Hati Orang, Perlukah Dijaga?

Sekadar Perkongsian Ilmu..”Kebetulan hatiku juga bikin di kacau bak air didalam cawan (Suri)”

Kalau ikutkan hati, pada mulanya aku tak nak cerita kisah ini. Sebab aku bimbang nanti ada pula orang terasa hati.

Namun, memikirkan mesej yang ingin aku sampaikan, aku rasa ada baiknya aku cerita juga. Bukan untuk memuaskan hati, tapi lebih kepada muhasabah diri dan peringatan kepada korang semua.

Terus kepada soalan…

“Hati orang, perlukah kita jaga???” “Hati orang, penting sangatkah ia?”

broken_heart-18231

Aku bangkitkan persoalan ini bukan apa. Sebenarnya aku rasa, hati aku dah terluka dengan kata-kata seseorang hari ini. Biarlah aku rahsiakan siapa orang itu. Yang pasti, kata-kata dia betul-betul membuatkan hati aku panas dan ‘berasap’.

Mungkin bagi dia, semua kata-kata nya itu adalah gurauan semata. Namun, bagi diri aku yang terkena kata-kata itu, terasa begitu pahit sekali, bak menelan hempedu.
Kata-kata yang dilontarkan, betul-betul mengguris hati aku. Aku merasakan maruah aku dicalar. Air muka ku jatuh. Aku dimalukan. Seolah-olah aku telah ‘dibogelkan’ di depan orang. Malu beb. Aku juga manusia biasa. Punya kelemahan dan kesilapan.

Tapi janganlah disebabkan kelemahan dan kekurangan aku itu, boleh dipermainkan atau dibuat gurauan. Orang kata,
“Alah…tak usahlah sensitif sangat. Dia bergurau jer.”

Yer lah bergurau. Tapi jangan melampau. Kamu tak kena tak apa. Tapi kalau kena batang hidung sendiri, baru kamu tahu.

Aku ni bukanlah nak memperbesarkan isu ni sangat. Aku cerita ni hanya nak sampaikan satu mesej saja, iaitu ;

KITA KENA JUGA JAGA HATI ORANG! JANGAN SAMPAI MELUKAKAN HATI ORANG LAIN!

“Hati orang, perlukah kita jaga???” “Hati orang, penting sangatkah ia?”
heart_broken

Berhati-hatilah dengan setiap kata-kata yang ingin kita keluarkan. Jagalah perangai dan tingkah laku kita. Jaga akhlak sebaik mungkin. Kita bimbang, dengan ada kata-kata atau perangai kita menyebabkan orang lain sakit hati dengan kita. Lebih-lebih lagi, dia terasa atau sakit hati dengan kita tanpa kita sedar pun.

Dalam hal menjaga hati orang ni, tiada contoh lain yang paling baik yang boleh kita ikut melainkan CONTOH yang ditunjukkan oleh NABI SAW.

Nabi SAW, sepanjang hidup baginda tak pernah menyakiti hati sesiapa pun.
Belajarlah sirah Nabi SAW. Baca dan cuba selami sejarah hidup Baginda SAW. Belajar bagaimana akhlak Nabi SAW dalam hubungan dengan sesama manusia (Hablumminannas). Belajar, fahami dan cuba amalkan semua akhlak yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW sebaik mungkin.

Aku tulis ni bukan nak untuk suruh orang saja, tapi lebih kepada untuk ingatkan diri aku sendiri.

Bab akhlak dan jaga hati orang ni, sebenarnya kalau nak cakap memang senang. Tapi nak buat/amal, punyalah payah. Itu semua orang tahu.

Apa-apapun, yang penting, setiap kita kena jaga tutur kata. Kena jaga tingkah laku. Kena jaga hati orang, jangan sampai orang terluka dan sakit hati dengan kita. Samaada secara sengaja atau tidak sengaja. Sebab, kalau itu terjadi, kita WAJIB MINTA MAAF atas keterlanjuran kata atau sikap kita itu.

Berbalik pada persoalan, “Hati orang, perlukah dijaga?“ Aku rasa, kalau korang baca post aku ini sampai akhir, pasti korang ada jawapannya.
Sekian adanya…

Sumber Dari Blog Pakarhowto.com

Share

Ada Anugerah Untukku Rupanya..

