
Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

Salam semua..
Semalam Suri pergi kedai kasut nose kat Jesco. Hu..sempatlah borong sepasang..warna hitam,tinggi jugak tu, al-maklumlah Suri ni kecik jer orangnya..rendah pulak tu..hik..hik…tinggi pun dok le tinggi mana adalah dalam 2 inci sahaja…tu pun beli bersebab juga sebab kasut yang lama tu dah dua ke tiga kali repair hantar kat Pak Cik Din.

Hurm, mula-mula nak pergi kepejabat sahaja Suri pakai. Lepas dah sampai pejabat mulalah Suri tukarkan dengan capar jepun..haha..bukan apa penatlah nak berjalan kesana- kemari. Orang kata setakat nak bergaya pergi dan balik pejabat bolehlah lagi..Biasalah Surikan orang perempuan suka bergaya..huu..Jika Suri nak berjalan pula Suri lebih suka sandel tapak rendah je. Al-maklumlah senang nak beraktif sikit..hehe
so takderlah jalan dok macam itik pulang petang terkedek-kedek..huuhu..Apapun ikut mood juga laa..
Okeylah meh sini Suri berikan fakta untuk dikongsikan bersama anda lebih-lebih lagi jika seseorang wanita itu hamil..untuk diriku dan sahabatku diluar sana tu
Kajian telah dibuat Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat mendapati wanita yang mengenakan sepatu bertumit tinggi sekurang-kurangnya tiga sentimeter (cm) akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26 peratus.

Keadaan ini akan mengundang penyakit sendi dan osteoporosis. Malah, ia juga boleh mengakibatkan berasa sakit pada kuku, bengkak jari kaki sehingga menjadi radang kulit, kesakitan pada punggung dan inflamasi pada tendon sehingga mengundang kesakitan pada bahu, lutut, siku, pergelangan kaki juga tangan.
Menurut Pakar Perbidanan dan Ginekologi, Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur, Dr. Asmah Yun Mat Sidek, wanita yang mengandung seharusnya mengelak daripada memakai kasut yang bertumit lebih daripada satu setengah inci (3.8 cm).Ini kerana, sewaktu mengandung pusat graviti mengalami peralihan manakala pelvis berubah bentuk dan menanggung bebanan berat yang bertambah di sebabkan oleh bayi yang dikandung. Ia akan mengubah cara wanita yang hamil berjalan. Malah kedudukan wanita yang hamil menjadi kurang stabil lebih-lebih lagi apabila memakai kasut bertumit tinggi.
Bila kedudukannya kurang stabil atau tidak seimbang, risiko untuk jatuh juga adalah tinggi dan mendatangkan akibat yang buruk kepada ibu dan juga anak yang dikandung. Apabila seseorang ibu hamil itu terjatuh, ia akan menyebabkan pendarahan di belakang uri (placenta abruption), yang mana uri akan terpisah daripada dinding uterus.

Pendarahan akan berlaku disebabkan oleh uri dan dinding uterus ini telah terpisah. Jika ia melibatkan pendarahan yang banyak, kemungkinan besar boleh memberi kesan kepada ibu dan kandungannya. Pendarahan yang banyak berkemungkinan besar boleh membahayakan bayi malah mungkin boleh meragut nyawa bayi yang dikandung selain turut memberi kesan kepada ibu tersebut,” jelas Dr. Asmah Yun.Tambah Dr. Asmah lagi, antara faktor lain yang tidak membenarkan seseorang ibu hamil memakai kasut tumit tinggi kerana mereka akan mudah mengalami sakit belakang.
Wanita biasa yang tidak mengandung juga mudah mengalami sakit belakang jika memakai kasut tinggi lebih-lebih lagi yang bertumit halus. Begitupun, risiko kesakitan itu lebih tinggi pada wanita mengandung iaitu antara 70 peratus sehingga 80 peratus.
Pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh menyebabkan perubahan pada postur tubuh, di mana pelvis akan terkehadapan dan terjadinya lengkungan pada bahagian belakang.
Ini ditambah lagi dengan berat bayi yang dikandung menyebabkan badan terdorong ke hadapan dan memudahkan ibu-ibu hamil mengalami sakit belakang. Kesakitan juga akan dialami pada bahagian tulang pelvis, lutut, betis dan tumit. Selain itu, ligamen akan mudah terkoyak disebabkan oleh hormon-hormon estrogen, progestron dan relaxin yang banyak semasa mengandung yang berfungsi bagi membentuk sistem pemprosesan air susu.

