Kisah Arnab dan Kura-Kura

Semasa Suri search perihal kura-kura tiba-tiba Suri tertarik akan kisah arnab dan kura-kura ini dari blog saudara genta-rasa.com. Anda ambillah sedikit waktu untuk membacanya..dan akhir sekali cubalah kita fahami apakah maksud yang tersirat disebalik kisah ini. Jadi marilah kita hayati cerita ini bersama-sama.. ;)

kelinci-dan-kura-kura

Tersebutlah kisah arnab sedang berjalan-jalan mencari makanan. Tiba-tiba ia terpandang seekor kura-kura yg merangkak-rangkak naik ke tepi sungai.

“Alahai, kura-kura. Mengapalah engkau lambat sangat? Bila nak sampai tu?”

“Sedikit-sedikitlah arnab. Lama-lama aku sampailah.” Jawab kura-kura.

“Hahaha…gelihati aku lihat cara engkau berjalan. Bilalah engkau nak sampai si tua lambat ni…ha..ha.”

“Jangan engkau hina aku arnab.”

“kalau lumba lari ni, engkau pasti kalah,” kata arnab.

“Belum cuba belum tahu arnab.” Jawab kura-kura.

“Baiklah aku cabar kau, siapa yg sampai dulu ke hutan sana, dia akan menang.”

“Baiklah. Aku terima cabaran kau,” jawab kura-kura.

HridesT(R)200x250

Dan begitulah kisah itu bermula. Maka berlumbalah arnab dan kura-kura. Satu perlumbaan yang berat sebelah kelihatannya pada mata kasar justeru kaki, ketangkasan dan tenaga arnab jauh mengatasi kura-kura. Ya, setelah lebih separuh perlumbaan, kura-kura ditinggalkan jauh di belakang. Arnab terlampau yakin yang dia akan memenangi perkumbaan itu. Lalu berihat, dan akhirnya tertiudur.

Namun bagi kura-kura dengan semangat,. Keyakinan dan kesungguhan dia terus merangkak dan akhirnya memenangi perlumbaan. Begitulah cerita Arnab dan Kura-kura yang sudah menjadi bahan bacaan hiburan kanak-kanak. Adakah ia hanya sekadar bacaan saja atau pendorong kanak-kanak itu berjaya? Sebenarnya banyak pengajaran yang boleh diambil dari cerita pendik ini.

Apa yang kita boleh ambil pengajaran daripada cerita ini ialah jika hendak berjaya, bukanlah semestinya ada kepandaian. tidak semestinya ada kekuatan. Tetapi yang penting ialah sikap. Mengikut kajian yang dibuat oleh pakar-pakar pendidikan, kepandaian seseorang, maklumat yang dimilikinya, hanya menyumbang 3 % sahaja kepada kejayaan seseorang. Selebihnya 97% lagi ditentukan oleh sikapnya. Dalam kisah tadi, jika diukur dari segi fizikal, tentulah arnab ini lebih tangkas lagi. Kakinya lebih panjang, tenaganya lebih banyak. Memang terbukti ia sudah mendahului kura-kura dalam perlumbaan itu. Malangnya sikap arnab itu sendiri menyebabkan ia gagal.

kurakura

Apakah sikap negatif yang ada pada arnab? Apa yang menyebabkan ia gagal? Sikap itu ialah sambil lewa, sikap over confident, sikap bertangguh, sikap berpuas hati dan suka memandang rendah terhadap orang lain. Oleh kerana sikapnya tidak betul, walaupun bakatnya tinggi, walaupun tenaganya banyak, dan mungkin lebih pandai dari kura-kura, tetapi akhirnya arnab kalah dalam perlumbaannya dengan kura-kura kerana sikapnya yang negatif. Bagi kura-kura pula walaupun kakinya pendek dan tiada kekuatan seperti arnab, tetapi sikapnya betul. Sikap kura-kura ialah lawan kepada sikap arnab tadi. Kura-kura ini nampak matlamatnya.

Walaupun ia telah ketinggalan, tetapi matlamatnya sentiasa di hadapan. Ia tidak mengubah-ubah matlamatnya. Matlamat ia hendak menang dalam perlumbaan. Dan itu terus dipertahankannya hingga berjaya. Sebaliknya, arnab ini pula matlamatnya berubah-ubah. Apabila ia sampai di tengah jalan, matlamatnya berubah kepada hendak berehat yang kemudian tertidur.