Minggu yang lepas selesai sahaja Suri buat posting terus jalan-jalan kat blog kawan-kawan bloger yang lain. Sekali masuk blog khairulanuarazman.blogspot.com entri dia bertajuk AKU DAPAT ANUGERAH CERMERLANG.

Wah!!
Tang bace je dah naik happy, tertanya..tanya siapakah gerangannya itu?? sekali tengok punya jeling ke bawah tak kusangka blog http://cahayacinta.com turut tersenarai dicarta tersebut Syukur Alhamdulillah.

dari khai

Sungguh tak kusangka kerna kesemunya mempunyai saingan yang sengit belaka. Sebenarnya Suri dapat anugerah ini pada 23/3/2010 minggu lepas tapi baru harini nak nak update takpelah walaupun ia agak terlewat namun Suri tetap menghargainya juga. Thanks khai, jasamu akan tetap Suri kenang..hehe. ;) Orang dah beri Suri ambil ajer..ehehe..

Rasanya masih banyak lagi yang perlu Suri pelajar dari anda-anda semua..dan sesungguhnya Suri masih ditahap belajar dan terus belajar. Mana yang kurang tu Suri mintaklah tolong tegurkan Suri, ajarkan mana yang patut. Suri bersedia menerima kritikan dari anda dengan tangan yang terbuka.

Tanpa anda tidak mungkin blog cahayacinta ini mempunyai pengunjung yang setia seperti hari ini. Terima kasih sahabat atas kesabaran anda dalam cuba mamahami isi penulisanku..semoga segala ilmu yang dicurahkan akan bisa kalian manfaatkannya untuk kebaikan anda kelak.

Share

Khasiat Bawang & Halia

Tahukan anda bawang putih, bawang merah dan halia yang sebenarnya memliki sumber antibiotik dan anti penghapus kulat pada tubuh badan manusia. Sedarkah anda bahawa ia dianggap sebagai satu set ramuan yang paling mujarab sekali untuk penjagaan kesihatan sistem imun manusia.

Bawang putih umpanya bagus untuk menghindari seseorang itu dari terkena penyakit ciri birit yang berlarutan disamping mengatasi masalah batuk kering.
bawang

Manakala bagi bawang merah pula ia boleh meningkatkan kadar kolesterol dan boleh merendahkan kadar gula dalam dalam seseorang.

Sementara untuk halia pula, khasiatnya adalah lebih daripada bawang merah dan bawang putih. Tahukah anda sesetengah pengkaji berpendapat bahawa bahan aktif yang terkandung di dalamnya sebenarnya menyerupai aspirin dimana ia juga boleh melegakan kesakitan untuk beberapa ketika.
gambarhalia

Jadi selamat menjamu selera anda dengan bahan ramuan-ramuan tersebut. Pastikan semuanya dimakan dalam keadaan yang seimbang dan menyihatkan. Jalanilah gaya hidup yang sihat dan sejahtera untuk masa hadapan anda.

Hurm, ada sesetengahnya orang suka memasukkan ramuan makanan mereka dengan membayakkan bawang merah maka itu bolehlah dikatakan ia lebih untuk menaikkan perisa manis, kesedapan pada sesebuah makanan tersebut. Tapi awas! jangan terlalu mengambil bawang putih yang banyak pula kerana ia boleh menyebabkan bau badan yang terhasil kurang menyenangkan kepada si pengamalnya. Jadi pengambilannya haruslah diawasi sedikit.

Cara anda bagaimana pula? Jom kita kongsikannya bersama-sama ruangan blog ini. :) ;)

Share

Penyakit Bayi Kuning/Jaundice

bayi kuning
Pada kebiasaannya, kebanyakan bayi baru lahir dibawa ke klinik kerana penyakit kuning. Bayi kuning atau neonatal jaundice boleh mencecah sehingga 60% kelahiran. Bermakna setiap 6 orang bayi yang lahir akan menjadi kuning di dalam setiap 10 kelahiran. Dan pada kebiasaannya bayi ini menjadi kuning pada hari ketiga selepas lahir dan semakin hilang selepas beberapa hari.

