda. Apabila iman kepada Allah dan hari akhirat mantap di dalam jiwa, secara bertahap-tahap fitrah sayangkan anak perempuan di kalangan Arab Jahilia subur semula. Air iman itulah yang menyuburkan,” sambung saya.

“Wah awak macam sasterawanlah…”

“Tokoh kuat macam puan sesekali-sekala kena sentimental juga.” usik saya. Dia tersenyum.

“Tapi aneh ya, ada orang yang benar-benar sayangkan anak tetapi akhirnya anak itu rosak. Ada saya lihat ibu yang berkorban segala-galanya untuk anak-anaknya…akan tetapi pengorbanan itu di persia-siakan oleh anaknya juga. Anak menjadi seperti penangih dadah, dehaka rosak dan sebagainya..”

“Saya dah kata tadi, fitrah sayangkan anak ni bukan sahaja ada bajanya tapi ada peraturannya.

Bajanya adalah akidah, peraturannya pula adalah syarikat,” kata saya secara perlahan.

“Cuba awak jelaskan…”kini perbualan kami lebih menjurus kepada, lebih fokus.

“Akidah menyuburkan rasa sayang. Rasa sayang ini akan dilahirkan dalam bentuk tindakan. Di sinilah kita perlu mematuhi peraturan, mamatuhi syariat?”

“Akidah mengatur keyakinan diri, syariat mengatur tindakan lahiriah, Syariat itu hukum Allah-wajib , haram, sunat, makruh dan harus.”

“Maksud awak, akidah itu tujuan, syariat itu jalan?”

“Benar. Ramai orang termasuk orang islam sendiri sangat sayangkan anak mereka, tujuan mereka betul. Sayangnya cara mereka melahirkan sayang itu salah, jalanya bercanggah dengan syariat, maka anak itu akan rosak.”

“Macam mana tu?”

“Sayangnya anak perlu dilahirkan dalam pelbagai cara mengikut keadaan. Jika patut dipuji, dipuji. Patut dimaafkan, dimaafkan. Dan patut dipikul, mesti dipukul. Kadangkalaa menghalang, itu tandanya sayang. Kadangkala mendorong, itu pun tanda sayang….”

“Bagaimana kita hendak menentukan tindakan kita tepat? Bila masanya patut dimaafkan?”

“Di sini pentingnya rujukan. Rujukan kita ialah syariat. Misalnya, setelah dinasihati dan dididik bertahun-tahun, cukup umur sepuluh tahun anak kita masih tidak solat juga..maka pukullah ia. Itu kata syariat dan itulah tanda sayang kita. Jika kita tidak memukul mereka ertinya tidak pandailah ibu bapa tersebut melahirkan rasa sayangnya terhadap anak-anaknya, Maka itu akan lahirlah anak rosak.”

“Kalau solat itu mudah. Tapi bagaimana jika kesalahan yang lain pula?”

“Kita perlu bezakan antara kejahatan dan kenakalan. Kejahatan anak mesti diambil tindakan. Tapi jika sekadar kenakalannya, kita masih boleh toleransi. Kita boleh maafkan.”

“Apa bezanya kenakalan dan kejahatan”

“Katakanlah sekali-sekala dia terpecah barang di rumah..itu kenakalan namanya, Tetapi apabila dia berbohong, tidak mahu mengakui dia yang memecahkannya, maka itu kejahatan. Itu lebih besar salahnya daripada kesalahan memecahkan barang. Oleh itu apabila dia berbohong, sesuatu perlu dilakukan supaya di akan bercakap benar.

Biar dia berani mengaku kesalahannya. Biar dia menangis dan menyesal akibat cuba berkata bohong. Ingat! kita perlu tegas dalam mendidik anak. Jangan ada belas kasihan…”

“Bertegas bukan bererti berkeras, kan?” dia minta kepastian.

Saya mengangguk.

“Puan, sayangkan anak bukanlah dengan mengiakan atau memberikan segala-galanya,” tambah saya.

“Itu kelemahan saya, dulu saya susah, saya tak mahu anak saya susah macam saya. Saya nak cuba menyenangkan mereka.”

“Jika puan disenag-senagkan sejak kecil, mungkin puan tidak akan sampai ke tahap seperti ini sekarang. Layang-layang naik dengan melawan angin, bukan mengikut angin.”

ajar-anak_2

“Payah benar rasanya. Kalau kita terpaksa susah kerana memang tak ada, itu agak mudah. Dulu ibu bapa saya miskin, saya terpaksa susah. Tak ada pilihan. Tapi saya sekarang agak ok. Susah nak susah – susahkan anak saya..keluhnya.

Dia diam dan terus diam

Saya menyambung, Puan, kita mesti mampu menahan hati melihat mereka sedih, kecewa, sakit atau gagal dalam proses kematangan mereka sendiri. Kita mesti akur pada hakikat yang kadangkala dengan tidak membantu mereka.”

“Oh, susahnya nak susah-susahkan anak kita. Kita sayang mereka bukan?”

Saya tersentuh. Kali ini saya pula terdiam. Terbayang satu-satu raut wajah anak saya. Ya, keluhannya adalah keluhan hati saya juga.

Susahnya untuk melihat anak-anak susah..

Share