Sikap kura-kura yang positif ialah konsisten ataupun istiqomah. Ia tetap meneruskan perlumbaan walau apapun terjadinya. Misalnya, walau ia telah ketinggalan, ia tetap merangkak juga. Inilah sikap istiqomah. Seterusnya, sikap kura-kura ialah sabar. Kura-kura mempunyai kesabaran tinggi dalam menempuh dugaan sepanjang perjalanan. Mungkin perjalanan itu terlalu jauh bagi ia sebab memang jauh. Jika dekat, masakan arnab boleh tertidur di tengah jalan. Walaupun begitu, kura-kura mecuba juga. Kura-kura tetap teruskan walaupun ia tidak nampak arnab di hadapan.

Inilah sikap sabar.Kura-kura juga mempunyai harga diri yang tinggi. Sikap inilah yang menyebabkan ia menyahut cabaran arnab. Ia tidak mahu dihina. Semua sikap-sikap ini memberi kredit atau kelebihan kepada kura-kura. Dari segi fizikalnya arnab lebih tangkas. Tetapi dari segi fizikal, mental, jiwa dan emosinya, kura-kura lebih stabil.

Perbandingan cerita arnab dan kura-kura ini boleh kita padankan dengan kehidupan manusia sebenarnya. Ada manusia yang kita lihat kadang-kadang mempunyai kecerdikan dan kekayaan yang pada zahirnya boleh menyebabkan mereka berjaya, tetapi tak berjaya juga dalam hidup. Kenapa? Ini kerana sikap mereka. Mungkin mereka ada sikap buruk seperti arnab tadi. Mereka tidak konsisten, tiada harga diri, angkuh, berubah matlamat, terlalu yakin dan sebagainya.

Dalam pendidikan anak-anak, misalnya kita nampak seorang anak itu tidaklah mempunyai pemikiran yang tinggi. Kecerdikan ataupunIQ yang juga tidak tinggi tetapi jika dia mempunyai disiplin diri dan sikapnya betul seperti menepati waktu, mempunyai matlamat, berjiwa besar dan sebagainya, maka dialah yang akan berjaya. Sekalipun anak itu tiada bakat atau kepandaian, tetapi dia tampil lebih berjaya daripada anak yang lain yang mungkin lebih pandai tetapi malas, tiada keyakinan diri, tidak committed dalam melakukan dan sebagainya. Kita boleh belajar dari kisah arnab dan kura-kura ini.

anti-bullying

Menerusi cerita ini kita tahu Allah swt tidak suka orang yang sombong. Orang sombong seperti arnab yang suka menghina orang lain, sebenarnya dia telah membuktikan bahawa dirinyalah yang lebih hina daripada orang yang dihina itu. Seseorang telah menjatuhkan dirinya terlebih dahulu kalau dia menghina orang yang ingin dijatuhkannya dengan penghinaan itu.

Sekiranya kita lihat seseorang itu miskin, ada kelemahan atau kekurangan, maka Allah melarang kita menghina mereka. Sedangkan seseorang yang terang-terangan membuat kejahatan atau penganiayaan, pun masih tidak boleh dipandang hina (mungkin disebabkan kejahilannya). Apa yang hina ialah perbuatannya sahaja bukan orangnya.

Apabila arnab memandang hina kura-kura, menunjukkan dia bersikap takbur dan sombong. Sebaliknya, kura-kura yang dihina pula, ia membela maruah diri dengan menyahut cabaran arnab itu. Dalam Islam, kalau orang menghina kita, janganlah kita balas dengan melawannya. Sebaliknya, bangunkanlah sikap ingin memajukan diri. Hinaan arnab terhadap kura-kura tidak menyebabkan kura-kura menghinanya balik, tetapi kura-kura berusaha untuk membuktikan bahawa dirinya bukanlah seperti yang diperkatakan oleh arnab. Ia buktikan bahawa dia sebenarnya mempunyai kelebihan dan kekuatan dalaman.

mumia

Apa yang boleh kita belajar dalam kehidupan manusia ini ialah apabila seseorang itu mulai ego, dia telah memusnahkan dirinya sendiri. Oleh sebab itu apabila kita lihat sepanjang sejarah, misalnya dalam Al-Quran. Kisah Namrud, Firaun dan semua orang yang ego akan hancur akhirnya. Oleh itu, dalam hidup ini kita tidak boleh ego. Apakah yang dikatakan ego? Antara sifat ego ialah merasakan diri lebih baik daripada orang lain. Apabila merasakan diri baik, dari sudut perkembangan diri, tidak akan muncul lagi usaha hendak meningkatkan diri. Tidak timbul lagi dorongan untuk berjaya. Bagi kura-kura tadi, apabila menerima cemuhan, ia menjadi pendorong untuk lebih maju dan sebagainya.