Apa Itu Jaundice (Kuning)?
Jaundice berasal dari perkatan Perancis ‘jaune; yang bermakna kuning. Sel darah merah manusia yang terurai (kerana mati) menghasilkan partikel yang dipanggil bilirubin. Bilirubin ini adalah tidak larut air dan akan dihantar ke hati untuk diubah kepada menjadi larut air.

Setelah itu sebahagiannya akan dikeluarkan menjadi air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning!). Sebahagiannya pula akan dibuang melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan!).

Mengapa Kebanyakan Bayi Mengalami Kekuningan?
Perkara ini seolah-olah misteri kepada kita. Kenapa kebanyakan bayi ini kuning? Ada 2 sebab utama :

1. Sel darah merah bayi (fetal hemoglobin)
Kajian menunjukkan sel darah merah bayi adalah berbeza dengan sel darah merah orang dewasa. Ia mudah terurai dan jangka masa hayatnya adalah pendek. Bilangannya juga berlebihan daripada biasa. Oleh itu, penguraian sel darah bayi yang tinggi menyebabkan kadar bilirubin yang meningkat pada hari ketiga.

2. Hati bayi
Hati bayi yang belum cukup matang juga menyukarkan proses penukaran bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air. Bayi pra-matang lebih cenderung terkena kuning sebanyak 80% daripada bayi lahir cukup bulan.

Ini dipanggil kekuningan secara fisiologi atau normal. Oleh itu, tidak hairanlah ramai bayi yang terkena kuning selepas 3 hari kelahiran.

Apakah Penyebab Lain Jaundice
Ada banyak sebab-sebab lain untuk bayi baru lahir kuning. Sekiranya kekuningan datang terlalu awal contohnya hari pertama kelahiran, ini mungkin disebabkan oleh tersumbatnya pundi hempedu akibat kecacatan lahir (biliary atresia).

Antara penyebab lain :
* Trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara forceps atau vakum
* Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis)
* Jangkitan virus seperti Rubella atau Toxoplasma
* Masalah tidak Serasi dengan darah ibu (Coombs Positive)
* Masalah dengan enzim darah merah (G6PD)
* Hormon tiroid yang rendah (hypothyroidism)
* Masalah hati dan hempedu (biliary atresia, Dubin Johnson)
* Kuning disebabkan oleh susu ibu (setelah semua penyebab di atas telah dikenalpasti negatif)

Adakah Jaundice Merbahaya?
Sangat bahaya! Serum bilirubin yang berlebihan menyebabkan kernicterus. Ia adalah satu fenomena yang mana bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang. Autopsi menunjukkan otak bayi yang meninggal dunia disebabkan kernicterus berwarna kuning!

kernicterus

Kernicterus dikaitkan dengan kadar kematian yang tinggi. Sekiranya selamat pun akan menyebabkan bayi menjadi lumpuh, pekak atau buta.

Rawatan
1. Terapi lampu (phototherapy)
phototherapy

Terapi lampu adalah kaedah yang paling berkesan abad ini untuk mengurangkan kekuningan bayi. Ia adalah sumber cahaya biru dengan jarak gelombang (wavelength) kira-kira 450 nm. Dengan kaedah ini, bilirubin merbahaya ditukarkan kepada bilirubin larut air untuk dinyahkan daripada badan.

Cara menggunakan terapi lampu dengan berkesan :-

* Letakkan sumber cahaya kira-kira 35 cm – 50 cm daripada bayi
* Buka semua baju bayi kecuali lampin
* Tutup matanya
* Lampu dibuka setiap masa 24 jam kecuali ketika mandi, minum susu, menukar lampin dan mengambil darah
* Alih posisi bayi setiap 2-3 jam
* Ada kajian menunjukkan terapi lampu boleh menyebabkan bayi kekurangan air maka memasukkan air melalui salur darah adalah satu kemestian
* Paras bilirubin hanya hanya boleh disukat dengan pemeriksaan darah sahaja kerana pemerhatian visual tidak tepat
* Risiko untuk peningkatan mendadak semula (rebound effect) boleh berlaku setelah rawatan lampu diberhentikan

2. Exchange Transfusion (ET)
exchange transfusion

ET dilakukan sekiranya rawatan lampu tidak berjaya mengurangkan paras bilirubin. Kernicterus boleh berlaku sekiranya paras bilirubin tetap tinggi.

