Hari Ulangtahun Perkahwinanku 08.03.2008

Syukur Alhamdulillah semoga kebahagian akan kekal berpanjagan hendaknya hingga ke akhir hayat.. dikau yang pertama dan yang terakhir dihatiku….

Sungguh tidak ingat jika tiada si hand fon…maka tidak terus ku imbau saat-saat kemanis kehidupan alam berumahtangga ini..

Sesungguhnya setiap yang terjadi ia benar-benar menggujakankan hatiku..

Bagi pengikut setia blog cahayacinta.com maka hari ni Suri persembahkan kepingan gambar perkahwinan Suri pada 08.03.2008 untuk tatapan anda sekalian. Harap korang enjoy hendaknya.

scan0072

scan0092

scan0093

scan0104

scan0101

Yang last ni gambar anak Suri..ni gambar masa dia 3 bulan laa. Sekarang dia dah masuk 1 tahun 1 bulan daa..

scan0038

Share

Rawat Lecur

Salam semua sahabatku..
Harini kedapur Suri sekejap yer. Petua yang Suri nak kongsikan pada anda semua adalah bagaimakah cara untuk mengelakkan terjadinya gelembung-gelembung air atau lecur pada tangan anda sekiranya tangan anda terkena minyak panas didapur. Huhu..itu rasa sakit sudah tentu ada..

Fleur_d_Oranger_et_Ang_lique_lisent_une_recette_de_cuisine

Bahan-bahanya adalah :-
-Sedikit tepung gandum
-Air untuk bancuhan

Cara-caranya.1.Setelah tepung gandum dibancuh bersama air (pekat).
2.rendamkan tangan anda didalam bancuhan tersebut selama beberapa minit. Insyallah, tangan anda pasti tidak akan melecur teruk.

Selamat mencuba dari dapur comel Suri ! :)

Share

Pembukaan Pintu Taubat

kartun

Dalam kitab Zubdatul Wa’idhin dijumpai keterangan bahawa suatu ketika Jibril mendatangi Nabi Muhammad s.a.w dan menyampaikan firman Allah, Barang siapa yang bertaubat kira-kira setahun sebelum meninggal dunia, maka diterimalah taubatnya itu. Kemudian Rasul berkata, “Wahai Jibril, setahun bagi umatku itu tidaklah sebentar. Dalam watu yang lama itu, mugkin mereka lalai, berpanjang angan-angan. Adakah mungkin mereka terpelihara daripada dosa?”

Malaikat-Malaikat Jibril meninggalkan Nabi Muhammad s.a.w. Sebentar kemudian ia kembali lagi. “Ya Muhammad, Tuhan telah berfirman kepadamu, ” Barang siapa yang sebulan sebelum kematian mahu bertaubat, maka taubatnya akan diterima,” kata Jibril.

0

“Wahai Jibril, waktu sebulan itu bagi umatku juga terlalu lama,” kata Nabi. Jibril pergi lagi dan tidak berepa lama kemudian kembali, “Ya Muhammad, Tuhan berfirman kepadamu, “Barang siapa bertaubat kira-kira satu jam sebelum meninggal, maka taubatnya akan diterima.”

Satu jam bukankah ia terlalu lama bagi umatku,” jawab Nabi s.a.w. Jibril pergi dan tidak lama kemudian kembali lagi. “Wahai Muhammad, Allah telah menyampaikan salam kepadamu. Lalu berfirman, “Barang siapa sepanjang hidupnya bergelumang dengan kemaksiatan, dan belum kembali kepada-Ku sebelum meninggal dunia, kira-kira setahun atau sebulan, sehari atau satu jam, sampai rohnya ditenggorokkan, ia tidak dapat berkata atau menyatakan alasan dan menyesal dalam hatinya, maka akan Ku-ampuni dia.”

Itulah rahmat Allah. Itulah kasih sayang-Nya kepada umat Muhammad. Jika seseorang mahu bersungguh-sungguh bertaubat, maka Dia akan mengampuninya.

Share