Tetamu Dalam Perpustakaanku

Firasat Gaya Tidur Anda

9

Posted by Suri Hatiku | Posted in Ragam Kita | Posted on 03-03-2010

Tags: , , , , , , ,

a505bd393e8d2a4effc2feda4d4017fc1253221681_full

Rasanya sudah lama Suri tak sentuh bab ragam manusia. Jadi kali ini suri akan kongsikan artikel yang menarik ni buat tatapan anda semua. Memandangkan minggu ini suri sering sibuk jadi Suri pun hendak ambil waktu seketika nak minta diri tido sekejap..

Berehat..lelapkan mata sekejap tu mungkin perlu sebab nak cari stamina semula. Baiklah jom kita semak bagaimana pula corak tidur anda disini..

Tidur telentang
dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala. Kamu adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup mu dan kamu menjaga keluargamu sebaik mungkin! Tetapi kamu sukar untuk bercinta mungkin disebabkan dirimu yang agak memilih.

Selubung seluruh badan dengan selimut
Kamu sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya jauh di dalam diri kamu itu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih gemar emendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa kamu sering meracau sewaktu dalam tidurmu.

Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepada dan kaki bersilang
Sesiapa yang tidur dengan gaya kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Kamu lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang yang ada dalam diri kamu memang dipuji.

Tidur meringkuk
Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri kamu. Kamu sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan mu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidupmu.

dreams_85345

Tidur mengiring dan meringkuk
Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti mu. Individu yang berada di sekeliling mu harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri mu kerana kamu dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan.

Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan
Kamu adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Si gemuruh itu adalah nama kedua untuk diri mu. Selain itu kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil/kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya kamu harus belajar uuntuk lebih bertenang.

Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala
Berbeza dari individu yang tidur dengan gaya tidur mengiring dan meringkuk tadi. Kamu adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini.

Justeru, kamu perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri kamu itu. Sekiranya kamu mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik mu yang abadi.

free-online-virtual-worlds

Tidur meringkuk di satu arah
Gaya tidur sebegini melambangkan kamu adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Kamu akan mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang kamu lakukan. Kamu akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.

Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa
Gaya tidur sebegini memperlihatkan identiti diri mu yang sebenar. Kamu cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan.

Selain itu kamu juga adalah tergolong dalam kategori pemboros namun kamu beruntung kerana pendapatan yang kamu miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri kamu… jadi, siapa pula yang kamu maksudkan dalam cerita rekaan mu baru-baru ini?

Tidur meniarap
Sekiranya kamu tidur dengan gaya meniarap sepanjang malam, kamu adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri kamu sendiri. Kamu juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur!

hah! cara tidur anda bagaimana pula?? kongsikanlah disini.. jagan tidur peluk tiang sudahla yer.. ;)

Share/Save/Bookmark

hurm..Segarnya Udara Hari Ini

6

Posted by Suri Hatiku | Posted in Fakta | Posted on 03-03-2010

Tags: , , , , ,

imagesCARC0Q5N

Bernafas adalah inti dalam sebuah kehidupan. Tanpa nafas dan udara yang segar mungkin kita akan dianggap sudah pengsan..atau mati barangkali. Di ketika seseorang itu bernafas, bermakna ia telah menyatukan dirinya dengan alam semesta.

bernafas

Tahukah anda manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam..
haa..ha boleh percaya ke?? :)

Share/Save/Bookmark

Si Yo-yo Yang Comel (Part II)

9

Posted by Suri Hatiku | Posted in Fakta | Posted on 03-03-2010

Tags: , , ,

Salam semua…seperti yang dijanjikan pada hari Isnin yang lepas hari ini Suri sambungkan kembali al-kisah pasal si yo-yo comel Part (II).

Mungkin ada di antara kita masih mengingati permainan yo-yo sewaktu kecil dahulu akan tetapi masih juga segelintir kita yang tidak sedar bahawa yang sebenarnya yo-yo bukan sekadar untuk menghayunkannya ke hujung tali gandar roda dan akan kembali semula ke telapak tangan, tetapi percayakah anda jika Suri katakan disini bahawa pergerakan yo-yo adalah baik untuk otak anda. hehe..boleh percaya ke? ;)

6a00d83454990069e20128764f7132970c-800wi

Masalahnya bagaimanakah cara ini boleh berlaku??
Menurut seorang Ahli Psikologi Klinikal, Datuk Dr Mat Saat telah menjelaskan bahawa seseorang individu yang sedang bermain permainan yo-yo sering kali menggunakan fungsi otak kira dan kanan.

Pada umumnya, maklumat ini diproses dalam pelbagai cara oleh kiri dan kanan hemisfera otak, yang mana seseorang itu akan lebih cenderung untuk memproses maklumat menggunakannya di bahagian dominan.

Bukan itu sahaja malahan tanpa kita sedari juga seseorang pemain yo-yo juga memerlukan persedian dari segi mental dan keyakinan dalam diri. Ini kerana sewaktu mengendalikan permainan yo-yo ini terdapat empat proses utama otak akan menjalankan tugasnya antaranya dari sudut tumpuan, koordinasi mata-tangan, kreativiti dan ketangkasan secara manual.

Sebenarnya ia adalah sama seperti permainan catur yang biasa, dimana tumpuan adalah satu proses yang banyak digunakan ketika bermain yo-yo, kerana bahagaian kiri otak juga dikaitkan dengan pemikiran yang rasional menjadi dominan. Tanpa kita sedari juga bahawa ketika tumpuan diberikan ke atas yo-yo, seorang pemain juga boleh bertindak mengikut teknik dengan jayanya hasil daripada tindakan otak di sebelah kiri juga turut memproses mengikut lelurus, urutan dan secara logik.

the-vision_clip_image002

Pada masa yang sama juga, bahagian kanan otak juga lebih dikaitkan dengan keterbukaan kepada pengalaman dan rasa gerak hati seseorang individu itu dalam melakukan sesuatu yang semulajadi yang pada amnya ia adalah bersifat tanggngjawabnya untuk mencipta satu kreativiti yang menarik dalam sesebuah permainan tersebut. Dr. Bakri juga menggambarkan seseorang yang suka bermain permainan yo-yo ini juga dikatakan memerlukan pemain tesebut mempelajari pelbagai kemahiran dan teknik-teknik yang baru.

Bukan itu sahaja malahan, si pemain yo-yo ini juga sering kali diketahui mereka ini akan kerap mengubah corak permainan mereka kepada teknik-teknik yang baru dan fresh!. Ini mencerminkan bagaimana sebahagian otak di bahagian kanan ini juga digunakan dengan sebaiknya.

Malahan apabila seseorang individu itu sentiasa bermain yo-yo secara mahir dan terlatih juga akan menjadikan satu lagi bentuk aktiviti dari segi ketangkasan manual dan jasmani yang tergolong dalam permainan seperti ‘frisbees’ dan ‘cup stacking’.

Pandangan anda bagaimana?
Bagi Suri permainan yo-yo ini merupakan salah satu cara yang terbaik dalam berseronok dan pelaburannya juga amatlah sedikit sekali. Apapun anda harus mencari lokasi yang sesuai untuk bermain permainan ini demi menjaga keselamatan orang disekeliling anda.

card4-EnjoyYoYoDay_1LetsPlay200806-4

Jadi apalagi jomlah kita sama-sama cari.. dan beli yo-yo ini kerana ia adalah satu sukan dan permainan yang menyihatkan minda kita..

Majulah suka untuk negara! ;)

Share/Save/Bookmark

This page is copy protected