ET ialah satu rawatan yang mana darah bayi dikeluarkan secara perlahan-lahan oleh doktor secara manual melalui satu prosedur ringkas dan diganti dengan darah baru yang diambil dari bank darah. Proses ini memakan masa sehingga 5-6 jam.

Di HKL ia biasanya dijalankan pada waktu malam bermula pada pukul 11 malam dan tamat hampir pukul 5 pagi. Itu untuk seorang bayi! Doktor akan mengeluarkan darah bayi dengan perlahan-lahan melalui satu tiub yang dipasang di saluran darah di pusatnya (tali pusat masih baru lagi) dan memasukkan darah baru juga secara perlahan-lahan.

Cahaya Matahari vs. Phototherapy?

Adakah meletakkan bayi yang kuning dibawah cahaya sinar matahari pagi boleh mengurangkan kekuningan? Apa pendapat anda?

Ada yang berkata, “kau dulu aku letak bawah matahari tulah.. takde apa-apa pun…” atau “buat apa kau nak siksa budak kecik tu… masuk hospital… letak bawah lampu.. kena cucuk sana sini… letak je bawah matahari….”
Kadang-kadang idea-idea yang meruntun jiwa ini boleh juga masuk ke benak kita dan akhirnya akan melengah-lengahkan tanggungjawab kita kepada anak kita.

Pada hakikatnya, bayi dijemur di bawah sinar matahari ketika berada di rumah. Tiada ibubapa yang ingin membawa anak mereka ke hospital dengan niat menjemur anak. Oleh itu, tiada pengawasan yang sewajarnya untuk bayi tersebut ketika berada di rumah. Ibu-bapa pula berada di dalam zon selesa dan perhatian kepada anak pula berkurang.

Kenapa phototherapy lebih baik daripada menjemur bayi di bawah matahari?

Phototerapy bersinar selama 24 jam, menukarkan bilirubin kepada bentuk yang tidak merbahaya setiap masa kecuali waktu minum susu, tukar lampin, mandi dan ambil darah

Berapa lama bayi boleh dijemur di bawah matahari? Bayi hanya boleh dijemur pada waktu pagi selama 3 jam? 4 jam? paling lama 5 jam? Bagaimana dengan baki 20 jam lagi?

Bagaimana anda hendak memeriksa paras bilirubin sekiranya anda begitu selesa berada di rumah menjemur anak? Adakah cukup dengan pemerhatian visual anda sahaja?

Antara sebab kekuningan bayi meningkat ialah dehidrasi iaitu bayi kekurangan air. Sinar matahari boleh menjadikan dehidrasi bertambah teruk kerana suhunya itu. Sedangkan di hospital, dehidrasi boleh dibendung dengan menambah air melalui saluran darah

Keputusan untuk mengadakan exchange transfusion atau ET boleh dibuat sekiranya pesakit di hospital menjalani rawatan lampu, berbanding sekiranya pesakit hanya berada di rumah

Ujian darah boleh dilakukan serentak ketika menjalani rawatan lampu untuk mengenalpasti sebab-sebab kekuningan samada ia adalah jangkitan, masalah hati atau sebagainya.

Neonatal jaundice seperti penyakit lain boleh mendatangkan padah kepada sesiapa yang tidak mengetahui. Sekiranya anda sangat mementingkan cara tradisional untuk merawat penyakit ini, maka itu adalah keputusan anda. Ilmu perubatan semakin meningkat maju.
Janganlah disebabkan pendirian anda menyebabkan bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Sumber Dr.Azwan.

