5 Tips Dalam Berpasangan

imagesCAGDSMI1

1. Saling Mempercayai
Setiap pasangan kekasih mestilah mempunyai sikap ini. Anda mestilah mempercayai kekasih anda dari setiap aspek. Samada dari segi percakapan, pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan oleh kekasih anda.

Memang sukar untuk memberikan kepercayaan sekiranya anda pernah dikecewakan. Tetapi apa salahnya sekiranya anda memberikan si Dia kepercayaan anda. Ianya tidak salah bukan?

2. Saling Memahami
Fahami diri kekasih anda. Sekiranya anda mengajak si Dia keluar, makan bersama atau pergi menonton wayang dan sebagainya, dan si Dia menjawab “tak nak”, “tak mahu”, biarkanlah si Dia. Maksud biarkan itu adalah, jangan dipaksa-paksa dan fahami kenapa si Dia menjawab demikian. Adakah si Dia sedang sibuk dengan urusan lain? Atau si Dia ada masalah lain? Cuba fahami dirinya.

3. Bertolak Ansur
Setiap lautan, akan ada pasang surut airnya. Begitulah juga dalam berpasangan. Tidak dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah faham atau pertelingkahan. Di sini, anda haruslah bertolak ansur dan menurunkan sedikit ego anda. Jangan mengharapkan si Dia bertolak ansur dulu, tapi, andalah yang perlu mulakan. Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti kanser. Semakin dibiarkan, semakin parah jadinya.

4. Kejujuran
Anda, ketika berpasangan hendaklah jujur. Jujur bukan hanya ketika dengan pasangan anda, tetapi juga pada semua masyarakat. Tidak kisah sama ada ibu bapa anda, adik-beradik, rakan-rakan dan sebagainya.

Jujur dalam berpasangan adalah anda tidak berkata dusta, tidak bohong, tidak menipu dan tidak mengkhianati pasangan anda itu. Mungkin ada dikalangan anda berkata, ‘Kenapa aku nak jujur pulak pada dia? Lantak aku lah.” Anda mesti ingat, pada mula anda berpasangan, anda sayang pada si Dia, anda minat pada si Dia, anda suka pada si Dia. Sekiranya anda tidak jujur, adakah segala sayang, suka dan minat itu semuanya dusta belaka?

illustration_cartoon_girl_B10PSD028

5. Kesetiaan
Apabila anda berpasangan, kesetiaan merupakan faktor yang anda perlu jaga. Janganlah anda mencari pengganti bagi si Dia ketika anda berpasangan. Ini kerana, si Dia telah memberikan kepercayaan pada anda dan sekiranya anda menduakan si Dia, anda telah memusnahkan harapan dan impian seseorang yang anda pernah kata-katakan ucapan cinta.

Cuba anda letakkan diri anda dalam situasi “ditinggalkan”. Adakah anda akan berasa sedih? Kecewa? Hampa? Sudah semestinya anda akan katakan Ya. Oleh itu, fikirkan perasaan si Dia dan setialah dengan pasangan anda.

Diharapkan dengan tips-tips ini, anda dapat mewujudkan sebuah hubungan yang bahagia dan kekal selama-lamanya.

Share

Vitamin D

Hai sahabat..
Hurm entah mengapalah hari ini Suri rajin sangat-sangat nak post artikel lebih dari biasa. Selalu 2 artikel sahaja. Tapi memandangkan semalan banyak yang bertanyakan pasal vitamin D, maka tiba-tiba pula hati Suri terlintas untuk mencari info tersebut dengan lebih terperinci lagi..Jadi Suri berharap agar anda semua enjoy dengan post ini.

picVitaminD

Perkataan vitamin telah diusulkan oleh seorang pakar biokimia yang berbangsa Poland pada tahun 1912.Vita di dalam bahasa Latin bemaksud kehidupan dan mine