Menurut kekerapan memakai kasut tumit tinggi semasa mengandung juga menyebabkan otot-otot betis akan menjadi sakit dan kejang.Kaki akan menggunakan tenaga yang banyak ketika memakai kasut tumit tinggi terutamanya pada betis. “Asid lactic akan terkumpul pada bahagian itu dan mengakibatkan kekejangan otot.Kekejangan otot ini juga berlaku disebabkan terdapat 40 hingga 50 peratus lebihan darah dalam sistem badan yang perlu dipam ke seluruh badan.Apabila berjalan dan bergerak, otot betis akan bertindak seperti pam dan membantu darah mengalir menentang graviti, menyokong ke arah hati.
Organ hati wanita hamil akan membesar sewaktu mengandung kerana hati terpaksa bekerja keras mengepam lebihan darah tadi dalam badan. Pada ketika ini, denyutan jantung akan bertambah.

Pada waktu malam, hati tidak dapat bekerja sepenuhnya bagi mengepam darah ke bahagian kaki. Cecair boleh ‘terkumpul’, menyebabkan peredaran akan menjadi lambat dan urat-urat di bahagian kaki akan membengkak. Cecair ini boleh menyumbang kepada terjadinya kekejangan otot dan sakit kaki.Jika tanda-tanda seperti di atas di alami oleh wanita yang hamil, mereka dinasihatkan untuk melihat semula jenis kasut yang dipakai. dengan perut yang membesar dan payu dara yang juga ikut membesar, wanita hamil seolah-olah hilang upaya untuk berjalan atau menaiki tangga.
Mereka akan berasa mengah dan nafas tercungap-cungap apabila berjalan agak lama dan jauh kerana terpaksa membawa badan yang begitu berat.
Bagi kelihatan bertenaga dan boleh berjalan dengan cergas, elakkan daripada memakai sepatu tumit tinggi yang boleh menyebabkan betis dan bahagian kaki anda terasa penat dan kejang.
Digalakkan memakai kasut tanpa tumit yang lembut ataupun jika masih berkeinginan untuk bergaya seperti wanita yang lain, pilihlah yang setinggi satu atau dua inci sahaja.Wanita yang hamil ini di nasihatkan memakai kasut jenis kulit atau kanvas yang berudara kerana kasut jenis ini tidak akan memerangkap lembapan.
Tambahnya, selepas enam bulan, lebih baik memakai kasut yang bertumit rendah dan lebar bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Tip untuk penjagaan kaki semasa mengandung* Elak berdiri untuk jangka masa yang panjang tanpa rehat.
* Memakai stoking dengan kasut bertutup akan menambah keselesaan pada kaki.
* Mengangkat atau meninggikan kaki apabila perlu dan jika kaki mengalami kesakitan, cuba rendam kaki untuk seketika.
Sumber dari:QAMARUL MUNIRAH SAID
Menjenguk orang sakit merupakan salah satu akhlaq yang dapat mendekatkan kita pada kekuasaan Allah SWT. Bahkan dizaman para sahabat ketika ada sahabat atau jiran tetangganya yang sakit mereka berlumba-lumba untuk menziarahinya kerana pahalanya begitu besar sekali.
Salah satu diantaranya adalah pahala orang yang menjenguk orang sakit yaitu Malaikat akan mendoakan orang itu dari sejak ia menjenguk sahabatnya sampai keesokan harinya dan itu adalah doa yang makbul dan menurut sabda Rasulullah

“Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang menjenguk orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah Taala, maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkah mu dan ambillah tempat tinggal mu di dalam syurga”
(Riwayat:At-Tirmizi)
Diantara adab menjenguk orang sakit ialah:
Jangan duduk terlalu lama
Ketika kita menjenguk pesakit jaganlah perbuatan ini agak terlalu lama disamping mereka kerana situasi ini boleh mengganggunya. Berkemungkinan pesakit tidak merasa selesa dan sesekali pesakit juga inginkan waktu untuk bersendirian atau bermesra bersama keluarga.

Perkabaran
Ketika berada disisinya (pesakit) hendaklah anda tanyakan tentang perkabaran penyakitnya itu samada telah sembuh sediakala atau sebaliknya. Mungkin dengan cara begini pesakit dapat merasakan bahawa dirinya lebih dihargai oleh jiran, sahabat disekelilingnya.
Berdoa
Hendaklah kita sentiasa mendoakan agar si pesakit tersebut cepat sembuh. Semoga dengan doa yang ikhlas itu akan meredakan rasa sakit pada yang sedang mengalaminya.
Kata Perangsang
Berikan motivasi, nasihat, kekuatan atau kata-kata perangsang kepada pesakit dan ceritakan padanya juga tentang berbagai hikmah disebalik rasa sakitnya tersebut. Mungkin ia sedikit sebanyak sebagai penghapus dosa-dosa yang lalu.

Sesuaikan waktu ziarah
Jangan berziarah setiap hari, melainkan atas kehendak atau permintaan pesakit. Sebaik-baiknya, datanglah berselang hari. Agar pesakit dapat berehat dengan sepenuhnya.
Sunat dibacakan doa untuknya
“Ya Allah ! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dariMu jua, sesuatu kesembuhan yang tidak meninggalkan sembarang penyakit”.
(Riwayat at-Tirmizi)
Hurm, adakah cara kita sekarang ini menepati ciri-ciri diatas??
Jadi fikir-fikirkanlah..
Salam semua..
Adeh..nampaknya isu burung Antpitta Avis Canis Ridgley ini semakin hangat dipersoalkan yer. Baiklah bagi yang ingin megetahuinya lebih lanjut lagi siapakah yang telah menjumpai spesis burung yang istimewa ini adalah Dr. Robert S. Ridgely.
Tahukah anda beliau menemui burung Antpitta Avis Canis Ridgley di Ecuador. Beliau juga merupakan seorang ahli pengkaji burung yang terkemuka di Amerika Selatan.Disamping mengkaji burung-burung di sekitar Amerika beliau juga turut mengelurkan beberapa siri buku yang berkaiatan dengan pelbagai spesis burung.

Antara buku-buku terbitan beliau:-

Jadi Suri harap agar anda berpuashati dengan post kali ini.
Daaa..semoga kita akan ketemu di lain fakta lagi.

Salam semua..
Segala fakta Suri kumpulkan disini.
Dari laman blog maya, surat khbar, buku-buku, radio, majalah untuk dijadikan sebagai bahan koleksi peribadi blog cahayacinta. Semoga manfaatnya darinya dapatlah kita kongsikannya bersama-sama sambil mengkagumi ciptaan Tuhan yang tiada taraNYA.
..Just a compilation of facts which I wrote on another forum before…an also credit to ‘USD’ for his facts…
Terdapat spesis burung yang menyalak seperti anjing, burung ini dipanggil Antpitta avis canis Ridgley. Ha, nak tahu bagaimana rupa burung tersebut..?? tegoklah dibawah ni..