Share

Petua Menghilangkan Bintik Hitam

Hai kawan-kawan..bagaimana dengan hari Isnin..adakah semuanya berjalan seperti yang dirancangkan? Suri harap semuanya masih berada dalam keadaan terkawal lagi..Sebenarnya banyak perkara yang Suri nak kongsikan dengan teman-teman semua namun masa selalu mencemburui daku..hu,hu, wawa..tapi tidak mengapalah waktu masih panjang lagi. sabar..sabar tu sifat separuh dari Iman.

egg-and-shell

Baiklah hari ni Suri nak kongsikan petua pada anda semua bagaimanakah cara kita untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di sekitar muka kita. Setiap orang pasti akan mengalaminya. Tidak kira tua atau muda, remaja akan pasti melaluinya juga. Yang pasti bayi kecik tidak pernah sekalipun terjebak sama untuk menakluki kes-kes seperti ini..hehe..

42-16246373

Bahan-bahannya adalah:-
1 sudu minyak zaitun
1 biji telur telur ambil yang putih sahaja (telur dibasuh)

Cara-caranya:-

Ambil kedua-dua bahan tersebut kemudian anda gaulkannya sehingga sebati.
Setelah itu sapukan adunan tersebut secara keseluruhannya ke wajah anda.

washface

Kemudian biarkan ia kering dengan mengambil masa 30 minit. Kemudian anda bolehlah mencucui muka anda seperti biasa dengan air suam.

Lakukan perkara tersebut sebelum tidur. Insyallah sekiranya anda mengamalkannya selalu, maka bintik-bintik hitam pada wajah anda akan hilang sedikit-demi sedikit. Muka akan nampak berseri kembali.

Share

Ikan Legakan Migrain

Salam hujung minggu untuk semua..

Harap-harap kalian sihat hendaknya. Suri Sempatt curi masa 30 minit sahaja sebelum nak berangkat ke rumah mak mertua di Kuala Kangsar, Ipoh. Hehe..Okeylah post harini memang pendek sahaja seperti hari-hari kebiasaannya.

Jom kita lihat apakah yang bisa melegakan penyakit migrain sekiranya anda adalah salah seorang penghidap penyakit migrin.

treat-prevent-migraine-headaches-800X800

Benarkah ada ikan yang boleh menyembuhkan atau melegakan sakit kepala atau migrain?? Jika ada wah! sudah tentulah Suri akan segera mencari penawarnya..huhu..yelah sebab dulu memang Suri penghidap sakit migrain (masa study). Sekarang Alhamdulillah keadaan sudah kembali pulih seperti sedia kala dan tidak sekerap dulu..

minyak-ikan

Ini adalah penemuan terbaru dari sebuah Universiti of Cincinnati yang mendapati bahawa jika seseorang penghidap sakit kepala atau migrain sekiranya mereka menelan kapsul minyak ikan selama enam minggu besar kemungkinan individu tersebut untuk mengalami sakit kepala atau migrain yang sama akan mula berkurangan secara sedikit demi sedikit.

Para pakar di sana turut mencadangkan agar adalah lebih baik sekiranya seseorang individu penghidap itu mula memakan makanan laut daripada makan dengan menelan kapsul.

Akan tetapi, bukan semua ikan mengandungi minyak Omega-3. Mackeral, salmon dan tuna adalah ikan yang paling banyak mengandungi minyak.

Share

Tips Kulit Cantik & Sihat

FRESH
Apakata anda mulakan hari-hari anda dengan segelas jus buah-buahan yang segar. Seperti contoh air fresh oren, air epal, air mangga dan sebagainya. Yang penting pastikan setiap hari berlainan..nikmatilah akan kesegarannya yang nyata.

HARGAI DIRI
Opss! elakkan diri anda dari berada di ruangan si perokok. Kerana sebahagaian dari asap tersebut boleh mengundang bahaya kepada kesihatan anda. Saranan Suri adalah lebih baik sekiranya anda habiskan masa-masa tersebut bersama dengan rakan-rakan yang gemarkan aktiviti riadah di hujung minggu..waktu bercuti.. Lakukanlah sesuatu perkara yang bermanfaat kerana ia tidak akan sesekali mengecewakan dirimu :)

party_cartoon

SALAD BUAH
Pernahkan anda terfikir akannya?? Alah, sesekali mencuba sesuatu yang baru tidak salah apatah lagi untuk kesihatan anda. Ciptakan salad buah-buahan anda yang kaya dengan serat dan punyai antioksida yang tinggi. Seperti contoh anggur, blueberries dan banyak lagi. Kemudian anda campurkan salad buah tersebut dengan madu atau sedikit perahan lemon. Uh, tentunya enak sekali..