FUNGSI
Vitamin D, salah satu vitamin larut lemak yang mempunyai sifat sifat sebagai vitamin dan hormon, yang diperlukan untuk penyerapan, penggunaan kalsium dan phosphorus. Ia juga perlu untuk tumbesaran, ia penting terutamanya untuk tumbesaran tulang dan gigi yang normal pada kanak-kanak. Ia mencegah daripada otot menjadi lemah dan ia terlibat mengatur denyutan jantung. Ia juga penting dalam pencegahan dan rawatan kanser kolon, osteoarthritis, osteoporosis, dan hypocalcemia, meningkatkan imuniti, ia juga perlu untuk fungsi tairoid pembekuan darah yang normal.

body-vitamind

Terdapat beberapa bentuk vitamin D , termasuk vitamin D2 (ergocaliciferol), yang datang dari sumber makanan; vitamin D3 (cholecalciferol), yang disintesis dalam kulit kesan tindakbalas kepada dedahan cahaya ultraunggu matahari ; dan dalam bentuk tiruan dikenali sebagai vitamin D5. Daripada tiga bentuk vitamin D tersebut, vitamin D3 dianggap sebagai vitamin D dalam bentuk semulajadi dan lebih aktif.

SUMBER
Vitamin D boleh diperolehi daripada minyak hati ikan, ikan air masin , hasil tenusu, dan telur . Ia juga didapati daripada mentega, minyak ikan kod, putih telur, ikan halibut, hati, susu, oat, ikan salmon, sardin, ubi kentang, tuna, dan minyak sayuran . Vitamin D juga terbentuk oleh badan kesan dari tindakbalas terhadap cahaya matahari pada kulit.

KEKURANGAN
Tahukah anda jika seseorang itu kekurangan vitamin D ia boleh menyebabkan individu tersebut akan menghadapi sakit seperti:-

Low-Vitamin-D-Levels-found-in-Otherwise-Healthy-Girls-2

Rickets
Pada kanak-kanak

cacat tulang, terutamanya tulang belakang, kaki dan tengkorak; tulang mudah patah; bengkak sendi; dan lemah otot.

Osteomalacia
Pada orang dewasa dimana tulang – tulang kita akan menjadi lembut yang menyebabkan rasa sakit, terutamanya pada kaki, pinggang, leher, dan tulang dada; mudah patah tulang; kejang otot pada tangan, kaki, dan tekak.

Opps..!!
Jika anda ingin mengambil pil-pil vitamin tersebut pastikan pil yang diambil telah mendapat kelulusan doktor dan klinik yang berdaftar sahaja dan jagan sesekali anda mengambilnya atau membelinya sesuka hati tanpa arahan dari yang pakar. Ikuti nasihat doktor pakar sekiranya anda dikehendaki mengambil vitamin. ;) .

p/s: Sebahagian artikel ini Suri petik dari moodpro.tripod.com.

Share

Eh, Rambut Dan Hidung

sum_tree

Rambut merupakan anggota badan yang terletak di atas kepala. Lazimnya rambut berwarna hitam. Namun sesetengah orang rambutnya berwarna perang terutamanya pada mereka yang tinggal di Barat.

emo cartoon

Tahukah anda, purata setiap manusia memiliki adalah sebanyak 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.

allergy_385x261

Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza !!

Jadi apa pendapat anda tentu hidung anda? hidung mancung, hidung besar..kongsikanlah segalanya tentang hidung disini ya..

Rambut?? rambut keriting, rambut ikal mayang, rambut lurus, rambut pacak..rambut tiga segi..eh ada ke? hehe..apapaun jenis rambut anda pastikan rambut anda sentiasa dicuci seminggu sekali atau dua kali yer agar kebersihan rambut anda sentiasa bersih dan cantik selalu ;)

Share

Seks Selepas Bersalin

Mengikut tradisi orang Melayu, berpantang bagi ibu selepas bersalin yang paling baiknya adalah 100 hari. Bagi sesetengah orang, 100 hari itu dimaksudkan dengan tempoh berpantang untuk tidak bersama suami, manakala pemakanan harus dikawal secara ketat sehingga 40 hari yang pertama.

