Tips 50 Cara Menghapuskan Teman On-Line

Kadang-kala kita seronok berkawan dengan teman on-line sehingga menimbulkan kemesraan dan persahabatan maya yang begitu unik. Apatah lagi jika dia berlainan jantina. Ada yang berlanjutan begitu lama sehingga sehari tak online pun dah rasa rindu. Tak dinafikan, persahabatan maya dirasakan begitu selamat kerana kita hanya bersua di alam siber tanpa bersua muka. Identiti sebenar kita juga tidak akan diketahui teman kita kecuali kita memberitahu. Itu pun ada yang masih nak menipu dan mereka cerita.

imagesCAKSZKET

Namun ada yang jujur dan ikhlas untuk berkawan dengan kita dan kita pun tak keberatan untuk menerimanya sebagai teman on-line. Teman on-line ini menjadi tempat kita bertukar pendapat, berkongsi rahsia, pengalaman dan maklumat serta adakalanya sebagai tempat kita mengadu masalah dari hal kerja hingga ke hal peribadi. Kita berchit-chat berjam-jam lamanya dengannya, bergurau-senda, berbalas gambar dan berbalas e-mail. Tidak mustahil hubungan maya yang dianggap persahabatan biasa oleh kita dianggap lain olehnya.????

Dia mula menganggap kita teman istimewanya dan berimpian untuk menjadikan kita kekasih sebenarnya di alam realiti. Tapi kita tidak bersedia untuk menerimanya sebagai kekasih, malah mungkin tak terfikir langsung ke arah itu. Selama ini kita melayannya kerana menganggap persahabatan ini hanya setakat keyboard dan monitor saja. Lagipun kita seronok berkongsi pendapat dengannya dan mempunyai teman siber… itu saja.

9e5ed245527acd5fd9358e284653bce31262317464_full

Tapi bila dia mula bercakap soal-soal cinta dan bahasa pun dah lain macam, sudah tentu kita rasa tak selesa. Apatah lagi jika kita dah berpunya atau dah berkahwin. Atau dia yang dah berkahwin dan punya anak. Lagi teruk jika dia memang tak sesuai untuk menjadi kekasih kita atas pelbagai sebab. Bila dia mula meluahkan perasaan, lagilah kita pening. Dia asyik melayangkan e-mails yang merayu-rayu dan cuba pelbagai cara untuk menagih simpati atau cinta kita. Bila kita masuk chit-chat, nickname dia pasti terpacul di mesej box kita. Kita mula mencari jalan untuk menjauhinya.

Ada pula yang baru kita kenal di IRC, atau tempat lepak siber yg lain, dah mula mengajak bermain cinta. Semua ini tak masuk akal!
Di sini di ajarkan 50 cara untuk menghapuskan teman on-line yang ingin kita jauhi tersebut. Ia adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman on-line sebenar yang pernah dilalui oleh kebanyakan orang. Ingat..Mr Delete Key adalah sentiasa menjadi teman baik wanita..begitu juga Mr Block Sender dan Mr Filter !50 cara tersebut adalah:

Apa kata anda semak post yang seterusnya di ZON diCINTA .. klikan mouse anda disana untuk keterangan selanjutnya.. ;)

Share

Cinta Di Sanubariku

Cinta mula menyusup di sanubariku
tatasuria dan purnama
mula menyinari hidupku
senyum menyulam di bibirku
kau hadir dalam dairi hidupku

Kembali mengimbau memori semalam
wajahmu terbayang di kaca mataku
aku bagaikan
berada di awangan

Akanku lukis wajahmu
di atas sehelai tenunan
akanku ukir namamu
di batang pepohonan
kemunting saga
kutanam benih cinta kita
di serata taman cinta
moga ianya mekar kembang di sisi
gugur bukan di medan kekecewaan
dan bukan mutiara jernih
menjadi pengakhiran
sebaliknya hati berbunga indah

anime-4

Cintaku
seindah bunga menemani taman
cintaku seharum kasturi
cintaku
sesinar tatasuria
yang menemani siang
cintaku seputih purnama
yang menemani malam
cintaku
setinggi langit
yang tak tercapai jua
cintaku sedalam lautan
terbentang tanpa sempadan

Andai aku untukmu dan engkau untukku
aku bersyukur kepada-Nya
kerna memakbulkan doaku
dan akanku bajai
benih cinta kita
kusemai subur
semoga kekal
selama-lamanya.

Nukilan dari Syarifah Zulikha
S.M.K. Zainab, Kota Bharu, Kelantan.

Share