KRIM PELEMBAP
Pastikan setiap kali anda ingin keluar dari rumah jaganlah sesekali anda lupa untuk mengoleskan wajah kamu dengan krim tabir suria dan pelembap muka sekali. Mengapa? Kerana ini untuk melindungi wajah anda dari pancaran sinar uv jauh kedalam kulit anda di samping untuk mengekalkan kulit muka yang sihat dan lembap sentiasa.

BERSENAM
Ha, ha, tak kiralah siapa pun anda tapi yang penting kita jaganlah malas untuk bersenam. Lebih-lebih lagi gologan yang muda macam kita ini. Ingat! jika anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk bersenam, ambillah cara yang paling mudah berjalan kaki dan turun naik tangga di pejabat juga merupakan salah satu senaman yang paling baik untukmu.
solat

DAMAIKAN HATI
Maksud di sini sentiasalah mendekatkan diri kepadaNYA. Solatlah lima waktu sehari semalam. Kerana itu adalah tiang agama kita sebagai umat Islam. Jika anda rajin sesekali bagunlah tegah malam untuk menunaikan solat tahajud, solat syukur dan sebagainya. Semoga kita sentiasa berada didalam lindungannya selalu. :)

ELAKKAN
Hurm, elakkanlah makan makanan yang sudah siap diproses. Nasihat Suri cubalah makan lebih banyak makanan yang segar di dalam menu diet seharian anda. Seperti contoh banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang berkhasiat. Ketahuilah bahawa dengan cara pengambilan sebegini mood akan terasa yakin dan tampak segar sentiasa.

SPA
Eleh, siapa yang tidak suka ke spa tu? Rugilah sama -sekali. Mengapa ya? kerana jika anda berada disana anda akan dilayan bak raja..permaisuri yang hanya duduk, baring..goyang kaki sahaja..( jika anda memiliki budget yang lebihlah)

TANGGALKAN SEGALA KEKOTORAN
Ni satu kes lagi. Hilangkanlah segala kekotoran sel kulit mati anda dengan penggunaan skrub. Ingat! lakukanlah ia dalam seminggu sekali. Pastinya kulit akan akan nampak lebih bermaya kembali.

UNDANG RAKAN TAULAN
Jemputlah mereka untuk bertandang ke rumah anda. Dan kemudian hidangkan mereka dengan pelbagai jenis makanan yang sihat dan segar. Wah! pastinya ia akan memberikan satu kelainan buat anda kan..?

KEPENTINGAN OMEGA 3
Makanlah makana yang mempunyai omega-3! Seperti contoh ikan salmon, walnut dan sebagainya. Tahukah anda apakah kebaikannya jika anda mengamalkan pemakanan tersebut? Sebenarnya ia mampu menghalang sel kanser dalam tubuh badan manusia di samping itu ia juga boleh menurunkan kadar obisiti dalam tubuh badan seseorang.

umie

RILEKS
Pernahkan anda mengalami stress yang amat menyakitkan? Rilekskan keadaan kamu dan cuba kawal tekanan tersebut dengan cara yang lebih baik seperti berkaroke, mendengar muzik, tidur dan sebagainya. Tapi sebaik saranan Suri sebagai orang Islam maka kita banyakkalah mendekatkan diri kepadaNYA. Insyallah segalanya akan beransur-ansur hilang. Percayalah, setiap yang berlaku itu ada kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri. :)

MENYEGARKAN MUKA SENDIRI
Anda tundukkanlah kepala anda di permukaan besen yang bersederhana besar telah diisi dengan sedikit air panas (pastikan wap panas tersebut ada). Selepas itu, tutup kepala anda dan ruang udara tesebut dengan tuala anda. Akhir sekali lakukan urutan di sekitar wajah tersebut.

AIR KOSONG
Sekiranya kamu ingin tampil dengan wajah yang ceria dan segar maka adalah menjadi satu perkara yang wajib untuk anda meminum lebih banyak pengambilan air suam secara kerap. Mengapa? Ini untuk mengelakkan kulit wajah anda terasa kering dan panas.