5351

Selepas bersalin, ibu biasanya akan mengalami perkara-perkara berikut:

Trauma dengan proses kelahiran
Bayi yang keluar melalui vagina wanita akan menyebabkan tisu vagina yang lembut luka. Apatah lagi, yang digunting (episiotomi) dan dijahit. Luka ini akan mengambil masa sehingga berminggu-minggu untuk sembuh sepenuhnya.

Perubahan hormon dan emosi
Kelahiran anak akan membawa perubahan yang besar dalam hidup. Penjagaan anak dan proses berpantang akan sedikit sebanyak membawa tekanan emosi kepada ibu. Ditambah lagi dengan perubahan hormon yang akan mempengaruhi emosi dan keinginan seksual ibu.

Perubahan fizikal
Jarang wanita lepas bersalin merasa seksi kerana bentuk fizikal yang mengalami perubahan ketara seperti tubuh yang makin berisi, menggeleber, kulit perut merekah dan badan berjerawat. Ibu merasakan dirinya tidak menarik lagi.

Jadi, adalah penting untuk pasangan suami isteri peka dan bersedia untuk menghadapi masalah seksual yang akan timbul 6 bulan pertama selepas kelahiran anak. Kesabaran yang tinggi sokongan amat penting untuk ditonjolkan oleh suami kerana bukan senang untuk mengandung dan melahirkan.

Apa yang terjadi kepada keinginan seksual wanita selepas bersalin?

Kebanyakan wanita tiada keinginan untuk bersetubuh sekurang-kurangnya beberapa minggu selepasa bersalin kerana kesakitan dan keletihan. Jika proses kelahiran adalah lama dan sukar, wanita mungkin takut untuk mengandung lagi jika melakukan hubungan seks. Perubahan hormon dan kerisauan juga mempengaruhi keinginan seksual wanita selepas bersalin yang akan menyebabkan kekeringan faraj. Ini biasa berlaku dalam tempoh 3 bulan pertama selepas kelahiran.

Kebiasaannya, wanita akan mempunyai keinginan seksual selepas beberapa bulan bersalin. Jika tidak, dapatkan nasihat daripada doktor untuk mengatasi masalah ini.

angelina_jolie2-728229

Adakah kelahiran bayi akan menjejaskan hubungan seks?
Sudah semestinya! Kebanyakan ibu dan bapa yang baru menimang cahaya mata akan keletihan kerana tidur yang tidak mencukupi. Keadaan ini mungkin akan berlanjutan beberapa bulan atau mungkin bertahun. Dalam tempoh masa ini, suami akan merasakan dirinya disisihkan dan segala tumpuan diberikan kepada bayi. Tak mustahil juga jika suami akan merasa cemburu dengan bayinya.

Walau bagaimana pun, kebanyakan suami akan menghargai isterinya apabila melihat sendiri proses kelahiran. Suami dapat menyaksikan sendiri betapa besarnya pengorbanan isteri yang bersabung nyawa untuk melahirkan anaknya. Pengalaman tersebut akan menyebabkan suami menjadi lebih bertolak ansur dalam semua perkara dan menjadi titik tolak bermulanya fasa baru dalam perkahwinan.

Terdapat juga sesetengah lelaki yang berasa tertekan dengan proses kelahiran yang disaksikan. Mereka berasa sangat bersalah dan kesian dengan isteri sehinggakan tidak sanggup memikirkan untuk melakukan hubungan seks lagi. Suami yang terlalu obses dengan pemikiran ini sehingga menyekat hubungan seks dilakukan walaupun isterinya sudah pulih harus mendapatkan nasihat kaunselor. Tapi, selalunya pemikiran untuk tidak melakukan hubungan seks ini akan beransur hilang walaupun rasa bersalah dan kesian masih menebal.

Faktor-faktor tersebut boleh mewujudkan kerenggangan suami isteri. Bagi mengembalikan keharmonian rumah tangga, pasangan suami isteri harus mempunyai kepercayaan dan menghargai pasangan masing-masing. Sifat sabar dan bertolak ansur memainkan peranan yang penting bagi memahami kehendak masing-masing. Suami isteri boleh melibatkan anak dalam perkara yang dilakukan bersama supaya kehadiran anak akan mengembalikan rasa bahagia. Dengan cara ini juga boleh menyedarkan suami isteri tentang tanggungjawab baru mereka sebagai ibu dan ayah dan peranan ini memerlukan kerjasama yang kukuh.