Soalnya sekarang ialah apakah umat Islam boleh mencontohi sifat kura-kura yang istiqomah itu? Memang kita telah ketinggalan dari segi kebendaan dan pensenjataan, namun kita masih punya harga diri, apakah mereka boleh bangun balik dalam bidang ekonomi, politik, sains, hatta dalam bidang ketenteraan sekalipun. Apakah umat Islam bergerak seperti kura-kura, walaupun ketinggalan tetapi masih merangkak dan terus meluru untuk mencapai kemenangan.

Ini kerana race atau perlumbaan kita ini masih belum habis. Kini boleh di katakan, mungkin ini baru separuh atau pertengahan jalan. Walau bagaimanapun, umat Islam tidak boleh cepat mengalah dengan menyangka mereka tidak akan boleh menandingi Barat sebab perlumbaan masih lagi berlansung. Tambahan pula, kita masih tidak tahu lagi hujungnya di mana?

Kisah arnab dan kura ini mempunyai pengajaran yang amat besar. Ertinya umat Islam mesti mempunyai satu sikap yang betul. Di sinilah cabarannya. Unsur yang utama dalam membentuk sikap seseorang ialah keyakinan atau iman seseorang. Iman seseorang itu membentuk sistem nilai. Dan apabila iman mantap, sistem nilai kitapun mantap. Kita tahu mana yang baik dan mana yang buruk mengikut ukuran Tuhan, bukan mengikut ukuran kita.

Ini dorongan yang kuat untuk kita sebab manusia ini akan terdorong melakukan sesuatu perkara mengikut nilainya. Jika sesuatu yang dibuat itu rasa baik dan menguntung, dia akan perbuat. Tetapi jika dia rasa itu membahayakan dan merugikan, dia tinggalkan. Dan yang hendak menentukan baik atau buruk ialah sistem nilai yang ada pada diri ialah keyakinannya.

saya-nak-jadi-anak-soleh

Oleh itu, jika kita boleh iman kita ubah dari goyah kepada mantap, keyakinan diri kita akan mantap, dan ini menjadikan sistem nilai kita menjadi kuat. Apabila sistem nilai kuat, dorongan untuk melakukan sesuatu yang baik adalah tinggi dan dorongan meninggalkan sesuatu yang buruk juga tinggi. Daripada inilah kita akan membentuk sikap yang betul. Maka gabungan keyakinan, nilai, dorongan dan kelakuan (sikap) inilah yang akan membina kekuatan umat Islam semula. Inilah iktibar besar yang boleh kita ambil dari kisah kecil… ceita arnab dan kura-kura!

Share

Kura-Kura Mengeluarkan Bunyi..?

Cartoon reading woman teen reading ya lit ya book

Anda pernah tengok kura-kura??
hehe..Suri pernah tengok kura-kura masa tu Suri tingkatan 4 lagi. Hurm Suri jumpa kura-kura tu pun dirumah kawan Suri besar gile hoo..Mana ketidaknya rumah Suri dan kawan-kawan berhampiran dengan laut. Tu yang ternampak kura-kura dok tersorok kat belakang rumah dia..tapi sekarang kura-kura tu dah mati..menjadi hiasan dihalaman rumah kawan Suri sahaja..

Uuhu..kasihan nasib si kura-kura tu. Ingat bila sesat bolehlah manusia hantarkan dia kembali kelaut..tapi apakan daya si kura-kura tu berat bangat sih..Suri pun tak daya nak mengangkatnya…apa nak buat dah nasib dia doh..

tortoise-lori-big

Bercakap mengenai kura-kura ini anda tahu apakah ciri-ciri fizikal dia?

Pada kebiasaannya tempurungnya akan bewarna kelabu gelap atau hitam dengan bentuk kubah tinggi. Sure ada bonggol di atasnya tau! kalu tak maknanya buka kura0kura loh..

Ia mempunyai kaki bersisik dan tegap untuk menyokong badannya yang berat gila tu.

Manakala leher kura-kura Aldabra amat panjang, sunggupun jika dibandingkan dengan saiznya yang besar, yang membantunya meragut dahan pokok sehingga satu meter tinggi dari aras tanah bsebagai sumber makanan.