BERCUTILAH!
Jika saban waktu kita telah banyak menghabiskan waktu di pejabat, di rumah sesekali anda pergilah bercuti. Ini bagi mengembalikan keyakinan kamu selepas percutian tersebut. Manalah tau mungkin akan ada idea yang menarik hasil dari percutian tersebut..
04diet

KURANGKAN
Pada pengambilan garam, ini kerana makanan yang masin akan membuatkan wajah kamu seakan sembap!.

NYAHTOKSIN
Buang segala toksin yang berada di dalam badan anda. Pasti badan anda akan terasa lebih ringan dan sihat. Ingat! jika anda tidak arif untuk melakukannya secara bersendirian maka adalah lebih baik sekiranya anda mendapatkan nasihat daripada mereka-mereka yang pakar akan hal ini sahaja. Ingat! sekiranya anda silap bertindak maka ia boleh memudaratkan diri dan kesihatan anda kelak.
relax
BERSIH
Pastikan wajah anda dicuci setiap kali sebelum tidur, dan pastikan pada waktu tersebut tiada sedikitpun kotoran seperti debu dan sisa mekap di sekitar wajah anda. Mengapa? Ini bagi memberikan sedikit ruang untuk kulit muka anda bernafas dengan baik.

ha, mudahkan..seolah-olah minum air A,B C je..so jaganlah malu-malu untuk memcubanya :)

Share

Lelaki Sukar Memahami Wanita

Tahukan anda sebenarnya ada terlalu banyak perkara yang disukai lelaki tetapi tidak juga disukai wanita. Dan tanpa kita sedari juga sebenarnya terdapat juga sebahagian dari kelakuan wanita atau para isteri yang bisa membuatakan sebahagian dari kaum adam akan bisa menggelang-gelengkan kepalanya berkali-kali atau mengerutkan dahinya sebagai tanda kepelikan telah berlaku pada pasangannya…hehe..

Ha, ha perkara apakah itu yer?? Cubalah anda fikir-fikirkan sejenak..

Hurm, memang tidak dinafikan sejak dari azali lagi kaum wanita dan lelaki diciptakan berbeza dari segi fizikal luaran dan dalamannya. Namun semua orang tahu bahawa setiap kejadian dan anugerah yang dikurniakan itu haruslah dijalaninya dengan sebaik yang mungkin.

0

Akan tetapi seharusnya apa yang perlu anda tahu bahawa ada sebahagian dari perbuatan anda, perkataan serta jalan fikiran seseorang wanita jika ianya dibiarkan berteruskan maka ia boleh mendorong kepada sebuah pertengkaran yang tidak munasabah dan tidak juga mustahil untuk mengundang sebuah perpisahan. Oh, tidak..

Maka itu, seharusnya sebagai kaum wanita kita haruslah mengetahui beberapa perkara yang boleh membuatkan lelaki berasa tidak selesa, atau boleh dikatakan tidak suka, disaat bersama wanita yang dicintainya.

Tahukan anda walaupun si dia hanya mendiamkan diri, tetapi sedarkah anda bahawa lelaki sebenarnya tidak suka jika pasangannya berbelanja tanpa hala tuju yang jelas dan boros. Apakah yang mereka inginkan sebenarnya? Yang mereka inginkan adalah
sekiranya anda sedang berada di sebuah pusat membeli -belah sebaiknya anda belilah pada baragan yang tertentu sahaja.

Seperti contoh sekiranya anda ingin membeli baju, kasut, beg tangan, teruskan sahaja niat anda untuk menuju ketempat tersebut. Dan bukannya anda terus pergi melencong ketempat lain contohnya ke kedai alat mekap atau
ke kedai aksesori perhiasan yang lain pula. Ini kerna ia akan menimbulkan kemrahan kepada pasangan anda nanti.