Percaya atau tidak, orang-orang tua memang selalu menghubungkan hari dan tarikh kelahiran , mahupun urutan kelahiran kita dalam hal jodoh dan keserasian pasangan.. Jika kombinasinya tidak sesuai, dengan cepat mereka mengatakan si dia bukan jodoh kita. Benarkah demikian?
Sekadar ingin tahu,
tak ada salahnya anda mengetahui kombinasi seperti apakah yang baik menurut para orang tua zaman dulu? Siapa tahu ada persamaan dengan hubungan anda dan si dia saat ini? Kononnya, kombinasi hubungan yang sesuai adalah anak tunggal berpasangan dengan si bongsu, si sulung dengan si bongsu, si tengah dengan si bongsu. Kombinasi lainnya adalah sebagai berikut:
Konon katanya pasangan ini akan mengalami masalah-masalah dan kesulitan untuk menuju pada hubungan yang lebih baik mahupun yang lebih menyenangkan.
Si Sulung dengan si Tengah
Katanya si tengah memiliki kepandaian untuk menyenangkan pasangannya. Selain itu juga si tengah ini merupakan pasangan yang secocok bagi siapa saja dan mudah diajak berbincang
Si Tengah dengan si Tengah
Memiliki potensi untuk serasi di antara satu sama lain. Meskipun keduanya si tengah, namun bila salah satu lebih cenderung bersikap sulung dan yang lainnya agak kebongsuan, keduanya merupakan pasangan yang serasi.

Si Tengah dengan si Bongsu
Keduanya akan menjadi pasangan serasi bila si tengah memiliki kecenderungan ke sulung. Jika si tengah memiliki sikap tengah, mungkin saja dia akan terpengaruh dengan gaya hidup si bongsu yang suka akan keseronokan serta menimbulkan masalah seperti pernikahan si bongsu dengan si bongsu.
Si Sulung dengan si Bongsu
Kombinasi paling bagus, si sulung dapat mengajar si bongsu bagaimana mengurus hidup dengan lebih baik dan serius. Si bongsu akan dapat mengajarkan si sulung bahawa wajar saja bersenang sekali-kali.
Si Bongsu dengan si Bongsu
Berhati-hatilah kerana anda berdua memiliki kecenderungan yang sama, iaitu suka bersenang-senang. Tapi jika anda berdua sudah melewati batas kawalan, maka hubungan anda berdua tidak akan berjaya.
Anak Tunggal dengan anak Tunggal
Keduanya akan memiliki keegoan tinggi sehingga diperlukan banyak waktu untuk hidup rukun dan saling mendukung.
P/s: Paparan di atas hanyalah mitos dan kepercayaan dahulu kala. Percaya atau tidak, semuanya kembali pada diri anda. Apapun ia hanyalah sekadar ilmu dahulu untuk dikongsikan bersama dengan anda.
Ramai berkata mengatasi ketagihan rokok jauh lebih payah dari berhenti menagih dadah. Perkara ini diakui pakar perubatan dan bekas penagih. Walaupun tahu merokok membahayakan kesihatan seperti menyebabkan kanser paru-paru dan mulut dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD), tetapi ramai yang tidak mampu melawan pengaruh nikotin ke atas otak.
Jika anda perasan, antara garis panduan umum untuk mengelakkan penyakit atau mengekalkan kesihatan yang diberikan mana-mana doktor ialah berhenti merokok. Ini kerana merokok boleh menjadi agen perangsang kepada pelbagai masalah kesihatan dan penyakit kronik.

Mungkin hanya perokok saja yang tahu kemanisan merokok. Secara rasionalnya kita masih tercari-cari di mana manisnya merokok terutama di kalangan wanita. Tanpa sedar ia bukan saja membakar wang dan kesihatan tetapi turut menyebabkan gigi kuning dan berkarat – yang mencacatkan kemanisan senyuman!
Selain itu ada lebih 10 sebab mengapa anda perlu berhenti merokok. Masih ada masa untuk menyambut tahun baru dengan perubahan positif yang memberi manfaat kepada semua orang terutama diri sendiri dan orang tersayang.
Alzheimer – Merokok menyebabkan fungsi otak merosot 5 kali lebih cepat terutama bagi perokok berumur. Berdasarkan kajian ke atas 9,200 perokok lelaki dan wanita berumur 65 tahun ke atas yang disiarkan dalam jurnal Neurologi, didapati fungsi otak perokok merosot lebih cepat walaupun mereka tidak mempunyai sejarah keluarga mengalami masalah dementia (nyanyuk).
Bagaimana ini boleh berlaku? Merokok memberi kesan kerosakan berpanjangan terhadap salur darah, menyebabkan darah boleh membeku yang meningkatkan risiko serangan strok dan kemerosotan daya ingatan.