42-18030411

Bila masa yang sesuai untuk hubungan seks?
Secara amnya, sebaik-baiknya masa yang sesuai bagi wanita selepas bersalin untuk melakukan hubungan seks adalah selepas pemeriksaan yang akan dilakukan lebih kurang 4-6 minggu selepas bersalin. Dalam tempoh 4-6 minggu tersebut, anda tidak digalakkan untuk melakukan hubungan seks kerana organ reproduktif seperti faraj dan rahim masih belum pulih sepenuhnya. Tambahan lagi apabila jahitan pada vagina belum sembuh serta darah nifas masih belum kering. Hubungan seks dalam tempoh tersebut boleh mengakibatkan jangkitan kuman dan menyebabkan proses penyembuhan organ reproduktif mengambil masa yang lebih lama. Kebiasaannya, selepas 6 minggu, rahim akan kembali mengecut seperti sediakala dan luka jahitan sudah sembuh.

Apabila anda suami isteri sudah bersedia untuk melakukan hubungan seks, lakukan dengan hati-hati dan lembut. Carilah masa yang sesuai di mana anda tidak terlalu letih dan anak anda tidur dengan lena.

Seks dalam pantang
Menurut kajian yang telah dilakukan, seks yang dilakukan selepas bersalin (dalam tempoh berpantang) boleh menyebabkan embolisma udara yang menyebabkan kematian. Embolisma udara dalam faraj akan berlaku apabila seks oral dilakukan oleh pasangan anda terhadap anda. Udara yang ditiup masuk ke dalam faraj akan masuk ke dalam rahim dan seterusnya masuk ke dalam salur darah. Kesannya boleh membawa kepada KEMATIAN yang pernah dilaporkan terutamanya di negara-negara barat.

Itulah pentingnya mengikut panduan yang digariskan dalam Islam dalam konteks hubungan seks. Rupanya perkara yang tidak digalakkan oleh Rasulullah boleh membawa akibat yang buruk. Jadi, penting bagi suami isteri memahami garis panduan dalam melakukan hubungan seks kerana hubungan seks yang baik akan menjurus kepada kesihatan yang baik.

Petikan dari Comel

Share

Keajaiban Matahari

logo

sebahagian petikan dari wikipedia.com
Matahari merupakan bintang terdekat dengan Bumi dengan jarak purata 149,680,000 kilometer (93,026,724 batu). Matahari dan lapan buah planet membentuk Sistem Suria. Matahari mempunyai diameter 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta °C. Matahari juga dikelaskan sebagai bintang kerdil jenis G.

Cahaya daripada matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke Bumi dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari, menjadi buta.

tata-surya

Tahukah anda sebenarnya matahari juga memiliki tenaga yang cukup banyak untuk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi !!

Share

Ubat Penyakit Takbur

ghazali

Imam al-Ghazali ada mencatatkan lima cara untuk mengikis sikap takbur dalam diri seseorang iaitu dengan cara:

Apabila kita bersuara dengan anak-anak kecil, maka kita anggaplah yang sebenarnya dia lebih bersih dan mulia daripada kita kerana mereka masih belum mempunyai dosa-dosa berbanding dari kita yang telah dewasa.

Apabila kita bersuara dengan orang tua pula, maka kita anggaplah yang sebenarnya doanya lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama beramal ibadah kepada Allah dari kita.

Apabila kita bersuara dengan orang alim pula, maka kita anggaplah yang sebenarnya beliau lebih mulia daripada kita kerana insan sebegini memiliki lebih banyak ilmu yang beliau ketahui tetapi kita belum mengetahuinya.