Hu..huhu..boleh dikatakam hampir semua lelaki akan lebih senang jika pasangannya memiliki tubuh badan yang langsing namun akan tetapi ada juga sebahagain dari lelaki juga sering di asak oleh pasangannya dengan keluhan sebegini..”Wah, tegok! berat badan saya naik lagi lah…”

Ingatlah sahabatku, wanita seangkatanku sekiranya anda sedang berdiet untuk menguruskan tubuh anda, maka anda lakukanlah ia dengan serius sekali akan tetapi jauhilah ia dari terus mengeluh soal tubuh anda kepada pasangan anda. Ha,ha,ha..bagi Surilahkan jika setakat berat badan kita naik satu dua kilogram, tidak perlulah anda mengucapkannya berulang-ulang kerna sememangnya ia akan membuatkan pasagan anda jemu pada alasan anda yang sama.

Takala bila pasangan anda mengetahui bahawa anda sebenarnya memiliki puluhan gincu yang pelbagai warna dan brand yang tersendiri..huhu..dasyat tu..seolah-olah anda merupakan artis tempatan yaNg tak mahu menang dengan koleksi peribadi sendiri..

Tahukah anda jika anda masih bersikap sedemikian ia membuatkan para lelaki akan berfikir macam-macam tentang anda. Dan salah satunya, “apakah dia ni tak pernahnya cukup dengan satu gincu sahaja”. Jadi adalah lebih baik sekiranya anda menyimpannya separuh dari gincu anda itu di temapt yang tersembunyi hehe.. Hurm..memadailah satu atau dua gincu sahaja dalam beg tangan anda kerana itu sudah mencukupi. :)

Arggh..sepertinya lelaki juga sering kali pening jika saban ketika dia akan terpaksa menjawab pertanyaan yang sama tentang bekas kekasihnya dari anda. Tahukan anda dengan cara sebegini sebenarnya anda telah membuatkan pasangan anda seperti diadili. Bagi Suri biarkan sahaja masa silamnya itu berlalu bergitu sahaja kerna sekali kita telah mengetahui tentang dirinnya yang dahulu itu sudah mencukupi. Sekarang apa yang penting perhatikan sahaja kejujurannya dan kesetiaannya terhadap anda. Lain-lain perkara serahkan padaNYA. Kerana Allah itu Maha Melihat lagi Bijaksana.

Lelaki juga sebenranya amat selesa sekiranya wanita yang disayangi itu memiliki yang asli dan bukannya yang palsu semata-mata. Jadi anda sebagai wanita tidak perlulah membuatkan si dia kebingungan sendiri dengan cuba memakai rambut palsu yang pelbagai warna dan trend, memakai bulu mata palsu dan sebagainya. Nasihat Suri sebaiknya anda berhias sederhana sahaja. Tidak perlulah anda mengalahkan artis yang entah apa-apa dress upnya yang menggila tu. Tampillah dengan sedang-sedang sahaja yang bisa membuatkan si dia meneriam anda dengan seadanya seperti pertama kali bertemu.

Lelaki juga akan merasa hairan, malah akan merasa tidak dihargai sekiranya pasangannya berkata, “tak ada mood lah..” hehe..sebaiknya anda sampaikanlah dengan rasa kasih dan sayang kepadanya dan bukannya dengan cara tidak bersetuju..tidak suka dan sabagainya..

Bukan apa cara bengini akan mengelakkan dia tersinggung dengan kata-kata anda..Cuba bagi tahu pada Suri ada sesiapa yang suka dipinggirkan sedemikan rupa?? hehe tentu tidak adakan. So Tuturkanlah dengan bahasa yang mudah di fahami dan bukannya disakiti..

Share

Erti Sebuah Cinta

CINTA
Itu memang satu perkara yang suci..yang kadangkala di bunga dengan rasa cinta yang tidak di sengajakan..

Naluri selalu berbisik..
Alangkah baiknya tika daku memilikinya..

Namun bila kita menggapainya
Seolah-olah kita seakan meraih satu kemenangan yang hakiki..

1610423rblusfgn3y

Tapi..
Takala cinta didustai, khianati..pasti hati sendiri dilukai..

Cintalah..
Pada Allah kerana ia Cinta yang kekal abdai..

Cintalah..
Pada manusia kerana rasa cinta itu akan dipenuhi dengan kasih sayang,
hormat-menghormati, ambil berat sesama sendiri..

Hargailah Cinta..
Kerana kedatangan ia amat bermakna sekali buat si pencari CINTA :)

Nukilan Suri_2.56 pm

Share