COPD dan kanser paru-paru
Satu-satunya punca kepada dua penyakit kronik ini ialah rokok. Risiko penyakit ini boleh dikurangkan dengan berhenti merokok seawal mungkin. Perokok tegar yang merokok sejak muda akan mengalami kerosakan paru-paru yang lebih teruk dan sedihnya kerosakan ini tidak boleh dipulihkan. Ada banyak kes pesakit terpaksa bergantung kepada bekalan gas oksigen untuk bernafas yang perlu dibayar dengan harga mahal sedangkan kita sememangnya dikelilingi oksigen percuma!
Kanser mulut
Banyak kajian menunjukkan antara punca utama kanser mulut ialah merokok selain tabiat makan sirih. Risiko kanser mulut akan hilang jika anda berhenti merokok dan semua masalah lain seperti ulser juga akan sembuh.
Lupus
Sistemik Lupus Eritematosus atau lupus adalah penyakit auto imun di mana sistem imun tersilap tafsir dan menganggap badan sendiri sebagai bahan asing yang perlu dihapuskan. Ini adalah penyakit auto imun yang kronik dan boleh mengakibatkan keradangan, kesakitan dan kerosakan tisu badan.
Penyelidik Universiti Harvard mendapati perokok mempunyai risiko yang agak tinggi untuk mendapat lupus. Ini bukanlah penemuan yang menghairankan kerana asap rokok mengandungi lebih 4,000 jenis racun yang boleh menukar mana-mana fungsi badan termasuklah sistem imun. Bagaimanapun risiko ini boleh dihilangkan dengan berhenti merokok.
Sindrom bayi mati mengejut (SIDS)
Kajian yang dijalankan penyelidik Eropah ke atas 2,400 bayi mendapati daripada 745 kes SIDS, kurang daripada separuh (50%) kematian disebabkan bayi tidur meniarap atau mengiring. Hampir 16 peratus kematian dikaitkan tidur bersama ibu terutama yang merokok dan risikonya dikatakan 17 kali ganda lebih tinggi.
Bayi alami masalah sakit perut -
Pendedahan kepada asap rokok boleh meningkatkan risiko masalah kolik atau sakit perut. Inilah rumusan dari lebih 30 kajian di seluruh dunia. Masalah sakit perut bermula beberapa minggu selepas bayi dilahirkan dan kes paling tinggi dicatatkan apabila bayi berumur lima hingga lapan minggu yang boleh berlarutan sehingga umur mencapai empat bulan.

Asap rokok boleh menaikkan paras hormon dalam darah dan usus yang dipanggil motilin. Hormon ini akan membuat pengecutan otot perut dan usus menjadi laju – yang secara tidak langsung mempercepatkan pergerakan makanan. Inilah sebabnya bayi boleh mengalami sakit perut dan berasa tidak selesa.
Risiko mati pucuk
Pasti ada perokok yang mendakwa walaupun kuat merokok, mereka tetap ramai anak. Itu bagi perokok yang bertuah dan anda perlu bersyukur dikurniakan cahaya mata. Kurniaan itu seharusnya dipelihara sebaiknya dengan tidak mendedahkan anak-anak anda kepada racun asap rokok.
Prestasi di bilik tidur memang penting bagi lelaki dan untuk mengekalkannya, anda perlu berhenti merokok. Soal selidik ke atas hampir 5,000 lelaki di China mendapati mereka yang merokok lebih sekotak sehari mempunyai kecenderungan sebanyak 60% mengalami masalah mati pucuk berbanding bukan perokok.