Kura-kura betina biasanya lebih kecil berbanding kura-kura jantan, dengan spesimen biasa berukuran sekitar 90 cm (35 inci) panjang dan seberat sekitar 150 kg (330 paun).

hehe..tulah serba sedikit tentang kura-kura.. ;)

Tahukah anda:-
Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan.

13-kura-kura

Kura- kura jantan mengeluarkan bunyi yang garau sementara kura-kura betina pula akan menghasilkan bunyi yang berdesir. hah, ada percayakah??

Share

Tips Rahsia Langsing Semulajadi

Individu yang bertubuh gemuk biasanya banyak berfikir tentang makan. Ada sebahagaian dari mereka juga mencuba untuk mengurangkan berat badan agar nampak idel dari yang sebelumnya. Tapi bagi individu yang bertubuh kurus pula menginginkan tubuhnya cepat berisi.

Malahan ada sebilagan antara kita pula mengikat perut, menjaga tubuh badan kerana ingin menjadi seperti selebriti tempatan dan luar negara sebagai idola mereka yang memiliki tubuh badan yang cantik dan menawan. Tahukah anda dengan cara begini tanpa kita sedari juga ia sebenarnya boleh menyebabkan seseorang itu mengalami gastrik, anekrosia dan boleh merbahayakan tahap kesihatan seseorang individu itu akan lebih teruk lagi.

04diet

Tidak salah sekiranya anda seorang yang jenis mementingkan kesihatan, kecantikan tubuh badan luaran dan dalam namun biarlah anda mengikut sistem diet yang betul agar keberhasilannya nanti tidak akan mendatangkan tekanan emosi kepada kehidupan anda kelak.

Disini Suri berikan beberapa tips untuk anda semua membuat semakan. Barangkali anda juga boleh lakukannya pada bila-bila masa sahaja mengikut keyakinan setiap individu :)

PUASKAN, BUKAN KENYANGKAN PERUT.
Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Jill Flemming, seorang penulis buku yang berjudul Thin People Don’t Clean Their Plates, dari sekala 1 hingga 10, orang yang bertubuh langsing akan berhenti makan di angka 6 atau 7. Sementara bagi mereka yang berbadan berisi pula mereka ini akan berhenti makan pada skala 8 atau 10.?

Mengapa ya? Kerana menurut beliau mereka menyamakan rasa kenyang tersebut dengan kepuasan! Ataupun sebahagian dari mereka ini sudah terbiasa menghabiskan makanan apa sahaja yang berada di dalam pinggang dan piring, mereka ini selalunya tidak peduli akan waktu yang sebenarnya yang pada tersebut perut mereka sudah pun kekenyangan.

Cuba lakukan:
Cuba ingatkan selalu pada diri anda pada ketika makanan anda sedang habis separuh, apakata anda letakkan sudu dan gunakan sekala 1 sampai 10 untuk menilai tahap kekenyangan anda. Kemudian lakukan lagi setelah lima kali suapan. Tujuannya adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran sepanjang anda makan tadi.

RASA LAPAR BUKAN TANDA GAWAT.
Ini kerana sebahagian besar orang gemuk akan melihat rasa lapar sebagai satu penyakit yang harus segera diubati. Cara untuk mengatasinya, mereka cenderung makan secara berlebihan agar perut terasa kenyang. Akan tetapi menurut Beck, Ph.D, melalui penulisan bukunya Beck Diet Solution, katanya anda perlu menjalani kerjasama dengan rasa lapar kerana rasa lapar itu pada kebiasaannya akan datang dan pergi begitu sahaja.

Cuba lakukan:
Sekiranya waktu rehat telah tiba apa kata anda sibukkan diri sehingga waktu tengahari sudah hampir memuncak. Disamping itu juga anda haruslah mengelakkan diri dari terus mengunyah sebarang jenis makanan. Mengunyah dan terus mengunyah..kerana ia akan membuatkan anda berasa lebih lapar lagi.

sad_anime_1

AWAS! JAGAN GUNAKAN MAKANAN UNTUK MENGUBATI KESEDIHAN.
Ini kerana rasa sedih, sakit hati, kecewa, sunyi..akan membuatkan kamu mengambil jumlah makanan dengan banyak. Jadi jaganlah sesekali kamu lepaskan perasaan dendam dan amarah tersebut dangan makanan kerana ia hanya akan bisa merosakkan menu diet anda sahaja..sebaiknya anda dinasihatkan agar rileks dan cuba kawal rasa tekanan anda dalam keadaan baik. Insyallah pasti anda akan berjaya menanganinya. Tidak percaya? Cubalah anda pati tidak akan rugi punya :)

Cuba lakukan:
Setkan didalam fikiran anda dengan kata “berhenti” disaat marah, sedih dan kesepian anda itu..sekarang pilihlah makanan yang berjenis rendah kalori. Buang rasa kesal tersebut dengan cuba bermain bola, olahraga, bersenam, berjoging kerana aktiviti ini sebenarnya akan dapat meredakan kemarahanmu yang kian melemaskan diri anda sendiri.