Apabila kita bersuara dengan orang jahil pula, maka kita anggaplah yang sebenarnya dia lebih mulia dari kita kerana dia melakukan dosa disebabkan kejahilannya, sedangkan kita berdosa akan tetapi memiliki ilmu pula dengan sengaja kita melakukannya walaupun hakikatnya kita tahu yang mana satu perkara buruk dan baik.

happy_family

Apabila kita bersuara dengan orang kafir pula, katakanlah dalam hati bahawa suatu hari nanti mungkin dia akan insaf dan akan memeluk islam. Maka semua dosa yang dilakukan sebelum dia masuk Islam akan diampunkan oleh Allah s.w.t. Sedangkan kita pula sebagai umat islam sejak lahir terus -menerus melakukan dosa tanpa mengenal balasan Allah yang bakal tiba kelak.

..Dan yang sebenarnya telah banyak manakah dosa dan pahala yang tidak mampu kita pastikan..?

Dari itu segeralah kita kembali kepadaNYA semoga amalan kebaikan kita didunia ini akan dibalas kegembiraan diakhirat kelak. Renung-renungkanlah wahai sahabatku.

Share

Ratu Anai-Anai

imagesCAPP9QFK

Anai-anai ialah sejenis serangga perosak yang memakan kayu lalu merosakkan tiang, lantai, dinding rumah, buku dan perabot rumah. Rupanya seakan-akan semut dan warnanya putih, tetapi anai-anai bukanlah jenis semut. Badan anai-anai tidak bersayap berwarna putih dan lembut. Ia juga mempunyai bahagian mulut dan sesungut.

Anai-anai hidup berkumpulan dengan tiga kasta anai-anai iaitu raja dan ratu tugasnya membiak, anai-anai pekerja mencari makan dan anai-anai askar bertugas mempertahankan kumpulannya apabila diserang semut.

Raja dan ratu anai-anai ialah anai-anai yang paling sempurna. Raja anai-anai bersayap dan warnanya kelabu, mempunyai mata dan boleh melihat. Ratu anai-anai berabdomen besar, berwarna kekuningan dan boleh membesar sehingga 4 sentimeter. Tugas ratu anai-anai ialah mengeluarkan telur dengan banyaknya.

gambar_anaianai

Kebanyakan daripada anak-anaknya menjadi anai-anai pekerja, beberapa ekor menjadi askar dan yang lainnya menjadi raja dan ratu. Anai-anai hidup di dalam sarang yang diperbuat daripada tanah, yang disebut busut. Kadang-kadang busut ini boleh dibina setinggi melebihi dua meter..

Bukan itu sahaja malahan Ratu anai-anai ini juga boleh hidup selama 500 tahun dan ia juga berupaya menghasilkan 30,000 telur setiap hari untuk membiakkan anak-anak anai-anainya secara berterusnya.

Share

Rahsia Warna

Salam semua..
Hari ini kita akan berkongsi cerita pasal warna ya. Kalau Suri, Suri suka warna biru laut hehe..tapi jika diikutkan Suri lebih suka pada warna-warna pelangi. Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun.

Rainbow-girl-713

Sedikit fakta menganai pelangi ialah ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

Menurut ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna utama : iaitu warna merah, warna hijau, warna kuning dan juga warna biru.

Biarpun tidak dapat dinyatakan daripada sudut saintifik, umum menerima warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza dan mempunyai pengaruh dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk personaliti seseorang individu itu.

Warna Merah
Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.

Warna Merah terang
Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.

Warna Merah jambu
Lebih kepada sifat romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka. Amnya warna itu selalunya dikaitkan dengan gadis..wanita.

Warna Biru
Menggambarkan ketenangan yang sempurna. Ianya dikatakan mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah seseorang, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri pada individu itu sendiri.

crayon_box

Warna Biru tua
Ia melambangkan perasaan yang mendalam. Pada kebiasaannya ia lebih kepada sifat perasaan seseorang seperti bersikap tenang dalam menyelesaikan sesuatu masalah, bijaksana dalam membuat keputusan, tidak mudah tersinggung pada persekitarannya dan mempunyai ramai kenalan.

Warna Biru muda
Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.

Warna Kuning
Mewakili sifat kegembiraan yang luar biasa. Warnanya yang cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit!