Secara keseluruhan 15% perokok mengalami masalah ereksi berbanding 12% lelaki tidak merokok seperti yang dilaporkan dalam Seminar Pencegahan dan Epidemiologi Penyakit Kardiovaskular di Miami, Amerika Syarikat.
Mati pucuk bukan sekadar masalah di bilik tidur saja. Ia sebenarnya menjadi petanda paling penting kepada pelbagai masalah kesihatan lain dan merokok akan menyebabkan tahap kesihatan anda bertambah buruk.
Hilang penglihatan
terutama perokok berumur. Perokok mempunyai risiko empat kali lebih tinggi untuk menjadi buta disebabkan kemerosotan makular akibat penuaan. Lebih 25% kes kemerosotan makular yang boleh membawa kepada kebutaan berkaitan dengan tabiat merokok. Berhenti merokok boleh merendahkan risiko ini dan memanjangkan hayat penglihatan anda.
Artritis Reumatoid
Individu yang mempunyai genetik lemah akan lebih mudah mendapat artritis reumatoid jika mereka merokok. Kajian penyelidik Sweden mendapati risikonya ialah 16 kali lebih tinggi berbanding individu tidak merokok.
Berdengkur
Masalah yang memalukan ini biasanya lebih buruk di kalangan perokok. Bahkan pasangan anda yang tidak merokok juga akan mendapat kesannya. Lebih 24% perokok tidur berdengkur berbanding 20% kumpulan yang sudah berhenti merokok dan hanya 14% bagi golongan tidak pernah merokok.
Perokok sekunder
(orang yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok) juga mendapat tempiasnya. Kajian mendapati 20% individu yang menghidu asap rokok di rumah berdengkur.
Kanser payudara
Wanita yang mula merokok sebelum berumur 20 tahun atau sekurang-kurangnya 5 tahun sebelum mereka hamil dan merokok bagi tempoh yang lama mempunyai risiko yang jauh lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara.

Kadar kelaziman kanser payudara di kalangan perokok dan perokok sekunder ialah 30% dan ini adalah jumlah yang membimbangkan kerana jumlah perokok wanita kian bertambah setiap tahun. Kanser payudara pula adalah antara penyakit yang belum ada cara untuk mencegahnya.
Biasanya ibu amat marah dan kecewa jika bayi mereka digigit nyamuk tetapi ramai yang tidak sedar dengan merokok mereka sebenarnya mendedahkan anak kesayangan kepada lebih banyak ancaman kesihatan.
Jadi jika anda benar-benar sayangkan anak,keluarga dan diri sendiri maka berhentilah merokok.
Oleh Norlaila Hamima Jamaluddin
salam,
Menu tauge untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.
Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan syaur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita.Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dukatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)
Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau “lemak jahat” LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya…
just info…. Dari mariahassan
Anda gemar makan yogurt, sebaiknya teruskanlah amalan anda untuk mengamalkannya. Meskipun tidak ramai yang amat menyukai kerana rasanya yang masam namun sedarkah anda bahawa si masam ini sebenarnya memiliki banyak sumber khasiatnya yang tersendiri.
Amalan mengambil yougurt akan berupaya meningkatkan jumlah bakteria ‘baik’ didalam sistem pencernaan badan manusia. Ini kerana ia boleh melancarkan sistem proses pembuangan air besar, racun serta membolehkan sisa makanan akan lebih cepat dibuang.
Buka itu sahaja malahan mereka yang mengambil yougurt ini juga pada kebiasaannya jarang terkena penyakit akibat keracunan makanan seperti cirit – birit. Sekiranya anda sedang menjalani proses diet, maka Suri cadangkan agar anda memilih yogurt sebagai pilihan yang tepat. Mengapa ya? sebab lemak yang terdapat pada yogurt lebih rendah dari susu.
Untuk penjagaan dalaman, permakanan yang seimbang Yogurt juga dikatakan dapat memberikan keseimbangan dalam faraj wanita. Yogurt yang dimakan sebanyak dua bekas 200ml setiap hari mampu mengatasi masalah keputihan. Disamping itu juga ia kaya dengan kalsium untuk kekuatan tulang manusia.