Sekiranya anda sepi dan kesunyian pula apakata anda cari teman atau jalan-jalan kepusat membeli -belah pasti disana akan ramai teman yang bakal anda jumpai kelak. Ingat jika keceriaan boleh anda tangani bermakna anda sebenarnya boleh berjuang untuk menguruskan diet dengan berdisiplin dengan cara yang baik.

MAKAN BANYAK BUAH.
Kebanyakan individu yang mengginginkan tubuh badan yang langsing maka mereka ini sering menggalakkan diri dari mengambil lebih banyak buah-buahan yang banyak mengandungi serat dan kurang lemak.

Cuba lakukan:
Mulai hari ini masukkanlah menu makanan buah-buahan anda didalam diet anda kerana setiap kali anda teringin untuk mengunyah maka anda ambillah buah-buahan tersebut sebagai snek ringan anda.

food_guide_pyramid

MEMILIKI KEBIASAAN YANG BAIK.
Cuba anda variasikan atau pelbagaikan jenis makanan agar nampak seimbang. Tetapi awas! sekiranya makanan tersebut boleh mendorong anda kearah makan secara berlebihan. Jadi latihlah diri anda untuk makan makanan secara sihat dan terancang.

Cuba lakukan:
Menarikkan pola makanan anda dengan mengikut sistem piramid agar sistem diet kamu kekal seimbang. Misalnya seperti contoh sarapan pagi dengan sereal, salad dan kentang pula untuk makan tengahari, dan seterusnya..

BIJAK KAWAL DIRI.
Pakar penyelidikan telah membuktikan bahawa mereka yang mempunyai masalah berat badan pada kebiasaannya akan menghadapi tabiat makanan yang agak sukar dikawal sepenuhnya!

Cuba lakukan:
Haa! saat anda berada di pesta, majlis hari jadi atau makan malam dan sebagainya, katakan pada diri anda sendiri untuk makan dalam jumlah kuantiti yang sedikit sahaja….Kawal juga mata anda, kawal perasaan dan kawal nafsu makan!

BERGERAK.
Mengikiu stastitik kebanyakan individu yang bertubuh langsing tidak malas dan mereka-mereka ini suka bergerak kesana sini seperti berjalan kaki dari satu tempat ke tempat yang lain. Boleh juga dikatakan individu seperti mereka ini selalu bergerak aktif (lincah atau tidak duduk diam pada sesuatu tempat).

Cuba lakukan.
Sebahagian besar mereka yang berkerja di pejabat akan banyak menghabiskan masa mereka di tempat duduk sendiri. Jadi Suri sarankan agar anda cepat berubah! Dimana kali ini anda cubalah memberi ruang kepada diri anda untuk bersenam , berjalan, melakukan kegiatan yang sihat seperti naik turun tangga, menyapu, membersihkan kawasan sekitar tempat duduk anda untuk membakar ekstra kalori dalam tubuh badan tersebut.

garfield

TIDUR NYENYAK.
Individu yang langsing juga dikatakan tidur dua jam lebih banyak dalam seminggu!

Cuba lakukan:
Apa kata anda cuba tidur dua jam lebih lama dalam seminggu bererti ia akan menambahkan waktu tidur anda 17 dalam sehari. Tambahkan waktu tidur sedikit demi sedikit hingga anda boleh tidur selama 8 jam sehari.

MINUM AIR.
Alahai..bukannya susah pun. Ingat! jika anda kurang mengambil minuman air kosong bererti anda juga telah gagal dalam proses diet anda. Kerana sistem nyahtoksid akan berlaku dalam sistem pembuangan air kecil atau air besar anda.

iklan-hidup-sihat

Suri ucapkan selamat mencuba dan sayangilah diri anda kerana kesihatan itu amat penting untuk meneruskan kehidupan yang bakal mendatang ;)

Share