Warna Kuning terang
Menggambarkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi selalu berubah-ubah sikap, suka berharap dan juga digambarkan seseorang yang meminati warna tersebut seorang yang dermawan.

warna-warni-duniakuw

Warna Hijau
Melambangkan adanya suatu keinginan ingin tahu terhadap sesuatu perkara, ketabahan dan keras didalam hati. Insan yang menggemari warna ini mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini juga sebenarnya mampu meningkatkan rasa bangga seseorang. Penggemar warna ini juga sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat dari rakan-rakan mereka yang terdekat.

Warna Kelabu
Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.Tampak biasa tetapi tidak terlalu menonjol akan sahsiah dirinya.

Warna Hitam
Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan sedih seperti kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan dalam sesebuah kehidupan seseorang.

Warna Coklat
Bagi penggemar yang sukakan warna ini mereka dikatakan mempunyai sikap yang suka merebut sesuatu barang dari seseorang, disamping itu juga individu ini juga turut digambarkan tidak bertolak ansur dalam sesuatu hal-hal kehidupan sehariannya.

Warna Ungu
Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Jika seseorang individu suka akan warna ini maka gambarannya adalah disifatkan sebagai seorang yang kurang teliti dalam sesetengah perkara yang dilakukan.

Ops!! ini hanyalah sekadar ilmu ramalan pengkaji sahaja. Jadi, jaganlah anda terlalu mengambil serius sangat ya..

selection_169_68

Apa warna kesukaan anda?? jom kita berkongsi komen dan pandangan anda disini

Share

Planet Pluto

gully-ReadIt

Tahukah anda planet pluto akan mengambil masa 248 tahun untuk mengelilingi matahari. Sedarkah anda bahawa setiap 20 tahun ia akan mengubah oribitnya bagi mengelak dari berlanggar dengan planet Neptune.

pluto

Berakhirnya Nasib Pluto
Berakhir sudah jabatan Pluto setelah 76 tahun menduduki status sebagai Planet. Lewat voting yang dilakukan pada Konferensi International Astronomical Union (IAU) 24 Ogos 2006 di Prague (Praha) Rep. Ceko, Pluto dinyatakan bukan lagi planet ke-9, sebab ia telah dikelompokkan masuk ke dalam “Dwarf Planet” (planet kerdil) bersama asteroid Ceres dan Xena (2003UB313) serta beberapa objek lain yang mirip seakan Pluto.

Keputusan ini sekaligus mengakhiri perdebatan mengenai status Pluto yang sempat mengambang selama beberapa tahun sejak ditemukannya Xena (2003UB313) yang disebut-sebut sebagai calon Planet ke-10. Dengan definisi yang terbaru, sebuah objek langit yang disebut Planet harus memenuhi tiga kriteria: Berikut adalah syarat-syaratnya:

Memiliki masa yang cukup besar sehingga sehingga menghasilkan gravitasi mampu membuatnya berbentuk bola.

Planet tersebut perlulah mengoribit matahari.

Di orbitnya harus “bersih” dari benda langit sejenis.

Share

Memiliki Empat Hari

Jaami’u Bayaan al-’Ilm telah meriwayatkan: Ibraaheem an-Nakhaa’ee berkata, “Saya miliki empat jenis hari:

Wajah-Aisyah-Puteri-Dakwah

1) Satu hari di mana saya keluar dan bertemu seseorang yang lebih berilmu dari saya, jadi saya belajar daripadanya
dan hari itu penuh dengan faedah dan menguntungkan saya.

2) Satu hari di mana saya keluar dan bertemu seseorang kurang berilmu berbanding saya, jadi saya mengajarnya dan hari itu saya mendapat ganjaran pahala.

3) Satu hari dimana saya keluar dan bertemu seseorang seperti saya, saya belajar dan bertukar fikiran degannya, dan saya mendapat tambahan ilmu tersebut.

u

4) Satu hari dimana saya bertemu seseorang yang ilmunya lebih rendah berbanding yang saya miliki tetapi dia melihat dirinya sebagai lebih tinggi dari saya, jadi saya tidak bercakap degannya dan saya jadikan hari tersebut sebagai untuk hari saya berehat.

Hari anda bagaimana pula? ;)

Share