Pengambilan EPO atau GLA sebagai makanan tambahan turut sesuaian untuk kesihatan seksual wanita. Pengambilan EPO dan GLA dikatakan dapat mengurangkan kesakitan PMS sindrom prahaid atau premenstrual syndrome dan menjadikan edaran haid lebih tetap.
Hurm,
Bagaimana pula jika anda ingin memakan yogurt ini tapi rasanya yang masam
menyebabkan anda menjauhinya. Cara-caranya adalah dengan mencampurkan dengan madu ataupun campurkannya dengan jus buah-buahan pasti rasanya akan lebih manis lagi.
Walaubagaimanapun anda tidak digalakkan mencampurkan bahan-bahan tersebut
ke dalam yogurt anda kerana ia akan mengurangkan lagi keenakan dan kebaikan nutrisi yang terkandung didalamnya. Akan tetapi jika anda ingin mencubanya sesekali apa salahnya.
Sebaiknya amalkan makan yogurt ini untuk dua ke tiga seminggu untuk mengetahui kesannya yang baik.

Jadi, Cubalah jagan tak cuba tau!
Gay: Umat Nabi Lut Ditelan Bumi
DALAM amalan kontemporari, perkataan ‘gay’ biasanya menggambarkan orientasi seksual seseorang iaitu berkaitan emosi, romantik, seksual atau tarikan kecintaan kepada yang lain.
Terma homoseksual merujuk kepada kelakuan seksual atau tarikan antara manusia sama jenis.Perkataan ‘gay’ dikatakan berasal daripada bahasa Perancis lama iaitu ‘gai’. Pada peringkat awal, ‘gay’ membawa beberapa pengertian seperti ‘rasa bebas tanpa kerungsingan’, ‘gembira’ atau ‘riang dan suka menunjuk-nunjuk.’

Hari ini, ‘gay’ lebih cenderung membawa maksud hubungan jenis sesama jantina, dipanggil juga homoseksual (liwat), tetapi biasanya ia merujuk kepada lelaki sesama lelaki.
Bukan sedikit mereka yang terbabit dengan aktiviti terbabit, malah di Barat, ia menjadi budaya yang semakin luas pengaruhnya.
Tidakkah ia suatu fenomena yang bertentangan dengan fitrah semula jadi manusia?
Bagaimana Islam melihat situasi ini?
Penceramah bebas, Mohd Rani Awang Besar, berkata hubungan seksual luar tabie seperti itu adalah haram dan tergolong dalam dosa besar.
“Di zaman kaum Nabi Luth di tengah padang pasir menjadi lautan kerana mereka suka pada lelaki.

“Walaupun ada perempuan, mereka tidak suka, hanya berminat pada lelaki iaitu sama jenis dengan mereka,” katanya.
Di negara ini, kewujudan kaum gay memang ditolak walaupun tiada perangkaan rasmi.
Laporan Harian Metro mengenai ‘gay jamban’ baru-baru ini menunjukkan homoseksual semakin menular di ibu kota terutama di kalangan belia, pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi, malah pelancong asing.
Lebih teruk apabila mereka tanpa segan dan bersalah turut menjadikan tandas awam di pusat beli-belah sebagai lokasi memadu asmara, bercumbuan atau melakukan hubungan seksual dengan pasangan sejenis.
Tabiat suka kepada pasangan sejenis bermula pada zaman kaum Nabi Luth a.s, apabila mereka tidak cenderung kepada golongan wanita.
Kaumnya lari daripada fitrah. Hidup mereka menentang arus, mengikut nafsu serakah tanpa mempedulikan nilai agama dan kemasyarakatan.
Walaupun Nabi Luth menasihati mereka, ia tidak diterima sedikitpun, sehinggakan tetamu baginda sendiri mahu diusik. Disebabkan itu, mereka ditimpa musibah yang sungguh dahsyat, buminya tenggalam sehingga menjadi lautan.

Kisah ini diceritakan dalam al-Quran melalui beberapa surah, antaranya surah al-Akabuut, an-Naml dan al-Hijr.
“Dan Nabi Luth juga tatkala ia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji sedang kamu nampak kejinya?
“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. Bahkan kamu kaum yang jahil.” (an-Naml:54-55)
“Nabi Luth berkata: Di sini ada anak-anak perempuanku, kalau kamu mahu melakukan. Demi umurmu, sesungguhnya mereka membuta-tuli dalam kemabukan maksiat mereka.
“Akhirnya mereka pun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit. Maka, Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-terbalik dan Kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar.” (al-Hijr: 71-74) Nabi Muhammad bersabda, maksudnya: “Perkara yang paling aku takuti menimpa ke atasmu adalah perbuatan kaum Luth. Dilaknati mereka yang melakukan perbuatan seumpama kaum Luth.” (Hadis riwayat Ibn Majah, at-Tirmidzi dan al-Hakim)
Mohd Rani berkata, kisah membabitkan kaum Luth itu tidak boleh dipandang ringan, malah perlu diambil ingatan dan pengajaran semua pihak.
“Tetapi sekarang ini orang sudah lupa sejarah kerana kepuasan nafsu semata-mata. Nabi tidak mengaku umat bagi lelaki yang suka kepada lelaki,” katanya.
Beliau berkata, golongan gay tidak boleh dibiarkan, sebaliknya perlu diambil tindakan dengan pendidikan secukupnya.
“Kena tarbiyah dan bagi bimbingan supaya mereka tidak berterusan dalam perbuatan itu. Ajaran agama perlu diberikan secukupnya supaya mereka boleh kembali hidup dan bekerja seperti orang biasa.
“Jangan pula nanti kegiatan itu seperti satu kerjaya yang menjanjikan pulangan lumayan. Mereka perlu diajak dan dibimbing secara khusus,” katanya.
Beliau tidak mempertikaikan kewujudan lelaki lembut dan tidak mempersalahkan mereka kerana perwatakan sedemikian adalah ciptaan Tuhan juga, cuma yang perlu dipastikan ialah tidak terbabit dengan gejala homoseksual.
“Tuhan menjadikan begitu (lembut) tidak boleh menghina mereka. Tidak semua orang lembut melakukan aktiviti macam itu.
“Menjadi masalahnya ialah mereka diperalatkan golongan lelaki bertubuh kasar untuk melepaskan nafsu,” katanya.
Beliau mengajak golongan yang terbabit dengan homoseksual supaya kembali kepada fitrah kemanusiaan dan segera bertaubat kerana dengan taubat, dosa mereka mudah-mudahan diampunkan Allah.
Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Salam Muhammad Shukri, berkata secara fitrah setiap manusia ada rangsangan seksual dan secara normal manusia tertarik kepada jantina berlainan jenis.

“Bagi menjaganya, Islam menganjurkan ikatan perkahwinan. Apabila seorang wanita telah berkahwin, suami mempunyai hak dan tanggungjawab sepenuhnya ke atasnya,” katanya.
Menurutnya, gangguan seksual di luar fitrah adalah tidak normal dan manusia perlu berusaha untuk menjauhinya, malah mengikis perasaan sedemikian.
“Kecenderungan sedemikian adalah suatu penyakit. Ia berupa ketagihan atau kegilaan. Kegilaan dan ketagihan sedemikian hanya boleh dihilangkan apabila hukuman berat dijatuhkan ke atasnya selain manusia sendiri mengubahnya,” katanya.
Hurm, bagaimana pula dengan pandangan anda? minta tinggalkan komen dibawah ni ya
Oleh:Idris Musa